Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno telah gagal melaksanakan dasar Perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam memartabatkan orang Melayu dan agama Islam.
Dalam buku Konsep Asas Negara Berkebajikan yang dilancarkan baru-baru ini, Presiden PAS berkata, Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN) juga tidak menunjukkan contoh ajaran Islam kepada orang bukan Islam.
“PAS menegaskan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar dan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan betul dan sempurna maka mereka gagal memperkasakan Melayu dengan Islam dan menunjukkan contoh Islam khususnya kepada bukan Islam sehingga menunjukkan dan mengizinkan sikap bermusuh dengan berbagai kaum.
“Umno juga tidak menyelamatkan raja dan meninggikan mereka ke tempat yang sebenar tetapi menjadi pengampu yang merosakkan institusi raja-raja yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada raja-raja,” katanya dalam buku yang dilancarkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Umno juga tidak memperkasakan bahawa Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa ilmu dengan tidak menyedari bahawa tidak ada negara yang maju dengan bahasa asing, walau bahasa asing adalah bahasa menambah ilmu.”
Kata Hadi, sepanjang 54 tahun memerintah negara Umno gagal memperkasakan Bumiputera supaya setaraf dengan kaum-kaum lain di negara ini.
“Walaupun memimpin negara lebih daripada 50 tahun dengan sumber yang ada, namun Umno gagal memperkasakan Bumiputera setaraf dengan kaum lain dan masih ramai kaum lain yang dibelenggu dengan kemiskinan angkara pemimpin mereka yang bersekongkol dengan Umno.
Sementara itu Pemimpin-pemimpin Umno-BN mendakwa PAS meniru pendekatan negara berkebajikan yang diamalkan pentadbiran BN sejak lima dekad lalu.
Akan tetapi Hadi berhujah bahawa konsep negara berkebajikan yang dibawa PAS meliputi urusan hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan.
“...dengan merujuk kepada maksud kebajikan itu dengan erti katanya yang sebenar menurut pandangan Islam.
“Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita,”.
Menurut Hadi, negara berkebajikan bukan boleh diisytiharkan secara tempelan semata-mata seperti mana yang didakwa BN.
“Tetapi kewujudannya mestilah mengikuti konsepnya yang jelas, pengisiannya yang tulen dengan dipimpin oleh tenaga kepimpinan yang memenuhi ciri kepimpinan dan negara yang sebenar.
“Masa sudah tiba kepada seluruh rakyat untuk keluar dari ketidakadilan, kebejatan amalan rasuah serta salah guna kuasa dan pemikiran songsang yang ada dalam kepimpinan negara masa kini,”.

5 comments:
memang mudah jika hanya mengkritik atau bercakap. PAS patut menyumbangkan idea dan bukannya hanya pandai bercakap. daripada PAS hanya mengkritik UMNO, PAS juga patut memajukan Kelantan terlebih dahulu.
jgn hnya tau mengkritik, lebih baik sumbangkan idea.
lebih baik PAS memperbaiki kelemahannya dahulu sebelum mengkritik apa yang mereka lihat tidak betul dalam perjuangan UMNO. mereka ini mengkritk untuk menjatuhkan dan bukan untuk membangunkan.
adakah PAS sudah menunjukkan contoh terbaik tentang semua yang dikatakan oleh Hadi di negeri kelantan dan kedah?? tidak masuk akal bagi sebuah parti yang gagal dalam semua perkara menasihati parti pemerintah yang bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk rakyat dan negara ini..
jika PAS 100% sempurna perjuangannya, kenapa membiarkan penganjur bersih melanggar titah Agong, kenapa membiarkan Hadi menghina kaum di sarawak, kenapa masih ada pembohongan dalam media PAS.. dan banyak lagi..
Tidak perlulah PAS mengaitkan Islam dalam politik. Rasanya PAS sendiri pun sudah lari dari konsep islam sebenar.
Post a Comment