Pada PRU kali ini ada sedikit kecelaruan pengundi. Ada pengundi yang cenderung memilih calon, ada juga yang mengundi berasaskan parti.
Bagi kawasan-kawasan yang ramai pemimpin yang berpotensi menjadi calon seperti Kota Belud, majoriti pengundi melihat kepada calon.
Yang membezakan antara calon-calon yang berpontensi adalah sumbangan mereka terhadap rakyat, keterdekatan dengan rakyat.
Kota Belud dibarisi ramai pemimpin, antaranya DSP Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar, Datuk Musbah, Datuk Rahman, Datuk Japlin dan semua itu daripada parti umno, manakala daripada komponen BN hanya nama Datuk Hebert Timbon Lagadan yang ketara.
Kota Belud hanya terdiri daripada satu kawasan Parlimen dan tiga DUN. Melihat kepada barisan pemimpin yang ada, sudah tentu ada diantara mereka yang akan tercicir, terutama pemimpin Umno.
Pucuk pimpinan sudah tentu memerlukan extra keputusan dalam memilih calon-calon yang diketengahkan pada PRU-13, jika tidak mungkin keputusan para pengundi boleh membawa kepada kekalahan.
Sehingga kini, hanya Salleh dan Rahman yang menyatakan akan terus bersama-sama UBN meskipun tidak dicalonkan; sementara yang lain masih tunggu dan lihat.
Namun melihat kepada kelibat dua pemimpin- Datuk Musbah dan Datuk Japlin, mereka ini adalah pemimpin akar umbi dan tiada sejarah bertukar parti. Walaupun mereka tidak menyatakan secara terbuka pendidirin mereka, namun sudah terbukti, mereka ini tidak akan melawan arus. Datuk Musbah misalnya, pada tahun 2004 tidak dicalonkan, walaupun beliau adalah ADUN yang bertahan. Mantan ADUN Tempasuk itu terus bersama-sama BN dan bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan calon BN. Atas nama kesetiaan itu, pada PRU-2008, sekali lagi beliau dipilih untuk bertanding.
Keadaan politik Kota Belud cukup tenang. Kehadiran pembangkang macam tidak terasa, walaupun terdapat riak-riak, akan tetapi pada hari penentuan, semuanya itu akan reda, kerana pengundi Kota Belud masih setia kepada BN.
46 comments:
Pemimpin yang benar2 berpendirian dan setia pada parti tidak akan mempunyai syarat. samada dicalonkan atau tidak, itu bukan perkara yang utama.
Kejayaan seseorang pemimpin menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat, antara sebabnya ialah, pemimpin itu telah berjaya memenangi hati rakyat.
Beliau telah mempunyai ciri-ciri yang selari dengan aspirasi dan kehendak rakyat semasa.
Ada pendapat yang mengatakan ciri-ciri yang diingini oleh rakyat telah berjaya dimiliki sepenuhnya oleh YB Datuk Musbah sebagai wakil rakyat Tempasuk selama ini.
Datuk Musbah umpama seorang artis yang mempunyai peminatnya tersendiri, dan yang paling menarik dan berbeza dengan pemimpin lain ialah kerana beliau mempunyai penyokong yang amat setia kepada beliau.
Ketaatan dan kesetiaan penyokong beliau telah beberapa kali teruji dan tidak pernah mengkhianati perjuangan beliau, misalnya pada tahun 2004 apabila beliau tidak bergelar wakil rakyat kerana tempat beliau telah diberikan kepada Tan Sri Pandikar.
Selama hampir lima tahun beliau tidak mempunyai kuasa, penyokong-penyokongnya tidak pernah meninggalkan beliau, malahan pada pemilihan UMNO Bahagian Kota Belud tahun 2004 penyokong-penyokongnya telah membuktikan sokongan mereka apabila memberikan kemenangan kepada beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian dengan mengalahkan Datuk Yahya Lampong tajaan mantan Ketua Bahagian sebelum itu Datuk Salleh Tun Said dengan mejoriti yang amat besar iaitu lebih 200 orang.
Waktu itu sokongan rakyat Kota Belud amat kuat terhadap beliau, sehinggakan ada yang berpendapat bahawa andaikatanya Datuk Salleh Tun Said sendiri yang menjadi lawannya dalam pemilihan UMNO tersebut, juga akan menerima kekalahan sebagaimana yang menimpa Datuk Yahya Lampong.
Secara keseluruhannya ramai penganalisis politik mengakui bahawa Datuk Musbah telah berjaya memenangi hati rakyat atas sebab sikapnya amat disukai ramai.
Kekerapan beliau menemui rakyat dalam apa juga bentuk keadaan membuatkan wakil rakyat ini amat diminati oleh semua lapisan masyarakat di Kota Belud.
"Kesetiaan kepada parti dan bukan kepada individu"-Salleh Tun Said
Ia membawa makna besar bagi perjuangan politik akar umbi kerana kenyataan itu seolah-olah menggesa ketua-ketua cawangan 'menerima' secara total sesiapa juga yang dicalonkan oleh parti pada PRU 13 yang mula sudah kedengaran tarikhnya.
Bagi Datuk Salleh "sesiapa' juga yang menjadi pilihan parti, kesetiaan dengan memberi sokongan undi bukan kepada 'pilihan' itu tetapi kepada parti.
Beliau mengingatkan bahawa sejarah lampau menyaksikan pemimpin datang dan pergi yang tinggal adalah parti dan parti itulah tempat itulah menumpahkan taat setia yang tidak bebelah bahagi.
pelbagai hipotesis, teori, analisis politik, teguran, nasihat dan kritikan telah kita dengar dan baca sama ada di media cetak serta media elektronik.
Kepentingan calon lebih diberikan keutamaan untuk masa hadapan penduduk.
Calonlah yang menentukan akan usaha kerajaan itu sampai.
Jika berdasarkan parti mungkin pengundi agak sukar menilai.
Biarlah calon yang dipilih itu benar-benar untuk rakyat dan bukannya kepentingan sendiri.
Kerajaan BN perlulah memastikan pengundi tidak akan berpaling tabah daripada BN. Buktikan BN mampu memberikan yang terbaik.
Jentera bahagian Umno telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa
sama ada tercalon atau tidak ahli2 dinasihatkan terus menyokong dan jangan sabotaj calon parti
Tugas pemimpin sangat berat, jadi perlu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tugas yang dimandatkan
Semakin kuat Pakatan Rakyat melalak tentang pengundi hantu, nama pemilih bertindih, nama pengundi di beberapa tempat, undi pos tak adil dan sebagainya, sebenarnya ia menggambarkan satu sahaja... PAKATAN RAKYAT TAHU MEREKA SEDANG KETINGGALAN berbanding UMNO-BN
Cerita tentang masalah undi pos, undi hantu, nama pemilih bertindih dan seangkatan dengannya tidak pernah timbul ketika mereka berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga penguasaan UMNO-BN di Parlimen pada PRU12 lalu. Malah nada yang sama juga tidak kedengaran ketika mereka memenangi 8 PRK selepas PRU12. Pakatan Rakyat hanya berbunyi bila mereka mulai MENGECAPI KEKALAHAN DEMI KEKALAHAN dalam PRK dengan majoriti undi yang semakin melebar berpihak kepada UMNO-BN.
Patutnya ketika menanglah mereka memekak tentang undi hantu dan pengundi hantu atau apa-apa sahajalah tuntutan yang mereka buat pada BERSIH 2.0. Permatang Pauh yang cukup dikenali dengan undi-undi hantu bagi membolehkan Anwar Ibrahim menang besar, tidak pula diheboh-hebohkan. Begitu juga dengan Kuala Ketil yang merupakan saluran paling banyak memberi kemenangan kepada PAS di Baling, juga tidak disebut kecuali 'DISEBUT SECARA TIDAK SENGAJA' oleh pencacai Pakatan Rakyat.
cabaran yang dibuat oleh SPR agar Pakatan Rakyat menampilkan bukti tentang pengundi hantu serta daftar pemilih yang meragukan, tidak akan mendapat sambutan. Pakatan Rakyat sangat tahu, kalau mereka menyahut cabaran SPR, mereka akan terkantoi kerana membela sebegitu banyak HANTU dalam PRK yang telah mereka menangi
sistem biometrik yang sangat-sangat mereka tentang. Mereka tahu, kalau sistem biometrik diimplementasikan, mereka akan terjubor sebagai penipu dengan pendaftaran ramai, terutama daripada DAP memandangkan sistem biometrik yang akan digunakan olehh SPR nanti akan dihubungkan terus dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara.
Datuk Wan Ahmad Wan Omar mencabar Pakatan Rakyat agar membuktikan tuduhan mereka dan berhenti daripada mempersendakan kewarganegaraan rakyat negara ini
As a voter myself, I think I prefer to vote for someone who is capable
Diperkatakan penduduk Kota Belud mahir membaca dan lebih berkemahiran tentang bicara politik yang di ketengahkan oleh ahli ahli UMNO dalam daerah Kota Belud.S
Sebab itu penduduk Kota Belud banyakali menolak isu pembangkang, dan acapkali menolak untuk menyokong pembangkang di situ.
Kubu kuat UMNO di Usukan, boleh dikatakan rata rata penyokong BN tiada mempunyai halangan tentang calon yang bakal diturun.
Mereka hanya berharap calon untuk di Usukan biarlah bertaraf anak jati Kota Belud.
Kerana jika anak jati Kota Belud, ada pepatah masyarakat di situ" Mangan nyya mangan asal kurung kurung" pepatah ibunda ini menjelaskan bahawa sokongan mereka kepada calon BN tidak tergugat, dan tiada yang boleh gugatkan ukuhuwah mereka dalam payung BN.
Kemungkinan besar jika parti pembangkang masih berdegil untuk turunkan calonnya di Usukan, tersungkur kalah dan rebahlah calon pembangkang itu nanti.
Kota Belud, yang merupakan tempat kelahiran Umno di Sabah menerusi pilihan raya kecil pada tahun 1991, akan terus menjadi kubu kuat BN.
tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Usukan, Tempasuk dan Kadamaian dalam Parlimen Kota Belud akan kekal dalam genggaman BN pada pilihan raya umum akan datang.
rakyat Sabah mempunyai perbezaan dari segi budaya, namun ia tidak seharusnya menjadi halangan kepada mereka untuk bersatu-padu dalam arena politik demi masa depan rakyat yang lebih baik.
Jika seorang pemimpin itu pandai mengambil hati rakyat, pasti akan mendapat sokongan.
PKR adalah parti anak beranak dan sahabat handai dan ia akan dipastikan akan terus kekal begitu oleh kepimpinan tertinggi dengan apa jua cara termasuk mengsabotaj pilihan ahli-ahli sendiri.
Khalid, Azmin, Nurul Izzah, malah Wan Azizah sendiri masing-masing punya cita-cita berasingan, untuk diri sendiri dan bukannya parti. Dengan masing-masing punya pengikut yang sanggup berbuat apa saja untuk memastikan pemimpin mereka duduk di singgahsana, PKR mungkin terpaksa menghadapi perang PRU dalam keadaan tempang.
Hakikatnya, PKR dipenuhi dengan manusia-manusia rakus yang tidak akan berdiam diri sekiranya kalah. Sifat ini terpampang jelas dari personaliti Anwar Ibrahim sendiri, iaitu manusia yang melahirkan parti itu.
Sama ada PKR sedar atau tidak, ikon mereka iaitu Anwar Ibrahim kini semakin hilang pengaruh di kalangan parti sekutu, DAP dan Pas walaupun Anwar menumpukan sepenuh tenaga kepada agen-agennya yang diserap ke dalam Pas sehinggakan mengabaikan PKR sendiri
Kerakusan Anwar untuk menguatkan diri sendiri, dan bukannya parti membuatkan PKR berada dalam keadaan sepertimana hari ini iaitu, berserabut dan kelam kabut. Kini, ‘kesetiaan’ pada Anwar sudah menjadi sesuatu yang objektif, apatah lagi kepada parti.
Justeru, sabotaj di dalam PKR adalah sesuatu yang pasti. Persoalan yang tinggal kini hanyalah sama ada ia seburuk yang dijangka atau tidak. Apapun, ia tetap akan menjejaskan lagi kedudukan parti itu di dalam PR sekali gus melemahkan PR dalam menghadapi PRU
Post a Comment