14 April 2015

Wakil Rakyat Bukan Sahaja Kelihatan Bersih Akan Tetapi Perlu Bersih: Musa

 1. Wakil Rakyat Sabah, bukan sahaja kelihatan bersih akan tetapi perlu bersih. Demikian intipati ucapan Ketua Menteri Sabah semasa majlis aku janji bersama SPRM seluruh ADUN Sabah di bangunan DUN Sabah pada Selasa.

2. Pada majlis tersebut, seluruh ADUN Sabah menandatangi akujanji bersama SPRM, di mana di pihak ADUN BN- Musa mengetuainya, manakala dipihak pembangkang diketuai oleh Datuk Lajim Ukin-ADUN Klias.

3. ADUN Sabah membuat sejarah, apabila secara bersama-sama tanpa mengira kedudukan ADUN bersetuju menandatangi akujanji bersama SPRM.

4. Dalam keadaan informasi yang semakin pantas pada masa ini, persepsi atau tanggapan negatif terhadap wakil rakyat, mengatasi realiti. Rakyat lebih cepat menerima informasi yang diputar belit, seolah-olah perkara itu betul. Demi pencerahan dan mengelak perkara negatif itu, para wakil rakyat perlu pro-aktif agar supaya persepsi yang mengaitkan ahli politik sebagai golongan pemimpin yang menyalahguna kuasa, rasuah dan tidak boleh dipercayai, maka melalui akujanji bersama SPRM, maka para wakil rakyat  memperlihatkan kesungguhan untuk bersama menyokong dan melaksanakan program pencegahan rasuah.

5. Menurut Musa, para wakil rakyat perlu mendepani program pencegahan rasuah dan seterusnya menunjukkan contoh terbaik melalui penzahiran tindakan kepimpinan telus, adil dan berintegriti khusus dalam soal pengurusan projek pembangunan, penyaluran peruntukan kewangan ADUN, bantuan kepada rakyat dan sebagainya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels