2 October 2018

SEJAUH MANA SHAFIE DAPAT SOKONGAN KDM?

Datuk Shafie Apdal, kena mengambil iktibar, pada PRU-14, bahawa beliau dan parti Warisan Sabah tidak mendapat sokongan KDM.

Daripada 21 kerusi yang dimenangi PWS, hanya 3 kawasan KDM, iaitu Moyog, Liawan dan Melalap,

Walaupun beliau dan parti beliau selepas PRU-14 mendapat sokongan 4 ADUN UPKO, bukan bermakna, kawasan itu dapat dipertahankan semula.

Isu yang paling muktabar kepada KDM adalah berkaitan PATI/PTI, sebab itu calon-calon KDM daripada BN menang banyak kerusi, ekoran tindakan penubuhan RCI PATI Sabah. Tindakan Kerajaan Bn selepas keputusan RCI itu adalah MEMBURU, MENANGKAP, MENGHANTAR PULANG PATI, adalah pendorong kepada kaum itu berpihak kepada Bn.

Kemenangan PWS di Moyog, bukan kerana parti itu, akan tetapi lebih kepada personaliti Timbalan Presiden PWS- Darell Leiking, demikian juga Dun Liawan, kerana faktor calon Bn yang ditolak rakyat, manakala di Melalap, kerana faktor fluke shoot, kerana perbezaan undi antara calon PWS dan Bn hanya 293, lagi pun calon Bn adalah calon yang sepatutnya sudah lama bersara.

Sokongan KDM kepada Shafie pada masa ini, adalah sokongan "after thought" sokongan yang difikirkan semula, bukan sokongan orijinal.

Pada masa ini, ekoran tindakan Shafie cuba menghalalkan PTI dengan berbagai alasan, menyebabkan kaum KDM curiga kepada beliau, bahawa beliau mempunyai agenda mengubah demografi Sabah.

Penulis tidak pasti, apa kah kejadian-kejadian penempatan setinggan yang dihuni majoriti "PTI"  yang mengalami kebakaran dan kemudianya keputusan kerajaan melaksanakan pemutihan, ada hubung kait dengan mengubah demografi Sabah. Akan diketahui nanti, apa kah pertambahan rakyat Sabah melonjak dengan ketara pada sensus penduduk akan datang.

Lazimnya dalam dunia yang semakin maju ini, kadar pertambahan penduduk berkisar kepada 2% setahun, makna kata, rakyat Sabah yang berjumlah 2,741,700 tahun 2018 akan berjumlah 3,027,058 pada tahun 2024, dengan jumlah pertambahan 285,358 atau purata seramai 57,071 orang setahun.

Jika pada tahun 2024, jumlah rakyat Sabah di atas angka yang dipaparkan, maka patut dicurigai bahawa peningkatan itu kerana kehadiran PTI.

Sabah sebenarnya mengalami pertambahan penduduk luar biasa tinggi, malah mengatasi pertambahan penduduk negara-negara Afrika.

Isu PTI akan terus menghantui Shafie dan Parti Warisan Sabah, seperti mana dialami Kerajaan Bn dahulu. Sebenarnya, keadaan yang sama berlaku, sehingga timbul Ditelan Mati Emak, Diluah Mati Bapa.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels