Gambar hiasan
Di sekolah manapun di negara ini merokok dilarang. Namun, di luar pagar sekolah tiada peraturan yang mengatakan merokok adalah dilarang. Mungkin ini lah yang dimanafaatkan oleh pelajar sekolah menengah Taun gusi (semtasi. Maaf bukan semua pelajar sekolah itu merokok, tetapi ada yang merokok di luar pagar sekolah.OKB saban hari meliwati sekolah itu. Setiap meliwati sekolah itu ada sahaja pelajar merokok di warung-warung kecil bersebelahan jalanraya beberapa meter daripada pintu masuk sekolah.
Bukan calang-calang yang merokok adalah pelajar yang segak berseragam sekolah.
Nampaknya walaupun iklan rokok telah lama dilarang di TV milik kerajaan atau swasta, namun sistem pemasaran pengusaha-pengusaha rokok cukup hebat, sehingga pelajar sekolahpun sudah mula terjangkit.
Warung-warung yang beroperasi berdekatan sekolah secara sembunyi-sembunyi menjual rokok secara batangan. Rokok pilihan warung-warung ini adalah rokok yang tidak berbayar cukai, misalnya rokok berjenama premuim, LA, Era, John serta rokok kritik indonesia.
Seorang guru yang mengajar di sekolah itu malah cukup pelik, bagaimanakah pemilik warung-warung tersebut boleh menjual rokok kepada para pelajar tanpa dapat dipantau.
Salah siapa kah? pemilik warung? Guru-guru? atau Ibu bapa?
No comments:
Post a Comment