16 October 2018

DISEBALIK MORAL KERAJAAN KATAK SABAH

Dilihat daripada sudut manapun, Kerajaan Katak Sabah adalah kerajaan yang tidak bermoral. 

Siapa-siapa sahaja, diperingkat manapun juga yang terlibat berkolabrasi dengan pengwujudan Kerajaan Katak, tidak dapat menafikan diri mereka, mereka itu adalah para individu yang tidak bermoral.

Akibat tindakan tidak bermoral kerana terwujudnya Kerajaan Katak, maka beribu rakyat dinafikan hak dan kebebasan mereka mempunyai kerajaan yang mereka pilih.

Tindakan tidak bermoral ini bukan sahaja perlu dihentikan, akan tetapi perlu dimusnahkan, kerana tindakan seumpama itu tidak wajar untuk diwarisi, tidak wajar tercatit dalam sejarah Sabah. 

Tindakan mereka itu, lebih busuk daripada najis, kerana bau najis hanya terhad dalam mangkuk tandas, akan tetapi tindakan katak telah memalitkan bahu najis itu pada beribu orang di Dun Balung, Dun Tanjung Batu, Dun Sebatik, Dun Kemabong, Dun Paginatan dan Dun Kedamaian.

Para individu yang bersengkokol dengan tindakan Katak, sehinggakan kerajaan Katak terwujud, telah memalitkan imej buruk bukan sahaja pada tindakan akan tetapi pada imej.

Seharusnya tiada sesiapapun yang perlu melibatkan diri pada tindakan Katak, kerana bukan sahaja tindakan tidak bermoral, akan tetapi telah memalitkan imej buruk kepada sistem demokrasi. 

Tindakan Katak dan mereka yang menyokongnya, telah merampas hak orang lain, di siang bolong.

Sepatutnya, kalau merujuk kepada istilah kleptokrasi, tindakan para Katak itu bukan sahaja memenuhi definisi istilah itu, akan tetapi mereka lah puncanya.

Tersangat jelas PRU-14, memberi keputusan Bn menang 29 kerusi, PWS 21, DAP 6, PKR 2 dan STAR 2. Oleh kerana PWS, DAP dan PKR berkolaborasi pada PRU itu, maka parti-parti itu mempunyai jumlah 29 sama dengan jumlah kerusi Bn. Sebagai impak kepada keputusan itu, maka Dun Sabah tergantung. Dalam keadaan Dun Sabah tergantung, maka Parti kecil STAR menjadi parti Kingmaker. Dalam mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi parti berkedudukan Kingmaker diharapkan bekerjasama dengan parti yang dijemput membentuk kerajaan. Dalam hal Sabah, Bn yang dijemput membentuk kerajaan, dan selanjutnya berjaya meminta STAR untuk bekerjasama.

Kerana kerjasama itu, maka pada 10 Mei Kerajaan Sabah dibentuk diteruskan dengan angkat sumpah Ketua Menteri dan kabinet.

Namun tindakan tikam belakang daripada UPKO dan 4 ADUN Umno selepas kerajaan baru Sabah dibentuk, menyebabkan kemelut dua Ketua Menteri Sabah. Pada 26 Oktober, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, akan membuat keputusan berkaitan tindakan tidak bermoral yang menyebabkan perlantikan Ketua Menteri ke-2 kurang daripada 48 jam pada malam 12 Mei, 2018.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels