14 March 2013

Pemimpin Reject Boleh Bersinar semula kalau menyertai PR

BAGI Pakatan Rakyat, sesiapa sahaja yang menyokong mereka, daripada segi apapun latarbelakang orang itu, pasti dipuji, bagaikan malaikat, sebaliknya sesiapa sahaja yang menyokong Bn akan dicap sebagai individu yang rosak.

Pemimpin Bn yang menyeberang kepada mereka akan dipuja sebagai hero seolah-olah seperti malaikat, sebaliknya pemimpin mereka yang menyeberang kepada Bn akan dicap sebagai pengkhianat, iblis dan individu yang rosak akhlak.

Cuba perhatikan bagaimana Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng, Lajim Ukin dan pemimpin Bn yang lain, samada daripada Umno atau MCA atau komponen Bn, sekelip mata akan terbersih semua dosa-dosa mereka sebelumnya. Masuk Pr seolah-olah tempat pembersihan diri. Kini, para pemimpin itu dipuja, bagaikan bayi yang baru lahir tanpa dosa.

Menurut versi Pakatan, hanya yang menyokong mereka sahaja boleh dicap baik, malaikat dan tanpa kesilapan sebesar zarahpun.

Dalam demokrasi, sebenarnya perlu ada kebebasan memilih. Namun, baki pakatan, hanya melalui sokongan kepada mereka sajalah, maka seseorang itu telah mengamalkan kebebasan memilih. selain itu menurut konotasi mereka, sesesiapa yang memilih pakatan, maka akan tergolong ahli politik yang bersih, bersifat malaikat, disebaliknya mereka yang memilih Bn adalah mereka yang terdiri daripada manusia-manusia kotor dan iblis.

Fahaman pakatan ini, sebenarnya boleh menjahanamkan dan berbahaya untuk negara, kerana ianya boleh membantutkan perkembangan dan kemajuan negara terutama dalam segi politik. Di masa sama, pakatan bercerita soal-soal kebebasan, hak asasi manusia, demokrasi malahan sistem 2 parti, namun apa yang mereka lakukan tidak sesuai dengan apa yang mereka perjuangankan. Mereka seolah-olah memaksa rakyat bahawa tiada pilihan lain, melainkan menyokong pakatan. Dalam DAP misalnya, parti itu tidak mahu memberi kebebasan terhadap kaum cina memilih parti lain, melainkan hanya DAP.

Apa yang sungguh bahaya lagi, dalam pakatan adalah taboo atau dilarang sama sekali menyuarakan atau mendedahkan sebarang salah laku dalam parti mahupun oleh pemimpin mereka. Jika ada yang berani bersuara, maka individu itu akan dicaci, dipulau dan mengecapnya dengan berbagai gelaran.

Bagi Pakatan mereka menganggap semua jajaran pemimpin tidak mungkin melakukan kesilapan apalagi kesalahan, mereka menganggap apa sahaja perbuatan para pemimpin mereka benar belaka, disebaliknya apa sahaja perbuatan atau tindakan pemimpin Bn atau Bn semuanya salah dan tidak pernah benar. Bagi Pakatan, mereka tidak boleh menerima perbezaan pendapat atau polisi, kerana bagi mereka politik adalah satu cara untuk menanam kebencian dan membangkitkan emosi.

Mengapa cara berpolitik seperti yang diamalkan Pakatan boleh berada di Malaysia? Apabila kita perhatikan kebanyakan Cyber Troopers mereka, bukan mengutarakan idea-idea akan tetapi lebih kepada hentaman peribadi yang umumnya berupa fitnah dan putar belit.

Gaya dan tindakan mereka, seolah-olah seperti malaikat, sedangkan ramai yang tahu mereka adalah penulis upahan yang senantiasa akur dengan kehendak master pay mereka.

Jikalah ditakdirkan Pakatan memerintah negara. Jika perlakuan dan tindakan mereka itu berterusan, maka boleh menjadikan mereka kerajaan yang zalim lebih teruk dibanding Hitler. Bn pada masa itu, tidak boleh menjadi check and balance, kerana mereka, akan meranapkan apa sahaja teguran. 

Keadaan ini yang perlu difikirkan rakyat sebelum membuat pilihan pada PRU-13 akan datang. Rakyat akan menjadi mangsa, kerana rakyat tidak akan mampu lagi mengetahui sebarang salah laku, kerana Pakatan telah mempatenkan, bahawa setiap tindakan mereka adalah bebas daripada kesilapan atau kesalahan, kerana mana ada malaikat yang membuat kesilapan apa lagi kesalahan.

Contoh yang paling ketara-selama 5 tahun-apabila melihat cara mereka memerintah 4 negeri (Kedah, Pulau Pinang, selangor dan Kelantan), berbagai janji tidak dikotakan, rasuah sana sini, masalah, kelemahan dan sebagainya, namun mereka mencari 1001 alasan dan penyebab, dan malangnya kelemahan mereka itu kononnya disebabkan oleh barisan nasional.

Paling malang lagi, apabila Sabah Under Attack oleh pengganas Sulu. Sungguh tega mereka menuduh semua itu sandiwara Umno. Nyawa perwira negara yang terkorban dipersendakan. Rakyat yang ketakutan, bukan dibela, akan tetapi diperlekeh.

Juak-juak Pakatan, yang  berjaya memerangkap para pesara tentera, sehingga para pesara ini sanggup memberi tomahan yang luar biasa, sehingga menggambarkan bahawa mereka yang masih berkhidmat tiada keupayaan langsung.

Kepada rakyat yang masih dapat berfikiran waras dan tenang, sesiapa yang terlanjur menyokong pakatan, belum berlambat lagi, cuba berfikir sejenak, bermuhasabah diri, pasti akan ditemui kebenaran yang hakiki.

28 comments:

Unknown said...

Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

Pakatan Rakyat telahpun membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini.

Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :

Unknown said...

Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

a. Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat “Malaysian Malaysia”, “samarata” dan “samarasa”.

Unknown said...

Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

b. Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

Unknown said...

Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

c. Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur” seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.

Unknown said...

Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

d. Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar “superiority material”. Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka.

Unknown said...

Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

e. Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar.

Unknown said...

Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.

Unknown said...

Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

f. Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan “manifesto bukan satu perjanjian”. Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Unknown said...

Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

g. Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.

Unknown said...

Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

h. Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut. Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.

Unknown said...

Manifesto PR Tolak Syariat Islam: Dr Hassan Ali

Setakat yang dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.

Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.

Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri.

John Winchester said...

Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pembangkang semalam adalah perkara basi dan jelas menggambarkan kecelaruan dalam pakatan mereka

John Winchester said...

Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pembangkang semalam adalah perkara basi dan jelas menggambarkan kecelaruan dalam pakatan mereka

John Winchester said...

kandungan manifesto berkenaan seolah-olah dikitar semula daripada agenda Buku Jingga yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.

John Winchester said...

selain gagal memperkenalkan sesuatu yang baharu, pakatan pembangkang ini juga gagal menjelaskan tentang kepimpinan mereka sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan.

John Winchester said...

Mereka masih bercelaru tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika dapat menubuhkan kerajaan.

John Winchester said...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerjasama pakatan pembangkang bersifat sementara dan sekadar mahu memenangi pilihan raya umum.

John Winchester said...

BN yang mempunyai kerjasama rapat selama 55 tahun dan persefahaman

John Winchester said...

dalam pakatan pembangkang itu sendiri sebenarnya tiada persetujuan dan tiada perancangan masa depan.

John Winchester said...

Kita harus ingat pakatan bukan gabungan. Pakatan adalah perjanjian secara tidak bertulis yang mahu bekerjasama melawan BN, itu sahaja

John Winchester said...

sesetengah pihak yang dilaporkan berhasrat memberi peluang kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana menganggap mereka seperti “BN”

John Winchester said...

pembangkang tidak mempunyai agenda pembangunan negara, jauh sekali mahu menjaga kepentingan rakyat.

mantera said...

PR mmg suka mengambil pemimpin reject

atasagar said...

biasalah...dalam politik, wujud kerajaan dan pembangkang...check & balance...

atasagar said...

apa yag penting, parti yang terpilih oleh rakyat akan menjadi pemerintah kerajaan..

atasagar said...

dan yang terpinggir akan menjadi parti yang akan membangkang segala kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan, jika ada

atasagar said...

kesimpulannya, baik buruk sesebuah kerajaan adalah atas pilihan rakyat sendiri

atasagar said...

jadi, undilah dengan bijak di PRU13 nanti wahai pengundi-pengundi sekalian

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels