ADA dua faktor mempercepat pembangunan Kota Belud. Faktor pertama adalah kemahuan politik, faktor kedua kemahuan kakitangan kerajaan.
Kemahuan politik, apabila berlaku saling tunjang antara para pemimpin, berkerja secara satu pasukan., tiada budaya ketam. Manakala faktor kakitangan pula ada kemahuan melihat Kota Belud membangun, tanpa membawa agenda tertentu akibat hasutan daripada pihak-pihak tertentu.
Kota Belud merupakan kawasan, di mana lahirnya anak sulung Umno Sabah. Syogianya pembangunan kawasan itu lebih cepat berbanding kawasan-kawasan lain, sebabnya anak sulung tentunya lebih dahulu makan garam.
Umno lahir di Kota Belud pada 5 September 1991. Sejak masa itu semua kawasan di wakili Umno, kecuali DUN Kedamaian, kerana sememangnya bukan wilayah Umno.
Semasa Bn yang diterjui Umno mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 1994, wakil rakyat Kota Belud sempat dipercayai sebagai Ketua Menteri Sabah, walaupun tidak sampai setahun.
Selepas itu, Kota Belud diwakili melalui kabinet negeri, apakah sebagai Menteri penuh atau pembantu-pembantu menteri.
Selepas PRU-13, untuk kali kedua, Kota belud mendapat seorang menteri kabinet persekutuan dan kebetulan kementerian kanan.
Jika lantikan pertama wakll Kota Belud, hanya menteri wilayah persekutuan, atas sebab itu, tidak dapat menyumbang banyak kepada pembangunan Kota Belud, kerana atas sifat kementerian itu. Namun, apabila seorang lagi menteri dilantik, di mana kementerian beliau boleh menyumbang ke arah pembangunan Kota Belud, khususnya dalam wilayah kerajaan tempatan dan perumahan.
Apa yang dilihat pada masa kini, memang di atas meja atau perancangan, memang wakil rakyat Kota Belud yang juga menteri siap untuk dilancarkan, malah ada yang sudah diumumkan, malah sudah ada yang mempunyai peruntukan. Namun, kekangannya, adalah daripada segi birokrasi atau pelaksanaan di lapangan.
Nampaknya, seperti kereta, enjin bersaiz besar, akan tetapi tidak dapat digunakan bersiar-siar atas sebab tayar, badan tidak lengkap atau belum dipasang, kerana tidak dapat menanggung kekuatan enjin.
Apabila dipaksakan juga, maka berlakulah, semacam sabotaj, lorong kaki di pasang dengan jubin lantai rumah yang licin.
Pembangunan untuk rakyat misalnya seperti Agropolitan, jelapang padi, ura-ura pembinaan empangan, sokongan minyak dan gas, pembinaan rumah rakyat tidak lancar, bukan kerana tiada peruntukan, akan tetapi, komponen yang menjalankan program-program itu belum lengkap, kalau adapun, komponen yang tidak sinkronais, ibarat menari, kelihatan sangat timpang, kerana lengok tarian tidak sesuai dengan rentak muzik.
Kini, menteri jadi sasaran, kerana mereka tahu, ikan cepat membusuk daripada kepala, sedangkan sebenarnya bukan masalah menteri, akan tetapi masalah birokrasi, masalah pelaksana, dan masalah budaya ketam.
Malah ada yang bermain psikologi songsang, dengan kenyataan, bahawa menteri bukan sahaja menjaga Kota Belud akan tetapi seluruh negara. Memang kenyataan itu kedengaran elok, tetapi mempunyai maksud tersirat, bahawa kegagalan pembangunan, adalah disebabkan oleh menteri yang tiada uummhh.
Sekuat manapun kepala lokomotif, kalau gerabak dibebani di luar kapasiti, bebanan yang sepatutnya tiada, akan tetapi turut di angkut. Lokomotif boleh bergerak, akan tetapi tidak sampai ke destinasi, kerana rosak binasa, Keadaan inilah yang berlaku di Kota Belud, sebab itu, program pembangunan untuk kebaikan rakyat terlalu lambat menjadi kenyataan. Kerana lambatnya pembangunan menjadi, maka bermunculanlah para pengeritik, membidas semua program itu.
Menggagalkan sesuatu program, banyak cara. Akan tetapi pengagalan melalui jalan tersirat merupakan tindakan yang paling bahaya, kerana tersedar lagi, semua perancangan yang nampak "in place" tiba-tiba jammed, sedangkan masa sudah berlalu, kemudian masa yang ada terlalu suntuk. Dalam keadaan ini, apa yang boleh dibuat? program atau projek tidak menjadi, jikapun peruntukan sudah disalurkan, maka peruntukan terpaksa dikembalikan.
Mengembalikan peruntukan yang sudah disalurkan, bukan sekali dua berlaku, akan tetapi kerap berlaku. Namun, di mata rakyat, semua ini tidak akan terdedah. Sehingga mereka yang nakal, akan membuat dakwaan atau tuduhan, bahawa kerajaan tidak tunai janji. Atas sebab itu, di laman-laman sosial, kita kerap membaca, janji capati, bagi menggantikan janji ditepati. Fikir-fikirkan lah.
1 comment:
Salam. Blog/portal tuan di pautkan ke http://spotthebloggers.blogspot.com Mohon email andainya tn membantah. TQVM.
Post a Comment