A Samad Said Sasterawan negara berkata “Sudah tiba waktunya, rakyat pula yang berada di tampuk kuasa,”
Sambungnya lagi, “selagi (golongan) bangsawan yang berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai oleh rakyat.”
Samad (gambar, tengah) juga berkata sepanjang lima dekad Malaysia hanya dipimpin oleh golongan bangsawan seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Razak Hussein — kesemuanya golongan yang mempunyai harta dan pangkat.
Malaysia kini dipimpin oleh perdana menteri yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak, anak kepada Razak.
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masing-masing merupakan perdana menteri keempat dan kelima.
Samad juga berkata, seorang sasterawan tidak perlu hanya menulis semata-mata tetapi mereka juga perlu bertindak.
Oleh itu jelas beliau, sebagai seorang sasterawan, mereka tidak perlu takut dengan penulisan yang dihasilkan, yang mampu bertindak ke atas sesuatu isu.
“Seorang sasterawan, tugasnya ialah mencipta dan merakamkan apa yang berlaku dalam masyarakat. Itu yang saya lakukan lebih 50 tahun. Merakam sahaja. Saya tidak berapa suka untuk merakam sahaja apa yang berlaku. Saya cemburu dengan masyarakat yang boleh bertindak dalam sesuatu perkara,” katanya.

No comments:
Post a Comment