14 February 2013

Jangan Terperdaya Janji Pembangkang: Anifah Aman

Rakyat negara ini amat bernasib baik kerana kestabilan negara yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) membolehkan rakyat dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan aman disamping menikmati ekonomi dan pembangunan yang berterusan.

Dalam hubungan iitu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Haji Aman, mengajak rakyat agar tidak terpedaya dengan janji-janji pembangkang kerana apa yang dijanjikan suatu janji yang terlalu samar.

“Apa yang dijanjikan pembangkang hanyalah mengabui mata rakyat dan cuba menghasut pemikiran rakyat dan pada masa yang sama pembangkang juga amat lantang dengan menidakkan apa saja kebaikan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan,” katanya.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata mereka akan menjanjikan apa saja yang dekat dihati rakyat sebagai contoh jika pembangkang memerintah akan menurunkan harga petrol, gula, minyak masak dan sebagainya demi meraih keyakinan rakyat terhadap mereka.

“Jangan mudah terpedaya kerana itu hanya merupakan janji yang belum tentu tertunai,” kata Anifah ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Keluarga Datuk Teo Ching Ping sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di Membakut pada Isnin.

“Sebagai Menteri Luar, saya telah menyaksikan keadaan hidup di beberapa negara luar sebagai contoh Libya, Iraq dan Mesir yang kini hidup sengsara,” katanya.

Beliau berkata rakyat Mesir contohnya sebelum ini melakukan perubahan untuk menukar kerajaan barunya tetapi sekalipun negara tersebut sudah pun bertukar kerajaan atas kehendak rakyatnya namun malang sekali perubahan pemimpin yang diharapkan bukan menjadi baik tetapi semakin teruk dari sebelumnya.

“Sebelum itu rakyatnya amat berharap kehidupan mereka akan menjadi lebih baik dan mereka mendesak untuk melakukan perubahan itu sehingga melakukan demonstrasi jalanan membuatkan kerajaan dahulu tumbang,” katanya.

“Ini kerana mereka dijanjikan harga barang akan turun, mereka dijanjikan kehidupan yang lebih baik tetapi apabila mereka berjaya menumbangkan kerajaan dan kerajaan sudah bertukar tangan namun kerajaan yang baru dibentuk telah gagal menunaikan apa yang mereka janjikan kepada rakyatnya,” tegasnya.

Anifah yang juga Ketua Umno Bahagian Kimanis berkata, harga barang di negara berkenaan seratus peratus naik manakala masalah rakyat tidak terpeduli malah kemarahan rakyat semakin memuncak sehingga berlaku kembali demonstrasi sana sini menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

“Kerajaan yang baru mereka pilih melalui demokrasi itu ternyata gagal menunaikan janji dan akhirnya negara itu menjadi kacau bilau dan huru hara dan rakyatnya kembali bangun menentang kerajaan menyebabkan ramai rakyatnya kini hidup dalam ketakutan,” tegasnya.

Anifah berkata, berbanding dengan keadaan di negara ini, rakyatnya dapat hidup tenteram, melakukan aktiviti kehidupan seperti biasa dari itu tidak ada sebab untuk menukar kerajaan.

51 comments:

Unknown said...

TAKE A BREAK BY READ THIS!!

PELAN 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK


Pelan 100 hari yang diumumkan oleh Pakatan Pembangkang baru-baru ini didapati bukan sahaja tidak realistik malah membayangkan hala tuju masa depan parti tersebut. Sepuluh perkara yang akan dilaksanakan dalam jangka masa 100 hari seandainya Pakatan Pembangkang menguasai Putrajaya juga menimbulkan pelbagai persoalan, kekeliruan dan keraguan dikalangan rakyat terhadap hala tuju pakatan pembangkang dalam membangunkan negara serta meningkatkan pendapatan rakyat pada masa depan.

Unknown said...

PELAN 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK

Menyedari hakikat bahawa hampir 55 % pengundi di Malaysia adalah terdiri daripada kumpulan pendapatan rendah dan pertengahan, maka Anwar Ibrahim berjanji akan melaksanakan 10 perubahan dalam 100 hari sebagai hook atau ‘umpan’ untuk memikat perhatian dan pemikiran para pengundi daripada golongan tersebut.

Namun, Anwar Ibrahim didapati tidak sedar bahawa sebahagian besar rakyat yang menyokong beliau dalam PRU12 kini merasa kecewa dengan Pakatan Pembangkang kerana janji-janji beliau dan Pakatan Pembangkang yang dibuat menjelang PRU12 masih belum ditunaikan malah diabaikan sehingga hari ini. Rakyat menganggap janji-janji Pakatan Pembangkang adalah hanya janji-janji kosong.

Unknown said...

PELAN 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK

Rakyat juga masih ingat janji-janji yang yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dalam PRU`12. Antara janji-janji utama yang menggoda pemikiran rakyat memihak DAP,PAS DAN PKR dalam PRU12 adalah seperti berikut:

· Anwar Ibrahim berjanji penduduk Kampong Buah Pala (KBP) boleh terus menetap dalam kampong tersebut sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU12 dan membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.

· Anwar Ibrahim janji akan selesai isu Kampong Buah Pala dalam masa 2 minggu kerana Lim Guan Eng dan Karpal Singh akan membantu menyelesai masalah KBP sekiranya menang dalam PRU12?

· Lim Guan Eng pula berjanji kerajaan akan menyediakan bantuan RM 1000 kepada semua warga emas yang mencecah umur 60 tahun.

Unknown said...

PELAN 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK

· PKR di Selangor pula berjanji akan menyediakan bekalan air percuma, menyediakan hadiah RM 1000 untuk pelajar-pelajar cemerlang dan hadiah khas RM 2000 untuk pelajar-pelajar yang berjaya memasuki universiti, bantuan kewangan kepada ibu mengandung untuk mengurus perbelanjaan hospital, bantuan khas RM 2500 untuk kematian, bantuan kebajikan RM 100 kepada keluarga miskin dan pelbagai macam lain-lain janji manis.

Kesannya, sebahagian besar pengundi di Pulau Pinang, malah pengundi di negeri Perak, Selangor,Wilayah Persekutuan yang termakan dengan janji-janji Anwar Ibrahim mengundi calon-calon yang melawan calon BN. Peralihan sokongan sebahagian pengundi yang terpengaruh dengan janji-janji manis Pakatan Pembangkang telah menyebabkan Pakatan Pembangkang memenangi PRU12 dan membentuk kerajaan negeri beberapa negeri termasuk P.Pinang, Selangor dan Kedah.

Unknown said...

PELAN 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK

Apa kah janji-janji Pakatan Pembangkang dilaksanakan selepas PRU12?

Dalam masa 3 minggu sejurus PRU12, Kampong Buah Pala dirobohkan. Warga emas di Pulau Pinang dan Selangor kecewa kerana bantuan kewangan yang dijanjikan kepada mereka tidak dilaksanakan. Malah, lain-lain janji juga tidak ditunaikan.

Dengan itu, rakyat kini melihat janji-janji Pakatan Pembangkang sebagai satu pembohongan besar malah rakyat menganggap mereka telah diperdayakan oleh pakatan pembangkang dengan janji-janji kosong untuk meraih undi mereka bagi memenangi PRU12.

Namun, rakyat kini dilontarkan semula dengan janji-janji baru iaitu Pakatan Pembangkang akan melaksanakan 10 perkara dalam 100 hari andainya mereka menguasai Putrajaya dalam PRU13.

Unknown said...

PELAN 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK

Sekiranya kita meneliti keseluruhan pelan 100 hari Pakatan Pembangkang yang dijanjikan dalam Buku Jingga, kita akan menyedari beberapa kelemahan dalam konteks perancangan dan pelaksanaan program tersebut. Antara kelemahan yang nyata ialah walaupun pelan 100 hari itu dijangka akan menelan peruntukan yang besar, mungkin berpuluh-puluh billion ringgit, luar kemampuan ekonomi Malaysia pada ketika ini, pelan tersebut tidak menunjukkan kepada rakyat dengan jelasnya dari manakah datangnya sumber kewangan bagi kerajaan menangunng pembiyaan pelaksanaan program perubahan dalam 100 hari.

Pakar-pakar ekonomi yang meneliti program 100 hari yang dijanjikan oleh Pakatan Pembangkang pula mengulas bahawa Malaysia perlu mencatat pertumbuhan ekonomi dua angka atau lebih daripada 30 % sebagai asas sebelum melaksanakan pelan 100 hari. Sekiranya Pakatan Pembangkang meneruskan pelan 100 hari sebelum mencatat pertumbuhan ekonomi dua angka, maka kerajaan akan menghadapi krisis kewangan yang teruk dalam masa 3 tahun daripada tarikh mulanya pelaksanaan program 100 hari.

Sehubungan dengan bajet untuk melaksanakan program 100 hari pula, Anwar Ibrahim mendakwa beliau akan menjimatkan subsidi RM 19 bilion yang disediakan oleh kerajaan BN kepada penjana bebas atau Syarikat IPP. Kerajaan menyediakan subsidi kepada IPP agar IPP menyediakan gas untuk menjana kuasa letrik bagi kepentingan rakyat dan sektor swasta.

Unknown said...

PELAN 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK

Antara persoalan yang mungkin timbul sekiranya kerajaan menarik balik subsidi kepada IPP, mengambil alih aset konsesi lebuh raya, membatalkan Felda Plantations, menaikkan royalti minyak 20% adalah seperti berikut:

Apakah rakyat akan mendapat bekalan letrik dengan kadar yang berpatutan tanpa sebarang gangguan sekiranya subsidi kepada syarikat IPP ditarik balik?
Apakah sektor industri akan dibekalkan dengan kuasa letrik dengan kadar yang berpatutan agar mereka terus beroperasi di Malaysia?
Apakah Malaysia mampu mencatat pertumbuhan ekonomi dua angka dalam persekitaran kekangan ekonomi yang melanda kini di peringkat global?
Apakah kemelesetan dan pertumbuhan ekonomi yang lembap diperingkat angtarabangsa kini akan mendorong Malaysia mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi kepada kadar dua angka?
Apakah pelabur-pelabur asing akan terus yakin terhadap stabiliti politik sekiranya kerajaan membatalkan kontrak-kontrak yang dipersetujui terdahulu dalam pertengahan jalan?
Apakah pelabur asing akan membawa masuk FDI untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sekiranya mereka tidak pasti terhadap stabiliti politik Malaysia?

Unknown said...

PELAN 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK

Apakah impak jangka panjang kepada ekonomi negara oleh perbelanjaan besar untuk melaksanalan 10 perkara dalam 100 hari?

Sesungguhnya, Pelan 100 hari tidak menjawab persoalan-persoalan pokok tersebut yang berkaitan dengan pengurusan ekonomi negara. Anwar Ibrahim hanya menggariskan pelan 100 hari untuk menghabiskan pendapatan negara tetapi tidak mencadangakan strategi untuk menambah hasil atau pendapatan negara supaya kerajaannya mampu menanggung perbelanjaan bagi melaksanakan program 100 hari .

Unknown said...

PELAN 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK

Anwar Ibrahim tidak mampu mencadangkan pelan untuk meningkatkan hasil pendapatan negara kerana beliau tidak mahir dalam hal-hal pengurusan ekonomi negara. Beliau selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri kewangan pada satu ketika dulu gagal mengurus kewangan negara sehingga Malaysia hampir bankrupt. Sebaliknya, beliau lebih cekap membelanja hasil pendapatan negara daripada menambah sumber kewangan negara. Peristiwa Tun Dr.Mahathir Mohamad, selaku perdana Menteri, menyelamatkan Malaysia daripada krisis kewangan dengan jelas membuktikan kegagalan Anwar Ibrahim mengurus kewangan negara pada satu ketika dulu.

Jadi, berdasarkan pengalaman pahit yang ditimpa dibawah pentadbiran kewangan negara oleh Anwar Ibrahim pada masa-masa lalu dan huraian pelbagai persoalan yang boleh mendatangkan impak buruk kepada ekonomi negara, maka tidaklah keterlaluan sekiranya membuat kesimpulan bahawa janji 100 hari oleh Pakatan Pembangkang adalah disifatkan sebagai satu program khayalan, tidak mengambarkan realiti , malah boleh dikategorikan sebagai satu pembohongan besar untuk sekali lagi memperdayakan pengundi bagi memenangi PRU13.

Penganalisis kempen politik pula mensifatkan Pelan 100 hari sebagai satu strategi Pakatan Pembangkang bagi mempengaruhi golongan pengundi yang terdiri daripada pendapatan rendah dan sederhana yang mampu menentukan keputusan PRU13 kerana kumpulan ini merupakan hampir 54 % daripada jumlah warga pengundi di Malaysia.

Pada masa yang sama, para penganalisis politik-ekonomi pula melahirkan pendapat bahawa Pelan 100 hari adalah lebih mencondong kepada pelan 'nasionalisation" atau hak milikkan indusri –industri yang dikendalikan oleh sektor swasta. Pelan 100 hari ini dilihat sebagai satu agenda politik yang memajukan pemahaman populis semata-mata untuk memenagi pilihan raya tetapi kurang mampu mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara malah pendapatan dan kesejahteraan keseluruahan rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran-cabaran di masa depan.

Persoalannya, apakah Pakatan Pembangkang lebih mementingkan merebut kuasa politik berbanding dengan pertumbuhan ekonomi negara yang mampu menjamin kesejahteraan yang berterusan kepada keseluruhan rakyat Malaysia. Sekiranya Pelan 100 yang diumumkan oleh pakatan rakyat dilaksanakan maka ianya tidak akan menyelamatkan negara malah akan menhancurkan asas-asas pertumbuhan ekonomi yang terbina sejak merdeka dalam sekelip mata.

Menurut Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, parti Pakatan Pembangkang hanya mementingkan kuasa politik dan bukan kebajikan rakyat ataupun “ opposition only want to seize power and are not interested in serving the people”. Rakyat harus berfikiran terbuka dalam membuat analisis terhadap Pelan 100 hari Pakatan Pembangkang. Rakyat harus menyokong pihak yang mahir memberi pertimbangan yang sama penting kepada perkara mengurus pertumbuhan ekonomi dan pengagihan kekayaan Negara.

Pada hemat saya, Najib Tun Razak lebih mementingkan ketanggungjawapan dalam mengurus ekonomi negara dalam menjamin keadilan sosial berbanding dengan melaksanakan pelan dan program ekonomi yang hanya mendatangkan populariti kepada beliau dan kerajaan kepimpinan beliau.

Unknown said...

PELAN 100 HARI PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK REALISTIK

Masa depan Malaysia dan generasi akan datang adalah terletak ditangan rakyat. Rakyat kini bijak dan berkuasa menentukan masa depan mereka dan negara.

Blackforest said...

Jika pembangkang membuat janji, semuanya itu adalah janji politik dan bukan janji yang terasas kepada kebolehan, budi dan jasa.-Rais Yatim

Blackforest said...

“Oleh kerana mereka hanya pandai menjanjikan sesuatu, tanpa kebolehan mentadbir negara, kita menyatakan rakyat harus waspada dan tidak cepat ‘melenting’ menyatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu, begini...jauh lagi untuk menyatakan ketidakbolehan pemimpin kita.

Blackforest said...

“Sebenarnya, rakyat Malaysia perlu melihat dari sudut anak-anak yang berada di sekolah dan generasi muda kita yang perlu terus dibimbing. Bagaimana kestabilan negara sudah kita wujudkan, kemudian keharmonian kaum dan seterusnya kesejahteraan. Kesemua ini harus kita timbang mendalam,” katanya.

Blackforest said...

Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu berkata ‘menukar kuasa pentadbiran kerajaan bukan sesuatu seperti menukar pakaian’ kerana ia berkaitan dengan tamadun, masa depan generasi dan janji yang harus dipaksikan kepada apa yang terbukti dengan pembangunan dan kemajuan dikecapi negara selama di bawah BN.

Blackforest said...

“Dalam hal inilah, rakyat memberi galakan dan sokongan yang sangat padu dan kita yakin kita akan beroleh kejayaan terus menerus. Namun, janji ditepati ini kita perlu senaraikan...apa yang masih terbaki dan apa yang kita telah laksanakan. Dengan itu, semua rakyat akan faham sama ada kita berkata benar atau pun tidak,” katanya.

unknown said...

Parti Bersatu Rakyat Sabah’s (PBRS) president Tan Sri Joseph Kurup said Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranau’s controversial act in allegedly declaring Datuk Seri Anwar Ibrahim as Huguan Siou Malaysia was no more than a political gimmick that was in bad taste.

unknown said...

He said it was a clear deviation from the norm and tradition of the KadazanDusun Murut (KDM) and would further damage the image and credibility of the opposition among Sabahans.

unknown said...

Barisan Nasional (BN) is serious in delivering its promise to provide basic rural infrastructure in Sabah and improve the quality of life of the people.

unknown said...

ans have been drawn and funds are being provided for the NKRAs especially under the Tenth Malaysia Plan, to allow Sabah to catch up with other states.

unknown said...

Sabah Barisan Nasional (BN) leaders said the rallying cry for more autonomy in Sabah and Sarawak by former PKR vice president Datuk Dr Jeffrey Kitingan is unlikely to muster much support from the people of both states.

unknown said...

hief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman yesterday reminded component parties of the Sabah Barisan Nasional (BN) to be committed and work hard to serve the people well instead of focusing on the issue of candidates for the general election.

unknown said...

hief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman yesterday reminded component parties of the Sabah Barisan Nasional (BN) to be committed and work hard to serve the people well instead of focusing on the issue of candidates for the general election.

unknown said...

He said the choice of candidates would be up to the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak to decide.

unknown said...

“We invited government officers from both the state and federal departments as well as non-government organisations and even youths to explain the government’s agenda on development,”

unknown said...

Musa stressed that programmes such as the one yesterday were important to counter allegations against the government made by certain quarters with political motives.

unknown said...

e believed by doing so, the people will be able to evaluate wisely that the BN government had sincere intentions to help and serve the rakyat.

unknown said...

Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman is confident that Sabah will remain a Barisan Nasional (BN) stronghold based on the people's support and faith in its capability to develop the country.

unknown said...

He said the people were aware that the rapid development in Sabah could only be attributed to the BN government.

unknown said...

Sabah will continue to be a BN stronghold in the upcoming election.

unknown said...

The Sabah people are more mature in evaluating the BN government's track record," he told reporters here today after the last of his meet-the-community-leaders session involving Tuaran, Kota Belud and Ranau districts.

unknown said...

Jangan sesekali terpedaya.

unknown said...

The BN is still the best bet for continued development and prosperity compared to the uncertainty brought by the opposition.

unknown said...

He believed opposition parties were inclined to fight for a particular community but lacked unity

unknown said...

The MP hoped BN would be given a fresh mandate for Malaysia to become a developed nation by end of the next term in 2018.

unknown said...

This is important as developed country status will draw more investments and prosper the people through economic growth and a high income society

unknown said...

it was the customary practice of the opposition to run down BN leaders in the run-up to an election.evt-lawas-mp/#ixzz2KySbHDvl

Dbawahbayu said...

Rakyat negara ini amat bernasib baik kerana kestabilan negara yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) membolehkan rakyat dapat menjalani kehidupan dengan selesa dan aman disamping menikmati ekonomi dan pembangunan yang berterusan.

---> setuju dengan kenyataan ini..

Dbawahbayu said...

setuju dengan Anifah, rakyat janganlah mudah terpedaya dengan janji-janji pembangkang...

Dbawahbayu said...

“Apa yang dijanjikan pembangkang hanyalah mengaburi mata rakyat dan cuba menghasut pemikiran rakyat dan pada masa yang sama pembangkang juga amat lantang dengan menidakkan apa saja kebaikan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan,” --- betul

Dbawahbayu said...

betul...jangan mudah terpedaya dengan parti pembangkang kerana itu hanya merupakan janji yang belum tentu tertunai..

Dbawahbayu said...

pembangkang mahu menjatuhkan imej BN supaya mendapat sokongan dari rakyat untuk menang undi di PRU13 nanti

Anak Sabah said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman menzahirkan bahawa Bn Sabah akan dapat mempertahankan tiga kawasan itu pada PRU-13 akan datang memandangkan maklum balas daripada akar umbi.

Anak Sabah said...

Akar Umbi tidak akan terpedaya oleh janji-janji manis pihak pembangkang.

Anak Sabah said...

Nampaknya pembangkang akan berputih mata untuk menawan kawasan-kawasan utama Sabah.

Anak Sabah said...

Peluang pembangkang di Sabah semakin tipis, mereka tidak mungkin boleh berjaya merampas kuasa BN.

Anak Sabah said...

Sabah tetap kubu kuat BN-UMNO, tidak mudah untuk sesiapa pun merempuhnya.

mantera said...

Kerajaan sedaya upaya mahu memajukan negara menerusi pelbagai perancangan jangka masa pendek dan panjang yang diatur termasuk menyatupadukan kaum sebagai salah satu bukti kebijaksanaan kerajaan Barisan Nasional (BN).

mantera said...

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kepekaan kerajaan jelas terbukti melalui pewujudan pelbagai kemudahan termasuk Belanjawan 2013 Negeri Sabah yang memperuntukkan RM4.088 bilion bagi memakmurkan negeri ini.

jackie said...

Kerajaan sentiasa memastikan janji yang di beri kepada rakyat akan di tunaikan.

jackie said...

Kerajaan sentiasa memastikan janji yang di beri kepada rakyat akan di tunaikan.

jackie said...

Peluang pembangkang untuk menang di Sabah tipis, setakat janji kosong yang di beri, rakyat tidak akan mudah tertipu.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels