1 April 2014

Isu Royalti Minyak Sabah: Apa Kah Bakal Menyatukan Semua Rakyat?

Kini suara Kerajaan Sabah dan Pembangkang hampir seia sekata, sebabnya hanya satu passward ROYALTI MINYAK.

Semalam Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Dr Musa Haji Aman dalam satu kenyataan, kerajaan negeri terbuka untuk menerima/mendengar sebarang pendapat berakitan isu itu.

Pada Sabtu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah  Datuk Dr Salleh Tun Said yang juga Speaker Dewan undangan Negeri Sabah, menyuarakan agar kerajaan pusat perlu mendengar hasrat daripada generasi muda negeri itu, berkaitan royalti minyak.

Juga, pada Ahad Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan persekutuan, Dato Rahman Dahlan pada prinsipnya bersetuju dengan permintaan kenaikan royalti minyak asalkan sesuai dengan kerangka dan mekanisme yang menyeluruh.

Pada PRU-13 lalu Pembangkang memenangi 12 kerusi DUN  dan 3 kerusi Parlimen.  
 
Melihat kepada kecenderungan yang berlaku antara BN yang rata-rata disokong oleh bumiputera Sabah dan 9 kerusi DUN yang dimenangi pembangkang adalah kawasan bumiputera, maka pada PRU-14 kemungkinan besar semua kawasan bumiputera akan dimenangi oleh suatu "gabungan" pengundi bumiputera hanya disebabkan oleh passward Royalti Minyak. Selain itu, kecederungan pemimpin BN terutama Datuk Salleh Said yang mengangkat isu perkara 20, di mana isu itu juga merupakan isu utama pembangkang, maka melalui passward ke-2 itu, memungkinkan akan berlakunya kesepakatan bahawa demi Sabah dan rakyatnya, maka "satu" entiti baru akan wujud,  tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat demi faedah pembangunan negeri.

Dalam politik mesti ada satu titik temu. Bagi politik Sabah, titik temu itu adalah royalti minyak dan perkara 20. Jika dua perkara ini menjadi rakyat Sabah bersatu, maka ianya sesuatu yang perlu disokong oleh semua pihak. 

Para pemimpin di Semenanjung jangan lah khuatir apatah lagi menaruh curiga, titik temu yang dicapai itu adalah dalam kerangka bernegara, sesuai dengan semengat pembentukan negara tahun 1963.

Perkara asas perlu diselesaikan once for all, agar supaya derap langkah membangun negara terus berjalan sesuai dengan peredaran zaman.  Semua ketidak puas hatian, unek-unek dalam hati perlu diselesaikan berlandaskan kerangka yang ada, agar tiada siapa yang kalah, melainkan semua dalam keadaan kemenangan.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels