Kalau kita ke kampung-kampung misalkan kampung Tamau, kagurahan,Pandasan mesti kita terjumpa warga jiran daripada keturunan bugis atau maluku. Mereka menjadi pekerja di tanah-tanah kosong kepunyaan orang-orang kaya atau politik sebagai pemilik tanah.
Orang kampung asal tidak dapat mengusahakan tanah-tanah yang nampak terbiar tersebut,kerana sebenarnya tanah-tanah itu bukan lagi milik penduduk kampung akan tetapi telah bertukar tangan kepada orang-orang politik atau orang-orang kaya yang tinggal di bandar.
Tanah di Tamau misalnya yang berdekatan pantai sebahagian besar dimiliki oleh orang-orang politik, pun demikian di Rampayan Ulu sebahagian besar tanah di situ dimiliki orang-orang politik yang suatu masa dulu mempunyai kedudukan dalam kerajaan.
Penduduk kampung tidak boleh berbuat banyak dalam pencegahan kehadiran pendatang ini,kerana mereka disokong dari belakang oleh orang-orang yang berkedudukan baik kerajaan maupun politik pada masa kini.
Orang-orang politik dan orang-orang kaya ini tidak dapat dipersalahkan sepenuhnya dalam gerak pemilikan tanah perkampungan, yang dipersalahkan adalah juak-juak petualang kampung-kampung itu sendiri kerana keinginan untuk mendapatkan wang cepat tanpa memikirkan kepentingan masyarakat kampung.
Yang paling pelik adalah apabila penduduk kampung memohon tanah untuk tapak-tapak rumah, pejabat tanah atau majlis tindakan tanah daerah yang biasanya dipengerusikan oleh wakil rakyat bagi kawasan masing-masing tidak akan mempertimbangkan permohonanan ini akan tetapi sebaliknya apabila pemohon itu mempunyai kedudukan terutama kedudukan politik, maka seluas manapun akan dipertimbangkan untuk kelulusan.
Beberapa kes di kampung Rampayan Ulu di mana tapak-tapak rumah penduduk telah dimiliki oleh orang-orang tertentu yang berjawatan politik di daerah, tetapi yang anihnya tapak-tapak rumah tersebut telah wujud sebelum merdeka lagi dan cuba dipohon penduduk asal yang masih mendiami tapak tersebut sejak sekian lama tidak mendapat perhatian daripada pejabat tanah. Namun apabila orang-orang politik memohonnya walaupun status permohonan tersebut hanya setahun sejagung terus dipertimbangkan dan diberikan geran!. Inilah delimma penduduk kampung.
6 comments:
Tanah di Tamau misalnya yang berdekatan pantai sebahagian besar dimiliki oleh orang-orang politik, pun demikian di Rampayan Ulu sebahagian besar tanah di situ dimiliki orang-orang politik yang suatu masa dulu mempunyai kedudukan dalam kerajaan.
saya merasakan perenggan ini tidak membawa kepada kegelisahan masyarakat di kg berkenaan..
kerana OKB harus lebih telus memberikan contoh ..siapa di antara orang politik yg memiliki tanah di kwsn itu dan disewakan kepada pendatang asing..?
jika kes ini benar, maka peranan YB dan pemimpin masyarakat perlu diminta secepat mungkin supaya keadaan tidak menjadi parah.
salam hormat.
PT
Salam Saudara OKB,Ramai yang sedar tentang situasi kehadiran peniaga orang luar di Kota Belud.Tapi kepada pihak mana diajukan persoalan siapakah membenarkan mereka berniaga di gerai itu?Siapakah yang meluluskan lesen perniagaan mereka?
Di sinilah kita dapat menilai sikap segelintir penjawat awam dalam Pejabat Daerah atau di Pejabat Majlis Daerah.Kuasa melulus lesen dan kuasa melarang ada ditangan mereka.
Dalam soal ini tak perlu tuding menuding jari siapa bersalah siapa benar?Jalan kewajipan dan amanah yang diberi oleh kerajaan supaya orang asing tak mempunyai kerakyatan perlu diambil tindakan sewajarnya.
Hasil dari siapa?....
Sama-sama kita menelusuri kebenaran. Tulisan ini cuba menjadi punca paparan kebenaran. Rakan-rakan yang mempunyai data lengkap sayogianya berkongsi pengalaman dengan kita-kita ini.
Kenapa Islam di hina? (Mafhum hadis: alhir zaman umat Isam spt buih...dan dicabut rasa gerun pada hati orang2 kafir) kerana umat Islam tidak mengamalkan Islam secara menyeluruh, amik part2 yg kena dgn 'nafsu' kita..yg 'nafsu' x seronok kita tingalkan....
punca utamanya bukan sbb org b'pengaruh atau org politik mahupun OKB dsbgnya..tapi sebab sikap PEMALAS org2 KB tu sendiri..
pg la mn2 kg...byk ja belia2 yg menganggur dan masih mengharapkan ibubapa utk menanggung makan,pakai minum mereka semua..walaupun umur dah masuk 30 dan ke atas..ada yg sudah berumah tangga ada anak bini..tp beras pun x mampu beli.. padahal tanah sawah ibu bapa luas ja utk diusahakan..
tp tgk siapa yg m'usahakan tanah2 tersebut kalau bukan golongan Tua itu juga...jarang npk anak2 muda..
yg dorg tau..sabung ayam, beli no ekor..judi..dan yg seangkatan dengannya..tidak pun melepak..menghabiskan masa dgn benda2 x berfaedah..cuba tgk d pekan kb tu..ada tidak npk anak2 pendatang ni melepak x tentu arah??? rata2 mereka turut membantu ibu bapa d pasar kalau tidak berkerja dan sekolah..
tapi cuba tanya bangsa apa yang paling rajin cari gaduh???kaki temberang?? jawapan ada dengan kita..
lebih bagus kita berusaha memberi pendidikan yg sempurna kpd ank2 kita..ajar mereka supaya tidak bersikap PEMALAS..dan lengkapkan hidup mereka sepenuhnya ikut kemampuan kita..jangan biar mereka terjebak dgn benda2 yg x bagus..
Post a Comment