Akan berulangkah tindakan rakyat Sabah apabila menolak parti BN Sabah seperti apa yang berlaku pada tahun 1985?
Rakyat Sabah masa itu, hanya mahu menjatuhkan kerajaan Berjaya, pimpinan Datuk Harris Salleh. Selama 9 tahun Berjaya memerintah-hanya orang-orang dikeliling Harris diberi keutamaan dan diberi peluang daripada semua segi. Keadaan kini di Sabah hampir sama keadaannya seperti tahun 1985, walaupun ada berbedaan, namun perbedaan hanya sedikit.
Selama 9 tahun pemerintahan PBS 1985-1994, bumiputera islam dan bukan islam yang bukan ahli KCA merasa dianak tirikan, sebab itu- pemimpin seperti Datuk Mark Koding, Datuk Kalakau Untol, Tan Sri Pandikar, Tun Juhar Mahiruddin menentang kerajaan PBS. Penentangan mereka itu mempunyai asas yang kuat, apabila terbukti pada tahun 1990 diambang pembuangan undi-PBS meninggalkan BN dan persitiwa itu hingga kini disebut sebagai tikam belakang.
Akibat tikam belakang itu, Tun Mustapha menjemput UMNO dan mengorbankan parti USNO untuk masuk Sabah. secara rasminya-Umno bertapak di Sabah pada tahun 1991 dan bermula di Kota Belud, Sabah. Tun Mustapha terpaksa mengosongkan DUN Usukan, kerana undang-undang anti lompat-masih lagi berkuat kuasa ketika itu. Tun Mustapha dipilih untuk mempertahankan semula kerusi DUN Usukan atas tikit UMNO melawan calon PBS Jap Omar-Pegawai Daerah Kota Belud yang meletakkan jawatan serta merta kerana semata-mata untuk bertanding.
Pada PRK itu, ternyata Tun Mustapha menang dengan mudah, maka bertapaklah Umno di bumi Sabah.
Dua pilihanraya umum dilalui Umno yang bergabung dengan AKAR dan LDP sebagai komponen BN Sabah melawan PBS, namun PBS ternyata masih dipertahankan oleh kawasan2 majoriti KDM dan kaum cina, sementara kawasan2 majoriti bumiputera islam ditawan oleh BN, kecuali DUN Klias yang masih mempertahan Datuk Lajim Haji Ukin. Kawasan2 seperti Tempasuk, Sulaman, Bengkoka, semuanya ditawan semula oleh BN.
Pada PRU 1994, daripada 48 DUN, BN mendapat kerusi 23 berbanding PBS 25. Keadaan ini serupa pada tahun 1985, dimana PBS mendapat 25, Berjaya 5 dan USNO 18. Selepas keputusan PRU itu, sebelum Pairin mengangkat sumpah ada sedikit kekecohan berlaku, apabila Harris Salleh berjaya mempengaruhi Tun Mustapha untuk mengangkat Sumpah sebagai Ketua Menteri dengan mengambilkira DUN lantikan-seramai 8 orang, maka USNO dan Berjaya mempunyai majoriti 6 kerusi. Namun atas keputusan Tun Musa Hitam, atas kapasitinya sebagai Pemangku Perdana Menteri, tidak bersetuju dengan cadangan Harris itu, sebaliknya meminta Pairin mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah.
Apabila Pairin menjadi Ketua Menteri Sabah, maka bermulalah episode hitam kepada rakyat bumiputera islam Sabah-kecuali mereka yang menjadi pemimpin PBS seperti Datuk Lajim Haji Ukin, Datuk Baharom Abu Bakar Titingan dan beberapa pemimpin lagi.
Apabila keadaan bertambah parah dan bukan sahaja bumiputera islam tertindas malah juga bumiputera bukan islam yang bukan ahli KCA, maka para pemimpin PBS seperti Mark Koding, Kalakau Untol dan Pandikar Amin Mulia keluar PBS dan menubuhkan AKAR. Selain itu, kaum cina yang merasa juga dianaktirikan oleh pemimpin cina dalam PBS-telah menubuhkan LDP yang diketuai oleh Chong Kah Kiat-mantan pempimpin parti Berjaya.
UMNO-AKAR-LDP secara terus menerus menentang PBS, sehinggalah PBS tumbang kerana ilmu pukau Anwar Ibrahim- Lajim Ukin dan Rubin Balang keluar PBS dan menyertai UMNO. Pada tahun 1994, selepas dua bulan PRU 1994, BN membentuk kerajaan negeri Sabah dan melantik Tan Sri Sakaran Dandai sebagai Ketua Menteri pertama dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah.
PBS hanya dapat bertahan sehingga tahun 2002 sebagai parti pembangkang terbesar dalam DUN Sabah, pada tahun itu juga PBS diterima semula ke pangkuan BN atas inisiatif Tan Sri Chong Kah Kiat-Ketua Menteri Sabah ketika itu.
Pada PRU 2004, PBS bertanding atas lambang BN bersama-sama komponan BN yang lain. Pada PRU itu, semua kerusi DUN hampir dikuasai oleh BN kecuali DUN Kuala Penyu yang dimenangi oleh John OT Gani mantan pemimpin UMNO atas tikit bebas. Sementara Parlimen hanya Sandakan yang terlepas ke tangan calon bebas.
Pada PRU 2008, BN Sabah juga mengulangi kejayaannya dan hanya kalah di DUN Sri Tanjung dan Parlimen Kota Kinabalu kepada DAP. Kedua-dua kawasan yang jatuh ke tangan DAP itu adalah kawasan yang ditandingi oleh calon PBS atas tikit BN.
Komponen BN yang lain seperti Umno, LDP, SAPP UPKO, PBRS, MCA semua menang 100 peratus.
Namun akibat tsunami politik yang melanda parti MCA, Gerakan dan MIC di Semenanjung, maka SAPP keluar BN, dengan mengkambing hitamkan kepimpinan Tun Abdullah Badawi.
Walaupun, SAPP keluar BN, namun kuasa 2/3 BN di DUN Sabah tidak terganggu gugat. Di antara komponen parti BN- Umno menguasai kerusi terbanyak diikuti oleh PBS, walaupun PBS kehilangan DUN Sri Tanjong.
Akibat pergolakan parti komponen yang berasaskan kaum cina dan keluarnya SAPP, maka parti yang kelihatannya tanpa masalah dalaman adalah PBS selain parti yang mempunyai kerusi kedua terbanyak selepas Umno. PBS melihat peluang ini; maka permintaan demi permintaan secara tertutup mahupun terbuka dengan mengatasnamakan kaum KDM, akhirnya berbaloi apabila kini Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dua daripada tiga disandang oleh parti PBS. Selain itu, atas permintaan PBS, maka Datuk Bandar Kota Kinabalu diberikan kepada kaum KDM.
Satu perkara yang juga perlu diketahui bahawa menteri-menteri atau pembantu menteri daripada komponen BN Sabah selain UMNO yang ada dalam kabinet Sabah kini, sebenarnya berasal daripada PBS-dimana suatu ketika adalah musuh utama UMNO-AKAR-LDP.
Secara luaran, kabinet Sabah selain UMNO terdiri daripada komponen BN seperti UPKO, namun secara dalaman, ianya adalah PBS. Hakikat ini, diperkuat lagi, apabila dua Timbalan Ketua Menteri adalah daripada PBS.
Rakyat jelata Sabah melihat ini semua terutama para penyokong Umno-AKAR (kini dibubarkan) serta LDP yang terdiri daripada penyokong senyap, bahawa kerajaan Sabah sebenarnya dikuasai semula oleh para pemimpin PBS. Berasaskan kepada senario ini, maka pemimpin seperti Datuk Chin Su Phin-Timbalan Presiden LDP wajar berkata- bahawa partinya telah hilang kepercayaan kepada Pengerusi BN Sabah juga merangkap Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman. Kenyataan Chin itu, sebenarnya mewakili suara rakyat majoriti, mungkin atas sebab itu, puncuk pimpinan pusat, melantik Chin sebagai senator, untuk memberi isyarat kepada Musa, bahawa kenyataan Chin terhadapnya mempunyai merit.
Puncuk pimpinan Pusat telah melihat, akbiat tindakan Musa, Sabah kini belum pasti lagi sebagai Simpanan Tetap BN, dan rakyat akan berpaling tadah dan tidak mengundi BN atas alasan protes pada PRU-13 akan datang.
Musa merasakan bahawa memang keadaan itu belaku, atas sebab itu Naib Presiden UMNO Datuk Hishamuddin menyuarakan semasa merasmikan persidangan Bahagian Umno Libaran-dimana Musa adalah ketuanya, bahawa Musa akan mengetuai cabaran BN pada PRU-13. Dengan kenyataan tersebut, maka boleh menjadikan landasan kuat kepada Musa untuk memberitahu rakyat, bahawa beliau masih diperlukan oleh pucuk pimpinan.
Satu catatan sejarah politik Sabah yang tidak akan terpadam adalah satu pendirian serupa (pendirian Hishamuddin terhadap kepimpinan Musa Aman) pada tahun 1984, di mana pada masa itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad pernah berkata, bahawa kerajaan Pusat bersedia "sink and swim with Berjaya" ertinya kerajaan Pusat sangat menyokong kepimpinan Datuk Harris sebagai Ketua menteri dan Parti Berjaya yang memerintah Sabah masa itu. Namun, apabila DUN Sabah dibubarkan pada tahun 1985, bukan sahaja Berjaya kalah teruk, Harris juga kehilangan kerusi DUNnya. Harris kalah teruk kepada Kadoh Agundong, pendatang baru dalam politik.
Kesilapan puncuk Pimpinan BN Pusat masa itu adalah kegagalan membaca isyarat rakyat yang mahukan perubahan pucuk pimpinan negeri. Rakyat ketika itu telah muak dengan tindak tanduk Harris; keadaan sama berlaku kini, apabila rakyat secara senyap telah muak dengan kepimpinan Musa.
Puncuk pimpinan hanya mendapat maklumat daripada agensi yang pro kerajaan seperti jasa, polis, jabatan penerangan, kemas dan sebagainya, namun maklumat daripada rakyat jelata, yang bersifat senyap-hanya terlihat kepada sambutan dingin terhadap aktivti pemimpin seperti juara rakyat, acara turun padang dan semacamnya.
Jika pimpinan Pusat gagal memenuhi isyarat rakyat-bahawa mereka menginginkan perubahan pucuk pimpinan Sabah agar Sabah masih dapat dipertahan sebagai simpanan tetap BN- maka kenyataan Hishamuddin semasa merasmikan Persidangan Bahagian Umno Libaran minggu lepas- bahawa Musalah yang mengetuai cabaran BN pada PRU-13 akan datang akan menjadi iguan buruk kepada BN.
Siapa kata pada tahun 1985, Datuk Harris tidak menguasai semua Ketua Bahagian Berjaya serata AJK-AJKnya sekali? namun rakyat jelata jua yang berbicara.
Jika DS Najib mahukan BN rebah menyembah bumi, teruskan lah kepiminan yang ada sekarang di Sabah. Menyesal kemudian tidak berguna. Fikir-fikirkan lah.

16 comments:
Semuanya terletak dalam tangan rakyat sendiri. Harap rakyat akan memilih dengan bijak. Kalau tersilap langkah kali ini, lain kali kita undi lagi.
harap rakyat tidak salah memilih pada PRU-13 nanti. undilah mereka yang dapat membawa perubahan kepada rakyat.
biarlah rakyat yang membuat keputusan. kepimpinan sekarang pun adalah pilihan rakyat sendiri.
We are actually trying to identify our path.
PRU 13 akan memperlihatkan saingan yang sengit. Semoga rakyat bijak menilai dan mengundi pemimpin yang boleh mereka harapkan.
Dilema memang ada namun apa yang kita boleh lakukan?
ya kah kenyataan Chin itu adalah suara majoriti rakyat sabah? apa bukti? kenyataan Chin itu adalah pendirian beliau dan LDP..tiada kena-mengena dengan suara majoriti rakyat sabah..
Harris memang wajar dan patut disingkirkan kerana beliau seorang yang tamak kuasa dan pentingkan diri..Labuan diserahkan percuma kepada persekutuan..harris disingkirkan rakyat sabah sebab dia mengkhianat..
mustapha pula menyebabkan sabah hilang autonomi..
mungkin senario politik sabah akan berubah pada PRU nanti..terpulang kepada kuasa rakyat sabah untuk menentukannya..
perjalanan politik di Sabah adalah unik berbanding di negeri2 lain. sering bertukar parti. pemimpin sekrng harus jadikan ini sebarang iktibar dalam memperkukuhkan sokongan rakyat.
Rakyat sabah mahukan perubahan.
Maka rakyat sabah harus menyokong parti sekarang ini BN. Kita harus memberikan kepercayaan kepada BN untuk membantu rakyat Sabah. Sekiranya kita ada perkara yang ingin dikemukakan harap jangan duduk diam, berikan kepada mereka yang bertanggungjawab.
saya tidak nampak penolakan majoriti rakyat Sabah dengan kepimpinan yang ada sekarang.
Because we need something to make sure our state is in a good pace.
Post a Comment