22 June 2011

Semalam dengan kawan lama

Teman ini ada lah penggiat teater. Belajar sehingga ke Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Taman Marzuki adalah kilang para seniman indonesia.

Kata teman itu, kini dia membuka kelas di Keningau, bukannya di tempat kelahirannya Kota Belud.

Alasan yang diberikan mudah sahaja, kenapa tidak membuka kelas di Kota Belud? Orang Kota belud penuh dengan egonya, manakala, di tempat lain, menghargai ilmu.

OKB terfikir, mungkin sebab itu, Kota Belud lambat membangun. Kota Belud adalah kawasan di mana Umno mula bertapak.

Penghidupan di Kota Belud, sejak merdeka tergantung kepada hasil pertanian dan perikanan. Belum ada kilang yang bersifat industri di daerah ini.

Penduduk yang menguasai perekonomian adalah kaum cina, walaupun jumlahnya hanya sedikit.

Di kota Belud juga berlaku keunikan, apabila ada kaum cina yang menjadi ahli Umno, dan menang dalam perwakilan G7.

Seperti lajimnya kawasan yang mundur adalah bank votes kerajaan yang memerintah. Semua tiga DUN dan satu parlimen dikuasai oleh UBN.

Kota Belud yang terdiri daripada tiga suku kaum terbesar-Bajau-Dusun-Iranun dan sedikit kaum cina.

Untuk sementara hanya kaum bajau dan dusun menjadi wakil rakyat daerah ini. Walaupun iranun biasanya tidak ketinggalan dalam arena politik, namun kali ini diketepikan dengan mutlaknya.

Di peringkat negeri- jawatan setiausaha politikpun tidak disandang oleh kaum ketiga terbesar di daerah ini.

Di peringkat negeri, jawatan-jawatan politik dikuasai oleh warga baru sesuai dengan slogan 1Malaysia.

Bernasib baik lah Speaker Dewan Rakyat ada lah daripada suku kaum iranun; namun dipercayai perlantikan tersebut bukan bersandarkan kepada suku, namun sebagai kepuyaannya sebagai individu.

Benarlah, kata teman OKB itu, orang Kota Belud, egonya tinggi, yang penting menang sorak, walaupun kampung tergadai.

8 comments:

Mohd Ishak said...

Janganlah sampai maruah kaum diri tergadai.

Kris Jr said...

Harap2 kota belud pun boleh maju juga.

Anonymous said...

wakil rakyat di daerah Kota Belud perlu berusaha memajukan rakyatnya. walaupun kaum cina merupakan kaum minoriti di Kota Belud tapi biarlah mereka dapat hidup bersatu dengan kaum-kaum lain.

azman said...

semua pihak termasuk pemimpin dan warga KB sendiri perlu berusaha gigih untuk memajukan diri dan daerah KB agar menjadi membangun.

NorthSouth said...

Wakil rakyat dan penduduk KB harus bekerjasama jika ingin berjaya. Jangan berada di takuk lama. Buka minda dan cari inisiatif untuk memajukan diri.

Anonymous said...

Kota Belud mempunyai ramai pemimpin yang hebat, tapi kenapa ia masih lagi mundur? pemimpin KB tumpukanlh pada pmbangunan kawasan anda, jgn hnya tumpukan pada kerja luar kawasan.

Bujang Senang said...

Mungkin kerana keegoan penduduk KB menyebabkan mereka begitu lambat membangun. Harap penduduk KB berfikiran terbuka.

Anonymous said...

sepatutnya penggiat teater itu sendiri huraikan sebab apa beliau sifatkan orang Kota Belud ego, bukannya orang lain yang lebih suka menterjemahkan maksud kenyataan itu berdasarkan pandangan politik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels