OKB terbaca komen seorang penggiat teater asal Kota Belud yang mempersoalkan bahawa para pemimpin Sabah kini yang itu-itu juga yakni mereka-mereka ini adalah juga pemimpin parti Usno yang telah dibubarkan, pemimpin parti Berjaya yang telah terkubur dan pemimpin PBS.
Penggiat itu bertanya pada dirinya sendiri dan kawan-kawannya apa kah tiada lagi pemimpin yang boleh di ketengahkan selain para pemimpin yang hampir luput itu?
Bagi OKB, para pemimpin Sabah yang boleh menjadi pemimpin adalah mereka yang mempunyai beberapa ciri: Pemimpin itu mesti kayaraya; pemimpin itu banyak penyokong daripada kontraktor-kontraktor atau pembalak dan pemimpin itu sanggup melabur wang untuk mendapat kedudukan politik.
Sesiapa sahaja yang tergolong dalam ciri-ciri tersebut dan mahu mencebur diri dalam politik pasti berjaya dalam politik.
Para pemimpin Sabah yang dikatakan telah berdekad masih merupakan pemimpin adalah mereka yang mempunyi 3 ciri yang disebutkan di atas.
Bagi daerah Kota Belud telah menjadi rahsia umum bahawa para pemimpin daerah ini adalah mereka yang mempunyai ciri-ciri sepertimana yang disebutkan. Para pemimpin muda secara perlahan-lahan menghampiri 3 ciri tersebut dan akan mewarisi ciri-ciri pemimpin terdahulu.
Mengganti pemimpin tidak sama dengan salin baju, kecuali penggantian pemimpin akan berlaku dengan cepatnya jika parti yang dinaungi oleh pemimpin-pemimpin tersebut di tolak oleh rakyat secara mutlak.
Jika keadaan ini berlaku, maka akan ada gelombang baru para pemimpin. Yang mereka kejar adalah 3 ciri sepertimana yang disebutkan. Jika ini yang berlaku maka rakyatlah jadi mangsa. Lihat sahaja apa yang terjadi di Sabah. Para pemimpin Usno yang kayaraya ditolak rakyat. Apabila berjaya mengambil alih, maka wujud orang-orang kaya baru, demikian juga zaman PBS, telah wujud orang-orang kaya baru. Apabila Umno-sabah mengambil alih, maka kewujudan orang-orang kaya baru agak perlahan. Sebab apa? para pemimpin Umno-Sabah adalah mantan-mantan pemimpin Usno, berjaya dan Pbs yang telah kayaraya.
Kini dikatakan bahawa rakyat Sabah terutama kaum cina dan bumiputra intelek dikatakan akan menolak kerajaan BN Sabah yang ada. Mereka terpedaya dengan isu merit dan kesama rataan yang diketengahkan oleh Anwar Ibrahim. Bagi OKB, bumiputra intelek ini cuba berjudi, mana lah tahu giliran mereka mendapatkan 3 ciri yang disebutkan. Jika gagal sekalipun, bagi mereka tidak membawa apa-apa kerugian dalam jangka pendek, kerana periuk nasi mereka tetap berasap, atas sebab kebanyakan mereka adalah kakitangan bergaji bulanan.
Dua hari lalu apabila KSN menumumkan bahawa guru-guru dalam gred DG41-DG48 dibenarkan berpolitik dengan syarat mendapat kelulusan daripada ketua masing-masing disambut dengan gembira oleh mereka yang termasuk dalam bumiputra intelek tersebut.Belumpun kebenaran itu diwartakan apa tak lagi kebenaran daripada ketua mereka masing-masing, mereka sudah mula mengagungkan Parti Pas dan PKR. Bagi mereka, hanya parti Pas dan PKR akan boleh membantu menghapuskan para pemimpin yang ada sekarang yang dikatakan gila penghormatan, gila harta dan gila kuasa.
Bagi OKB sebagai seorang penyokong Umno terlalu sukar mempertahan para YB-YB daerah ini daripada tomahan mereka itu, atas sebab OKB tidak mengetahui secara pasti darimanakah sumber pendapatan para YB tersebut, sehinggakan menjadi kayaraya secara tiba-tiba; sedangkan ramai yang mengetahui kedudukan mereka sebelum mejadi Yang Berhormat.
Bagi OKB penanda aras kepada YB-YB daerah ini samada terus dipertahankan oleh rakyat adalah melalui pilihanraya. Inipun jika mereka masih diberi kepercayaan oleh parti mewakli parti.
Parti Umno baik, tiada cacat celah, yang bermasalah adalah para pemimpinnya. Para pemimpin yang dipilih oleh ahli-ahli parti tersebut, menjadi khayal apabila duduk pada kerusi empuk yang menyediakan segala-galanya. Akibat keseronokan tersebut, pemimpin yang terbuai tersebut alfa kepada mereka yang menyokognya, menjadi net workingnya, tukang propagandanya menaikkan nama bakal pemimpin tersebut. Ini lah sifat-sifat yang memuakan golongan intelek bumiputra tersebut.

25 comments:
ya.. mmg benar pemimpin sabah adalah orang yng sama dr dlu hingga kini. kita seharusnya memberi peluang kepada pemimpin2 baru.
I think it's better to give chances to the younger generations of leaders to flourish and experience. I notice some are from the former parties like AKAR, USNO or BERJAYA..Wee need fresh faced leaders. Kalo asyik orang yang sama, boleh buat boring dan menyampah..
pemimpin lama masih bertahan mungkin kerana masih mendapat sokongan daripada rakyat. muka-muka baru juga perlulah diberikan peluang dan belajar daripada pemimpin-pemimpin yang lama.
peluang memang ada untuk yang baru, tapi mungkin ada sebab lain kenapa tida berubah lagi.
Kalau pemimpin Sabah yang itu-itu juga, bah itu maksudnya rakyat suka sama tu pemimpin sebab itu la yang itu-itu juga kena sokong. hehhe
Rasanya, rakyat mmg mahu bagi peluang kepada pemimpin yang baru; cuma pemimpin lama cukup banyak berjasa dan masih lagi kukuh dihati rakyat... mungkin tu lah sebab belum tukar lagi :)
Pemimpin baru pasti akan muncul jika mendapat tempat di hati rakyat. Kalau tak, rasanya rakyat pasti akan teruskan sokongan pada yang lama.. Biasalah tu macam 'brand loyalty' hehhee.
Betul juga tu adam. Tapi semuanya terpulang pada penilaian rakyat. So kalau memang sudah lakukan yang terbaik, tak kira lama atau baru rakyat pasti akan bagi sokongan penuh.
Apapun, sama2 lah kita harapkan yang terbaik. Pemimpin lama atau baru tak penting, bagi saya yg penting ialah pastikan Sabah sentiasa berubah ke arah yang lebih baik lagi :)
mungkin pemimpin2 baru tidak menonjol dan kemunculan mereka masih belum dapat diterima rakyat serta pemimpin2 yang lain. tapi untuk melonjakkan diri sebaris dengan pemimpin2 senior, tidak perlu la terikut2 dengan ciri2 mereka. selagi mereka mengetengahkan corak kepimpinan atau ciri2 yang sama, selagi itu sabah tetap berada ditahap yang sama. jadi pemimpin dalam generasi baru perlu meletakkan tanggungjawab bagi mencari perubahan untuk kebaikan masa depan Sabah.
tak kisah samada ia pemimpin baru ataupun lama, yang penting ia boeh menunaikan tanggungjawabnya dgn baik dan disokong oleh rakyat.
Saya pun hairan..balik2x pemimpin yang sama...bagilah peluang kepada orang lain.
If the old ones are not competent in their job, then its about time they are replaced by the new ones.
Mana-mana pemimpin sabah yang tidak banyak membantu dalam pembangunan sabah harus diganti oleh pemimpin baru.
Pandai bosan jugakan kalau pemimpin yang sama sahaja tiap2x tahun. Bagi chance lah orang lain.
Jika kepimpinan beliau berkesan, tidak kesah la.. yang penting keberkesanan tugas yang beliau lakukan..
pemimpin lama mempunyai pengalaman yang luas. mungkin itu yang menyebabkan mereka terus bertahan. apa pun pemimpin baru hendaklah berusaha keras dan belajar apa yang baik daripada pemimpin yang lama.
pemimpin lama seharusnya mendidik pemimpoin baru agar menjadi wakil rkyat yang bertanggungjawab dan berkaliber.
pemimpin2 Sabah haruslah menjadi pemimpin yang bertanggugjawab dpt menbangunkan sabah.
Sebenarnya pemimpin demikian dipilih oleh rakyat juga. Jika rakyat pandai dan tegas dalam memilih pemimpin mereka dan tidak berasaskan sentimen atau emosi tetapi berasaskan mutu dan keuliti pemimpin tersebut, pasti kita mempunyai pemimpin yang benar berjuang untuk rakyat.
"Kenapa Pemimpin Sabah yang itu-itu juga?"
Mungkin kerana rakyat Sabah suka yang lama dan tidak berani memberi perluang pada yang baru?
Kalau kita inginkan generasi pemimpin yang baru, kita sokong pemimpin muda dari peringkat awal seperti memilih mereka dari pemilihan diperingkat bahagian.
Pemimipin era baru bakal wujud di Sabah jika rakyat menaruh keinginan menukar pemimpin yang itu juga.
Barangkali orang Sabah suka hidup dalam kenangan sejarah.
Yalah. Sebahagian besar pemimpin negeri itu juga mukanya.
Post a Comment