17 January 2013

"Projek IC" mempertahankan Kemenangan BN? di Sabah

RCI Pati Sabah yang sedang berjalan banyak membicarakan "mempertahankan" kuasa BN pada tahun 1994? Keterangan itu sungguh bercanggah dengan fakta.

Bn Sabah tidak berkuasa di Sabah sejak tahun 1990, kerana PBS yang merupakan komponen Bn sejak tahun 1985 keluar daripada komponen itu pada tahun 1990.

Dakwaan dan pendedahan kononnya berlaku pertambahan pengundi islam antara 1990-1994 untuk mempertahankan kerajaan Bn adalah silap, kerana Bn Sabah tidak pernah menang pilihanraya baik pada PRU-1990 mahupun 1994.

Jika juga benar bahawa kerajaan Bn semasa Berjaya 1976-1985 berlaku pertambahan undi untuk menyokong Berjaya, ternyata silap juga, kerana pada PRN Sabah 1985, Parti Berjaya hanya mendapat 6 Kerusi, berbanding PBS 25.

Bn Sabah hanya menang pilihanraya tahun 1999 apabila berlaku pertambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri, daripada 48 kepada 60.

Ingat operasi menahan mereka yang terlibat dengan SKIM CEPAT KAYA mengeluarkan IC Biru Sabah berlaku pada tahun 1995. Pada masa itu ramai individu ditahan melalui ISA termasuk para pegawai JPN dan individu tertentu.

Kini, apabila mengikuti pendengaran RCI Pati Sabah di Mahkamah Kota Kinabalu, kebanyakan saksi hanya bercakap menggunakan kata-kata, tanpa disertai fakta. Mereka dengan bebas mengaitkan sesiapa termasuk yang telah mati, kerana mereka tahu individu itu tidak mampu mempertahankan diri.

Sebagai orang biasa, pendengaran RCI yang sedang berlangsung hanya sebagai medan balas dendam bagi individu yang terlibat, kerana kebanyakan mereka yang memberi keterangan adalah mereka yang pernah ditahan melalui ISA.

Pihak Pembangkang terutama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dengan cepat menuding jari kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai pengkhianat, sedangkan RCI itu belumpun memutuskan apa-apa, apakah mengguna pakai kesaksian yang diberikan kerana saksi-saksi tidak mengunakan hujah yang disokong oleh fakta. Kebanyakan keterangan para saksi adalah "hearsay" dan mereka tidak menunjukkan "bukti" yang menyokong keterangan mereka.

RCI Pati Sabah masih berlangsung.

72 comments:

Qistina Morea said...

Tun Dr Mahathir Mohamad nampak relaks sahaja berdepan dengan gembar gembur pembangkang yang melabel beliau adalah pengkhianat kerana meluluskan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah semasa era pentabirannya dulu.

Qistina Morea said...

Bekas Perdana Menteri itu tanpa apologetik mengakui peranan kerajaan pimpinannya dulu tetapi menegaskan semua kelulusan berhubung pemberian kerakyatan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang.

Qistina Morea said...

Dalam sidang media selepas wacana di Karang Kraf Shah Alam pada petang Khamis, Dr Mahathir berkata pembangkang boleh tuduh beliau apa saja termasuk pengkhianat tetapi semua yang dilakukan berdasarkan undang-undang.

Qistina Morea said...

"Itu tak jadi masalah kerana dituduh (pengkhianat) oleh ramai orang. Tapi ada juga yang puji," ujar beliau.

Qistina Morea said...

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing (beragama Islam) di Sabah.

Qistina Morea said...

Ramli ketika menjadi saksi kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan pendatang asing di Sabah mendakwa menerima arahan daripada bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub agar mengeluarkan resit bagi membenarkan pendatang asing di Sabah mengundi pada pilihan raya negeri itu pada 1994.

Qistina Morea said...

Menurut Dr Mahathir, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

Qistina Morea said...

"Ramai yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari, satu dua tahun... ada 20, 30 tahun. Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat. Yang menjadi masalah ialah ialah ada orang yang tidak senang kalau mereka jadi rakyat."

Qistina Morea said...

"Orang ini sebelum kita merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh penjajah.

Qistina Morea said...

"Seperti juga di Sumatera dan Semenanjung. Kita terima sesiapa yang ada di sini sebagai rakyat, kenapa kita nak tolak mereka? Kalau mereka lakukan jenayah, mereka terdedah kepada undang-undang kita juga. Tetapi mereka diperlukan oleh Sabah."

Qistina Morea said...

Walau diasak bertalu-talu oleh wartawan, Dr Mahathir relaks jawab satu persatu persoalan yang dilontarkan. Bahkan di satu peringkat, beliau memulangkan 'paku buah keras' kepada soalan seorang wartawan pro pembangkang yang mempersoalkan kenapa beliau beri kerakyatan kepada pendatang Islam warga asing di Sabah.

Qistina Morea said...

"Tunku Abdul Rahman lebih teruk dari saya, dia bagi kerakyatan kepada satu juta orang dahulu tanpa pemeriksaan teliti. Saya tidak nafikan pembabitan saya (di Sabah) tapi Tunku beri satu juta kerakyatan di Semenanjung selepas merdeka tiada siapa pertikai...," katanya.

Qistina Morea said...

Ditanya mengenai dakwaan bahawa kerajaan pimpinannya sengaja memberikan status kerakyatan kepada pendatang asing sebelum pilihan raya Sabah pada 1994 agar kumpulan berkenaan mengundi menyokong kerajaan, Dr Mahathir berkata ia mungkin berlaku secara kebetulan.

Qistina Morea said...

"Ia mungkin dilakukan sebelum pilihan raya negeri, tapi ia sama ada secara tak sengaja atau dirancang...saya tak pasti.

Qistina Morea said...

"Tapi ia dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Jika ia berlaku sebelum pilihan raya (negeri), ia tak bermakna bertentangan dengan undang-undang," katanya.

Qistina Morea said...

Berhubung sama pemberian status warga negara kepada pendatang asing di Sabah merupakan alasan politik agar UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di negeri itu, Dr Mahathir berkata: "Tidak ... ini adalah hak mereka (mendapat kerakyatan bagi yang layak).

Qistina Morea said...

"Bila mereka menjadi warga negara, sama ada mereka sokong Umno, BN atau siapa sahaja, itu hak mereka. Ia adalah fakta bahawa bukan semua mereka menjadi penyokong BN," katanya.

Qistina Morea said...

Beliau bahkan turut mengatakan kesediaannya untuk menjadi saksi kepada Suruhanjaya Diraja tersebut jika keterangan beliau diperlukan. "Jika mereka minta saya hadir, saya akan pergi," ujarnya.

Irina ShaQ said...

Prime Minister Mohd Najib Abdul Razak believe that it is still premature to draw conclusions from the royal commission of inquiry into the Sabah immigrants issue, which is still at its initial stages.

Irina ShaQ said...

"We cannot gauge from the testimony of some witnesses. There are 167 more witnesses that will be called," Najib told a press conference

Irina ShaQ said...

He urged all parties not to speculate and to "allow the process to take place".

Irina ShaQ said...

The RCI on Immigrants in Sabah began its public inquiry on Monday and will end its first five-day hearings today. It will resume its public hearings early next month with more witnesses to be called to testify.

Irina ShaQ said...

Asked about former prime minister Dr Mahathir Mohamad's statement that it was okay to give citizenship to foreigners if done properly within the law, Najib agreed with his former party president.

Irina ShaQ said...

"If we give citizenship according to the law, there is nothing wrong... as long as it is in accordance with the law. Other governments do it, too... it is not an issue."

Irina ShaQ said...

He repeated Mahathir's claim that the first prime minister Tunku Abdul Rahman also give citizenship to one million Chinese.

Irina ShaQ said...

Asked if the citizenship granted to the immigrants in Sabah had been in accordance with the law, Najib said that is what the RCI is for.

Irina ShaQ said...

"Let the commission find out," said Najib. He cautioned against jumping the gun when evaluating the findings. "As long as you don't speak of it in the wrong way."

Irina ShaQ said...

Met by reporters on his way to the BN supreme council earlier, United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko) president Bernard Dompok echoed the same sentiments.

Irina ShaQ said...

"It is still too early to say about something that has not quite finished."

Irina ShaQ said...

However, Dompok said that the preliminary findings of the RCI proved the urgency of the problem.

Irina ShaQ said...

"Investigation by the commissioners show that indeed there is a need for the RCI."

Irina ShaQ said...

Asked whether he was surprised with the peccadilloes unearthed, Dompok said that he had known that those issues to be true long ago.

Irina ShaQ said...

"I am not shocked by the findings, as there are things that I have already brought before BN, and the cabinet... those are proven correct."

Irina ShaQ said...

However he stopped short of commenting of any ill-will on the part of Sabahans, if any, existed over the illegal immigrant issue. Saved
"I shall comment further after the RCI is completed," the BN leader from Sabah added.

Irina ShaQ said...

According to a number of witnesses at the RCI, government officials were instructed to provide thousands of illegal immigrants identity cards and citizenship to enable them to vote in support of BN in Sabah.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bukan sahaja membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat Sabah, malah penubuhannya juga merupakan satu petunjuk bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bersedia untuk berhadapan dengan desakan, tuntutan atau apa sahaja masalah di Sabah yang perlu diambil perhatian.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Gesaan supaya RCI ditubuhkan sebelum ini telah disuarakan oleh para pemimpin parti-parti komponen BN termasuk Umno dan tidak terkecuali pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang menghangatkan lagi keadaan.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

RCI bukanlah kaedah pertama atau terakhir yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah pendatang haram dan juga Projek IC di Sabah. Sebelum ini juga, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuklah penubuhan Jawatankuasa Pusat dan juga Negeri bagi menyiasat dan merangka penyelesaian kepada fenomena warga asing di negeri ini, penubuhan Program 5P disamping penguatkuasaan berteruskan dari anggota beruniform samada di daratan mahupun perairan. Pendek kata, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan, namun masalah ini tetap berterusan.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Jika ada pihak yang mengatakan bahawa kerajaan tidak ikhlas menyelesaikan masalah ini hanya kerana kerajaan mengumumkan RCI disaat-saat akhir, ternyata andaian itu tidak benar sama-sekali memandangkan perkembangan siasatan setakat ini membuktikan badan itu benar-benar bersifat neutral tanpa memihak kepada mana-mana pihak sehingga ada kalanya membuka ruang kepada pihak pembangkang untuk memanfaatkan apa sahaja butiran siasatan untuk dipolitikkan.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Menurut kenyataan Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi bin Mohd Salleh, kerajaan telah mengusir 446,173 pendatang tanpa dokumen ke negara asal mereka sejak 1990. Angka tersebut adalah termasuk pelarian yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Beliau turut memaklumkan bahawa skop kerja Pasukan Petugas Khas adalah untuk menangani isu berkaitan pendatang asing dan mengenal pasti pelarian dan pendatang yang merangkumi pelarian Filipina dari Filipina Selatan, pendatang asing tanpa izin yang memasuki Sabah dan Labuan, dan buruh asing dari Indonesia.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

kerajaan telah berusaha untuk membendung kebanjiran pendatang asing tanpa izin sejak dulu lagi. Walaupun sukar, ianya tetap dilaksanakan. Kerajaan telah mengambil tindakan peguatkuasaan berterusan dan berusaha menangani isu berkaitan dengan bersungguh-sungguh.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Namun kewujudan beberapa sindiket pemalsuan IC serta sindiket membawa masuk warga asing ke negeri ini menyukarkan lagi usaha-usaha kerajaan. Pembangkang sama sekali tidak pernah menyentuh isu ini walaupun kes berkenaan telah beberapa kali dilaporkan oleh media tempatan pada tahun-tahun sebelumnya.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Tahun lepas saja, negara telah dikejutkan apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPD Tawau berjaya membongkar kegiatan sindiket ‘IC Palsu’ yang disyaki didalangi oleh seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bergiat aktif di sekitar Pantai Timur negeri ini.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Modus operandi sindiket ini dipercaya berorientasikan penawaran dokumen berbentuk MyKad asli dan meminta mangsa-mangsa mereka supaya menyerahkan duit di antara RM1,000 – RM5,000, gambar, sijil lahir (jika ada) dan cap jari.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Kes seperti ini bukan yang pertama dan terakhir, malah besar kemungkinan masih banyak lagi sindiket yang belum diberkas samada bergerak secara berpasukan mahupun secara individu. Keuntungan lumayan sentiasa mendorong pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan apa sahaja aktiviti haram walaupun mereka sedar tindakan itu membawa kepada hukuman yang berat.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Malah ada juga dilaporkan dimana penduduk kampung membantu warga asing mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka hanya kerana mahu mendapatkan keuntungan secara singkat. Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah kerajaan. Bila kita tanya PATI dari mana mereka dapat IC, adakah mereka akan mengaku bahawa mereka memperolehinya dari sendiket secara haram?? Sudah tentu tidak.. Sebaliknya, mereka akan cakap bahawa IC mereka tulen dan dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

berkenaan dengan mangsa pelarian perang di selatan Filipina sekitar tahun 1970an. Kerajaan mengambil peranan murni dan prihatin melibatkan aspek kemanusiaan untuk membantu pelarian dan mangsa perang. Tindakan kerajaan telah mendapat kerjasama dan diperakui oleh badan antarabangsa seperti UNHCR.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Dakwaan kononnya mangsa pelarian ini dibantu pihak tertentu untuk mendapatkan IC juga tidak benar apabila beberapa pelarian Filipina yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di negeri Sabah hari ini memberitahu bahawa tiada mana-mana pihak yang membantu mereka bagi mendapatkan kad pengenalan (IC). Salah seorang daripada mereka, Abd Salam Ali, yang datang ke Sabah pada 19 Januari 1971 berkata, beliau sendiri yang berusaha mendapatkan IC nya itu.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Fenomena pemberian IC kepada warga asing ini sebenarnya konsisten dengan penjelasan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Beliau menegaskan bahawa semua kelulusan berhubung pemberian kerakyatan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Tambah beliau, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

"Ramai yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari, satu dua tahun... ada 20, 30 tahun. Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat. Yang menjadi masalah ialah ada orang yang tidak senang kalau mereka jadi rakyat."

"Orang ini sebelum kita merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh penjajah."

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Pemimpin-pemimpin pembangkang sejak dari awal lagi sudah meletakkan isu itu sebagai senjata kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dengan harapan ia akan menarik perhatian rakyat untuk mengalihkan sokongan kepada mereka. Tetapi mereka lupa bahawa dalam undang-undang Malaysia ada diperuntukkan pemberian kerakyatan kepada pihak-pihak yang berkelayakan.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Jesteru, jika Pembangkang tidak bersetuju dengan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing ini, mungkin selepas ini mereka boleh masukkan agenda "penghapusan sebarang undang-undang berkaitan kewarganegaraan" ini dalam manifesto pilihanraya mereka.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Penghapusan undang-undang ini juga konsisten dengan janji Anwar Ibrahim yang mahu menghapuskan semua undang-undang "lapuk" di negara ini jika PR diberikan mandat memerintah. Dengan ini sama-samalah kita lihat bagaimana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia dapat mempertahankan kuasanya.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Rakyat Sabah sepatutnya menilai isu ini diluar kotak pemikiran yang condong kepada ideologi politik pihak tertentu bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, neutral dan tidak terhad kepada kepentingan politik sesetengah pihak.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Dan pemimpin-pemimpin pembangkang juga sepatutnya memuji kesungguhan dan kemampuan kerajaan BN menunaikan janjinya atau sekurang-kurangnya membantu kerajaan untuk mencari cara dan strategi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini untuk manfaat semua rakyat di negeri ini.

nickko said...

ULASAN YANG RINGKAS TAPI PADAT.. MEMANG SANGAT MENARIK DAN TERBAIK DARI BRO SUARA RAKYAT..

Tanpa melihat kepada faktor Pilihanraya Umum, saya simpulkan bahawa langkah kerajaan menubuhkan RCI menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan ibu segala masalah di Sabah.

Scarlett Newton said...

RAMAI 'KATAK' DAN 'BERUDU' DALAM PKR?

PERJALANAN Politik Sabah, khususnya Parti KeAdilan Rakyat (PKR) di daerah Semporna sejak akhir-akhir ini kurang mantap dan terpesong daripada hala tuju perjuangan sebenarnya sehingga mula dicurigai rakyat kerana perebutan jawatan.

Ramai orang keliru dengan perjalanan politik PKR kerana sejak kebelakangan ini, ramai ahli PKR ialah 'Katak-Katak' dan 'Berudu' yang melompat atau berenang daripada UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang kecewa kerana tidak mendapat apa-apa keistmewaan.

Scarlett Newton said...

RAMAI 'KATAK' DAN 'BERUDU' DALAM PKR?

Selama menjalankan Road Show selama tiga bulan di Semporna, saya masuk kampung keluar kampung bersama Ketua Puteri Sri Kandi Cabang Semporna, Nazmahwati Walli untuk melihat sendiri benarkah rakyat di daerah berkenaan terhimpit dalam mengharungi kehidupan seharian. Memang terbukti ramai yang masih melarat, kalau ada yang senang hanya kerabat atau kroni Wakil Rakyat yang terdekat sahaja.

Pada mulanya, saya bersemangat untuk membuat liputan setiap pergerakan Sri Kandi PKR sehingga beberapa pemimpin politik yang tidak pernah mengenali siapa Nazmahwati sebenarnya yang sering terpampang wajahnya di portal Sabahkini.Net. Nazmah jadi glamor, lantas ramai masyarakat di Semporna sudah mengenali dirinya.

Scarlett Newton said...

RAMAI 'KATAK' DAN 'BERUDU' DALAM PKR?

Dalam pada itu, semasa saya berada di Semporna selama 3 bulan, saya menyedari PKR Semporna bercelaru dan tidak stabil pentadbirannya; sama ada di peringkat cabang, ranting berbanding dengan UMNO/BN.

Bila ada program besar-besaran, kita tidak nampak kehadiran Ketua Waninta PKR mahupun AJK lainnya. Saya mengetahui sedikit sebanyak yang telah berlaku dalam PKR Semporna.

Saya tidak menafikan, Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna, Nazmahwati dan beberapa orang pengikut setianya memang bekerja keras berjuang habis-habisan; bukan sahaja melibatkan tenaga, bahkan juga melibatkan wang ringgit semata-mata mahu mencari pengaruh dan penyokong dari setiap sudut.

Scarlett Newton said...

RAMAI 'KATAK' DAN 'BERUDU' DALAM PKR?

Beberapa bulan kebelakangan ini, PKR terus senyap seribu bahasa sehingga tiada sebarang pergerakan langsung politik, lantas saya balik ke Sandakan untuk meneruskan tugas-tugas lainnya.

Walaupun saya tidak lagi berada di Semporna, dalam beberapa waktu, sekali sekala saya terdengar ramai pendatang baru mahu menyertai PKR; tetapi yang anehnya 60 peratus pendatang baru yang menyertai PKR hanya berniat mahu menjadi calon tetapi tidak mahu berjuang dari akar umbi.

Saya berpeluang bertanyakan beberapa penyokong tegar PKR sendiri, seandainya pendatang baru itu terpilih sebagai calon pada PRU 13, nanti bagaimana pula dengan kedudukan pejuang-pejuang tulen PKR atau pengasas PKR Semporna yang sudah bertahun-tahun lamanya?

Scarlett Newton said...

RAMAI 'KATAK' DAN 'BERUDU' DALAM PKR?

Dalam konteks ini, saya berani mengatakan pendatang baru dalam politik terutama daripada Parti Pakatan Rakyat (PPR) yang tidak tahu siapa mereka sebenarnya, bolehlah dicap sebagai makhluk perosak.

Manakala kemasukan profesional seperti Dr Zamri Hj Habi ke PKR, telah diragui oleh para penyokong tegar PKR kerana bapanya orang kuat UMNO, sementara ibunya Ketua Wanita UMNO Semporna dan saya melihat air mukanya tidak ikhlas dan menyimpan niat yang tersembunyi.

Scarlett Newton said...

RAMAI 'KATAK' DAN 'BERUDU' DALAM PKR?

A LETTER FROM A WARRIOR.

WE CAN SEE THAT PKR REALLY DONT WANT TO FIGHT FOR NATION BUT FOR THEMSELVES. TOLAK PKR!!!

Scarlett Newton said...

pihak pembangkang tidak harus diberi peluang dan ruang untuk memutar belitkan semua kerajaan demi kepentingan politik sempit mereka.

Scarlett Newton said...

Walaugabagimanapun juga, rakyat harus bijak dala hal-hal ini. sekejap lagi PRU dan rakyat juga semakin bingung kepada siapa untuk meletakkan undi kelak. Parti-parti yang bertanding pula semakin giat dan giat untuk berkempen. masing-masing untuk memancing hati rakyat. Kepada kita semua, hati-hati dengan undi itu kerana undi itulah yang akan menentukan masa depan sabah di musim akan datang. The one u choose, will determine how your daily life further.

mantera said...

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah merupakan manifestasi jelas membuktikan keikhlasan Barisan Nasional (BN) menyelesaikan masalah itu.

mantera said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN berkata RCI perlu dilihat secara positif dan kredit harus diberikan kepada BN atas usaha tersebut.

mantera said...

Kita tidak boleh melihat hasil berdasarkan seorang saksi. Terdapat seramai 167 saksi yang akan dipanggil. Oleh itu, jangan kita membuat kesimpulan. Biarkan prosiding dijalankan.

mantera said...

Najib berkata memberi kerakyatan asalkan mengikut undang-undang bukan satu kesalahan, malah banyak negara lain juga memberikan kewarganegaraan.

mantera said...

Biarlah Suruhanjaya menjalankan kerja dan menyelesaikannya," katanya ketika diminta mengulas mengenai RCI dan pendatang asing tanpa izin di Sabah.

mantera said...

Sila terima RCI sebagai usaha ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini yang menjadi kebimbangan ramai rakyat Sabah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels