5 November 2011

Apa kah Najib lupa pemilihan Umno tahun 2000?

Apakah Najib, Perdana Menteri ke-6 negara lupa pencalonan untuk jawatan Naib Presiden Umno tahun 2000?

Dalam proses pencalon itu, Umno Kota Belud pada mulanya telah berjanji akan mencalonkan Najib, namun di saat-saat akhir pencalon Najib ditukar kepada MB Johor, Datuk Ghani Othman.

Pada satu majlis di Maran Pahang, Najib pernah berkata pada utusan Umno Kota Belud, sdr Rosmin Kasan, bahawa sampai bila-bilapun kepercayaan terhadap Ketua Bahagian Kota belud pada masa itu akan dikenang sebagai "kawan" yang tidak setia-kawan.

Pada masa itu, Ketua Bahagian Umno Kota Belud adalah Speaker DUN Sabah pada masa ini, Datuk Salleh Tun Said.

Datuk Salleh adalah Ketua Bahagian Umno Kota Belud sejurus Tun Mustapha berpindah ke Kota Marudu, sejurus kemasukan Umno ke Sabah pada tahun 1991. Kemudian itu, pada Pemilihan parti tahun 2004, Salleh mengosongkan jawatan Ketua Bahagian, dan membiarkan Timbalannya Datuk Musbah bertanding bersama Datuk Yahya Lampong. Dalam pertandingan itu, Datuk Musbah menang mudah, walaupun Salleh menyokong Datuk Yahya secara tidak langsung.

Walau bagaimanapun, pada pemilihan parti tahun 2008, Salleh mampu mengalahkan Musbah dalam pertandingan sengit Jawatan Ketua Bahagian dengan kemenangan tipis.

Ekoran kemenangan Salleh tersebut, maka mantan Ketua Menteri Sabah itu, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno negeri, yang dikosongkan oleh Datuk Safie Apdal; ekoran tiada lagi pemimpin yang boleh diketengahkan pada masa itu.

Berbagai cerita dalaman berlaku, pada mulanya Najib enggan memberi restu ke atas syor Safie agar Salleh menggantikannya, namun demi memberi peluang kepada Salleh memperbetulkan kesilapannya pada tahun 2000, maka Najib bersetuju dan seterusnya melantik Salleh ke jawatan nombor dua Umno Sabah.

Benar juga, selepas Salleh dilantik, beliau terus mengumumkan bahawa akan mempertahankan Sabah sebagai simpanan Tetap BN di bawah kepimpinan Najib.

Kenapa Safie beriya-iya memberi peluang kepada Salleh? Asasnya adalah Trio; Datuk Safie-Datuk Salleh-TS Pandikar adalah pemimpin USBO, yang giat memperjuangkan nasib rumpun, selepas PRU-2004, kerana walaupun para pemimpin USBO dicalonkan dalam PRU tahun itu, namun tidak diberi peranan dalam kerajaan Sabah, kecuali TS Pandikar dilantik sebagai Pengerusi IDS.

Akibat kegiatan USBO yang memperjuangkan rumpun, dalam satu majlis di Taungusi Sabah, bertempat di Dewan Datuk Musbah, semua presiden etnik di Sabah berkumpul kecuali USBO, memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Malah dalam satu mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian Umno, yang dipengerusikan Musa, di bangunan Umno Sabah, ramai Ketua Bahagian berkata, bahawa USBO hanya memecahkan perpaduan dalam Umno Sabah.

Ekoran aktiviti para pemimpin USBO tersebut, maka pada PRU-12, semua pemimpin USBO tidak dicalonkan oleh Musa Aman, kecuali Safie Apdal. Safie hanya berperanan sebagai penaung USBO. Tindakan Musa tersebut, dikatakan sebagai tindakan paling berani telah diambil oleh seorang pemimpin Sabah.

Dalam kasak kusuk pada masa itu, yakni sebelum penamaan calon, dikhabarkan para pemimpin Usbo akan bertanding "bebas" atau menggunakan "kenderaan" lain menentang calon-calon BN, namun atas permintaan Safie, tindakan tersebut tidak menjadi, sebaliknya terjadi pertemuan antara pemimpin USBO dengan Musa Aman, di rumah kediaman Musa, yang turut dihadiri oleh Musbah Jamli dan Rahman Dahalan. Pada pertemuan tersebut, para pemimpin Usbo berikrar akan terus bersama BN dan akan berkerja untuk memastikan semua calon-calon BN yang bertanding di kawasan rumpun perlu menang dengan bergaya.

Benar juga, selepas keputusan PRU-2008, semua calon-calon BN di kawasan rumpun menang, walaupun tempat asal pemimpin USBO yang tidak dicalonkan, yakni Kota Belud, undi yang diperolehi calon-calon BN berkurang majoritinya.

Namun keputusan PRU-12, tidak disangka, di mana berlaku tsunami politik di Semenanjung. Pada PRU tersebut, hanya Sabah yang masih mempertahankan keputusan PRU-2004. Reaksi ke atas tsumani politik itu, maka puncuk pimpinan pusat, terpaksa melupakan peristiwa lama, termasuk "kenyataan" Najib tentang setia-kawan. Najib tidak sanggup kehilangan sebarang sokongan, atas sebab itu, para pemimpin Usbo yang diketepikan diakomodasi dalam politik nasional mahupun negeri.

TS Pandikar yang pada masa itu, adalah Setiausaha Agung USBO, dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat, sementara Salleh tidak lama kemudian dilantik sebagai Pengerusi Kraft Tangan Malaysia, di bawah Kemterian Safie masa itu.

Namun, jawatan-jawatan tersebut tidak memuaskan hati para pemimpin Usbo, kecuali TS Pandikar, yang setia dengan perlantikkannya sebagai speaker dewan rakyat. Namun bagi Salleh, jawatan pengerusi tidak memberinya flatform dalam politik yang diinginkannya.

Salleh sebagai ahli politik yang pakar dalam bidangnya, melakukan monover, menggunakan Usbo melalui beberapa kenyataan baik melalui media massa atau media alternatif, bahawa Usbo menyokong penuh kepimpinan Musa. Ekoran kepada kenyataan-kenyataan tersebut, maka Salleh dilantik sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah, berstatus menteri.

Ekoran perlantikan tersebut, maka pergeseran antara Safie dan Salleh bermula. Safie nampak bahawa Salleh telah melupakan skrip asal, di mana pelantikan Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Umno Negeri, adalah untuk check and balance kepimpinan Musa Aman.

Salleh melalui jawatan nombor dua dalam parti di Sabah, merasa yakin, bahawa jika pemimpin nombor satu bersara, maka penggantinya adalah pemimpin nombor dua. Melalui keyakinan itu, maka Salleh menyusun strategi agar kepimpinan Musa mempercayainya sebagai pemimpin yang boleh menggantikannya suatu masa kelak. Atas sebab itu, align dengan Safie, dilupakan.

Perlu diingat, bahawa Musa mengetahui benar sifat-sifat Salleh sebagai ahli politik, Salleh hanya menyokong seseorang jika tujuannya tercapai. Kesetia kawanan Salleh dalam politik sukar dipegang, kerana prinsip politik-tiada kawan selamanya, tiada musuh selamanya benar-benar dipraktikkan oleh mantan Ketua Menteri Sabah itu.

Apa kah Najib masih ingat peristiwa tahun 2000, semasa pencalonan jawatan Naib Presiden Umno? atau kah Najib telah lupa untuk sementara, demi mengurangkan politiking di Sabah, agar Musa dapat berkerja tanpa gangguan? dan seterusnya, Sabah akan terus menjadi simpanan Tetap BN pada PRU-13? kerana menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan Persidangan LDP di Sandakan baru-baru ini, bahawa PRU-13 adalah PRU yang paling kritikal yang bakal dihadapi oleh BN.

Perlu diingat juga, bahawa Musa adalah pemimpin yang sangat berjaya membangun Sabah, melangkaui semua Ketua Menteri Sabah sebelum ini, termasuk Tan Sri Harris Salleh.

Musa adalah pemimpin Sabah yang mampu menambah simpanan Sabah sehingga RM 3 billion, dan pengurusan kewangan Sabah telah diiktiraf oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Selain itu, pada merintahan Musa, banyak sangat pembangunan yang bercorak ekonomi di wujudkan, selain pemibnaan infra untuk kegunaan rakyat.

Tan Sri Muhyiddin pernah berkata pada Majlis Penerangan Perdana di UMS Sabah, bahawa kepimpinan Musa wajib diteruskan demi pembangunan Sabah dan rakyatnya.

Dengan kata lain, jika adapun pengganti Musa pada masa akan datang, seseorang itu mesti mempunyai kualiti kepimpinan seperti Musa, setia kawan seperti Musa, bukan pemimpin politik yang hanya mempraktikkan teori politik; TIADA KAWAN SELAMANYA TIADA MUSUH SELAMANYA.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels