17 August 2010

Benar kah janji itu hutang?

Teringat kata seorang pensyarah semasa saya menutut dahulu: Janji itu Hutang! ringkas hanya satu perkataan, setiap janji adalah hutang. Setiap hutang perlulah dibayar.

Hutang kepada siapa sahaja perlu dibayar. Kalau hutang tidak dibayar maka namanya mungkir janji, kalau hutang pada bank, kalau tidak bayar adalah pasti bank akan minta siberhutang dimufliskan.

Demikian juga janji politik, setiap janji politik mesti dikotakan, jika tidak ianya menjadi asas kepada penolakan kepada sesiapa yang membuat janji itu.

Janji pemimpin apa lagi. Sebagai manusia dan invididu yang telah membuat janji, namun ingkar kepada janjinya, maka manusia dan individu itu tergolong manusia munafik.

Atas sebab itu jangan suka membuat janji jika tidak mampu menunaikannya.

Biasanya dalam dunia politik, pemimpin politik lah yang suka membuat janji. Atas sebab apa, agar pemimpin itu mendapat sokongan. Sokongan untuk mendapatkan tempat dalam dunia politik dan sekaligus kuasa.

Sebelum mendapat kuasa, pemimpin itu menabur 1001 macam janji, namun setelah mendapat kuasa yang diingini, maka janji hanya tinggal kenangan.

Malangnya apabila penyokong yang menyokong membangkitkan isu janji kepada pemimpin yang telah ada kuasa itu,maka si ponyokong pula dikatakan bermasalah kerana tidak berusaha memajukan dirinya.

Kenapa janji itu adalah utang! Kerana itu, janji harus dibayar!” Itu kan konsep Customer Satisfaction atau Kepuasan Pelanggan.

Ketika orang berpikir bahwa service adalah ”keramahan” atau ”senyum”, maka kenyataannya bukan begitu. Ada banyak orang yang berpikir bahwa service adalah ASS atau after sales service. Apalagi, di industri otomotif ada istilah ”3S” (sales, service, and sparepart)!

Kalau sudah begitu, erti service itu menjadi ”kecil”. Sebab, bahagian sales bertanggung jawab jualan produk. Service untuk ASS, sedangkan sparepart yang menyiapkan suku cadang. Padahal, pengertian service bukan seperti itu.

Menurut penyelidikan intensif yang dijalankan Leonard Berry, Valarie Zeithaml, dan Parasuraman, mereka menemukan bahwa elemen terpenting dalam service adalah reliability. Deliver what you have promised! Berikan apa yang Anda sudah janjikan!

Statemen pensyarah saya itu ketika itu bahkan lebih keras lagi yang mengatakan bahwa janji adalah hutang! Bererti, kalau Anda sudah janji, sudah langsung hutang! Padahal, waktu itu, CS masih istilah baru di dunia marketing.

Berusahalah selalu reliable atau memenuhi janji. Sebab, biaya memuaskan orang yang marah karena merasa tidak dipenuhi apa yang dijanjikan menjadi lebih mahal. Itulah bunga dari hutang yang harus dibayar! Pada saat ini saja, masih banyak orang hanya mengambil mudah soal janji, tetapi tidak bisa melaksanakan.

Kalau orang menunaikan janji ada tiga kebaikkanya: penyokong tidak akan berpaling tadah atau pelanggan tetap setia, para penyokong komited terhadap kemimpin sang pemimpin atau parti dan ketiga parti atau pemimpin tidak perlu bersaing atas sebab apa semuanya ada ( all gotten). Fikir-fikirkan lah.

16 comments:

samm said...

janji memang perlu ditunaikan. pemimpin yang telah berjanji kepada rakyat patut berusaha untuk melaksanakan janji tersebut. rakyat akan terus menyokong pemimpin yang baik serta menunaikan janji.

Anonymous said...

ya. janji itu adalah hutang, setiap janji mesti ditunaikan, begitu jugalah dalam janji2 politik pemimpin terhadap rakyat, ia mesti ditunaikan.

Mei said...

Pemimpin haruslah menunaikan segala janji2x yang diberikan kepada rakyat. Apa gunanya menjanji jika tidak ditunaikan.

thinaj said...

I agree with this article. If promises couldn't be fulfill, then it shouldn't be made in the first place.

Unknown said...

Pemimpin yang gemar memberi janji kosong tidak akan berjaya lama dalam bidang politik. Rakyat hanya menyokong pemimpin yang berusaha menunaikan janji2x mereka.

Sanih Alias said...

Janji itu hutang??itu memang tetap. Janji adalah hutang. Apabila kita berjanji maka kita sudah berhutang dengan seseorang. janganlah mungkir janji, ini akan menyebabkan orang tidak akan percaya sekiranya berjanji. Oleh itu, kepada semua pemimpin cubalah tunaikan janji yang telah diberikan kepada rakyat.

Anak Sabah said...

Betul tu, setiap janji itu hutang. Lebih-lebih lagi kalau menukarkan janji dengan undian rakyat. Pastikan janji itu dapat ditunaikan. Tanpa undian rakyat, sesuatu parti tidak mungkin berada di mana mereka sekarang, jadi mereka sebenarnya sedang berhutang pada rakyat.

zam said...

janji merupakan ucapan yang perlu dikotakan. bila pemimpin dah menjanjikan sesuatu kepada masyrakat maka, pemimpin tersebut mesti melaksanakan janjinya. pemimpin yang menunaikan janji akan mendapat sokongan rakyat.

Anonymous said...

jika kita tak menunaikan janji kita, bermakna kita telah berhutang, hutang tersebut takkan langsai selagi janji tak ditunaikan. sebagai pemimpin kita kena faham konsep ini dan jgnlah menabur janji jika tak boleh laksanakan, ia akan menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat.

Hamdan Hadillah said...

betul juga, Janji boleh digolongkan sebagai hutang. Sebelum mendapat kuasa, pemimpin menabur 1001 macam janji, namun setelah mendapat kuasa yang diingini, maka janji hanya tinggal kenangan. Malang sungguh orang yang dijanjikan. Jadi pandai-pandailah menilai janji seseorang. terutama sekali adalah pemimpin.

Anonymous said...

kesimpulannya, selepas membaca artikel ini, kita boleh katakan ramai pemimpin2 yang masih dan sedang berhutang dengan rakyat di luar sana. mungkin rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin2 yang berhutang ini. oleh itu, kepada pemimpin2 baru atau pemimpin yang masih belum 'berhutang', kamu masih mempunyai potensi untuk diterima rakyat tetapi jangan sia2kan potensi itu dengan mengikut jejak langkah pemimpin2 yang blacklisted..

songkilou said...

Tapi kadang2 kita kena pertimbangkan perkara yang mana dalam satu2 keadaan, terdapat keadaaan yang menghalang seseorang itu untuk menunaikan janjinya...dan alasan yang menjadi penghalang itu mestilah diterima dan orang lain juga mengakui akan alasan tersebut.

Unknown said...

Yup..Janji itu hutang. Itulah orang cakap, janji mesti ditunaikan walau berapa lama pun memberi janji.

Ted Medresher said...

sebab itu jangan sewenang2nya melafazkan janji jika sedar perkara itu diluar kemampuan kita. tapi kalau sudah terlanjur berjanji, cuba usahakan bersungguh2 dan biarkan rakyat nampak usaha kita itu. sekiranya gagal menunaikan janji, pemimpin itu patut berani tampil kehadapan untuk membuat penjelasan dan bukannya ambil jalan mudah menyembunyikan diri.

kb girl said...

Saya setuju janji itu hutang. Pemimpin-pemimpin yang banyak berjanji dengan rakyat yag belum ditunaikan, ingat, kamu banyak hutang pada rakyat.

Mohd Ishak said...

Harap semua janji yang dijanjikan itu dapat ditunaikan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels