3 January 2013

Nasib Orang Sabah Di Semenanjung-Loghat Sabah dikira Orang Indonesia

'Saya bukan pendatang asing'
AZIZAN INCHE HARUN (Sinar Harian)
3 Januari 2013

PASIR GUDANG – Hasrat seorang gadis mencari rezeki di sebuah kedai runcit di Rawang, Selangor sekitar 2009 bertukar episod hitam apabila dia mendakwa ditahan polis yang mengesyakinya warga Indonesia.

Mariam menunjukkan sijil lahir Ida yang disimpan.
Faizada Aldam, 23, berkata, meskipun salinan sijil kelahiran dikemukakan, namun dia tetap dibawa ke pusat tahanan Imigresen kerana didakwa memiliki sijil kelahiran palsu.

Menurutnya, hidupnya gelap dan seperti orang sasau kerana terpaksa meringkuk di Penjara Kajang selama enam bulan selepas ditahan di pusat tahanan Imigresen selama 14 hari dan seterusnya dihantar ke Tanjung Pinang, Indonesia.

“Sudah kering air mata saya menangis dan merayu minta mereka percaya bahawa saya bukan orang Indonesia, tapi tiada seorang pun yang mahu mendengar rayuan saya.

“Bayangkan saya seorang diri dihantar ke negara asing hanya mampu menumpang teduh di masjid dan berdoa agar ada insan yang sudi menghulurkan bantuan.

“Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan seorang makcik yang kemudiannya membawa saya pulang ke Lombok dan mengahwinkan saya dengan salah seorang anak lelakinya untuk mengelakkan timbul masalah pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Faizada yang mesra disapa Ida berkata, hidupnya derita di tempat orang walaupun dilayan dengan baik oleh keluarga suami, malah bertambah sukar melalui kehidupan selepas melahirkan seorang anak perempuan.

Menurutnya, hatinya tidak pernah tenang meskipun sudah bersuami dan mempunyai anak kerana sering merindui ibu dan ayahnya serta keluarga di negara ini.

“Saya hidup susah di sana terpaksa menanam padi dan bercucuk tanam untuk mendapatkan sesuap nasi dan tak pernah kering dengan air mata kerana terlalu rindukan mak dan keluarga di sini.

“Melihat keadaan saya begitu, suami dan keluarga mentua membantu saya mengumpul wang sebanyak RM2,000 sedikit demi sedikit untuk membolehkan saya pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.

Katanya, sepanjang perjalanan pulang, dia tidak pernah berhenti berdoa agar diselamatkan daripada segala kemungkinan memandangkan bot yang dinaiki memuatkan 40 hingga 50 penumpang.

“Saya hampir mati lemas ketika diarahkan turun di dalam laut separas dagu sekitar jam 2 pagi, tapi sempat diheret seorang lelaki yang melihat keadaan saya tercungap-cungap kelemasan.

“Akhirnya, saya selamat sampai dan dijemput adik di Stesen Bas Larkin walaupun masih terasa seperti bermimpi dapat menjejakkan kaki semula di negara kelahiran saya.

“Sebaik sampai di rumah, saya seperti nak pengsan kerana terlalu gembira dapat menatap wajah mak selepas kali terakhir dapat melihatnya ketika pulang berhari raya pada 2009,” katanya.

Ida selamat sampai ke pangkuan keluarga 16 Disember lalu selepas didakwa dihantar pihak Imigresen ke Indonesia kerana dikatakan salinan sijil kelahirannya palsu.

Dalam pada itu, ibunya, Mariam Sarian, 48, berkata, kepulangan anak ketiganya itu merupakan satu kejutan dan seolah-olah masih bermimpi kerana doanya selama ini telah dimakbulkan ALLAH SWT.

Menurutnya, pelbagai usaha telah dibuat termasuk memohon bantuan daripada pelbagai pihak untuk membawa pulang anaknya ke pangkuan keluarga, namun tidak membuahkan hasil.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana ALLAH SWT telah makbulkan doa saya selama ini selepas pelbagai usaha telah dibuat termasuk cubaan mendapat bantuan daripada pelbagai pihak tidak berjaya.

“Saya masih terkejut dengan kepulangan Ida walaupun keadaannya kelihatan agak cengkung, kurus dan tidak terurus sehingga membuatkan saya menangis dengan penderitaan yang dialaminya,” katanya.

Mariam berkata, lima hari Ida terpaksa dirawat di hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada kaki dan masih trauma seolah-olah berada di negara asing.

Menurutnya, minggu depan, dia akan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menguruskan MyKad Ida memandangkan hasil semakan beberapa bulan lalu, nombor MyKad anaknya sudah dikenal pasti.

“Dia masih berada dalam keadaan takut dan bimbang ditangkap pihak bertanggungjawab walaupun kami berusaha menenangkannya dengan menunjukkan salinan sijil kelahiran asli yang disimpan.

“Selepas MyKad Ida sudah dapat, saya akan usahakan anaknya yang kini berada bersama suaminya di Indonesia pulang ke pangkuan Ida kerana tak sampai hati nak pisahkan kasih ibu dengan anak,” katanya.

Mariam berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap kecuaian semua pihak yang terlibat sehingga anaknya yang tidak bersalah terpaksa hidup menderita di negara orang.

Sinar Harian April tahun lalu menyiarkan hasrat seorang ibu yang merayu anaknya yang didakwa dihantar pihak Imigresen ke Indonesia selepas salinan sijil lahir yang ditunjukkan dikatakan palsu dibawa pulang.

Mariam yang kecewa dengan tindakan pihak Imigresen berkenaan turut menunjukkan 10 anaknya termasuk Ida mempunyai MyKad dan sijil kelahiran walaupun berdepan masalah kerana berasal dari Sabah.

17 comments:

Mael Hashim said...

semasa saya tinggal di tmn sri muda shah alam selalu ada pergaduhan antara kumpulan india dengan remaja sabah. Biasanya kumpulan india akan menjerit "balik indonesia la! ". orang india ingat orang sabah tu orang indonesia. bodoh betul. MIC kena buat kelas untuk ajar tata rakyat pada remaja india.

mantera said...

entah kenapa orang semenanjung boleh sangka orang Sabah dari Indonesia, padahal bahasa tak sama.

mantera said...

patut mereka kenal belajar pasal loghat2 yang ada di negara kita.

Teruterubozu said...

Takkan tidak dapat bezakan yang palsu dan yang ori??

Teruterubozu said...

Kenapa ahli keluarga tidak dihubungi untuk kenalpasti perkara ni?

Teruterubozu said...

Isu macam ni la yang membuatkan hububngabn rakyat di SM dan SS lagi bertambah renggang.

Anonymous said...

Kesian juga nasib gadis ini, bukan sahaja terpaksa duduk penjara tapi dihantar ke negara yang asing satu orang.

Anonymous said...

Pihak imigresen sepatutnya menyiasat kebenaran dulu sebelum mengambil tindakan kepada seseorang.

Anonymous said...

Mesti ibu-bapa anak gadis ini bimbang dan sedih kerana tidak tahu nasib anak sendiri di luar sana.

Anonymous said...

Bahaya nasib rakyat Sabah tanpa MyKad mencari kerja di Semenanjung seorang diri.

Anonymous said...

arap pihak JPN akan berusaha mengurus pemohonan MyKad daripada anak Sabah tulen supaya mereka tidak menghadapi masalah seperti ini lagi.

Hinamori said...

Ni la masalahnya pihak berkuasa yang kurang pengetahuan am. Orang cakap jauh perjalanan luas pandangan. Pihak berkuasa perlu lebih peka dan kecuaian seperti ni tidak harus diulang lagi.

Hinamori said...

Memang orang2 semenanjung akan menyangka orang2 Sabah ni orang Indonesia. sebab loghat Sabahans.

Hinamori said...

kesian empunya badan sehingga dihantar ke Indonesia.

Hinamori said...

Pihak berkuasa perlu siasat betul2 sebelum bertindak.

Hinamori said...

kalau keluarga si Ida mahu saman pun memang patut juga

Gaban said...

Orang Sabah Pon lau marah org melayu dia suruh kami balik Malaya.. Pastu kata kita pencuri!! Xda sivik ap.. Yg curi pemimpin org melayu smnjung bkn kaya mana Pon sama je cam sabh.. Lau melayu dok,Sabah ada je xkne.. Kalau cina ohh suka.. Plik ar sabahan..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels