16 February 2013

Kekerapan Lawatan Najib ke Sabah-Eratnya hubungan dengan pemimpin Negeri

Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Musa bersama rakyat Tuaran
LAWATAN Najib yang ke sekian kalinya ke Sabah yang berakhir pada petang 14 Februari lalu, menunjukkan bagaimana keakraban pemimpin utama negara itu dengan para pemimpin negeri.

Sabah yang mula diperintah semula oleh kerajaan Bn pada tahun 1994 selepas 5 tahun di bawah kerajaan pembangkang, telah belajar dengan pengalaman lepas, bahawa hanya melalui keakraban dengan pucuk pimpinan pusat sahaja boleh mengerakkan pembangunan negeri dengan pesat dan cepat.

Seperti kata Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman, bahawa pada RMK-10 sahaja Sabah mendapat peruntukan sebanyak RM23.2 bilion daripada kerajaan pusat termasuk RM7 bilion pada tahun lepas.

Kalau lah dibanding peruntukan yang diberikan oleh kerajaan pusat ke Sabah berbanding bajet kerajaan negeri tahun lepas sebanyak RM4.088 bilion, maka peruntukan daripada pusat lebih sekali ganda. Peruntukan yang besar ke Sabah ini, menunjukkan komitmen kerajaan pusat terhadap pembangunan Sabah.

Atas kerjasama yang erat itu, maka setiap lawatan Perdana Menteri ke negeri ini terus mendapat sambutan luar biasa, samada di Pantai Timur, Pantai Barat, Pendalaman atau Tawau.

Pada khamis misalnya, Perdana Menteri mempuyai jadual yang sungguh padat dengan memulakan lawatan ke Beaufort, Papar dan kemudian ke Tuaran. Ketiga perjumpaan itu, kalau dijumlahkan seluruh rakyat hadir hampir berjumlah 60 ribu, dan jumlah itu merupakan 70 peratus daripada jumlah pengundi bagi tiga kawasan itu.

Berasaskan kepada sambutan yang diberikan kepada lawatan Perdana Menteri pada hari itu, maka adalah cukup cerah bagi Bn mempertahankan semua kawasan Parlimen termasuk semua DUN, yang kini cuba dirampas oleh pembangkang, melalui mantan pemimpin Bn yang telah berpaling tadah.

Kawasan Beaufort yang kini masih disandang oleh pemimpin PPS Sabah-Datuk Lajim Ukin, manakala Tuaran oleh pemimpin APS- Datuk Welfred Mojilip Bumburing. Sementara Papar, akan cuba dirampas oleh mantan pemimpin veteran Umno- Datuk Yahya Lampong.

Datuk Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Umno negeri juga Pengerusi Bn negeri, nampaknya sungguh lega dengan sokongan rakyat kepada kerajaan Bn, yang rakyat terjemahkan melalui sambutan kepada Perdana Menteri.

Melihat kepada keadaan semasa, nampaknya kejayaan Bn mempertahankan kejayaan PRU-2004 dan PRU-2008 akan berulang. Sememangnya Sabah TATAP BN. 

68 comments:

Unknown said...

Lawatan Najib ke Sabah meniup semangat jentera BN Sabah

PERDANA MENTERI yang tiba semalam untuk lawatan dua hari ke Sabah, selain padat dengan mesyuarat juga hadir bersama rakyat di tiga kawasan Parlimen Beaufort, Parlimen Papar dan Parlimen Tuaran.

Kawasan ini, dikatakan hangat dibicarakan menjelang PRU-13 ini kerana menurut pembangkang akan menjadi wilayah mereka.

Unknown said...

Lawatan Najib ke Sabah meniup semangat jentera BN Sabah

Parlimen Beaufort di mana wakil rakyatnya adalah bekas pemimpin Umno Datuk Lajim Ukin, kini bersama PPS mesra pakatan, manakala Parlimen Papar yang akan ditandingi oleh Datuk Yahya Lampong mantan pemimpin vetetran Umno, manakala Parlimen Tuaran di mana wakil rakyatnya mantan Timbalan Presiden Upko parti komponen Bn, kini bersama APS juga mesra pakatan.

Unknown said...

Lawatan Najib ke Sabah meniup semangat jentera BN Sabah

Menurut maklum balas daripada hadirian, Najib di sambut kira-kira 20 ribu rakyat di Beaufort manakala di Papar lebih 20 ribu, di Tuaran pula yang mempunyai pengundi 40 ribu yang berlangsung pentang ini, dijangka lebih 30 ribu rakyat akan menyambut kehadiaran Perdana Menteri.

Berasaskan kehadiran rakyat di kedua kawasan Parlimen itu, nampaknya pembangkang akan berputih mata untuk mempertahankan Parlimen Beaufort dan mencoba merampas Parlimen Papar, kerana kedua-dua kawasan itu masing-masing mempunyai jumlah pengundi hampir 27 ribu dan 33 ribu.

Unknown said...

Lawatan Najib ke Sabah meniup semangat jentera BN Sabah

Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman menzahirkan bahawa Bn Sabah akan dapat mempertahankan tiga kawasan itu pada PRU-13 akan datang memandangkan maklum balas daripada akar umbi.

Lawatan Najib ke Beaufort, sekaligus menutup isu pembangkang, kononnya tidak mampu mengatasi masalah air kawasan itu. Najib mengumumkan peruntukan lebih RM226 juta untuk membina loji air baru bagi Beaufort. Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan pembinaan Kolej islam bagi kawasan itu.

Unknown said...

Janji BN adalah janji pasti bukan retorik: Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat di negara ini supaya menoleh ke belakang untuk menilai rekod lampau ketua pembangkang yang menurutnya melakukan pembohongan besar kepada rakyat pada 16 September 2008.

Beliau berkata ketua pembangkang mendakwa bahawa 30 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyeberang ke parti pembangkang pada tarikh itu, sekaligus mengambil alih kerajaan Persekutuan.

"Pada masa itu satu negara dia bohong. Ini merupakan pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Adakah kita maafkan pemimpin yang bohong kepada rakyat...jangan kita mudah lupa sejarah ini," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah yang berharga RM30 juta di sini, Sabtu.

Unknown said...

Janji BN adalah janji pasti bukan retorik: Najib

Najib berkata para pemimpin pembangkang termasuk ketua pembangkang kini datang ke Sabah untuk menabur pelbagai janji untuk meraih sokongan rakyat terutama menjelang pilihan raya.

"Kita (BN) tidak menjanjikan lautan yang luas ataupun langit yang biru tapi janji yang berpijak di atas bumi nyata yang kita boleh tunaikan.

"Saya percaya orang Sabah bijak menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Kalau kita menilai pemimpin, kita tidak boleh tengok ke depan sahaja...jangan lupa menoleh ke belakang, sejarah dan rekod lampau dia iaitu bukan sahaja waktu pembangkang tetapi juga waktu dia berkuasa," katanya.

Najib berkata ketua pembangkang kini melemparkan "bermacam-macam tuduhan" terhadap kerajaan BN "tetapi cuba kita melihat krisis kewangan 1997".

Unknown said...

Janji BN adalah janji pasti bukan retorik: Najib

"Siapa Menteri Kewanganan waktu itu? Siapa yang menyerah negara kita kepada IMF dan pada ketika itu siapa yang memotong peruntukan pembangunan...saya tahu siapa yang menyerahkan kedaulatan negara kita kepada IMF kerana saya duduk dalam kabinet pada waktu itu.

"Nasib baik Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) kita pada masa itu memutuskan untuk tidak menyerahkan kedaulatan kita kepada IMF.

"Kita ada kemampuan, kita ada idea kita sendiri, kita ada kebolehan untuk mencari formula kita sendiri dan kita pulihkan ekonomi negara kita...jangan lupa sejarah ini dan ia seharusnya menjadi renungan kita," katanya.

Hinamori said...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan masyarakat di daerah ini agar terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional

Hinamori said...

jika rakyat sokong kerajaan BN pelbagai produk akan diteruskan dan ia termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan 1Malaysia.

Hinamori said...

pembangkang hanya menjanjikan bulan dan bintang, janji syurga dan janjikan pelbagai jawatan tetapi Anwar sudah termakan janji.

Hinamori said...

Najib berharap agar rakyat Sabah terus menyokong BN untuk masa depan yang baik dan lebih terjamin.

Hinamori said...

Kita mahu perubahan yang menjanjikan masa depan yang lebih baik dan positif

Hinamori said...

Kita tidak mahu perubahan yang masa depannya tidak menentu dan penuh dengan persoalan.

Hinamori said...

PR tidak boleh berpakat kerana kepala-kepala mereka berlainan dan mimpi mereka lain-lain.

Hinamori said...

Ini bukan pakatan yang boleh menjanjikan masa depan yang terjamin untuk rakyat Sabah dan Malaysia.

Hinamori said...

Kita sudah nampak Sabah sudah maju dalam BN dan kita mahu Sabah lebih maju tetapi ia memerlukan masa.

Hinamori said...

Ada kawasan parlimen di Sabah yang lebih besar daripada negeri Pahang

CarloS said...

Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDM Malaysia) Datuk Peter Anthony mengajak rakyat Sabah khususnya masyarakat KDM supaya memberi mandat yang besar kepada Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meneruskan agenda transformasi kerajaan untuk faedah rakyat.

CarloS said...

Beliau berkata sejak mengambil tampuk pemerintahan negara lebih empat tahun yang lepas, Perdana Menteri sentiasa bekerja keras dan tekun serta turun padang untuk mendengar permasalah rakyat di seluruh negara.

CarloS said...

“Inilah pemimpin yang kita mahu yang mana dalam masa terdekat banyak transformasi atau perubahan yang dibawa untuk rakyat. Sebab itu, saya mengajak masyarakat KDM untuk bersama-sama dengan Perdana Menteri menjayakan misi murni beliau untuk melihat negara kita menjadi negara maju menjelang tahun 2020,” katanya

CarloS said...

Peter berkata demikian ketika diminta mengulas sambutan rakyat khususnya masyarakat KDM yang memberangsangkan terhadap lawatan Najib ke tiga kawasan Parlimen iaitu Beaufort, Papar dan Tuaran

CarloS said...

Katanya ini menunjukkan rakyat Sabah berdiri teguh menyokong Najib, arkitek gagasan 1Malaysia dan BN yang terbukti kemampuannya membela nasib rakyat.

CarloS said...

“Saya lihat majoriti masyarakat KDM di Sabah termasuk yang tinggal di pedalaman kini sudah faham akan perjuangan pakatan pembangkang di mana tujuan mereka hanya semata-mata kepentingan keluarga dan peribadi.

CarloS said...

“Mereka (Pakatan Rakyat) tidak ada tujuan langsung untuk memperjuangkan hak asasi negeri Sabah. Berbanding dengan BN, banyak pembangunan yang dibawa untuk meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya.

CarloS said...

Peter berkata walaupun masih ada kelemahan atau kekurangan daripada segi pelaksanaan pembangunan terutama projek luar bandar, namun kelemahan itu boleh diperbaiki.

CarloS said...

“Kita harus ingat kawasan Sabah ini luas, dan dengan keadaan geografi yang bergunung ganang, mungkin beberapa projek pembangunan mengambil masa sedikit untuk direalisasikan,” katanya.

CarloS said...

Beliau berkata secara keseluruhannya, perjuangan BN masih relevan dan berharap rakyat Sabah tidak mudah terpedaya dengan pelbagai janji kosong pembangkang yang cuba meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Unknown said...

Sebelum menyertai pelbagai program bersama rakyat di Sabah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempat meluangkan masa hampir sejam bertemu serta bersarapan dengan beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Unknown said...

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN bersama pemimpin komponen turut menyertai majlis menggaul Yee Sang yang secara simboliknya melambangkan kemewahan dan kemakmuran serta kesihatan yang baik, sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Unknown said...

BN negeri meningkatkan sokongan rakyat selain beberapa isu memperkukuhkan jentera dan kedudukan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Unknown said...

Apabila Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan akta tahanan ISA (Internal Security Act) ramai orang marah.

Cuma puak-puak pembangkang sahaja yang seronok kononnya mereka sudah menang dalam penentang undang-undang ISA yang lapuk.

Unknown said...

Kerajaan pusat memperuntukkan sejumlah RM23.2 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-10, termasuk RM7 bilion pada tahun lalu, untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, pendidikan dan kesihatan di Sabah.

Unknown said...

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) membela nasib rakyat Sabah dan penduduknya akan terus menikmati kemajuan seiring kemajuan negara.

Unknown said...

Ini betapa besar peruntukan kerajaan BN, parti yang berjuang bela nasib rakyat. Bukan parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat, PAS yang datang Sabah mengatakan... kesian orang Sabah, parti BN tidak buat apa-apa dan tidak bagi peruntukan untuk Sabah.

Unknown said...

Sambil mengulangi janji untuk terus membangunkan Beaufort, Musa mengajak rakyat Sabah supaya menolak pembangkang dan menyokong pemimpin yang akan mewakili mereka untuk kesinambungan pembangunan di daerah ini.

Unknown said...

Rakyat di negeri ini khususnya bijak membuat keputusan untuk menilai calon BN yang terbaik untuk membela kepentingan mereka pada pilihan raya umum akan datang.

unknown said...

This is a good sign of victory.

unknown said...

It means the people are always behind the government.

unknown said...

Jentera BN semakin aktif.

unknown said...

We have to ensure that the people are always supporting the government.

unknown said...

Memang akan mengeratkan lagi hubungan.

unknown said...

Part of his job as PM.

unknown said...

Satu cara baru untuk beramah mesra bersama rakyat.

Unknown said...

PM Datuk Seri Najib arrived in Sabah for a two day visit, who was seen with the people and he was present in three parilamentary constituencies. According to the feedback from the attendees, he at the reception about 20 thousand people in Beaufort while in Show for more than 20 thousand, in Tuaran about 40 thousand voters who have held pentang, is expected to more than 30 thousand people will celebrate the attendance of the Prime Minister.

Unknown said...

Najib said the opposition leaders including opposition leader now come to Sabah to sow many promises to gain support ahead of the elections. He further said "We (BN) do not promise a vast ocean or the sky is blue, but the promise of real foothold on the earth that we can deliver". Najib said the opposition leader now throws "all kinds of accusations" against the BN "but let us look at the 1997 financial crisis". BN promise is a promise sure not rhetoric.

Unknown said...

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak reminded the people in this area to continue to give strong support to the BN. PM said "We have the ability, we have our own ideas, we have the ability to find our own formula and we restore our nation's economy, do not forget its history and it should be a reflection of us.

Unknown said...

If people support the BN government will continue a range of products and it includes the 1Malaysia People's Aid, 1Malaysia Clinic and School Aid 1Malaysia.

Unknown said...

Opposition only promise the moon and stars, the promise of heaven and promised various positions (enticed promises). I also hope that the people of Sabah continues to support the BN to a good future and more secure.

mike said...

Sambutan hebat yang diberikan rakyat negeri ini terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, ketika melakukan lawatan ke Beaufort, Papar dan Tuaran pada Khamis lalu membuktikan bahawa rakyat menyayangi kepimpinannya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata Perdana Menteri adalah seorang pemimpin yang baik hati dan sentiasa memikirkan kepentingan rakyat pelbagai kaum maka sebab itu rakyat tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa dengan beliau.

mike said...

“Ia menunjukkan sokongan padu rakyat terhadap Perdana Menteri semakin bertambah berikutan sikap kepimpinannya yang sentiasa prihatin dan memenuhi citarasa masyarakat iaitu selari dengan Konsep 1Malaysia yang beliau perkenalkan itu.

“Kerajaan Negeri amat berterima kasih dan bersyukur dengan sokongan memberangsangkan rakyat negeri ini terhadap beliau yang juga turut menunjukkan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

mike said...

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang menyaksikan seramai 4,000 orang penerima dari kawasan N.42 Sungai Sibuga menerima bantuan untuk fasa kali kedua itu.

Dalam pada itu, Musa mengingatkan rakyat terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN demi kesinambungan pembangunan.

Menurut beliau, negeri ini akan jauh lebih membangun dari segala aspek pembangunan di bawah pentadbiran kerajaan BN yang telah terbukti mampu mengotakan apa jua janji-janjinya.

mike said...

Beliau berkata, pembangkang hanya tahu menabur janji manis semata-mata untuk meraih sokongan politik dan berbanding dengan kerajaan BN yang sentiasa berusaha dan bekerja keras demi kepentingan rakyat jelata.

“Oleh itu, kita mesti pertahankan kerajaan BN yang prihatin kepada rakyat … macam-macam bantuan dan inisiatif yang telah diberikan seperti BR1M dan banyak lagi membuktikan bahawa kerajaan hari ini adalah yang terbaik dan perlu terus kekal.

mike said...

“Saya percaya … negeri kita akan lebih maju dan berdaya saing di bawah pemerintahan BN selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-13 nanti,” ujar beliau selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran.

Sementara itu, pada satu majlis berasingan beliau juga turut menyampaikan angpau, limau mandarin dan beras kepada kira-kira 500 warga emas dari sekitar Sungai Sibuga sempena Tahun Baru Cina yang berlangsung di Dewan Masyarakat Bandar Sibuga Jaya, Batu 8.

Dalam ucapannya, beliau menggesa rakyat supaya sentiasa memelihara perpaduan bagi membolehkan mereka terus selesa menikmati kehidupan yang aman.

Katanya, perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan anutan juga akan meyakinkan pelabur datang ke Sabah sekali gus merancakkan ekonomi negeri yang ternyata memberi manfaat kepada rakyat keseluruhan.

mike said...

Tambah beliau, perpaduan yang kukuh turut menyumbang kepada kestabilan politik selain peningkatan ekonomi membolehkan kerajaan terus menyalurkan bantuan dan peruntukan demi pembangunan dan kesenangan rakyat.

azman said...

Rakyat perlu bijak menilai pemimpin yang boleh membela kepentingan mereka dan sentiasa menepati janji ketika berkuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

azman said...

rakyat sebaliknya tidak boleh memilih individu yang ketika berkuasa tidak pernah menunaikan janji tetapi apabila hilang kuasa bijak menjaja janji dan memburuk-burukkan kerajaan dan negara.

azman said...

PM berkata perkara paling penting ialah perjuangan untuk membela nasib rakyat dan melaksanakan pembangunan demi kepentingan rakyat perlu diteruskan.

azman said...

Najib yang juga Pengerusi BN berkata rakyat juga perlu menolak pemimpin yang menganggap dirinya lebih besar daripada parti pada pilihan raya umum ini kerana asas perjuangan parti adalah lebih besar daripada kepentingan individu.

azman said...

oleh itu, rakyat harus sentiasa bijak dalam membuat pilihan agar dapat buat pilihan yang tepat.

Anak Sabah said...

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu mempunyai hubungan erat dan keutamaan serupa apabila melaksanakan program pembangunan kerana tanpa itu semua rakyat yang akan rugi, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Anak Sabah said...

Ongkili juga yakin masalah pelaksanaan akan dapat diselesaikan menerusi kerjasama baik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri selaras dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Anak Sabah said...

Pada 1997, kerjasama "kurang menjadi" antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam pelaksanaan program pembangunan untuk rakyat.

Anak Sabah said...

Tapi hubungan kerajaan Sabah dan Persekutuan semakin baik sekarang dan hasilnya jelas dilihat.

Anak Sabah said...

Kerjasama baik antara kerajaan negeri dan persekutuan membantu membawa pembangunan yang lebih lancar.

Blackforest said...

Beliau berkata anggota parti seharusnya bijak menyelesaikan masalah dalaman menerusi proses perbincangan bagi memperkukuhkan BN di negeri ini.

Blackforest said...

"Dengan cara itu anggota parti harus memahami isu dan masalah secara yang lebih baik...kita tidak mahu timbul perasaan buruk sangka sebagainya," katanya.

Blackforest said...

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata BN merupakan parti yang menepati janji berdasarkan pencapaian kemajuan dan kemakmuran negara termasuk di Sabah di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

mantera said...

kekerapan Najib melawat Sabah menunjukan beliau beri perhatian pada sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels