10 February 2013

PRU-13: Tiada Sebab BN kalah

RAKYAT terutama pengundi Semenanjung sudah mencuba Pakatan apabila mereka memenangkan parti pembangkang itu di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah serta mempertahankan kerajaan Pas di Kelantan.

Sokongan pengundi Semenanjung kerana termakan janji-janji parti pembangkang pada PRU-12, namun selepas 5 tahun semua janji-janji itu hanya merupakan jadi retorik.

Sebaliknya Bn semua menunaikan janji-janji yang telah dihibahkan kepada rakyat, malah melaksanakan pembelaan bagi rakyat yang berpendapatan rendah dengan memberikan berbagai sokongan kewangan seperti BR1M, bantuan pra persekolahan dan baucer buku bagi para mahasiswa.

Sebenarnya para pemimpin Bn dan kerajaan telah berubah sesuai dengan aspirasi rakyat. Kerajaan kini termasuk para pemimpinnya sungguh peka terhadap masalah dan kehendak rakyat.

Para pemimpin Bn dan Kerajaan Bn berusaha dengan bersungguh-sungguh menunaikan serta membela rakyat tanpa mengenal masa dan situasi.

Kerajaan memberi pembelaan di semua peringkat apakah dari segi pendidikian, ekonomi, keagamaan, pembangunan infrastruktur dan dalam semua pekara demi kebaikan dan kesejehteraan rakyat.

Sebenarnya kerajaan Bn serta pemimpinnya hanya menumpukan masa dan tenaga untuk membangun negara, memajukan rakyat, atas sebab itu kerajaan Bn mempunyai visi jelas bahawa pada tahun 2020 semua rakyat akan berpendapatan tinggi sesuai dengan persekitaran negara maju.

Pengalaman yang ada pada pemimpin Bn mengurus negara merupakan aset utama kepada negara. Rakyat perlu melihat ini sebagai faktor yang boleh melonjakan kemajuan negara.

Di lain pihak, para pemimpin pembangkang belum mempunyai pengalaman mentadbir negara, kecuali Anwar yang mana selama 16 tahun berguru dengan pengurusan Bn.

Percayalah mana ada guru silat menurunkan 100 peratus ilmunya kepada murid-muridnya. Bagaimanapun setianya murid itu, hanya 80 peratus sahaja yang akan diketahuinya. Inilah yang berlaku pada Anwar. Atas sebab itu, beliau boleh menjanjikan itu dan ini, kepada rakyat, sedangkan dalam berbagai ilmupun janji-janjinya sukar dilaksanakan dan tidak praktikal.

Benarlah kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa semasa mengundi nanti JANGAN IKUT PERASAAN sebaliknya GUNAKAN AKAL YANG WARAS kerana apabila tersalah pilih, maka bukan sahaja negara menjadi kelam kabut, malah rakyat akan menanggung kemusnahan.

Ambillah iktibar apa yang berlaku di negara-negara Arab, kerana mahukan perubahan, maka negara mereka semakin porak peranda, dan rakyat mereka sengsara dan menderita.

Janganlah keadaan di negara-negara Arab itu berlaku dalam negara kita, semata-mata menyokong seseorang untuk menjadi Perdana Menteri. Adalah jelas, bagi sesiapa sahaja yang mabuk sesuatu jawatan dan kuasa, pasti ada NIATnya. 

Anwar terbukti mempunyai Niat bagi kepentingan dirinya sendiri. Perkara ini terbukti apabila menyertai Umno pada tahun 1980. Kerana tidak sabar-sabar mendapatkan jawatan, maka Umno menjadi porak peranda. Masa Anwarlah timbulnya politik wang untuk menadapatkan jawatan.

Pada tahun 1993, semasa Perhimpunan Agung Umno, Anwar mencanangkan team wawasan, dan pasukan itu mampu melonjakkan Anwar tanpa lawan bagi Jawatan Timbalan Presiden Umno.

Semasa menyertai Umno semua jawatan Anwar pernah pegang, Ketua Pemuda, Naib Presiden dan Timbalan Presiden, yang belum hanya Presiden. Atas sebab itu, Anwar bergerak dalam Umno secara sulit untuk menajtuhkan Persiden melalui propangda yang seolah-olah dicetuskan oleh lawan Umno seperti isu Kroni Korupsi dan nepotisme (KKN) yang ditujukan kepada Presiden Umno yang juga Perdana menteri.

Rancangan jahat Anwar itu, tidak direstui oleh Allah, atas sebab itu beliau tidak semena-mena dipecat daripada Jawatan Perdana Menteri, daripada umno pada September 1998.

Orang yang punya rancangan jahat itu kini berniat pula merampas kerajaan Bn dengan berpakat dengan parti-parti yang pernah dikutuknya suatu masa dahulu. 

Bagi parti-parti itu DAP dan PAS, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Mereka sungguh gembira, kerana kekuatan Bn sedikitnya dapat dikurangkan kerana pengetahuan Anwar dalam hal ehwal dalam Bn sendiri.

Tidak dinafikan Anwar mempunyai ramai pengikut dalam sistem kerajaan Bn, atas sebab itu polisi dan rahsia kerajaan Bn dengan mudah diketahui, dan kemudian diputar belit, kononnya hanya menguntungkan kroni; tujuannya untuk membangkit kemarahan rakyat.

Senjata utama Anwar adalah untuk membangkitkan kebencian dan kemarahan, atas sebab itu isu yang diulang-ulang oleh beliau adalah Kes Altantuya, kes Rahim Thambi Chek, Kes Lembu NFC, kes PKFZ, isu Datin Rosmah.

Kebanyakan kenyataan Anwar bersifat menyerang peribadi Para pemimpin Bn dengan berbagai fitnah yang boleh membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat antaranya perampasan tanah dan rasuah.

Pembangkang sebenarnya tidak mengangkat isu-isu yang boleh membantu rakyat untuk maju, mereka fokus kepada bagaimana menabur fitnah.

Jika rakyat ikut nasihat Tun Dr Mahathir bahawa jika akal dan fikiran yang diguna pada PRU-13 akan datang, maka tiada sebab mengapa BN boleh kalah.

51 comments:

usin said...

rakyat boleh ikut ckp mahathir, tp kalau dlm spr ada dalang anwar, tidak mustahil bn boleh kalah. sudahkan kerajaan bersihkan spr 100%? aku tetap curiga cara anwar konon menuduh spr tidak telus dsb, sebab nk kelirukan rakyat bahawa tiada persekongkolan antara anwar-spr. jgn nanti siang2 buta najib kena kencing!!!

Suara Rakyat said...

Setuju. Taktik Anwar memang songsang.

unknown said...

Let's see what happen next.

unknown said...

Apa pun mungkin berlaku.

unknown said...

We should see from the positive side.

unknown said...

Lihat apa yang akan berlaku.

unknown said...

Ya memang tiada sebab.

unknown said...

The BN will win.

unknown said...

BN akan menang jua.

unknown said...

Now the opposition is making trouble.

unknown said...

And the truth will emerge.

Unknown said...

ya semmenagnya BN senantiasa menunaikan janji-janji yang telah dihibahkan kepada rakyat...

Unknown said...

betul, kerajaan BN dan para pemimpinnya telah banyak berubah sesuai dengan aspirasi rakyat.

Unknown said...

setuju..Kerajaan kini termasuk para pemimpinnya sungguh peka terhadap masalah dan kehendak rakyat...

Unknown said...

memang tidak dinafikan bahawa kerajaan telah banyak memberi pembelaan di semua peringkat apatah lagi dari segi pendidikan, ekonomi, keagamaan, pembangunan infrastruktur dan dalam semua pekara demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Unknown said...

visi 2020 sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat untuk menjadi kenyataan

mike said...

kerajaan melakukan segalanya untuk rakyat...bantuan diberikan kepada yang memerlukan..seperti PPRT, BR1M, kklinik 1malaysia dan macam2..

mike said...

tiada sebab kenapa rakyat perlu memilih untuk menukar kerajaan sebab kerajaan BN sekarang sudah cukup bagus untuk rakyat...

mike said...

maka rakyat haruslah memberikan mandat kepada kerajaan BN pada pru13 untuk masa depan yang lebih terjamin..

Paquin said...

Semua parti pun pasti mahu menang, tapi apa boleh buat bukan semua parti akan jadi pilihan rakyat. Hanya yang terbaik saja akan dapat undi dari rakyat.

Paquin said...

Dalam menentukan yang terbaik untuk rakyat, maka rakyat harus berfikir secara matang dan buat keputusan yang tidak akan mengecewakan diri sendiri.

Paquin said...

Saya setuju dengan Tun Mun masa mengundi nanti JANGAN IKUT PERASAAN sebaliknya GUNAKAN AKAL YANG WARAS kerana apabila tersalah pilih, maka bukan sahaja negara menjadi kelam kabut, malah rakyat akan menanggung kemusnahan. :)

Paquin said...

Klaau tidak mahu keharmonian yang kita kecapi selama ini dibawah payung BN maka berilah BN sokongan penuh dan tidak berbelah bagi.

Paquin said...

Namun tidak ada paksaan dalam soal mengundi, jadi tepuk dada tanya selera.

CarloS said...

Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) tidak boleh bersikap ‘santai’ atau sambil lewa dengan permintaan dan harapan golongan muda terhadap kerajaan, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

CarloS said...

Ketua Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin berkata sokongan golongan tersebut terhadap BN amat penting memandangkan golongan belia merupakan 40 peratus daripada jumlah rakyat di negara ini.

CarloS said...

“Kita juga mesti ingat sistem dan tuntutan sekarang adalah berbeza. Kita (jentera pilihan raya) perlu lebih responsif terhadap golongan muda.

CarloS said...

“Semua jentera, khususnya Puteri Umno negeri, harus bergerak ke tahap maksimum bagi memastikan kesiapsiagaan parti menghadapi PRU-13,” katanya

CarloS said...

Musliati berkata jentera pilihan raya Puteri Umno di seluruh negeri telah bersedia sejak lama untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja.

Anonymous said...

BN yakin dapat mempertahankan Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Anonymous said...

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, berkata berdasarkan kepada hasil kajian pihaknya di tujuh kawasan di Sarawak, sokongan rakyat kepada BN tidak berubah.

Malah, populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga semakin meningkat.

Anonymous said...

“Berdasarkan tinjauan yang dilakukan di tujuh kawasan, 75.4 peratus memilih BN menang di Sarawak, manakala 21.3 peratus yakin pakatan pembangkang akan menang,” katanya

Anonymous said...

Sementara itu Jayum berpendapat, keputusan dibuat pengundi di dua negeri terbabit memainkan peranan cukup penting dalam memastikan kestabilan politik negara.

Katanya, pengundi Cina di negeri berkenaan perlu membuat keputusan bijak kerana jika sokongan diberikan kepada pakatan pembangkang ia berdepan dengan cabaran untuk menstabilkan politik negara.

Anonymous said...

PAS pula dilihat tidak mampu untuk melebarkan penguasaannya di dua negeri terbabit, manakala calon PKR gagal menarik sokongan rakyat. PAS tak dapat merempuh kubu kuat BN.

John Winchester said...

Tilikan pawang politik bahawa Pakatan Rakyat di Sabah bakal berpecah dan punah semakin menjadi realiti yang pahit bagi pembangkang.

John Winchester said...

Ini berikutan beberapa perkembangan terbaru berhubung kedudukan politik pembangkang di Sabah yang bercita-cita untuk menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

John Winchester said...

Pertama adalah kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengesahkan Pakatan Rakyat telah menutup pintu perbincangan pengagihan kerusi dengan Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee.

John Winchester said...

Ini kerana Pakatan Rakyat mendakwa SAPP bersikap keras kepala untuk membolot majoriti kerusi Parlimen dan DUN dan tidak mahu bertolak ansur dengan PKR, Dap dan Pas.

John Winchester said...

Sikap parochial dan kenegerian ini menambahkan pening kepala Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim apabila pendirian ‘Sabah Untuk Sabah’ ini disokong pula oleh Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang diketuai oleh Dr Jeffrey Kitingan.

John Winchester said...

Dr Jeffrey yang dikenali sebagai salah satu ‘raja lompat parti’ di Sabah pernah menjadi Naib Pengerusi PKR satu ketika dulu.

John Winchester said...

Beliau meninggalkan PKR setelah bertelagah dengan Anwar yang menyisihkannya daripada jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah lalu menubuhkan STAR.

John Winchester said...

Situasi Pakatan Rakyat bertambah getir apabila Naib Ketua Wanita PKR Sabah dan beberapa pimpinan lain keluar parti minggu lalu menyebabkan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mententeramkan keadaan.

John Winchester said...

Jika Anwar tidak dapat menyelesaikan isu pengagihan kerusi menjelang PRU13 dalam beberapa minggu lagi, nampaknya Pakata Rakyat terpaksa berdepan dengan pertandingan 3, 4 malah 5 penjuru atau lebih di kesemua 60 kerusi DUN dan 25 kawasan Parlimen.

John Winchester said...

Bukan sahaja ia terpaksa berhadapan dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional yang lengkap, efisien dan kuat tetapi juga terpaksa menepis cabaran daripada SAPP, STAR serta barisan calo-calon bebas.

mantera said...

BN akan tetap menjadi pilihan rakyat.

Blackforest said...

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan ahli UMNO supaya tidak mengamalkan budaya cantas mencantas, sebaliknya menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Blackforest said...

Beliau berkata ini adalah masanya untuk menunjukkan kepimpinan dan kesetiaan, bukan sahaja kepada parti tetapi kepada penyandang jawatan, termasuk Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO di peringkat negeri.

Blackforest said...

“Dalam erti kata sebenar, kepimpinan diletak di jawatan-jawatan tertentu oleh pucuk pimpinan parti dan tidak diperkotak-katik oleh orang kita sendiri,” katanya.

Blackforest said...

Hishammuddin berkata tumpuan kini terarah kepada merapatkan lagi barisan di antara ahli dan kepimpinan di peringkat pucuk pimpinan, bahagian dan negeri bersama-sama dengan parti lain dalam komponen Barisan Nasional.

Blackforest said...

Beliau berkata meskipun ada kalanya keputusan yang dibuat mungkin tidak tepat setelah dikaji semula namun itu tidak akan menjejaskan masa depan UMNO.

Blackforest said...

“Yang menjejaskan parti adalah kalau niat kita tidak jujur, tidak ikhlas dan mempunyai kepentingan lain daripada kepentingan parti,” kata Hishammuddin.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels