13 July 2011

Sodomi II:Imbas kembali Keputusan Hakim 13 Mei lalu-Anwar perlu membela diri

Walaupun sekitar 200 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba ‘ bikin sarkas’ di komplek Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Isnin namun undang-undang tetap undang-undang.

Setelah mengambil masa selama 1 jam 48 minit Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan dinanti-nanti mengenai kes liwat Saiful Bukhari Azlan yang sudah tertangguh banyak kali.

Keputusan beliau ialah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

Maka Ketua Umum PKR itu diperintah membela diri atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya.

Dalam merumuskan kes itu hakim mendapati Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai.

Menurut beliau keterangannya selaras dengan saksi-saksi pakar bahawa terdapat penetrasi zakar dan mangsa berada di kondominium berkenaan semasa kejadian itu sebagaimana dinyatakan dalam tuduhan.

Anwar yang ditemui wartawan selepas itu seperti selalu member komentar dengan skrip biasanya.Dakwanya keputusan hakim itu sudah dijangka.

Katanya mereka akan fight all out untuk membela diri.

Sementara itu suasana sekitar mahkamah kecoh dengan pelbagai gelagat kalangan 200 penyokong Anwar sementara menanti pengumuman hakim.

Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan dan hujah daripada Peguamcara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, dan peguam-peguam bela diketuai Karpal Singh di penghujung kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan menyimpulkan kes mereka pada 24 Mac, dengan 26 saksi memberi keterangan di perbicaraan yang bermula 3 Feb tahun lepas.

Mohd Saiful, 25, saksi utama pendakwaan yang memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan memberitahu mahkamah mengenai kejadian yang didakwa itu.

Butir-butir kejadian didengar secara tertutup walaupun beliau memberi keterangan di mahkamah terbuka mengenai persekitaran yang mendorong beliau membuat laporan polis terhadap Anwar.

Pada 7 Ogos 2008 Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan melakukan liwat bertentangan dengan peraturan alami di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10ptg dan 4.30ptg 26 Jun, 2008.

Tuduhan itu dikemukakan di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat.

Ini merupakan tuduhan liwat kedua Anwar hadapi. Pada 2000, beliau dituduh meliwat pemandu kepada isterinya, Azizan Abu Bakar.

Beliau disabitkan kesalahan dan dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels