1 June 2013

Demokrasi Anwar-ajaran sesat dalam demokrasi

ANWAR turun ke jalan 2 hari selepas PRU-13 diketahui. Anwar sebenarnya telah membuat perjanjian dengan Najib, bahawa sebarang keputusan rakyat melalui PRU-13 perlu dipatuhi.

Rakyat daripada 222 kerusi Parlimen, telah memberikan 133 kerusi parlimen kepada BN, manakala DAP-PKR-PAS (38+30+21)=89. 

BN menubuhkan kerajaan dengan majoriti, bukan majoriti mudah, 112. Bagi BN hanya memerlukan 15 kerusi untuk kuasa 2/3, manakala PR perlu 23 kerusi parlimen untuk mencapai majoriti mudah, 112.

Anwar turun jalan menjual ajaran sesat demokrasinya, dengan mendakwa, kemenangan PR telah dirampas, atas sebab mendapat undi popuar 51 peratus berbanding BN 48 peratus.

Anwar mencuba menidakkan amalan demokarsi negara ini yang berasaskan demokrasi berparlimen, di mana kemenangan adalah berasaskan jumlah kerusi, bukannya undi popular.

Sejak PRU pertama negara pada tahun 1959, hingga kini, amalan demokarsi negara adalah berasaskan demokrasi berparlimen, sepertimana diamalkan di United Kingdom.

Anwar selama 2 minggu telah 9 kali turun ke jalan menjual ajaran sesat demokrasinya, namun tidak mendapat sambutan sepertimana yang diinginkannya. Anwar mahu agar rakyat bertindak gila seperti berlaku di Tunisia, Mesir mahupun Libya.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels