18 February 2013

Bn punya perancangan tersusun untuk Rakyat: Dr Salleh Tun Said

Datuk Dr Salleh bersama Pemimpin Kota Belud
BAIK kerajaan Pusat mahupun negeri, mempunyai perancangan tersusun untuk rakyat. Atas sebab rancangan tersusun itu, maka rakyat menikmatinya. Bahkan bukan sahaja kerajaan, akan tetapi juga badan-badan kerajaan seperti Yayasan Sabah, juga mempunyai perancangan terhadap rakyat.

Di Kampung Melangkap pada Ahad, Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi Umno negeri- Datuk Dr Salleh Tun Said sempat merasmikan "Yayasan Sabah bersama rakyat Program 1 Kampung".

Semasa perasmiannya, Ketua bahagian Umno merangkap Pengerusi Bn Kota Belud itu berkata, hanya melalui sokongan rakyat yang berterusan kepada kerajaan Bn amnya dan Kerajaan negeri yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman, maka rakyat menikmati berbagai kemudahan, sokongan kewangan dan sokongan pembangunan demi kemudahan semua golongan rakyat.

Sememangnya kata Speaker Dun Sabah itu, kerajaan Bn adalah kerajaan yang senantiasa mengotakan janji, kerajaan yang menepati janji. Kerajaan Bn tidak berjanji berasaskan retorik, berlawanan dengan Pembangkang yang hanya pandai memutar belit fakta, menafikan kejayaan kerajaan disamping menabur janji-janji khyalan.

Atas sebab itu, pada PRU-13 akan datang, rakyat perlu memberikan sokongan kepada calon-calon Bn agar supaya perancangan dan rangka kerja yang telah disusun akan terus berjalan, agar supaya Sabah akan turut maju menjelang tahun 2020.

Menurut Salleh, rakyat perlu menerima hakekat, bahawa keluasan Sabah yang hampir 1/3 daripada Semenanjung, sudah tentu peruntukan yang besar diperlukan untuk menaik taraf pembangunan negeri ini setaraf dengan Semenanjung. Atas sebab itu, walaupun RM23.2 bilion peruntukan daripada kerajaan pusat kepada negeri ini dalam RMK-10, tidak termasuk bajet kerajaan negeri, kelihatan pembangunan tidak ketara, kerana pembangunan tertabur di merata tempat.

Namun, di sekitar bandar, pembangunan begitu ketara sekali, sehingga Kerajaan Negeri telah mewartakan, bahawa Tiada lagi pembangunan di Pesisir Pantai Kota Kinabalu.

Komitmen kerajaan terhadap pembangunan Sabah, tidak pernah berhenti, atas sebab itu, kerajaan persekutuan akan terus memberi peruntukan besar kepada negeri ini secara berperingkat-peringkat.

Kemajuan pendidikan tidak terlepas pandang, sebagai contoh katanya, pembaikan pulihan atau membangun sekolah-sekolah baru di kawasan Kota Belud, sedang giat berjalan. Sebagai misalnya, Pembangunan SMK Taun Gusi II, tidak akan lama akan siap. Penyiapan sekolah ini, sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada pelajar, kerana sekolah itu juga disertakan dengan bilik-bilik asrama.

Kerajaan Pesekutuan juga mengambil tahu keperluan asas rakyat, atas sebab itu kerajaan melalui KKLW memperuntukan RM114 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar Kota Belud. Apabila Projek tersebut siap sepenuhnya pertengahan tahun ini, maka masalah bekalan air bersih kepada rakyat Kota Belud akan teratasi sehingga tahun 2020.

Kerajaan juga sangat perhatian terhadap pembangunan perekonomian rakyat, atas sebab itu berbagai agensi kerajaan baik daripada persekutuan atau negeri aktif di kawasan Kota Belud, semata-mata untuk mencipta agar pendapatan rakyat terus meningkat, sesuai dengan arah kemajuan negara.

Sebenarnya pembangunan tidak pernah berhenti. Atas sebab itu, pembinaan jalan raya pintas daripada Tuaran ke Kota Belud dibina pada tahun 1996, tujuannya agar kemudahan pengakutan dan mempersingkat masa perjalanan warga Kota belud atau sebaliknya pengujung daerah ini.

Kota Belud menurut Dr Salleh mempunyai banyak kemudahan untuk tujuan pelancongan, umpamanya Tamu Besar Kota Belud, sudah termasuk sebagai kalender pelancongan negara.

Kota Belud menurut Salleh, tidak lama lagi akan memasuki peta negara sebagai Pengeluar beras negara, apabila Projek Jelapang Padi siap sepenuhnya. Melalui projek itu, diharapkan golongan yang bertanah akan mampu meningkatkan pendapatan mereka kepada golongan berpendapatan tinggi.

Selain itu, Kota Belud pada masa akan datang akan menerima tempisan pembangunan, apabila Lebuh raya Kudat Kota Belud siap kelak.

Pembangunan Kota Belud berserta dengan rakyatnya akan terus rancak, jika sekiranya kawasan ini terus dikuasi kerajaan Bn, kerana sememangnya hanya Bn yang mengetahui hala tuju keperluan rakyat, kerana pengalamannya mengurus negara lebih setengah abad yang lalu.

93 comments:

unknown said...

Salleh is all for the people.

unknown said...

Perancangan tersusun.

Hidup Di Sabah said...

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata rekod kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah yang terbaik kerana mereka berupaya untuk menyampaikan janji-janji pembangunan kepada rakyat.

Hidup Di Sabah said...

Beliau berkata kerajaan BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak prihatin dengan masalah rakyat di negara ini dan banyak peruntukan telah disalurkan kepada negeri untuk membangunkan negeri ini.

Hidup Di Sabah said...

Menurut Musa, projek pembangunan seperti jalan raya dan jambatan juga diberi keutamaan untuk keselesaan rakyat di kawasan luar bandar.

Hidup Di Sabah said...

ini adalah jelas bahawa kerajaan BN adalah sensitif kepada keperluan rakyat.

Hidup Di Sabah said...

BN mendengar kepada rakyat dan memberi keutamaan untuk menjaga kebajikan rakyat di negara ini.

Hidup Di Sabah said...

Beliau berkata usaha-usaha murni kerajaan, termasuk keamanan dan keharmonian, telah dirancang oleh pemimpin-pemimpin untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat di kawasan ini termasuk kawasan pedalaman.

Hidup Di Sabah said...

"Saya juga berbangga dengan wakil-wakil rakyat BN untuk menjadi warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab.

unknown said...

I think this is one of the good ways to help improve the livelihood of the people.

Hidup Di Sabah said...

Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan wakil rakyat tidak melupakan tugas dan peranan mereka sebagai wakil rakyat. Saya mahu mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.

Hidup Di Sabah said...

Beliau juga mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda dari parti pembangkang yang hanya datang untuk melihat orang ramai pada malam sebelum pilihan raya.

Hidup Di Sabah said...

Beliau percaya rakyat Sabah, termasuk Tenom, pintar dan sedar pembangkang yang hanya datang ke kampung-kampung ketika pilihan raya untuk membuat janji-janji kosong bulan dan bintang.

Hidup Di Sabah said...

Kerajaan BN diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin dunia bagi pemimpin yang cemerlang yang mentadbir negara.

Hidup Di Sabah said...

Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan cara untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat supaya generasi berikutnya terus mendapat nikmat.

unknown said...

Satu peluang yang baik.

Hidup Di Sabah said...

Tujuan kerajaan BN untuk kekalkan kuasa adalah bagi meneruskan usaha memajukan negara agar rakyat hidup berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Hidup Di Sabah said...

Perbezaan ketara antara kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang hanya menghalang pimpinan BN berbuat baik dalam membawa kebaikan.

Hidup Di Sabah said...

Tiap-tiap kali kerajaan BN cuba melakukan sesuatu yang baik dengan niat ikhlas untuk kebajikan masyarakat, ada juga yang datang dari segi politik untuk menghalang pelaksanaan program atau projek yang dilakukan oleh BN.

Hidup Di Sabah said...

Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam membawa kemajuan kepada semua etnik dan bangsa.

Hidup Di Sabah said...

Usaha pakatan pembangkang untuk menggagalkan rancangan kerajaan BN tidak akan berlaku kerana apa yang dirancang dan dilakukan itu adalah dengan niat yang baik dan ikhlas.

Hidup Di Sabah said...

Penyenaraian FGV adalah contoh yang terbaik menunjukkan kerajaan pusat melakukannya dengan niat yang baik dalam membawa kebaikan untuk kelompok peneroka Felda dan negara,

Hidup Di Sabah said...

Penyenaraian itu adalah usaha yang baik dalam meningkatkan lagi kecairan dan halatuju perdagangan pasaran, mencergaskan pasaran modal negara serta memberi keyakinan kepada pelabur.

Hidup Di Sabah said...

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji untuk membela rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Hidup Di Sabah said...

BN merupakan kerajaan yang sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan melaksanakan pendekatan yang selari dengan keperluan semasa.

Hidup Di Sabah said...

Kita bertuah kerana mempunyai seorang Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang peka dan sedaya upaya terus memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat.

Hidup Di Sabah said...

Kesinambungan kepada dasar dan pelbagai transformasi yang dibawakan kerajaan harus diteruskan melalui sokongan berterusan rakyat kepada BN.

Hidup Di Sabah said...

Musa berkata beliau berpuas hati pemberian BR1M di negeri ini yang berjalan lancar dan teratur.

Hidup Di Sabah said...

Musa berkata sambutan rakyat yang begitu meriah ketika lawatan Najib ke negeri ini baru-baru ini merupakan bukti sokongan dan keyakinan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan BN.

Hidup Di Sabah said...

Rakyat sedar akan kepimpinan Perdana Menteri yang prihatin, memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan telah memperkenal pelbagai dasar serta membawa transformasi.

Hidup Di Sabah said...

Menurutnya ia menunjukkan bahawa rakyat Sabah menghargai komitmen kerajaan pusat dalam membangunkan negeri khususnya membabitkan penyediaan kemudahan asas.

Hidup Di Sabah said...

kerajaan mengagihkan peruntukan yang besar kepada negeri ini kerana menyedari masih banyak diperlukan dalam memenuhi pembangunan untuk rakyat.

Hidup Di Sabah said...

Jangan kita mudah terpedaya dengan permainan yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Hidup Di Sabah said...

Tipu muslihat pembangkang sebenarnya semua ini untuk mendapatkan sokongan. Dengan memburuk-burukan dan mengatakan kerajaan gagal. Jadi dengan cara ini akan dapat menghantui fikiran rakyat.

unknown said...

Tersusun yang memang tersusun.

Scarlett Newton said...

TERIMA KASIH DR SALLEH SAID KERANA TERUS SETIA DAN MEMPERCAYAI KERAJAAN BN

Kepimpinan Dr Salleh Said


MEMANG berasas apabila ramai yang mengatakan bahawa kepimpinan Datuk Dr Salleh Tun Said disenangi baik kawan mahupun lawan.

Kerana sifat kepimpinan Presiden Usbo itu yang sukar menyimpan perasaan dendam kepada sessiapapun, atas sebab itu, baik dalam arena politik mahupun persatuan, beliau mampu mengayumi berbagai pihak, walaupun pada suatu waktu merupakan musuh politik.

Suara Rakyat terbaca satu salinan Surat Perlantikan yang dipaparkan di Wall FB seorang rakan berhubung hasrat Presiden Usbo itu melantik seorang peguam Mohd Shukor Abdul Mumin sebagai Penasihat Undang-undang dan Pengerusi Biro Professional pertubuhan itu yang bertarikh 6 Februari 2013.

Scarlett Newton said...

Tahun 2011 Najib cipta legasi

Bagi mereka yang berasal daripada Kota Belud, sudah tentu kenal siapa Mohd Shukor, kerana beliau merupakan salah seorang calon PKR pada PRU-12 lalu bagi kawasan DUN Usukan.

Pada PRU 2008, Shukor menentang calon Bn Datuk Japlin Akim satu lawan satu. Beliau bagaimanapun tewas dengan hanya mendapat undi 3,941 berbanding Japlin 7,964 undi.

Sebenarnya Shukor bukan asing bagi politik Kota Belud, kerana beliau pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian Kota Belud sebelum Datuk Japlin.

Dalam politik semua boleh berlaku. Kerana peraturan parti Umno, sesiapa sahaja ahlinya yang menentang calon parti dalam sesebuah pilihanraya, maka peraturannya seseorang itu dipecat daripada parti.Suara Rakyat tidak pasti, apakah Shukor dipecat ataupun telah keluar daripada parti.

Apabila dipecat, maka sukar seseorang itu menjadi ahli semula, keculai mendapat restu daripada Majlis Tertinggi parti.

Scarlett Newton said...

Tahun 2011 Najib cipta legasi

Datuk Salleh sebagai Ketua Bahagian Umno Kota Belud merangkap sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, melihat walaupun seseorang itu pernah dipecat daripada parti, namun kembali menyokong parti, tetapi kerana urusan pentadbiran, maka seseorang itu belum boleh menjadi ahli parti, maka ianya perlu diambil pendekatan yang bersifat menang-menang.

Dikeranakan Usbo merupakan ahli terus Bn, maka adalah sesuai melantik atau menerima seseorang itu yang mempunyai aspirasi sama dengan Bn. Inilah mungkin salah satu faktor mengapa Presiden Usbo itu mengsyorkan dan berhasrat seseorang seperti Mohd Shukor Abdul Mumin dilantik sebagai penasihat Undang-undang Usbo merangkap Pengerusi Professional pertubuhan itu.

Scarlett Newton said...

Tahun 2011 Najib cipta legasi

Salleh sedar dalam politik yang penting adalah jumlah. Atas sebab itu semakin ramai jumlah yang menyertai sesuatu badan politik, maka cerahlah harapan sesebuah parti itu berdapan dengan sebarang pilihanraya.

Melalui perlantikan Shukor dalam Usbo, maka semakin berkuranglah aktivtis yang menentang Umno khususnya bagi Daerah Kota belud, kerana jika pada suatu ketika Shukor sebagai penentang kini bersama-sama Umno melalui Usbo bersepadu semula sebagai satu pasukan.

Tahniah kepada Datuk Dr Salleh kerana mempunyai pandangan ke hadapan untuk mengayomi semua lapisan dan mencoraknya sebagai satu pasukan.

Hinamori said...

Lawatan PM dianggap sebagai perangsang untuk gabungan parti pemerintah dan penghargaan kepada rakyat di kubu kuat Barisan Nasional

Hinamori said...

mesej yang disampaikan Najib pada perhimpunan itu telah menaikkan semangat rakyat tempatan yang hadir pada majlis itu.

Hinamori said...

lawatan itu juga akan memberi semangat kepada parti-parti komponen BN untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan BN kekal di semua empat kerusi di sana selepas pilihan raya umum akan datang.

Hinamori said...

Tiga kerusi negeri di kawasan parlimen Kota Belud ialah Usukan, Tempasuk dan Kadamaian. Pada pilihan raya umum lepas, pada 2008, semua kerusi negeri dan kerusi parlimen Kota Belud dimenangi calon BN

Hinamori said...

PRU13 adalah lebih baik perkara itu diserah kepada kebijaksanaan Najib dan kepimpinan BN tetapi pada masa sama anggota parti perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi pengundi apabila tiba masanya.

Hinamori said...

Salleh turut bersetuju dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengenai perlunya rakyat mengekalkan BN terus berkuasa, bukan hanya di Sabah, tetapi juga di Putrajaya.

Hinamori said...

rakyat memerlukan pembangunan, kemakmuran, kemanan dan keharmonian.

Hinamori said...

pembangkang terus membohongi pengundi dengan membuat pelbagai janji, Najib sibuk melaksanakan pelbagai projek dan program yang memberi manfaat sebenar kepada rakyat.

Hinamori said...

Sabah di bawah kepimpinan Musa turut mendapat faedah hasil inisiatif kerajaan negeri, terutama dalam program-program untuk meningkatkan ekonomi dan taraf kehidupan rakyat.

Hinamori said...

Sabah dan rakyatnya akan menderita jika mereka memilih parti dan pemimpin yang salah untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum

Scarlett Newton said...

Datuk Dr Salleh memang tahu keperluan politik Sabah

Datuk Dr Salleh Tun Said, adalah pemimpin yang sudah matang dan tahu keperluan poiltik Sabah. Mungkin pengelibatan beliau dalam politik Sabah yang begitu lama.

Sepulang beliau daripada belajar daripada luar negara, Salleh pernah bertanding AMT parti Usno dan menang. Akibat pergeseran dengan beberapa AMT Usno, beliau keluar dan menyertai Parti Berjaya.

Scarlett Newton said...

Datuk Dr Salleh memang tahu keperluan politik Sabah

Sebelum menyertai gelanggang pertandingan dalam pilihanraya, Salleh pernah berkerja sebagai penjawat awam, yakni Pegawai Daerah Kota Belud. Selepas meletakan jawatan sebagai pegawai kerajaan, beliau mencuba bertanding dalam pilihanraya, dan seterusnya dinobatkan sebagai wakil rakyat pada tahun 1994.

Salleh dalam perjalanan politiknya pernah beberapa kali menjadi AMT Umno pusat dan hanya pada pemilihan tahun 2008, beliau tidak bertanding.

Salleh, dilanda badai politik pada tahun 2008, apabila tidak dipilih sebagai calon Bn dalam piihanraya umum ke-12. Ada yang membuat anggapan, bahawa tidak terpilihnya Salleh sebagai calon, ekoran desakan pihak-pihak tertentu berikutan pengelibatannya dalam pertubuhan Usbo, pertubuhan yang disokong oleh rumpun bajau.

Scarlett Newton said...

Datuk Dr Salleh memang tahu keperluan politik Sabah

Bagi mereka yang diluar Usbo, ada yang mendawa Usbo akan menjadi saingan utama Umno di Sabah, kerana menurut pihak-pihak tertentu itu, Umno sebenarnya ditulang belakangi oleh rumpun bajau, seperti mana terdapat dalam Usno yang telah dibubarkan.

Meskipun dalam beberapa kenyataan, Salleh mengistiharkan bahawa usbo bukanlah pesaing kepada Umno, melainkan kewujudan usbo adalah saling melengkapi perjuangan Umno; namun mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, berjaya mengyakinkan Presiden Umno pada tahun 2008, bahawa Usbo adalah pesaing kepada Umno.

Menyedari tuduhan kepada Usbo itu, Salleh bagi pihak Usbo telah memohon sebagai ahli terus Bn, apabila gabungan 13 parti itu membuka keahlian secara terus.

Scarlett Newton said...

Datuk Dr Salleh memang tahu keperluan politik Sabah

Keahlian Usbo sebagai ahli terus Bn, memadamkan kecurigaan terhadap pertubuhan rumpun bajau itu sebagai pesaing kepada umno, kerana usbo kini satu wadah perjuangan dalam bn.

Di sinilah terletak kepakaran Salleh dalam liku-liku politik Sabah. Beliau mengambil iktibar dalam kepelbagaian yang terdapat di Sabah, terutama berkaitan dengan suku bangsa.

Sabah yang mempunyai 36 etnik sukuan, perlu pertubuhan yang boleh mengayom etnik sukuan itu untuk bergerak bersama sebagai satu ikatan. Tanpa pertubuhan seperti Usbo yang mewakili rumpun bajau yang beragama islam, maka dikhuatirkan etnik sukuan yang berstatus bangsa bajau namun mewakili kelompok kecil akan tercicir dalam arus politik mahupun pembangunan.

Kini, walaupun Usbo merupakan salah satu ahli Bn, namun kecurigaan tetap ada yang datang daripada pemimpin tertentu yang tidak mempunyai "race base". Atas sebab itu, memecahkan sukuan bajau kepada kelompok-kelompok kecil telah dan sedang diusahakan.

Kini, rumpun bajau akan hampir berpecah kepada empat, setelah adanya persatuan Samah Sabah(PSS) Persatuan Badjao Sabah (PBS) dan menyusul Persatuan Bangso Bajau Samah Sabah (PBBSS).

Scarlett Newton said...

Datuk Dr Salleh memang tahu keperluan politik Sabah

Melihat kepada keadaan itu, Salleh melakukan pendekatan baru dalam caranya berpolitik. Kini beliau benar-benar mengunapakai pendapat pakar ilmu sosial Max Weber. Salleh dalam gerakan politiknya kini mendekati strata sosial bagai mengembangkan kekuatan politiknya. Melalui pendekatan itu, setidak-tidaknya beliau mempunyai jalinan yang kukuh di kalangan strata sosial itu; dan sebagai akibatnya, kekuatan beliau dalam politik sukar diganggu gugat.

Melalui kekuatan yang ada pada Perisden Usbo itu, apatah lagi sebagai Timbalan Perhubungan Umno Sabah dan juga sebagai Ketua Bahagian Umno Kota belud; maka beliau dikatakan sebagai seseorang yang sanggup tampil ke depan untuk membela kelangsungan kerajaan Bn secara khususnya di Sabah dan umumnya di negara ini.

Pucuk pimpinan Bn memerlukan seseorang yang secara komited dalam perjuangan. Salleh membuktikan komitmen itu, apabila bertungkus lumus bersama-sama pemimpin-pemimpin lain yang tidak terpilih sebagai calon ada PRU-12 untuk memastikan kemenangan Bn dengan cemerlang.

Salleh tidak berhenti di situ, dan meneruskan komitmen itu sehingga kini.

Selain itu, Salleh juga terus menjawab isu-isu semasa yang berbangkit, misalnya isu Pati di Sabah. Malah beliau mencabar Anwar Ibrahim supaya jangan hipokrit berhubung kait dengan isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang yang konon berlaku pada tahun 1990-an, kerana sebagai mana yang kita ketahui bahawa Anwar pada masa itu bertanggungjawab bagaimana merampas kerajaan negeri daripada kerajaan pembangkang PBS.

Scarlett Newton said...

Datuk Dr Salleh memang tahu keperluan politik Sabah

Komitmen Salleh kepada kerajaan Bn dan parti-parti Bn terutama parti yang disertainya Umno, tidak boleh disangkal lagi. Selain itu komitmen beliau pada kepimpinan Sabah yang diterajui Datuk Musa Aman tidak berbelah bahagi.

Gandingan Musa-salleh dalam menerajui Umno Sabah, mengurangkan fenomina politiking, dan sebab itu Sabah terus maju, dengan pembuktian melalui bajet Sabah yang semakin meningkat saban tahun. Bajet Sabah telah mencipta rekod pada tahun 2012, apabila mengemukakan bajet tertinggi sebesar RM4.088 bilion.

Bagi menghadapi PRU-13, berasaskan kepada keadaan politik semasa, tidak dapat disangkal, bahawa Salleh merupakan salah seorang calon yang bakal diberi kerpercayaan oleh pucuk pimpinan untuk bertanding, kerana selain sebagai calon yang boleh menang, akan tetapi juga dapat mempengaruhi keputusan secara umum kawasan-kawasan lain.

Sama-sama kita tunggu musim pilihanraya umum ke-13.

Scarlett Newton said...

TERIMA KASIH DR SALLEH

Caldina said...

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang mula berasa tergugat dengan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup membuat pelbagai tohmahan.

Caldina said...

Beliau berkata pembangkang cuba menunjukkan kepada rakyat kononnya tiada muafakat dalam BN sehingga menyebabkan pemimpin bertelagah sesama sendiri.

Caldina said...

“Jangan kita mudah terpedaya dengan tipu helah parti pembangkang yang hendak menunjukkan tidak ada perpaduan dan ada perpecahan (dalam BN),” katanya

Caldina said...

Mengulas kedudukan BN di Perak, Muhyiddin berkata kedudukan perikatan itu di Perak kini stabil manakala pembangkang pula sudah tidak bermaya di negeri ini.

Caldina said...

“BN peringkat negeri dibantu oleh pusat bukan setakat untuk menstabilkan, tetapi juga meneruskan proses pembangunan.

Caldina said...

“Ini nyata di hadapan kita. Bukan kita boleh buat-buat. Rakyat tahu dan situasi jauh lebih baik sekarang berbanding dahulu,” katanya.

Caldina said...

“Prinsip dalam BN kita hormati dan kita ambil kira semua faktor. Yang penting sesiapa sahaja yang terpilih, dia bukan mewakili diri dia, dia mewakili BN dan dasar bukan dasar dia, tetapi dasar BN,” katanya.

Anak Sabah said...

Datuk Najib Razak pledge his commitment and that of Barisan Nasional (BN) to continuously deliver progress and uphold the interests of the state and its people.

Anak Sabah said...

BN’s solid track record in the state showed that the coalition was credible in fulfilling its promises was in stark contrast to the opposition’s failure to bring progress, as only 15 per cent of the promises made at the last general election had been kept in the four states it held.

Anak Sabah said...

The Opposition came here to sell their promises and ask for sympathy. They pass the blame to others. But talk is easy; to deliver and to implement is another thing altogether.

Anak Sabah said...

The BN government has remained in power all these years because it feels the pulse of the people and delivers on its promises, said Datuk Najib Razak.

Anak Sabah said...

The Federal Government would also assist the state government in the development of Sabah state.

petrus pius said...

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Peter Pang En Yin, mengajak rakyat terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) demi pembangunan berterusan dan kesejahteraan hidup khasnya di negeri ini.

Menurut beliau, sejak pemerintahan BN golongan belia terbela dari segala segi sekali gus membolehkan mereka mendapat peluang samada melibatkan pekerjaan mahu pun peluang-peluang peningkatan ilmu kemahiran diri masing-masing.

petrus pius said...

Malah, beliau berkata, bukti keprihatinan kerajaan BN apabila bajet untuk pembangunan belia dan sukan di negeri ini kian bertambah dari tahun ke tahun.

“Sebagai contoh, pada tahun ini saja sebanyak RM10 juta untuk pembangunan belia dan RM15.9 juta bagi pembangunan sukan yang diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah manakala beratus juta lagi kepada kementerian serta agensi lain,” katanya.

petrus pius said...

Peter Pang menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Persatuan Belia dan Sukan sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2013 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Negeri di Restoran Ocean King Seafood, dekat sini, pada Sabtu lalu.

Dalam konteks itu, Peter Pang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman di atas pertambahan peruntukan tersebut.

petrus pius said...

Katanya, ini membuktikan bahawa kedudukan kewangan negeri amat baik kerana atas pentadbiran kerajaan yang cekap di bawah pimpinan Musa yang sentiasa prihatin keperluan rakyat jelata.

Sehubungan dengan itu, katanya lagi, rakyat hendaklah memberikan sokongan yang padu terhadap kerajaan yang selama ini terbukti telah melaksanakan program pembangunan negeri daripada semua aspek serta setiap janji ditetapi.

petrus pius said...

“Saya juga berharap supaya jalinan kerjasama diantara Kementerian dengan persatuan-persatuan sukan negeri dan persatuan-persatuan belia serta badan sukarelawan akan terus erat demi untuk pembangunan belia dan sukan ke arah melahirkan golongan belia yang perkasa dan atlet bertaraf dunia serta masyarakat berbudaya sukan dan rakyat sejahtera,” ujarnya.

Hadir sama Adun Elopura, Au Kam Wah dan pegawai-pegawai dari Kementeria Belia dan Sukan Negeri termasuk beberapa pemimpin badan NGO dan belia dari sekitar Sandakan.

petrus pius said...

kejayaan yang dicapai oleh kerajaan negeri sabah di bawah pimpinan musa aman dicemburui oleh pembangkang...pembangkang berebut2 mahu mentadbir negeri sabah kerana kedudukan kewangan yang baik hasil usaha musa aman kerana akan memudahkan pembangkang mentadbir jika menang pada pru13 nanti..

petrus pius said...

sebab itulah rundingan kerusi pembangkang gagal dimana PKR telah meminggirkan SAPP dan mahu membolot majoriti kerusi DUN sabah melalui APS dan PPPS...

petrus pius said...

rakyat perlulah menolak pembangkang pada pru13 nanti agar hasil usaha keras kerajaan BN di sabah tidak dirosakkan oleh pembangkang seperti mana yang berlaku di selangor..mandat besar harus diberikan kepada kerajaan.

zam said...

rakyat pasti dapat menilai dengan bijak parti mana yang terbaik untuk mereka pilih.

zam said...

pembangkang tidak menunaikan janji mereka. lihat saja di Selangor.

zam said...

kerajaan banyak memberi bantuan pada rakyat seperti BR1M, PPR dan sebagainya.

zam said...

selain itu, projek seperti SOGT dilaksanakan untuk memberikan manfaat ekonomi.

zam said...

selain itu kedudukan kewangan Sabah yang baik menunjukkan kerajaan BN mentadbir dengan baik.

Qistina Morea said...

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) menyediakan dan memberikan pelbagai bantuan berterusan kerana kasih dan sayangkan rakyat.

Qistina Morea said...

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi keutamaan terhadap kebajikan rakyat dan pelajar dan ini terbukti dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 28 Sept lepas.

Qistina Morea said...

"Saya bersyukur rakyat menerima baik setiap program bantuan ini dan menolak cakap pembangkang yang hanya pandai menabur janji," katanya semasa merasmikan Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Kedah di Guar Chempedak.

Qistina Morea said...

Apa pun alasan yang diberikan perlu diingat manifesto adalah akujanji antara sesebuah parti dengan rakyat dan bukannya perkara yang boleh dipermain-mainkan.

Qistina Morea said...

Bahkan ianya satu ikatan sekiranya rakyat memberikan kepercayaan kepada mana-mana parti untuk memerintah melaksanakan segala yang dijanjikan itu dan bukannya sekadar melihat sebelah mata, kata Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Qistina Morea said...

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Subang seterusnya menambah itulah perbezaan ketara antara Barisan Nasional (BN) dengan pembangkang yang mana BN melihat menifesto adalah satu janji yang perlu dilaksanakan.

Qistina Morea said...

“Sebab itu kalau kita perhatikan apa yang kita janji kita akan rancang dan laksanakan yang terbaik untuk rakyat. Kita tengok dan nilai apa yang kita boleh buat dan apa yang kita boleh janji. Dan janji kita pula bukannya sekadar suka-suka.

Qistina Morea said...

“Malah jika diperhalusi dengan mendalam, yang kita tidak pernah janjikan pun kita buat demi kepentingan semua pihak. Berbanding sebelah sana pula cuba kita nilaikan… Apakah patut dinyatakan manifesto bukan satu perjanjian. Bagi saya terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian terbaik dan melihat dengan mendalam siapakah yang lebih bertanggungjawab dan peka serta prihatin dengan nasib rakyat khususnya di Selangor hari ini,” katanya.

Qistina Morea said...

Beliau seterusnya menambah amat jelas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Selangor dipermainkan oleh kerajaan negeri yang seolah-olah tidak ikhlas dalam melaksanakan apa yang dijanjikan sebelum ini.

Qistina Morea said...

“Isu pemberian air percuma contohnya…bukankah menimbulkan isu dan kekalutan kepada rakyat…begitu juga dengan pelbagai janji lain. Apakah mereka tidak tahu untuk menterjemahkan manifesto sebagai sesuatu yang realiti.

Qistina Morea said...

“Mungkin pada ketika dan saat mereka tawarkan manifesto sebelum ini, mereka tidak menjangkakan boleh menang di Selangor tetapi apa pun itulah tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Janji tetap janji,“ katanya.

mantera said...

BN pasti mempunyai peranncangan lebih baik untuk membangunkan Sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels