PRU-13 yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 5 Mei lalu, dan menyaksikan BN Sabah tidak dapat mengulangi pencapaian dua PRU lalu.
Pada PRU-13 yang diketahui keputusannya pada pagi 6 Mei, menunjukkan bahawa BN Sabah berjaya membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 apabila menang 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sabah yang mempunyai 60 DUN, di mana sebelum DUN dibubarkan BN mempunyai 57 ADUN dan 21 Ahli Parlimen.Selepas PRU-13 tersebut, BN Sabah berjaya menang 22 kerusi Parlimen, namun kehilangan 9 kerusi Dun.
Dalam PRU tersebut, calon-calon BN Sabah yang menduduki kabinet negeri serta pembantu menteri tidak berjaya mempertahankan kerusi masing-masing.
Antara calon-calon yang tidak berjaya mempertahankan kerusi masing-masing adalah Datuk Yee Moh Chai- Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina bagi Dun Api-Api. Selain itu, Datuk Edward Khoo Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri bagi kawasan dun Kapayan. Datuk Jahid Jahim Pembantu Menteri di Dun Tamparuli, dan Datuk Hebret Timbon Lagadan-Pembantu Menteri di dun Kedamaian.
Dengan kekalahan Yee Moh Chai, maka daripada enam kawasan yang dimenagi kaum cina, ada dua nama yang mempunyai kedudukan dalam parti masing. Datuk Raymond Tan ADUN Tanjong Papat adalah Naib Presiden Parti Gerakan Malaysia, di mana parti itu mengalami tsunami politik gelombang kedua di Semenanjung, Selain Raymond adalah ADUN Tanjong Kapor Datuk Teo Chee Kang- Setiausaha Agung LDP. Dari dua nama ini kemungkinan salah satu daripada mereka akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina.
Di pihak KDM, sudah tentunya Tan Sri Pairin akan mengekalkan jawatan.
Namun yang menjadi perhatian adalah kedudukan Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Bumiputera islam. Sebelum ini jawatan itu disandang oleh Datuk Yahya Hussien Setiauasaha Agung Umno Sabah.
Kembalinya Datuk Dr Salleh Tun Said ke arena pilihanraya, maka jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota bumiputera islam kini berkisar antara ADUN Usukan itu dengan dengan Datuk Yahya.
Melihat kepada hieraki kedudukan dalam parti, Salleh adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. Biasanya jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota bumiputera islam tersebut akan disandang berasaskan kedudukan dalam parti. Jika demikian, maka pilihan akan jatuh kepada Datuk Dr Salleh Tun Said.
Selain itu, berasaskan keputusan PRU lalu, dimana kebanyakan penyandang jawatan kabinet negeri mahupun pembantu menteri telah menang, maka tidak akan berlaku rombakan kabinet yang sangat ketara. Apa yang berlaku adalah perlantikan baru, bagi menggantikan mereka yang gagal mempertahankan kerusi.
Ada juga kemungkinan satu-dua pembantu Menteri akan dinaikan pangkat ke menteri penuh, berasaskan merit, kerana ada pembantu menteri yang mencapai tahap kejayaan yang sungguh baik lima tahun lalu; atas sebab itu wajar dinaikan ke jawatan menteri penuh.
Untuk makluman, beberapa jawatan pembantu menteri dan menteri yang kosong- Jawatan pembantu menteri yang dikosongkan oleh Datuk Japlin Akim, kerana tidak bertanding, Jawatan pembantu Menteri yang dikosongkan oleh Datuk Jahid Jahim, Datuk Edward Khoo, Datuk Hebert Timbon Lagadan, Jawatan menteri yang dikosongkan oleh Datuk Azizah Dun Banir dan jawtan Menteri yang dikosongkan oleh Datuk Yee Moh Chai, serta jawatan Menteri yang dikosongkan oleh Datuk Ewon Ebin.
Perlantikan jawatan Menteri dan Pembantu Menteri adalah kuasa penuh Ketua Menteri. Sama-sama kita menunggu siapa-siapa yang bakal dilantik.
Nota: KEPUTUSAN PENUH PRU-13 SABAH- KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment