1.SABAH memang diklasifikasikan sebagai negeri yang masih miskin, sebabnya rakyat yang masih berada dalam kategori miskin masih ditahap 8 peratus, berbanding kadar kemiskinan kebangsaaan 1 peratus.
2. Kawasan yang luas, kurangnya infrastruktur, tidak meratanya penempatan penduduk, dan kurangnya industri serta aktiviti ekonomi merupakan punca mengapa Sabah lambat membangun. Selain itu, kerapnya berubah-ubah kerajaan, juga menyumbang kepada kadar kemiskinan.
3. Bayangkan pada awal tahun 2003, simpanan kewangan negeri hanya sedikit di atas RM100juta. Dengan jumlah wang seumpama itu, adalah sukar bagi sesebuah negeri untuk maju. Kekurangan simpanan kewangan itu, atas sebab sedikitnya sumber pendapatan negeri. Pendapatan negeri selain bersumber daripada hasil bumi juga kutipan percukaian.
4. Sebaik sahaja Datuk Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri pada penggal pertama Tahun 2003, beliau memperkenalkan program jangka panjang- HalaTuju Sabah.Selepas sedekad, bukan sahaja kewangan negeri meningkat, akan tetapi bajet kerajaan negeri juga meningkat, malah mencipta rekod.
5. Jawapan kepada kemiskinan adalah pengwujudan aktiviti ekonomi. Atas sebab itu, berbagai kegiatan ekonomi dirancang, antara lain pelancongan, pertanian, perikanan, industri pembuatan, minyak dan gas serta pembangunan bersifat lifestyle.
6. Saban tahun, setiap sidang dewan undangan negeri, dewan itu diberitahu mengenai perkembangan baru perekonimian Sabah, demikian juga persidangan penggal ke-3 2015, Dewan itu diberitahu, bahawa dalam masa 5 tahun akan datang, Sabah bakal menjadi pengeluar udang terbesar dalam negara.
7. Perkiraan tersebut, apabila lebih 2,200 hektar kawasan di majukan untuk tujuan peternakan udang di kawasan Pitas, Kota Belud dan Tawau serta Kudat. Pelaburan berjumlah RM1.12 bilion bagi empat ladang udang itu akan menghasilkan jualan tidak kurang RM3bilion dimana RM1.5 daripadanya sumbangan kepada Gross National Income (GNI).
8. Projek udang itu selain menyumbang kepada GNI, juga akan mencipta lebih 4 ribu peluang pekerjaan dalam berbagai kapasiti.
9. Kegiatan ekonomi yang bersumber daripada pelaburan swasta, dimungkinkan kerana kestabilan politik, juga sokongan kepimpinan negeri kepada bakal-bakal pelabur dan pelabur yang sudah melabur.
10. Hanya melalui kempimpian yang kondusif dan dinamik yang diperagakan oleh Datuk Musa memungkinkan Sabah bakal akan keluar daripada negeri yang paling ramai rakyat miskin.
No comments:
Post a Comment