28 November 2011

Bajet 2012 Sabah 2.5 kali ganda lebih besar berbanding Bajet Selangor

Bajet 2012 Sabah yang dibentang oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Negeri pada 18 November lalu, yang berjumlah RM4.048 bilion, selain merupakan bajet tertinggi yang pernah dibentangkan di negeri di bawah bayu itu, juga 2.5 kali ganda lebih besar berbanding bajet Negeri Selangor.

Selangor adalah negeri terkaya di Negara ini, atas sebab negeri tersebut berada dalam kawasan Lembah Kelang yang telah lama membangun. Manakala Sabah, adalah negeri yang dikategorikan negeri terbelakang atau miskin, berasaskan jumlah penduduknya yang masih ramai berpendapatan di bawah garis kemiskinan.

Masalah taburan penduduk dan infrastrutur merupakan masalah utama, penyebab kepada kadar kemiskinan negeri Sabah.

Kerajaan negeri di bawa pimpinan Ketua menteri Datuk Musa Aman, sejak tahun 2003 telah berusaha sedaya upaya membangun negeri, walaupun pada zaman kegemilangan kayu balak, negeri itu dianggap sebagai sebuah negeri terkaya kerana hasil kayu kayannya.

Disebabkan tersalah urus pada masa kegemilangan kayu balak, maka Sabah bukan sahaja terbelakang daripada segi pembangunan, malah tersenarai sebagai negeri miskin.

Disebabkan Sabah masih kekurangan daripada segi pembangunan infrastruktur, maka negeri itu memerlukan bajet yang besar demi menyediakan infra yang diperlukan oleh rakyat. Melalui ketersedian infra itu, diharapkan aliran pembangunan ekonomi dapat berjalan lancar, kerana akan mudah berlakunya perpindahan barangan daripada pusat sumber kepada tempat di mana barangan tersebut diperlukan.

Selain daripada itu, melalui infra seperti perhubungan yang baik akan menyumbang kepada penjimatan kos dan masa.

Berasaskan kepada luasnya Sabah, maka adalah diperkirakan, bajet yang besar akan terus diperlukan, setidak-tidaknya sehingga tahun 2015.

Dakwaan Pembangkang bahawa Bajet Sabah yang besar, kononnya untuk memancing undi pada PRU-13 akan datang adalah tidak berasas, kerana seperti mana disebutkan di atas, Sabah akan terus memerlukan bajet yang besar untuk membangunan dalam rangka melepaskan negeri itu daripada senerai negeri miskin di negara ini.

Keupayaan Pentadbiran negeri di bawah Datuk Seri Musa Aman adalah satu pencapaian yang luar biasa, memandangkan kekayaan semulajadi Sabah telahpun punah, namun, keupayaan Musa mendapat pendapatan untuk negeri adalah diluar jangkaan para pengeritik.

Sabah kini mempunyai simpanan di atas RM3 biliion, dan salah satu negeri yang diberi sanjungan oleh Ketua Audit Negara dalam pengurusan kewangan.

26 November 2011

Kenapa Umno Kota Belud hilang gahnya?

TAHUN-Tahun kegemilangan Umno Kota Belud seperti tahun 2004 hingga PRU-12 lalu, cukup terkenang. Pada masa itu, sebarang majlis Umno pasti mendapat sambutan luarbiasa daripada segenap lapisan masyarakat.

Pada musim-musim itu, apabila ada sahaja pertandingan baik pemilihan kepimpinan Bahagian atau pemilihan G7, beratus calon menawarkan diri untuk bertanding. Yang jelas, masa itu Umno sangat terasa keberadaannya.

Mesyuarat Agong Bahagian misalnya, dilaksanakan secara hebat, sehingga pucuk pimpinan negeri mahupun pusat sangat teringin hadir untuk merasmikannya.

Namun selepas sahaja berlaku pergantian pimpinan bahagian, Umno Kota Belud terlihat sangat lesu, malah anjuran-anjurannya tidak mendapat sambutan.

Keberadaan Umno, baru timbul semula, apabila penganjuran "rumah terbuka" Umno sempena, Hariraya lalu, digabungkan antara para ADUN dan MP Kota Belud, dan pengajuran itu, diamanahkan kepada ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli.

Sempena rumah terbuka itu, baru terasa keberadaan Umno semula, di mana suasana itu telah hilang sejak awal tahun 2008.

Kita perlu menerima hakekat, bahawa sokongan kepada sesebuah parti, apabila semua lapisan rakyat merasakan bahawa sesebuah parti itu senantiasa terasa keberadaan di kalangan rakyat. Rakyat akan merasa "hilang" sesuatu, jika tidak melihat keberadaan sesebuah parti itu, atas dasar itulah, parti yang dekat dengan rakyat itu akan mendapat sokongan yang hebat di kala pilihanraya.

Jangan lupa, bahawa setiap parti ada dua kategori penyokong, penyokong kekal dan penyokong yang perlu dirai.

Apabila, keberadaan sesebuah parti itu senantiasa dekat dengan rakyat, maka sungguh mudah mengekalkan penyokong kekal, malah mampu merai sokongan daripada penyokong yang perlu dirai. Namun, apabila keberadaan parti itu jauh daripada rakyat, maka ada kemungkinan penyokong kekalpun akan hilang, apatah lagi merai penyokong yang perlu dirai.

Umno Kota Belud merasakan keadaan di mana penyokong kekal, bukan sahaja tidak lagi menyokong, malah telah berlaku keluar daripada parti.

Kalau bukan ada komponen parti, maka penyokong BN itu akan terlepas kepada parti pembangkang. Keadaan ini berlaku, atas sebab kepimpinan Umno bahagian tidak lagi mengamalkan, bahawa sokongan rakyat terhadap parti berasaskan kepada usaha secara terus menerus kepimpinan parti, dan semua lapisan rakyat terasa keberadaannya.

Pemimpin sesebuah parti, tidak harus puas dengan jawatan yang diperolehi melalui parti, sebaliknya jawatan yang diperolehi itu, perlu digunakan mengembeling sokongan terhadap parti.

Akan tetapi hakekatnya, para pemimpin Umno Kota Belud, telah lupa bahawa jawatan yang diperolehi kerana parti itu, membuat mereka terbuai dan terpesona, sehingga lupa, bahawa penyokong kekalpun terpaksa meninggalkan parti buat selama-lamanya.

Satu kemuskilan daripada OKB, apakah semuanya ini adalah sandiwara untuk melemah kekuatan parti? atau ada udang dibalik mee goreng?

25 November 2011

Musa Aman tidak bakal lupa pemimpin yang cuba menghalangnya jadi Ketua Menteri

SEBELUM Datuk Musa Aman dilantik menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 2003, ada kumpulan pemimpin yang kasak kusuk menghalang perlantikan Ketua Menteri terlama itu.

Malah masa itu, beberapa orang Ketua Bahagian Umno menandatangan memorandum kepada Perdana Menteri untuk menghalang perlantikan Musa.

Para pemimpin kanan itu pada mulanya mengatur rancangan bersendirian sambil mengumpul sokongan baik di peringkat negeri mahupun pusat untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kemudian, mereka bergabung dan berjanji antara mereka, siapapun dilantik antara mereka perlu disokong, dengan syarat jangan Musa dilantik bagi menggantikan Chong Kah kiat.

Namun, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir mengambil keputusan yang memeranjatkan kumpulan itu, dan seterusnya melantik Musa sebagai Ketua Menteri.

Rekod menunjukkan sejak Musa menerajui kerajaan negeri, akaun Sabah senantiasa surplus, walaupun membentang bajet pada awalnya deficit, tetapinya akhirnya mengalami surplus dipenutup tahun.

Musa juga berjaya mempertahankan kecemerlangan dalam dua pilihanraya, tahun 2004 dan 2008, sehingga Sabah dianggap sebagai Fixed Deposit BN pada sebarang Pilihanraya.

Pada Persidangan Dewan undangan Negeri yang bermula pada 18 November dan berakhir semalam, boleh dikatakan semua ADUN penyokong Kerajaan menyokong secara padu kepimpinan Musa.

Tiada ucapanpun yang mengandung kritikan, melainkan semua menyanjung, kecuali barisan ADUN Pembangkang.

Nampaknya semua ADUN mahu menarik perhatian Pengerusi BN itu agar mereka dicalonkan semula dalam PRU-13 akan datang.

Namun sokongan padu itu belum cukup, kerana bagi Musa hanya para ADUN yang dekat dihati rakyat sahaja dan bebas skandal akan diketengahkan pada PRU-13 akan datang.

OKB teringat lagi, pada PRU-12, apabila Musa bertindak berani dengan mengguguran beberapa pemimpin kanan dalam pilihanraya itu, OKB tidak akan terperanjat, jika pada PRU-13 akan datang, akan ramai pemimpin kanan akan diketepikan, bagi memberi peluang kepada pemimpin pelapis yang dinamik.

Dalam DUN Sabah sekarang, ramai pemimpin yang berpenggal-penggal menjadi Yang Berhormat, malah ada yang menjadi anggota kabinet, namun kawasan-kawasan yang diwakili mereka, tidaklah membangun sepertimana yang diharapkan.

OKB menganggarkan bahawa pada PRU-13 akan datang, Musa akan menampilkan individu yang mempunyai visi dan perancangan demi mendukung visi Musa-HALATUJU SABAH.

Para pemimpin yang berpaksi kepada politiking akan menerima nasib tidak akan ditampilkan, kerana peristiwa tahun 2003, perlu dielakkan.

23 November 2011

Projek Agropolitan terbukti dapat membasmi kemiskinan: Musbah

SATU kejayaan Agropolitian terbukti di kawasan Kanibongan, apabila sebelum projek Agropolitian yang bertemakan penanaman getah, rakyat di kawasan tersebut hanya berpendapatan antara RM800-RM1,000 sebulan. Namun selepas penaman semula getah dengan klon getah bermutu tinggi, kini pendapatan pekebun telah bertambah antara RM3,000-RM5,000 sebulan.

Projek Agropolitan telah mengakibatkan pertambahan pendapatan pekebun antara 275- 400 peratus, demikian menurut Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Musbah.

Musbah memberitahu persidangan DUN Sabah semalam, semasa menjawab ADUN Luyang Melanie Chia, daripada SAPP.

ADUN Tempasuk itu juga memberitahu DUN, bahawa seluar 3,600 hektar tanah telahpun ditanam dengan klon getah bermutu tinggi di kawasan tersebut.

Projek Agropolitian diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri pada tahun 2006.

20 November 2011

Projek KKLW: Kerajaan Pusat perlu pandang serius dakwaan DAP: Harris Salleh

MANTAN Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh meminta kerajaan pusat memandang serius dakwaan yang dilemparkan oleh DAP.

Mantan Ketua Menteri itu memberi ulasan mengenai tajuk utama akhbar tempatan 13 November lalu dimana MP DAP bagi Kota Kinabalu, mendakwa terdapat unsur tidak betul dalam pemberian kontrak bagi 49 projek di Sabah yang meliputi projek bekalan air dan litrik luar bandar.

Wakil Rakyat DAP, Dr Hiew mendakwa, walaupun pemberian kontrak diberikan secara tender terbuka, namun sebenarnya semua syarikat yang mengemukakan tender itu berpunca daripada seorang pembida.

Modus operandinya adalah sesebuah syarikat yang ingin diberikan tender, akan diminta mengemukakan 10 syarikat, dan jumlah tender yang dikemukakan akan diisi oleh seorang pembida. Atas sebab itulah, jumlah bidaan hampir straight line.

Menurut Hiew, jawapan yang diberikan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), di mana semua penilaian tender adalah melalui Jawatankuasa Penilaian Tender Kerja adalah untuk "memuaskan hati". Pendapat Hiew itu juga disokong oleh Tan Sri Harris Salleh semalam.

Malah Harris mempersoal projek bekalan litrik bagi Pulau Gaya yang menelan belanja RM100 juta, sedangkan kos sebenar adalah RM25juta.

18 November 2011

Bajet 2012 Sabah,Pertama kali melepasi 4 Billion Ringgit:

Bajet terbesar dalam sejarah negeri Sabah, berjumlah 4.048 Billion ringgit, dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri Sabah, di Kota Kinabalu pada Jumaat 18 November 2011.

Bajet itu 31.92 peratus lebih tinggi atau melibatkan kenaikan 979.62 juta ringgit berbanding Bajet 2011 yang berjumlah 3.068 billion ringgit.

Bajet itu dibentangkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (gambar atas)

“Terbesar dalam sejarah negeri Sabah, bukti komitmen kita utk terus memberikan yg terbaik kpd rakyat negeri Sabah, jadi bajet ini untuk semua lapisan rakyat, dengan mengambil kira keperluan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri Sabah” katanya kepada media sejurus selesai pembentangan bajet itu.

Bajet itu bertema “melonjakkan kesejahteraan dan kemakmuran negeri”.

Dalam pembentangannya Musa berkata anggarah hasil negeri Sabah pada 2012 berjumlah 3.690 billion ringgit menerusi hasil cukai dan hasil bukan cukai.

Objektif utama bajet Sabah 2012 adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dengan penekanan ke atas penambahbaikan infrastruktur asas serta kemudahan prasarana awam bagi manfaat rakyat dan pelabur.

Ia bagi mengekalkan momentum ekonomi negeri, memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri selain menghapus kemiskinan dan mengurangkan jurang bandar dan luar bandar.

Katanya pertumbuhan ekonomi negeri Sabah ketika ini ialah 4 peratus.

Laporan ketua Audit negara pada 2010 juga menunjukkan kedudukan kewangan negeri sabah yang sihat.

Dengan rizab negeri melebihi 3 billion ringgit, hasil negeri melebihi 4 billion ringgit dan lebihan sebenar berjumlah 730 juta ringgit.

Selain tiada tunggakan bayaran ke atas pinjaman daripada kerajaan pusat.

Pada pembentangannya, Musa turut mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum 500 ringgit kepada penjawat awam negeri.

Selain tambahan 500 ribu lagi untuk peruntukan khas ahli dewan undangan negeri menerusi peruntukan sentuhan kasih.

Menjadikan peruntukan khas itu kini berjumlah 1.5 juta ringgit.Tahniah

16 November 2011

Performance tiga pemimpin Kota Belud

Suku Datuk Salleh TS Pandikar Datuk Musbah
Berpolitik Peratus Peratus Peratus
Bajau 55 33 12
Iranun 18 56 26
KDM 36 36 28
Lain-lain 33 26 41
       
Pembangunan      
Bajau 32 16 52
Iranun 12 24 64
KDM 15 15 70
Lain-lain 14 14 72
       
Sosial      
Bajau 12 11 77
Iranun 8 34 58
KDM 5 5 90
Lain-lain 10 12 78
       
Berpolitik 35.5 37.75 26.75
Pembangunan 18.25 17.25 64.5
Sosial 8.75 15.5 75.75

Skop Kajian:

Berpolitik: Meliputi kepimpinan, perjuangan dalam politik, kejayaan dalam politik, jawatan dalam politik.

Pembangunan: Meliputi membawa pembangunan, perancangan pembangunan serta saiz pembangunan.

Sosial: Meliputi cara mendampingi rakyat, termasuk kehadiran pada majlis-majlis rakyat, melayat kematian, bantuan pada rakyat yang bermasalah dan PR.

Waktu kajian 19 September 2009- 19 Oktober 2011. Jumlah sampel: Bajau: 435, Iranun 124, KDM 86, lain-lain 42.

Kawasan kajian N7. Tempasuk.

15 November 2011

Pemimpin berpolitik dan kejayaannya

SEORANG pemimpin komponen BN pernah berkata, jika melihat seorang pemimpin Sabah yang berjaya dalam berpolitik, mesti melihat kepada Datuk Salleh Tun Said.

Datuk Salleh dalam kerjaya politiknya sentiasa pada pihak yang berkuasa.

Mantan Ketua Menteri Sabah itu, tidak pernah berada pada parti yang bukan berkuasa. Walaupun selepas keluar daripada parti PBS yang memerintah Sabah untuk menyertai UMNO, akan tetapi Umno berkuasa dalam negara.

Salleh dalam meniti kerjaya politiknya bermula pada Parti Berjaya, Pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri).

Salleh pernah bertanding menggunakan tikit Berjaya di DUN Usukan, namun kalah.

Salleh hanya menang dalam pilihanraya apabila menggunakan tikit Umno.

Salleh pernah menjadi ADUN Uskuan tiga penggal dan MP Kota Belud tiga penggal.

Salleh digugurkan pada PRU-12 . Pengguguran tersebut ramai yang beranggapan bahawa kerjaya Salleh dalam poltik telah tamat. Namun akibat tsunami politik pada PRU-12, Salleh terselamat.

Salleh “make a come back” dalam politik selepas menang jawatan Ketua Bahagian Umno Kota Belud. Selepas itu dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Sabah, jawatan yang pernah disandangnya semasa Datuk Osu Sukam menjadi Pengerusi Umno Sabah.

Dalam usaha comeback Salleh dalam persada politik , beliau dibantu oleh Datuk Safie Apdal dan Tan Sri Pandikar. Malah ada yang mengatakan, bahawa Safie memberi sumbangan yang “agak” besar dalam pemilihan Ketua Umno Bahagian Kota Belud.

Dalam mencari flatform politiknya, Salleh pernah dilantik sebagai Pengerusi Kraft Tangan Malaysia, di mana agensi itu, di bawah Kemneterian Safie Apdal. Namun jawatan itu, tidak memberansangkan bagi Salleh dalam menampah nama dalam politik Sabah.

Dalam percaturan itu, Salleh menggunakan flatform USBO, sebuah NGO yang diuar-uarkan pada masa itu untuk memperjuangkan rumpun Bajau.

Pada satu ketika, USBO dikatakan mengancam kedudukkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Disebabkan kemahiran Salleh dalam berpolitik, maka jika sebelumnya USBO dianggap sebagai ancaman kepada Musa, maka Salleh membuat pusingan 360 darjah, kali ini mengistiharkan bahawa USBO senantiasa menyokong kepimpinan Musa, dan seterusnya mempertahankan kedudukkan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah.

Melihat perkembangan itu, Musa menawarkan jawatan bertaraf menteri kepada Salleh, yakni sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri.

Kini Salleh adalah Speaker Dewan Undangan Sabah, jawatan yang diuar-uarkan oleh penyokongnya sebelum perlantikan itu , bahawa jawatan itu tidak sepadan dengan kelibar Salleh dalam arena politik.

Kelibat Salleh dalam politik memang bernilai A+++, bayangkan hanya seketika tidak bergelar Yang Berhormat, disebabkan kemampuan dalam berpolitik, maka gelaran itu kembali kepadanya pada 3 Januari,2011, selepas berjawatan Speaker DUN Sabah.

Adalah sayang, kemampuan Salleh dalam bidang politik mendapat markah A+++, namun pembangunan rakyat yang diwakilinya tetap malap.

Bagi ukuran dalam koporat, tempoh 15 tahun adalah puncaknya melihat kejayaan seorang itu. Salleh memang Berjaya dalam berpolitik, namun gagal membawa pembangunan kepada rakyat yang diwakilinya.

Bagi anak watan Kota Belud, Kota Belud kini, memerlukan para pemimpin yang boleh membawa pembangunan untuk keperluan rakyat.

Pembangunan politik telah cukup bagi Kota Belud. Kota Belud seharusnya menjadi contoh kepada kawasan lain daripada segi pembangunan, kerana Kota Beludlah merupakan anak sulung Umno di Sabah.

Kerana Umno, maka pembangunan di kawasan-kawasan lain yang tadinya terbelakang, kini berkembang pesat berbanding Kota Belud.

Mujurlah pada PRU-12, Musa Aman selaku Pengerusi Umno/BN Sabah melakukan tindakan berani mengenepikan calon-calon juara berpolitik di Kota Belud. Sebagai jawapannya, kini pembangunan Kota Belud mula menyerlah setelah sekian lama tidur nyenyak.

12 November 2011

Musbah dan Japlin sah calon winnable candidate

PADA era Tun Mahathir, biasanya calon-calon BN terdiri daripada pemimpin yang ada jawatan dalam parti, kerana pada masa itu, yang utama adalah parti, bukannya individu. Pada masa itu,penentuan calon belum lagi disebut sebagai winnable candidate, atas sebab itu, apabila calon yang dikemukakan, walaupun tidak disukai para pengundi, namun terpaksa juga mengundi atas nama parti. Malahan, jika ada ahli parti yang menyonsang, maka akan diambil tindakan termasuk dipecat daripada parti.

Namun, apabila berlaku tsunami politik pada Umno pada PRU-12, di mana ramai calon-calon parti yang berjawatan ditolak oleh pengundi, maka pucuk pimpinan mengambil pendekatan baru, yakni mengemukakan calon yang winnabale.

Melalui pendekatan baru tersebut, misalnya di PRK Tenang Johor, orang luar daripada parti Azhar Ibrahim dipilih sebagai calon, terbukti juga, calon tersebut menang dengan gemilang.

Di PRK Bagan Pinang, N9 misalanya, walaupun Tan Sri Isa Samad, mendapat halangan daripada pemimpin Umno di luar N9, termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, namun Tan Sri Isa dicalonkan juga. Buktinya Isa mendapat undi dan majoriti yang belum pernah diperolehi oleh calon-calon BN sebelumnya.

Semalam, setiausaha agong Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor, telah mengsahkan bahawa calon-calon BN yang menang pada PRU-12 adalah calon-calon yang memenuhi syarat sebagai winnable candidate. Oleh itu, bagi kawasan Kota Belud, ADUN N7 dan N8- Datuk Musbah Jamli dan Datuk Japlin Akim adalah winnable candidate.

Wakil rakyat Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan, akan jadi winnabale candidate, jika tidak tersilap membuat kenyataan yang menghina suku iranun, salah stau suku di Kota Belud, bahawa kemenangannya pada Mac, 2008 tanpa sokongan kaum itu. Akibat daripada kenyataan itu, maka pengundi kaum iranun merasa tersinggung, dan majoriti telah mengambil keputusan, jika BN mencalonkan Rahaman, maka undi sabotej akan berlaku terhadapnya.

9 November 2011

Yang kejar projek itu dia rupanya

SEMASA majlis berbuka puasa Zon 1 yang berpusat di Kota Belud, pemimpin itu berkata orang Kota Belud hanya punya dua cita-cita: Jadi wakil rakyat dan kejar projek.

Rupanya yang kejar projek itu dia rupanya..

Telah jadi buah mulut, orang itu pasang kaki yang ramai, untuk kejar projek.

8 November 2011

RCI untuk PATI: selain suara pembangkang juga suara KDM

ISU PATI kononnya "mendapat" kad pengenalan Malaysia, bermula selepas PRU-1990. Pada masa itu, jumlah DUN Sabah hanya 48, 20 DUN Majoriti bumiputera bukan islam termasuk KDM, 20 DUN majoriti bumiputera islam ada juga kawasan KDM dan 8 kerusi majoriti kaum cina.

Selepas persempadan semula, dan digunapakai pada PRU-1999, Kerusi bumiputera bukan islam, tetap pada jumlah 20, bumiputera islam meningkat kepada 32 dan kaum cina masih 8.

Berasaskan persempadanan pilihanraya inilah timbul isu "penambahan" pengundi di kawasan bumiputera islam, kononnya melalui "cara tidak sihat".

Kini, bukan sahaja pihak pembangkang mempertikai isu "cara" mendapatkan kad pengenalan Malaysia untuk penduduk Sabah tetapi juga komponen Bn seperti PBS dan UPKO.

Pada persidangan agong kedua-dua parti itu, telah meluluskan permintaan agar RCI ditubuhkan bagi menyemak dan mengetahui dakwaan bahawa wujudnya "cara" mendapatkan Mykad Malaysia secara pintu belakang.

Muka depan Harian Express hari ini, memuatkan kenyataan Timbalan Presiden UPKO, Datuk Welfred Bumburing yang juga MP Tuaran, bahawa parti itu telah jemu dengan penjelasan-penjelasan daripada berbagai pihak, yang menafikan wujudnya dakwaan pemberian Mykad kepada PATI melalui pintu belakang.

Sebenarnya, isu tersirat daripada desakan ini adalah berkaitan dengan jumlah kerusi DUN yang dimiliki bumiputera islam yang bertambah 12, sedangkan jumlah kerusi KDM masih tetap sama.

Perlu diingat, bahawa fakta sebenar adalah, kawasan bumiputera islam kebanyakkannya adalah penghuni pulau-pulau terpencil dan kawasan-kawasan terpencil, di mana hingga kini masih ramai yang tidak mempunyai dokumen seperti surat kelahiran, kerana masalah perhubungan.

OKB adalah salah seorang mangsa kepada masalah perhubungan ini. OKB hanya mempunyai surat kelahiran "Daftar lewat" dan mendapat Kad Pengenalan pada umur 17 tahun.

Selain itu, masalah pengetahun mengenai dokumen penting itu, adalah kurang, kerana di perkampungan bumiputera islam, dokumen seperti itu bukanlah perkara penting.

Akibat pembinaan infrastruktur seperti jalan dan pembinaan pusat pentadbiran yang berdekatan dengan pelosok tersebut, telah berakibat kesedaran mengenai dokumentasi, apa tah lagi, kini kebanyakkan perkampungan di pelosok negeri telah mempunyai sekolah. Atas kesadaran itu, maka ramailah penduduk mendaftar untuk mendapatkan dokumen seperti Kad Pengenalan, dan seterusnya mendaftar sebagai pengundi.

Sebagai penduduk asal kampung, walaupun isu PATI telah diperkatakan sejak tahun 1990-an, namun jarang sekali OKB melihat PATI yang didaftarkan sebagai pengundi di mana OKB mengundi, dengan kata lain, tiadalah pendaftaran seumpama itu. Tidak tahu pula di kawasan KDM di pendalaman, apa kah ada isu seumpama itu?

Di Tempasuk, DUN 6, di bawah parlimen P.169 Kota Belud, lebih separuh daripada pengundinya adalah daripada kaum KDM, namun tidak muncul pula ada pengundi PATI.

Bagi OKB, desakan penubuhan RCI untuk PATI adalah gimik politik yang ada hubung kait dengan jumlah kerusi yang dimiliki bumiputera islam, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh UMNO.

Musbah perlu diberi pernanan lebih besar

Musbah pernah bertanding atas tikit USNO pada PRU-1990, namun kalah kerana perpecahan undi bumiputra islam. Calon PBS hanya menang dengan 343 majoriti.

Pada tahun 1999, Musbah sekali lagi bertanding, kali ini atas tikit Umno/BN dan ternyata menang mengalahkan calon PBS, Abdul Salam Gibang dengan majoriti 735. Musbah mendapat undi 4,911 berbanding calon PBS-4,176.

Pada PRU-12, sekali lagi Musbah bertanding selepas memberi laluan kepada Tan Sri Pandikar pada PRU-2004, kali ini melawan calon PKR. Musbah menang dengan majoriti 2,432. Musbah mendapat undi 6,541 berbanding calon PKR 4,109.

Selepas menang dalam PRU-12, Musbah dilantik sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, mengambil alih daripada Datuk Japlin Haji Akim, ADUN Usukan salah satu DUN Parlimen P.169 Kota Belud.

Walaupun ADUN Tempasuk itu hanya berjawatan Pembantu Menteri, namun keupayaannya membawa pembangunan di Daerah Kota Belud, sukar untuk ditandingi.

Projek Jelapang Padi Kota Belud yang bernilai RM1 Billion telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan, melalui pengumunan Menteri Pertanian Persekutuan Datuk Noh Omar, pada awal tahun 2009, bertempat di Papar Sabah.

Selain itu, projek Agropolitan yang meliputi ternakan, perkebunan, peternakan ikan dan ayam-itik telah dilaksanakan di Kota Belud, terutama di kawasan Tempasuk.

Projek pelancongan yang meliputi pesisir pantai dan perbukitan juga sedang rancak dijalankan.

Tujuan pembangunan ini adalah untuk membangun daerah Kota Belud yang serba serbi ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.

Jika Kudat sebelumnya jauh ketinggalan berbanding Kota Belud, namun Kudat telah membangun lebih awal terutama pada era Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai Ketua Menteri.

Seharusnya Kota Belud telah membangun lebih awal, kerana Kota Belud sebelum ini telah diwakili oleh mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak. Selain itu, Tan Sri Pandikar yang mewakili Tempasuk pernah dilantik sebagai menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, selain sebagai Menteri Infrastruktur negeri.

Melihat kepada kemampuan Musbah, walaupun hanya 3 tahun sebagai Pembantu Menteri membawa pembangunan bagi kawasan Kota Belud, adalah tidak keterlaluan, bahawa selepas PRU-13, dalam pembentukkan Kerajaan Negeri, Datuk Musbah perlu diberi peranan yang lebih besar, agar impaknya terhadap pembangunan Kota Belud juga akan besar.

Memilih pemimpin adalah berasaskan kepada perancangan yang menjadi fakta, bukannya berasaskan kepada retorik.

Rakyat memperlukan pembangunan yang nyata, bukan pembangunan yang senantiasa diucapkan namun tidak pernah kunjung tiba.

Mana sudah kilang Nenas, kilang kasut dan kilang pemrosesan ikan yang dicanangkan pada awal kerajaan BN oleh mantan Ketua Menteri?

6 November 2011

Faktor Sabah dalam politik negara

KALAU bukan kerana tsunami politik pada PRU-12, Sabah masih kurang diperhatikan dalam politik nasional.

Disebabkan Sabah dan Sarawak,maka BN mampu membentuk kerajaan, walaupun tidak mendapat majoriti 2/3 di dewan rakyat.

Pada PRU-12 lalu, daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, barisan nasional mendapat 140, dimana 54 daripadanya disumbangkan oleh Sabah dan Sarawak (Sabah-24, Sarawak-30).

Kalau tidak mengambilkira sumbangan Sabah dan Sarawak, maka BN hanya mendapat 86 kerusi, berbanading Pakatan Rakyat (DAP-PAS-PKR) 82. Keadaan ini sebenarnya sungguh rentan bagi BN, sekiranya berlaku lompat parti.

Selepas PRU-12, walaupun Sarawak menyumbang 30 kerusi parlimen berbanding Sabah 24, namun, Sabah mendapat 4 menteri penuh berbanding Sarawak 2 dalam kabinet Malaysia.

Sabah Simpanan Tetap BN

Sabah yang ditunjangi oleh UMNO bersama PBS dan parti-parti lain seperti UPKO, LDP serta MCA, Gerakan dan PBRS dianggap sebagai simpanan tetap BN.

Pada PRU-12 lalu hanya Sabah mampu mempertahankan pencapaian pada PRU-11, di mana pada masa itu, bukan sahaja BN menang, akan tetapi kerusi yang dimenanginya melebih 2/3 dewan rakyat. Selain itu, melalui PRU-2004, Terengganu berjaya dirampas semula oleh BN daripada tangan PAS.

Sokongan Etnik

Walaupun ada pergolakan etnik yang berlaku di Sabah selepas PRU-11, dimana para pemimpin suku kedua terbesar, yakni BAJAU tidak diberi pernanan dalam pentadbiran negeri,kecuali TS Pandikar Amin Haji Mulia yang dilantik sebagai Pengerusi IDS-tank-tank Sabah. Pemimpin lain seperti Datuk Salleh Said, tidak dilantik pada sebarang jawatan, demikian juga Datuk Amir Kahar Tun Mustapha.

Melihat kepada keadaan ini, maka United Sabah Bajau Organisation (USBO) ditubuhkan pada 10 ogos 2006. Walaupun USBO berasaskan penubuhan adalah satu badan NGO yang bukan bersifat politik, namun para pemimpinnya menanam pemahaman di peringkat akar umbi, bahawa jika perlu organisasi itu ditukar kepada parti politik bagi tujuan membela suku Bajau yang diketepikan dalam Umno. Sebagai nota-majoriti kaum bajau adalah ahli umno, berikutan pembubaran USNO. Usno dianggotai oleh majoriti suku kaum bajau.USBO adalah rebranding daripada PSBB yang telah wujud lebih kurang 43 tahun lalu. Melalui rebanding tersebut, maka pemimpin iranun seperti Pandikar, dibolehkan sebagai ahli.

PRU-2008

Pada pilihanraya tersebut, pemimpin negeri yang diketuai Datuk Musa Aman mengambil tindakan berani dengan tidak mencalonkan BIG THREE pemimpin USBO- Datuk Salleh Tun Said, TS Pandikar dan Datuk Amir Kahar.

Ada yang melihat bahawa penguguran para pemimpin itu adalah untuk mengenepikan pengaruh USBO. Namun sangkaan itu ternyata meleset, apabila Musa memberi peranan kepada BIG THREE tersebut selepas sahaja usai pilihanraya.

TS Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.Perlantikan Pandikar adalah atas rekomendasi Datuk Safie Apdal(walaupun beredar khabar-khabar angin- Pandikar menepisnya) kepada Tun Abdullah Badawi, yang sudah tentunya mendapat sokongan dan persetujuan daripada Musa Aman.

Sebagai catatan, Datuk Safie pada masa itu adalah Timbalan Pengerusi perhubungan Umno negeri dan Datuk Musa adalah ketuanya.

Menjinakkan cabaran pemimpin USBO

Keputusan pemilihan Umno tahun 2008 merupakan turning point penjinakan para pemimpin Usbo. Datuk Safie Apdal di mana pada masa itu merupakan penasihat kepada USBO dan Timbalan Pengerusi Umno Negeri, menang jawatan Naib presdien Umno.

Akibat daripada pemilihan tersebut, maka berlaku perubahan jawatan dalam kepimpinan Umno Negeri. Datuk Safie ditukar ke Kedah untuk menyandang jawatan Pengerusi Umno Kedah. Melalui perubahan ini, Safie hanya menjadi Ketua Bahagian Umno Semporna, dan tidak lagi mempunyai akses bebas terhadap Umno negeri. Atas sebab itu, Safie mengsyorkan kepada Presiden Umno baru- DS Najib agar melantik Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri bagi menggantikannya.Ada juga versi lain bahawa atas syor TS Pandikarlah Salleh dilantik ke jawatan itu.

Perlantikan Salleh yang pada mulanya bertujuan untuk check and balance kepimpinan Musa, akhirnya terhidu oleh Musa. Musa bertindak pantas, dengan memberi peranan yang lebih besar kepada Salleh dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, melalui perlantikan sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah yang berstatus menteri.

Salleh yang berkeadaan mengantuk disorongkan batal, sudah tentu menerima tawaran Musa itu dengan tangan terbuka, kerana pada hakekatnya penubuhan USBO adalah pendesak senyap kepada kepimpin Musa, agar mengiktiraf pemimpin USBO dengan memberi peranan dalam kepimpinan kerajaan negeri.

Selepas beberapa ketika, jawatan Salleh diupgrade ke Jawatan Speaker DUN Sabah, apabila Tun Juhar Mahiruddin dilantik sebagai TYT Sabah.

Kini lengkap sudah bahawa "bajau challange" terhadap kepimpinan Musa telah berlalu, apabila USBO dengan rasminya diterima sebagai ahli bersekutu BN, tambahan kepada sokongan Salleh secara terbuka kepada kepimpinan Musa Aman.

Salleh telah berulang-ulang pada sebarang peluang, memberi sokongan padu kepada kempinan Musa untuk meneruskan kepimpinan Ketua Menteri itu membangun Sabah. Sesuai dengan kenyataan TPM pada Majlis Penerangan Perdana bertempat di Universiti Malaysia Sabah pada 30 Oktober lalu, kepimpinan Musa wajib diteruskan.

OKB yakin melalui kepimpinan Musa, Sabah akan mengulangi kejayaannya sepertimana pada PRU-12 lalu, walaupun ada persepsi mengatakan bahawa Sabah akan kehilangan kerusi di berapa ADUN dan Parlimen yang mempunyai majoriti kaum cina.

5 November 2011

Apa kah Najib lupa pemilihan Umno tahun 2000?

Apakah Najib, Perdana Menteri ke-6 negara lupa pencalonan untuk jawatan Naib Presiden Umno tahun 2000?

Dalam proses pencalon itu, Umno Kota Belud pada mulanya telah berjanji akan mencalonkan Najib, namun di saat-saat akhir pencalon Najib ditukar kepada MB Johor, Datuk Ghani Othman.

Pada satu majlis di Maran Pahang, Najib pernah berkata pada utusan Umno Kota Belud, sdr Rosmin Kasan, bahawa sampai bila-bilapun kepercayaan terhadap Ketua Bahagian Kota belud pada masa itu akan dikenang sebagai "kawan" yang tidak setia-kawan.

Pada masa itu, Ketua Bahagian Umno Kota Belud adalah Speaker DUN Sabah pada masa ini, Datuk Salleh Tun Said.

Datuk Salleh adalah Ketua Bahagian Umno Kota Belud sejurus Tun Mustapha berpindah ke Kota Marudu, sejurus kemasukan Umno ke Sabah pada tahun 1991. Kemudian itu, pada Pemilihan parti tahun 2004, Salleh mengosongkan jawatan Ketua Bahagian, dan membiarkan Timbalannya Datuk Musbah bertanding bersama Datuk Yahya Lampong. Dalam pertandingan itu, Datuk Musbah menang mudah, walaupun Salleh menyokong Datuk Yahya secara tidak langsung.

Walau bagaimanapun, pada pemilihan parti tahun 2008, Salleh mampu mengalahkan Musbah dalam pertandingan sengit Jawatan Ketua Bahagian dengan kemenangan tipis.

Ekoran kemenangan Salleh tersebut, maka mantan Ketua Menteri Sabah itu, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno negeri, yang dikosongkan oleh Datuk Safie Apdal; ekoran tiada lagi pemimpin yang boleh diketengahkan pada masa itu.

Berbagai cerita dalaman berlaku, pada mulanya Najib enggan memberi restu ke atas syor Safie agar Salleh menggantikannya, namun demi memberi peluang kepada Salleh memperbetulkan kesilapannya pada tahun 2000, maka Najib bersetuju dan seterusnya melantik Salleh ke jawatan nombor dua Umno Sabah.

Benar juga, selepas Salleh dilantik, beliau terus mengumumkan bahawa akan mempertahankan Sabah sebagai simpanan Tetap BN di bawah kepimpinan Najib.

Kenapa Safie beriya-iya memberi peluang kepada Salleh? Asasnya adalah Trio; Datuk Safie-Datuk Salleh-TS Pandikar adalah pemimpin USBO, yang giat memperjuangkan nasib rumpun, selepas PRU-2004, kerana walaupun para pemimpin USBO dicalonkan dalam PRU tahun itu, namun tidak diberi peranan dalam kerajaan Sabah, kecuali TS Pandikar dilantik sebagai Pengerusi IDS.

Akibat kegiatan USBO yang memperjuangkan rumpun, dalam satu majlis di Taungusi Sabah, bertempat di Dewan Datuk Musbah, semua presiden etnik di Sabah berkumpul kecuali USBO, memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Malah dalam satu mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian Umno, yang dipengerusikan Musa, di bangunan Umno Sabah, ramai Ketua Bahagian berkata, bahawa USBO hanya memecahkan perpaduan dalam Umno Sabah.

Ekoran aktiviti para pemimpin USBO tersebut, maka pada PRU-12, semua pemimpin USBO tidak dicalonkan oleh Musa Aman, kecuali Safie Apdal. Safie hanya berperanan sebagai penaung USBO. Tindakan Musa tersebut, dikatakan sebagai tindakan paling berani telah diambil oleh seorang pemimpin Sabah.

Dalam kasak kusuk pada masa itu, yakni sebelum penamaan calon, dikhabarkan para pemimpin Usbo akan bertanding "bebas" atau menggunakan "kenderaan" lain menentang calon-calon BN, namun atas permintaan Safie, tindakan tersebut tidak menjadi, sebaliknya terjadi pertemuan antara pemimpin USBO dengan Musa Aman, di rumah kediaman Musa, yang turut dihadiri oleh Musbah Jamli dan Rahman Dahalan. Pada pertemuan tersebut, para pemimpin Usbo berikrar akan terus bersama BN dan akan berkerja untuk memastikan semua calon-calon BN yang bertanding di kawasan rumpun perlu menang dengan bergaya.

Benar juga, selepas keputusan PRU-2008, semua calon-calon BN di kawasan rumpun menang, walaupun tempat asal pemimpin USBO yang tidak dicalonkan, yakni Kota Belud, undi yang diperolehi calon-calon BN berkurang majoritinya.

Namun keputusan PRU-12, tidak disangka, di mana berlaku tsunami politik di Semenanjung. Pada PRU tersebut, hanya Sabah yang masih mempertahankan keputusan PRU-2004. Reaksi ke atas tsumani politik itu, maka puncuk pimpinan pusat, terpaksa melupakan peristiwa lama, termasuk "kenyataan" Najib tentang setia-kawan. Najib tidak sanggup kehilangan sebarang sokongan, atas sebab itu, para pemimpin Usbo yang diketepikan diakomodasi dalam politik nasional mahupun negeri.

TS Pandikar yang pada masa itu, adalah Setiausaha Agung USBO, dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat, sementara Salleh tidak lama kemudian dilantik sebagai Pengerusi Kraft Tangan Malaysia, di bawah Kemterian Safie masa itu.

Namun, jawatan-jawatan tersebut tidak memuaskan hati para pemimpin Usbo, kecuali TS Pandikar, yang setia dengan perlantikkannya sebagai speaker dewan rakyat. Namun bagi Salleh, jawatan pengerusi tidak memberinya flatform dalam politik yang diinginkannya.

Salleh sebagai ahli politik yang pakar dalam bidangnya, melakukan monover, menggunakan Usbo melalui beberapa kenyataan baik melalui media massa atau media alternatif, bahawa Usbo menyokong penuh kepimpinan Musa. Ekoran kepada kenyataan-kenyataan tersebut, maka Salleh dilantik sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah, berstatus menteri.

Ekoran perlantikan tersebut, maka pergeseran antara Safie dan Salleh bermula. Safie nampak bahawa Salleh telah melupakan skrip asal, di mana pelantikan Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri, adalah untuk check and balance kepimpinan Musa Aman.

Salleh melalui jawatan nombor dua dalam parti di Sabah, merasa yakin, bahawa jika pemimpin nombor satu bersara, maka penggantinya adalah pemimpin nombor dua. Melalui keyakinan itu, maka Salleh menyusun strategi agar kepimpinan Musa mempercayainya sebagai pemimpin yang boleh menggantikannya suatu masa kelak. Atas sebab itu, align dengan Safie, dilupakan.

Perlu diingat, bahawa Musa mengetahui benar sifat-sifat Salleh sebagai ahli politik, Salleh hanya menyokong seseorang jika tujuannya tercapai. Kesetia kawanan Salleh dalam politik sukar dipegang, kerana prinsip politik-tiada kawan selamanya, tiada musuh selamanya benar-benar dipraktikkan oleh mantan Ketua Menteri Sabah itu.

Apa kah Najib masih ingat peristiwa tahun 2000, semasa pencalonan jawatan Naib Presiden Umno? atau kah Najib telah lupa untuk sementara, demi mengurangkan politiking di Sabah, agar Musa dapat berkerja tanpa gangguan? dan seterusnya, Sabah akan terus menjadi simpanan Tetap BN pada PRU-13? kerana menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan Persidangan LDP di Sandakan baru-baru ini, bahawa PRU-13 adalah PRU yang paling kritikal yang bakal dihadapi oleh BN.

Perlu diingat juga, bahawa Musa adalah pemimpin yang sangat berjaya membangun Sabah, melangkaui semua Ketua Menteri Sabah sebelum ini, termasuk Tan Sri Harris Salleh.

Musa adalah pemimpin Sabah yang mampu menambah simpanan Sabah sehingga RM 3 billion, dan pengurusan kewangan Sabah telah diiktiraf oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Selain itu, pada merintahan Musa, banyak sangat pembangunan yang bercorak ekonomi di wujudkan, selain pemibnaan infra untuk kegunaan rakyat.

Tan Sri Muhyiddin pernah berkata pada Majlis Penerangan Perdana di UMS Sabah, bahawa kepimpinan Musa wajib diteruskan demi pembangunan Sabah dan rakyatnya.

Dengan kata lain, jika adapun pengganti Musa pada masa akan datang, seseorang itu mesti mempunyai kualiti kepimpinan seperti Musa, setia kawan seperti Musa, bukan pemimpin politik yang hanya mempraktikkan teori politik; TIADA KAWAN SELAMANYA TIADA MUSUH SELAMANYA.

4 November 2011

Saham Amanah Sabah: Salleh dipersimpangan

SAHAM AMANAH SABAH (SAS) yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1994, menjadi isu lagi kebelakangan ini.

SAS menjadi isu politik, apabila nilainya merosot ekoran krisis kewangan pada tahun 1997. Par value SAS adalah RM1.00, dan pernah turun sehingga RM0.15 dan kini hanya RM0.3099, walaupun Kerajaan Negeri melakukan top-up sebanyak RM200 juta pada tahun 2007.

Akibat krisis ekonomi pada tahun 1997, bukan sahaja SAS yang terlibat, malah seluruh saham yang diniagakan dalam negara.

Manakala, saham-saham yang diniagakan oleh institusi kewangan lain, telah mendapat semula par value-nya pada tahun 2000, tetapi SAS hingga kini masih kehilangan 70 peratus daripada nilainya.

Sebenarnya sebab SAS tidak pernah mendapat semula par value-nya kerana tersilap melabur pada syarikat-syarikat yang tidak berdaya maju.

Syarikat-syarikat di mana SAS melabur, dipilih oleh orang-orang politik dan bukannya berasaskan kepada kedaya majuan syarikat-syarikat tersebut.

Adalah wajar bagi penaraju SAS kini, memberitahu pemegang sahamnya, kenapa nilai SAS tidak pernah berkembang.

Bagi OKB, agar isu SAS tidak lagi menjadi isu politik, adalah wajar kerajaan mengeluarkan "Kertas Putih" bagi mencari kegagalan operasi saham Sabah itu.

Tidak salah mengakui, bahawa kesilapan pelaburan disebabkan oleh "keputusan politik" kerana orang politik bukan pakar kewangan. OKB rasa, pelabur dapat menerima alasan tersebut, asalkan diakui kesilapan yang telah berlaku.

Pada masa ini, semua jari menuding ke arah Datuk Yong Teck lee, kerana kejatuhan nilai SAS semasa Yong masih pengerusinya atas statusnya sebagai Ketua Menteri.

Isu SAS akan dibangkitkan lagi pada persidangan DUN Sabah yang bermula 18 November, namun awal-awal lagi, Speaker DUN Sabah-Datuk Salleh Tun Said, ada memberi isyarat, bahawa usul pengeluran Kertas Putih yang akan dikemukakan oleh ADUN Luyang akan tergantung kepada keputusan speaker.

Jika Speaker DUN Sabah menolak usul itu, ianya akan menjadi isu politik baru, kerana mungkin akan digunakan oleh pembangkang, bahawa kerajaan menyorokkan sesuatu, kerana kebetulan Salleh mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai SAS, kerana semasa pelancarannya, Salleh merupakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri.

Salleh sebenarnya berada di persimpangan, menolak kemungkinan dituduh menyembunyikan sesuatu,menerima akan membongkar semua salah laku.

3 November 2011

Trek Rekod Datuk Salleh Said

BERMULA sebagai Pegawai Daerah Kota Belud, sebaik menghabiskan pelajaran daripada Kanada. Semasa Salleh menjawat Pegawai Daerahlah, tanah rezab perkampungan iranun, yang kini dikenali sebagai kampung Pintasan, dibahagi-bahagikan kepada kepada kampung-kampung Wakaf, Labuan dan Taungusi.

Selepas meletakkan jawatan daripada kerajaan, Salleh pernah bertanding dalam PRK, namun tewas. Pada zaman PBS, Salleh dilantik sebagai ADUN lantikan, ekoran PRK Usukan, dimana Salleh tidak dicalonkan, melainkan Pinjaman Hassin melawan pemimpin utama Usno dan Sabah Tun Mustapha Datu Harun. Dalam pertandingan itu, Tun Mustapha dengan mudah mengalahkan Pinjaman daripada PBS dengan mudah.

Selepas itu, Salleh keluar PBS dan masuk UMNO selepas PBS keluar BN menjelang pengundian pada tahun 1990.

Salleh menjadi Ketua Bahagian Umno Kota Belud, selepas Tun Mustapaha berpindah ke Kota Marudu.

Pada pemilihan Umno tahun 1993, Kota Belud adalah salah satu bahagian yang mencadangkan Anwar Ibrahim bagi jawatan Timbalan Presiden Umno berbanding Tun Ghafar Baba.

Pada PRU-1994, Salleh bertanding di DUN Usukan dan menang. Selepas PBS tumbang Salleh dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Tun Sakaran Dandai selepas Ketua Menteri pertama dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah itu, dilantik sebagai TYT menggantikan ayah Salleh, Tun Mohd Said Keruak.

Pada masa Salleh sebagai Ketua Menteri, idea penswastan berbagai GLC dijalankan, termasuk Angkatan Hebat, Sama Industrial Products (SIP), Koperasi Pembangunan Desa (KPD), pejualan tanah negeri di Jalan Selangor Tanjung Aru, pejualan ladang lembu milik kerajaan negeri di Darwin Australia.

Selain itu, Salleh juga mempunyai andil dalam pengwujudan Saham Amanah Sabah (SAS) dan penyeraian beberapa syarikat yang ada hubugan dengan kerajaan negeri di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Salleh juga mempunyai andil dalam FMU, dan rancangan itu diteruskan oleh penggantinya, Datuk Yong Teck Lee.

Dalam pemerintahan Salleh juga jalan Sulaman By-Pas yang tembus terus ke Kota Belud dibina dan seterusnya pembinaan jalan itu diteruskan merentasi Skim Jawi-jawi, yang suatu masa dianggap oleh seorang wartawan dan penduduk Kota Belud sebagai jalanraya penindasan.

Salleh on and off dalam kabinet negeri selepas digantikan sebagai Ketua Menteri. Salleh juga sempat dilantik sebagai Pengerusi LPPB, dizaman pemerintahan Datuk Osu Sukam.

Selepas PRU-2004, Salleh tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kabinet negeri atau GLC, sehinggalah pada PRU-2008, Salleh tidak dicalonkan dalam pilihanraya itu.

Salleh kembali dalam arena politik apabila berjaya menjadi Ketua Bahagian Umno pada tahun 2008, selepas mengalahkan penyandang yang juga ADUN Tempasuk dan Pembantu Pertanian dan Industri makanan, Datuk Musbah Haji Jamli.

Selepas pemilihan UMNO pada tahun 2008, nasib Salleh dalam politik mula menyerlah, apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, menggantikan Datuk Safie Apdal yang dilantik sebagai Pengerusi UMNO Kedah, ekoran kemenangannya merebut jawatan Naib Presiden.

Selepas dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno negeri, Salleh diberi peranan sebagai Pengerusi Kraft Tangan Malaysia, kemudian sebagai penasihat Sains kepada Ketua Menteri Sabah dan kini menjadi Speaker, ekoran perlantikan Tun Juhar Mahiruddin sebagai TYT Sabah.

Melihat kepada kerjaya politik Salleh dalam tempoh hampir empat dekad, adalah wajar melihat pencapaiannya melalui kawasan yang diwakilinya. Bak kata para ekonomis, adalah waktunya melihat kejayaan sesorang itu dalam kerjayanya.

Sebagai anak watan Kota Belud, OKB merasakan apa yang penting dalam kehidupan rakyat adalah sumber pendapatan yang mapan, infra yang memadai dan keperluan asas yang tersedia.

Sayang, walaupun berdekad, keperluan tersebut sehingga kini belum tersedia bagai penduduk Kota Belud, termasuk kampung kelahiran Speakar Dewan Rakyat-Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Janganlah berkata bagi kampung-kampung yang jaraknya melelebihi 30KM daripada pekan, malah kawasan Sekolah Taungusipun, seperti kampung kesapang yang hanya berjarak belasan kilometer, belum mempunyai sumber air bersih.

Salleh ahli politik yang mempunyai kelas tersendiri

BAYANGKAN, daripada tiada jawatan politik, Salleh mampu kembali ke persada politik negeri.

Ramai yang telah membayangkan bahawa politik Salleh telah sampai ke penghujungnya apabila tidak dicalonkan pada PRU-12.

Namun selepas come back, melalui perebutan Ketua Umno Bahagian Kota Belud, selepas PRU-12 lalu, Salleh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno negeri.

Selepas dilantik ke jawatan politik, beliau sempat menjadi pengerusi Kraft Tangan Malaysia, sebelum membuat option menerima lantikan jawatan Penasihat Sains kepada Ketua Menteri Sabah.

Dalam politik semua boleh berlaku, sebelumnya Salleh align dengan Datuk Safie Apdal bersama Tan Sri Pandikar melalui pertubuhan USBO.

Sebelum PRU-12, Salleh merupakan ancaman kepada kedudukan Musa melalui USBO, faktor inilah yang mengakibatkan para pemimpin USBO tidak dicalonkan pada PRU-12.

Menurut sumber dalaman Umno, perlantikan Salleh ke jawatan Timbalan Pengerusi Umno negeri adalah atas permintaan Safie Apdal kepada Perdana Menteri, sebelum Safie bersetuju dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Strategi politik atas perlantikan Salleh adalah untuk mengimbangi kuasa dan cek and balance terhadap kepimpinan Musa.

Namun dalam politik semuanya berlaku, setia kawan dalam perjuangan boleh diketepikan, semata-mata kerana jawatan dan kuasa.

Peranan Salleh tercium oleh Datuk Musa, atas sebab itu, Salleh diberi peranan dalam pemerintahan Musa, kerana itulah matalamat sebenar Salleh, yakni platform dalam politik, yakni melalui jawatan.

Benar juga, apabila Salleh diberi peranan yang bermula sebagai Penasihat Sains dan kemudian sebagai speaker, maka politiking yang bergitu hebat sebelumnya telah kendur, malah semakin lenyap.

Kini, Salleh boleh dikatakan sebagai jurucakap Musa dalam menangkis isu-isu semasa, termasuk perbalahan dengan Timbalan Presiden LDP dan Wakil Rakyat Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Misi Salleh melalui skrip asal telah dibuang jauh-jauh, dan kini berpihak sepenuhnya kepada Musa.

Salleh kini, nampak sebagai team dalam kepimpinan Musa. Dengan itu, mudahlah bagi Ketua Menteri itu meneruskan HALATUJUnya membangun negeri.

Salleh pada setiap kesempatan melaungkan sokongannya terhadap kepimpinan Musa, malah semasa Ulang Tahun Ketua Menteri itu, Salleh berikrar untuk mempertahan kepimpinan Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu.

Musa telah berjaya menyempurnakan misi politiknya, apabila pemimpin yang dianggap cuba menggugat kedudukannya telah dijinakkan dengan mudah.

Musa bukan sahaja mempunyai rekod sebagai ahli perniaggan yang berjaya, juga berjaya sebagai ahli politik.

Cuba bezanya, Musa adalah ahli politik yang setiakawan, atas sebab itu, walau apapun kritikan terhadapnya berhubung perlantikan Peter Pang dan Raymond Tan dalam kabinet negeri, Musa tetap dengan keputusannya.

2 November 2011

Impak skim jawi-jawi

TIADA yang menafikan bahawa pembanguan adalah untuk rakyat, namun apabila pembangunan itu tidak dirancang dengan baik berakibat buruk.

Skim Jawi-jawi yang dibangun pada tahun 1968, memang telah melahirkan ramai peserta berduit ketika ini, akbiat penjualan tanah yang berlipat ganda harganya.

Tujuan skim itu sebenarnya adalah untuk meningkatkan produksi padi, namun kesilapan adalah apabila hak milik tanah diberikan kepada peserta.

Kini, hak milik tanah telah bertukar tangan, dan kebanyakan dimiliki mereka yang berduit.

Tujuan asal skim itu adalah untuk memberi impak perekonomian Kota Belud, namun tujuan itu melencong daripada sasaran, kerana perancangan yang silap.

Selain itu, impak pembangunan skim jawi-jawi terhadap alam sekitar cukup teruk, sehinggakan fauna dan flora di sungai Merabau dan Tawadakan punah.

Air sungai yang sebelumnya merupakan sumber pendapatan dan makanan berasaskan ikan atau udang, kini menjadi sumber penyakit terutama penyakit kulit.

Petani yang menggunakan air Tawadakan untuk pengairan sawah terdedah kepada penyakit kulit yang kronik.

Limpahan air yang tercemar daripada skim jawi-jawi telah menguasai seluruh perkampungan sekitarnya terutama perkampungan kaum iranun.

Impak kepada perespan air dalam tanah adalah air tanah yang dihisap untuk kegunaan harian oleh penduduk sekitar berakbiat kepada penyakit menahun, seperti kerosakan buah pinggang, keruntukan gigi, kerosakan hati dan penyakit hepititis.

Sayang, berdekad-dekad lamanya kaum iranun terdedah kepada pemusnahan tidak langsung, ini lah akbiat yang perlu diterima oleh mereka kerana perancangan yang buruk.

Pemimpin untuk rakyat atau pemimpin untuk kuasa-mana anda pilih?

Di Kota Belud ada dua kategori pemimpin politik, satu golongan mengunakan pentas politik untuk dapat kuasa untuk membina kepimpinan untuk diri sendiri dan satu golongan menggunakan pentas politik untuk membela rakyat.

Sesiapa sahaja penduduk Kota Belud dapat membezakan dua golongan ahli-ahli politik ini.

Bagi pemimpin politik yang menggunakan pentas politik untuk mendapat kuasa, biasanya akan mendekati rakyat di kala ada mahunya, namun bagi pemimpin yang menggunakan politik untuk membela rakyat, akan mendekati rakyat tidak mengira waktu.

Pada pemilihan Umno tahun 2008, pemimpin politik yang menggunakan pentas politik untuk mendapat kuasa sanggup meredah malam, kampung-kampung untuk hadir sesuatu majlis, apa kah majlis itu majlis kerian atau kedukaan. Namun selepas kuasa sudah ditangan, maka lakonan itu sirna, malah tidak mesra lagi.

Berlainan dengan pemimpin yang menggunakan pentas politik untuk membela rakyat, kegiatannya adalah sepanjang masa, kerana kepuasannya adalah apabila dapat bersama rakyat, apa tah lagi dapat mendengar keluh kesah rakyat dan dapat membelanya.

Terpulang kepada penduduk Kota Belud pada PRU-13 akan datang, jika sekiranya pemimpin yang menggunakan pentas politik untuk mendapat kuasa dicalonkan, tepuk dada tanya selera.

Ada juga pemimpin terselamat kerana keadaan

KALAULAH tsunami politik tidak melanda Semenanjung pada PRU-12, para pemimpin yang diketepikan pada PRU itu, mungkin sekarang ini hanya menjadi ahli persatuan mantan yang berhormat.

Apabila tsunami melanda, maka pucuk pimpinan BN tiada pilihan, melainkan perlu menghimpun semua kekuatan, mengurangkan pergeseran, maka berlakulah akomodasi dalam politik.

Sebenarnya, Sabah akan tetap menjadi simpanan tetap BN, walaupun tidak berlakunya akomodasi politik, namun pemimpin Sabah, terutama Datuk Musa Aman, terpaksa juga akur dengan keinginan pucuk pimpinan daripada Kuala Lumpur.

Selain itu, Musa juga ingin mengurangkan politiking di peringkat negeri, agar supaya beliau dan pasukkannya mampu berkerja mencapai sasaran HALATUJU Sabah, tanpa gangguan daripada kegiatan politiking.

Nah! benar juga, apabila politiking berkurang, maka Musa dengan tenang dapat meneruskan rentak kerjanya tanpa gangguan.

Malah, para pemimpin yang seharusnya diketepikan itu, sekurang-kurangnya menjadi jurucakap dalam menjawap isu-isu semasa, dimana dahulunya terpaksa dijawab oleh Musa sendiri.

Dalam isu, penentangan Timbalan Presiden LDP terhadap Musa, Musa tidak perlu mengeluarkan komen atau kenyataan akhbar, kerana dengan tangkas individu yang diketepikan sebelumnya menjawab bagi pihaknya.

Namun, di peringkat akar umbi, pemimpin yang diketepikan itu menabur isu, bahawa apabila Musa bersara, maka beliaulah yang akan menjadi pengganti; kerana menurut mereka, adalah lumrah apabila nombor satu turun, maka akan diganti oleh orang nombor dua. Keadaan ini berlaku, sejak Datuk Osu Sukam lagi menjadi Ketua Menteri. Namun, hakikatnya, jawatan nomobr satu silih berganti akan tetapi orang nombor dua tidak juga mendapat tempat jawatan nombor satu.

OKB sangat tertarik dengan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri pada 30 Oktober lalu bertempat di UMS, bahawa Kepimpinan Musa Aman, sebagai Ketua Menteri Sabah wajib diteruskan selama yang boleh, kerana melalui kepimpinan Musa, Sabah mengalamai pembangunan yang pesat, pertambahan wang simpanan negeri dan pengurusan kewangan yang mapan sesuai dengan perakuan Ketua Audit Negera.

Berasaskan kepada prasyarat itu, maka jika belakunya penggantian jawatan Ketua Menteri, maka pemimpin itu mesti mempunyai kualiti seperti Musa atau setanding dengannya.

Musa mempunyai pengalaman dalam perniagaan dan berjaya dalam mengurus perniagaan. Trek rekod seumpama itu, mesti ada pada penggantinya suatu hari kelak.

Musa tidak boleh diganti oleh seseorang yang hanya tahu berpolitik, tanpa visi yang jelas membangun negeri.

Semasa pemerintahan Musa, tidak terdengarpun, adanya GLC atau harta kerjaan yang dijual untuk mendapat kewangan bagi pihak kerajaan. Malah melalui pemerintahan Musa, GLC yang diswastakan melalui pentadbiran terdahulu diambil semula.

Sebelum Musa dilantik, banyak tanah kerajaan dijual kepada pihak swasta, malah ladang lembu negeri di Darwin, Australia telah dijual; tanah di Tanjung Aru diserahkan kepada swasta kononnya akan dibangunkan, dan kini hanya tempat riadah; beratus ekar tanah di Kota Marudu dijual kepada pihak swasta, untuk tujuan mendapat kewangan bagi pihak kerajaan negeri.

Malah kawasan hutan, diserahkan kepada pihak swasta melalui FMU, di mana tindakan ini merugikan kerajaan negeri dan seterusnya rakyat.

Apakah trek rekod yang terpalit kepada pemimpin tertentu itu akan diberi peluang lagi untuk memimpin Sabah, yang sudah itu sudah lah, jangan berangan-angan lagi. Bersyukurlah kerana keadaan menyelamatkan; sekurang-kurangnya masih bertempat dipersada politik negeri di bawah bayu ini.

Jengoklah ke belakang, kawasan yang diwakili berpenggal-penggal, ramai rakyatnya masih merimpat. Datanglah ke kg Songsong, Tanjung Batu dan Lingkudon, faktanya nyata terbentang di sana.

1 November 2011

Calon boleh menang Kota Belud

APBILA Najib mengumumkan bahawa calon BN pada PRU-13 adalah individu yang BOLEH MENANG, maka persyaratan itu, ada pada wakil-wakil rakyat Kota Belud yang sedia ada.

Wakil rakyat Parlimen misalnya; Datuk Rahman Dahalan, walaupun sepenggal, tetapi mampu menyelesaikan masalah air bersih Kota Belud. Walaupun, saluran air bersih belum sampai ke rumah-rumah pada masa ini, namun jaminan telah diberikan bahawa pada penghujung tahun 2012, masalah air bersih Kota Belud akan siap sepenuhnya.

Pembangunan sumber pendapatan rakyat terus berjalan melalui projek Jelapang Padi yang meliputi tiga kawasan Tempasuk, Usukan dan Kedamaian. Selain itu, projek Agropilitan yang merangkumi projek tenusu, perkebunan dan sanggar ikan terus berjalan.

Walaupun projek-projek tersebut mendapat sabotej daripada pemimpin tertentu, namun sikap cekal Pembantu Menteri Pertanian, Datuk Musbah, MP Datuk Rahman dan ADUN Usukan Datuk Japlin, selain sokongan padu Ketua Menteri Sabah, maka projek-projek tersebut berjalan mengikut jadual.

Selain itu, projek-projek yang dikenal pasti untuk kepentingan rakyat seperti pelancongan, pendidikan dan industrti kecil dan sederhana sedang berjalan sesuai dengan 5 entry point pembangunan yang terkandung dalam HALATUJU pembangunan Sabah yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Malah untuk tahun 2011 sahaja, Datuk Musa telah memberi komitmen mengenai pembangunan Kota Belud sebanyak tiga kali melalui ucapannya semasa turun padang di Kota Belud.

Kota Belud mengecap pembangunan apabila, satu tindakan berani Musa menncalonkan orang-orang baru di kawasan Kota Belud pada PRU-2008. Seikiranya tiada tindakan berani itu, Kota Belud hingga kini masih terlena tanpa pembangunan yang bercorak ekonomi.

Bagi rakyat Kota Belud, mereka mahu adalah wakil rakyat yang membela mereka, dari segi pengwujudan sumber pendapatan, agar supaya pendapatan mereka terus kekal sepanjang hayat. Mereka tidak mahu pemimpin yang berpoilitik sepanjang masa, kerana pemimpin seumpama itu, hanya mahu kuasa atas dirinya demi kepentingan dirinya serta kerabatnya.

Bukti nyata di Kota Belud, apabila sebelumnya diwakili oleh pemimpin yang berpolitik, sebagai akibatnya rakyat terus merimpat, papa kedana, ulun, meminta-minta dan seterusnya bergantung pada huluran 100-200 atau malah 500 daripada pemimpin berkenaan.

Kata orang; berbudi pada tanah adalah untuk mendapat produk yang boleh disumbangkan oleh tanah itu, namun pemimpin berpolitik berbudi pada rakyat untuk mendapat kuasa dan pada gilirannya menumpuk harta, namun membiarkan rakyat terkapai-kapai.

Di Kota Belud gema terlalu kuat, bahawa pemimpin dalam kategori berpolitik akan kembali, kononnya kesilapan lalu akan ditebus; percayalah, apabila ini berlaku, rakyat Kota Belud akan kembali keadaannya seperti tahun 1990-an, tanpa arah yang jelas, kerana dibenak pemimpin berpolitik itu, orang Kota Belud sukar diatur, dan membiarkan mereka miskin agar mudah menjadi bank votes semasa sebarang pemilihan.

Sesuai dengan resolusi Parti PBS semalam, jangan ganggu winnable candidate tahun 2008, kerana formula tahun itu, masih relevan dan mampu mememangkan BN Sabah dengan cemerlang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels