PRK Batu Sapi yang akan diadakan pada 4 November ini merupakan ujian pertama Ketua Menteri Sabah itu selepas PRU-12 tahun 2008.
Pada PRU-12 lalu, BN terpaksa melepaskan 1 DUN dan 1 MP, ke dua-duanya kepada DAP. Secara kebetulan dua kawasan tersebut diwakili oleh PBS komponen BN yang terbaru di Sabah.
Kali ini, melalui PRK Batu Sapi, sekali lagi PBS akan mewakili BN.Calon BN akan berhadapan, samada dengan PKR dan SAPP atau satu lawan satu.
Dua hari lalu, TPM Tan Sri Muhiyiddin Yassin telah mengumumkan perlantikan Datuk Musa Aman sebagai pengarah pilihanraya PRK itu, sementara persiden PBS Tan Sri Pairin Kitingan sebagai timbalannya.
Setelah Galas, ini lah kali ke dua, di mana TPM tidak dilantik sebagai pengarah pilihanraya sebagaimana lazimnya setiap ada PRK.
Nampaknya BN telah mula berubah. Melalui dua perlantikan pengarah pilihanraya, yakni Galas dan Batu Sapi, kemungkinan perubahan ini akan menjadi tradisi seterusnya.
Bagi PRK Batu Sapi, perlantikan Musa Aman sebagai pengarah pilihanraya merupakan percaturan yang amat tepat. Selain Musa sebagai pengerusi BN negeri, Musa juga mewakili DUN kawasan Sandakan, yakni DUN Libaran.
Sudah tentunya ketua menteri Sabah itu mempunyai jalinan yang luas dengan akar umbi di kawasan itu. Melalui jalinan itu, adalah mudah bagi BN menjangkau dan mendekati para pengundi di situ.
Persoalannya sekarang, sejauh mana reputasi Musa Aman ini boleh diterjemahkan dalam bentuk undi. Jika keputusan PRK itu berpihak kepada BN dengan majoriti yang besar, maka sahlah, bahawa Musa Aman adalah pemimpin Sandakan yang terbilang. Namun, jika keputusan PRK itu tidak menyebelahi BN, petanda buruk akan berlaku bagi kawasan pantai Timur, terutama kawasan yang mempunyai pengundi cina.
Jumlah pengundi Batu Sapi hampir 26,000 orang. 15 ribu adalah pengundi bumiputera islam, 10 ribu cina dan selebihnya pengundi pos dan bumiputera bukan islam.
Namun yang membimbangkan BN, bahawa trend pengudian di Batu Sapi pada beberapa PRU lalu, jumlah bumiputera yang turun mengundi kurang daripada 40%, sementara cina melebihi 80%.
Jika trend ini masih berlaku, maka ada kemungkinan BN akan kecundang, memandangkan kemungkin kaum cina akan berpihak kepada pembangkang. Ini lah tugasan berat yang dihadapi Musa Aman melalui PRK ini.

33 comments:
Pilihan raya kecil kali ini akan menentukan sokongan rakyat terhadap Musa Aman. Kita tengoklah bagaimana nanti.
Semoga semua berjalan lancar dalam PRK Batu Sapi.
Musa Aman dilihat sebagai pemimpin yang berkesan dalam menjalankan tugasnya. apa pun, semua ahli BN jangan sesekali mengambil mudah PRK Batu Sapi. semoga semuanya berjalan lancar.
Memang ini merupakan cabara bagi BN. tapi apa yangpasti BN tidak akan mengalah begitu saja. kita nantikan keputusannya nanti. Adakah pimpinan Datuk Musa memang tidak ada tandingan selama ini. Mari kita tunggu keputusan akan datang.
Kita percaya bahawa Musa Aman akan dapat sokongan dari rakyat selepas PRU12. Kita sokong dengan beliau yang banyak membangunkan negeri ini berbanding dengan KM sebelum ini yang hanya membebankan rakyat dan tidak ada perubahan untuk negeri ini.
Mari kita lihat sendiri PRK batu Sapi ini sebagai ujian kepada KM adakah kepimpinan beliau amat berkesan kepada sokongan rakyat atau sebaliknya. Mari kita nantikan PRK Batu Sapi ini.
Musa mmg diketahui mempunyai sikap kepimpinan yang baik, diharap beliau dpt memacu kepada kemenangan BN di Batu Sapi.
abaikan faktor luaran dan tumpukan faktor dalaman terlebih dahulu. gerakkan semua jentera BN ke Batu Sapi dan berkerjalah sebaik2nya. selebihnya serahkan dengan faktor luaran samada mahu memihak kepada BN atau tidak.
jika kita lihat kelebihan mana2 parti ditambah dengan isu2 peringkat negeri dan nasional, ramai yang bersetuju bahawa BN akan mampu mengekalkan kerusi Batu Sapi.
wah, satu analisis yang baik. jika melihat kepada akar umbi kepimpinan sandakan kelihatan kekuatan MA di Sdk adalah tinggi. melihat kepada peratus kaum yang turun mengundi pula majoriti kaum cina. mungkin sebab itu PBS ingin mengekalkan pemimpin Batu Sapi dari golongan kaum cina demi meraih undian.
walaupun bunyinya kedengaran seperti BN akan menang besar lagi, jangan yakin sangat dengan tilikan tersebut. dunia politik, semua pun boleh jadi. tapi jangan sampai ada pengundi hantu pula. diharap semuanya berjalan lancar tanpa memalukan mana2 pihak.
Apa2 pun tunggu saja siapa calon2 yang akan bertanding ahad ini. Dari situ kita mulakan analisis baharu pula.
musa akan menjadi pengarah pilihanraya BN di batu Sapi, beliau mmg layak kerana daya kepimpinan beliau yang cekap. harap pilihanraya ini akan memberi berjalan dgn lancar tanpa sebarang masalah.
Pekara mudah bagi KM. BN mampu mempertahankan kerusi Batu Sapi.
Musa memang pemimpin yang berjaya jika dilihat dari pencapaiannya dalam PRU-12 dan pencapaiannya dalam mentadbir Sabah. peluang untuk BN menang mungkin tinggi, tapi BN hendaklah jangan leka atau lalai.
Penulis jgn lupa faktor dua parti pembangkang menyertai pilihanraya kecil ini jg penting dalam melihat pihak mana yg berpotensi untuk menang...Pada masa ini, PKR & SAPP sudah memberikan gambaran bahawa mereka akan bertanding...so besar kemungkinan undian utk parti pembangkang akan terbahagi dua. Kemungkinan ini memberikan kelebihan kepada BN utk menang kembali kerusi parlimen batu sapi...
Mungkin juga la.. So kita lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti.
Saya harap PRK BS berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
para pengundi pun harus bersiap sedia dan memikirkan sebaik mungkin siapa pemimpin yang harus diundi. hehe
para pengundi pun harus bersiap sedia dan memikirkan sebaik mungkin siapa pemimpin yang harus diundi. hehe
Pastikan pemimpin yang dilih nanti adalah yang terbaik utk rakyat. Ingat, buatlah penilaian sebaik mungkin!!!
Apapun saya doakan yang terbaik utk rakyat:)
Ini cuma ujian memanaskan badan, lain cerita apabila PRU 13 akan datang.
KM dapat memimpin jentera pilihanraya BN dengan baik dan seterusnya mencapai prestasi cemerlang dengan undi majoriti yang besar.
Uji tidak uji, Musa tetap pemimpin yang disokong umum rakyat Sabah.
PRK batu sapi adalah ujian kepada semua parti yang bertanding akan sejauh mana sokongan rakyat sabah kepada mereka..inilah ujian kepada BN sama ada sabah kekal sebagai kubu kuat BN.
perlantikan Musa sebagai pengarah PRK batu sapi bagi BN adalah tepat..sebagai rakyat tempatan Musa lebih arif akan trend pengundi sabah..
apa pun, buat yang terbaik pada PRK batu sapi bagi memastikan batu sapi tidak dirampas pihak lain.
Batu Sapi kubu kuat BN. Musa pasti dapat memcapai kejayaan yang baik.
Ini bukan ujian. Terlalu mudah. BN menang dengan mudah kali ini.
Semoga calon yang betul2 layak dan berkarisma menang dalam pilihanraya itu nanti.
Post a Comment