1 March 2021

PRU15: GRS PILIHAN RAKYAT SABAH

DARIPADA 25 kawasan Parlimen, hanya 4 kawasan sukar ditawan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu Parlimen Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan dan Semporna.

Walaupun GRS akan berhadapan saingan sengit di Parlimen Batu Sapi, Lahad Datu, Tawau, Kalabakan dan Putatan, akan tetapi, mempunyai peluang merampas kawasan tersebut, berasaskan senario politik semasa.

Kepimpinan Negeri yang diterajui Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, bukan sahaja mendapat keyakinan daripada rakyat, akan tetapi para pemimpin parti-parti dalam GRS.

Hajiji berjaya dalam pengagihan jawatan-jawatan bukan sahaja berasaskan parti akan tetapi berasaskan latar belakang kaum dan agama.

Rakyat dapat merasakan, selama 6 bulan GRS menubuhkan kerajaan, meskipun dalam keadaan pandemik Covid-19, akan tetapi berjaya melaksanakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

Perkhidmatan kepada rakyat bukan sahaja dilaksanakan oleh jemaah menteri, akan tetapi oleh para ADUN yang mewakili kerajaan.

Kerajaan pimpinan Hajiji, sangat peka terhadap kehendak rakyat, atas sebab itu, untuk pertama kali memberi peruntukan kepada para ADUN pembangkang, agar mereka juga dapat berkhidmat dengan pengundi yang mereka wakili.

Sesuai dengan VISI kerajaan SABAH MAJU JAYA menjelang tahun 2025, maka, bukan sahaja kemajuan daripada segi kemudahan asas,akan tetapi melibatkan rakyat juga.

Kerajaan negeri sedar, bahawa angka kemiskinan cukup tinggi di Sabah, atas sebab itu, bertindak pro aktif, termasuk melibatkan wakil rakyat pembangkang berganding bahu dengan kerajaan untuk membasmi kemiskinan.

Memandangkan keikhlasan kepimpina kerajaan membela rakyat, maka rakyat terdorong untuk menyokong kerajaan, termasuk lah memberi sokongan kepada calon-calon pada PRU-15.

Rakyat Sabah akan memastikan, bahawa GRS adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan yang bakal menerajui Putrajaya selepas PRU tersebut.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels