17 December 2009

Pakatan Bergolak Walaupun Menang Pilihanraya Kecil

Jika dilihat pada angka, Pakatan Rakyat menang 6-2, iaitu enam daripada lapan pilihan raya kecil yang diadakan sepanjang tahun 2009.

Kemenangan PR tersebut adalah bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu) dan Bukit Gantang di Perak serta kerusi Bukit Selambau (Kedah), Penanti dan Permatang Pasir (Pulau Pinang) dan Manik Urai (Kelantan).

Manakala Barisan Nasional pula memenangi kerusi negeri Batang Ai, Sarawak dan Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Dari satu aspek, kemunculan pakatan pembangkang dilihat mampu memainkan peranan "mengawasi dan menegur" terhadap pentadbiran Barisan Nasional dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.

Di sebalik kejayaan tersebut, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membentuk pakatan pembangkang masih mencari formula terbaik ke arah mewujudkan persefahaman jitu sesama mereka.

Matlamat jangka pendek adalah jelas iaitu untuk membentuk kerajaan baru, namun dalam jangka panjang, perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam tidak boleh diterima DAP.

Tanggungjawab untuk membawa ketiga-tiga parti kepada pemuafakatan terletak di bahu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha agar percanggahan matlamat antara Pas dan DAP tidak menggugat keutuhan pakatan tersebut.

Namun begitu, riak-riak pergolakan tetap berlaku. Suatu ketika Pengerusi DAP Karpal Singh mengancam supaya DAP menarik diri jika PAS masih mahu melaksanakan hukum Hudud dan qisas sekiranya gabungan itu berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula bertegas bahawa PAS juga boleh membuat kenyataan berbentuk ugutan kepada DAP dan PKR sekiranya mereka enggan menerima cara Islam yang dibawa oleh parti itu.

Dalam pada itu, parti yang menerajui pentadbiran di negeri masing-masing berdepan pelbagai isu yang menggugat kewibawaan mereka.

Antaranya di Pulau Pinang, pentadbiran Lim Guan Eng berdepan dengan kemelut penduduk setinggan Kampung Buah Pala manakala Azizan di Kedah menghadapi isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sehingga wakil DAP Kedah/Perlis bertindak keluar dari gabungan di Kedah.

Di Selangor, kontroversi tercetus ekoran timbul isu moral berhubung exco kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong apabila gambar bogelnya tersiar di khalayak selain isu "kepala lembu" kerana bantahan penduduk terhadap cadangan memindahkan kuil.

Pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga teruja oleh desakan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya kedudukan Exco dari DAP Ronnie Liu dikaji semula kerana didakwa campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan termasuk melibatkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.

PAS mahu Selangor menguatkuasakan garis panduan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu tetapi ditolak oleh Menteri Besar yang menyifatkannya sebagai bukan isu.

Di Kelantan, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak sunyi daripada kontroversi terutama yang melibatkan menantunya yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan tawaran menunai haji untuk beliau oleh sebuah syarikat swasta.

Lebih hangat lagi ialah apabila Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa bagi menukar "dua tiga kerat" pemimpin parti itu yang dikatakan merujuk kepada Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ini kerana Nik Abdul Aziz dikatakan tidak boleh menerima apa jua cadangan ke arah kerajaan perpaduan dengan Umno dan BN.

Di Sabah, PKR dilanda krisis kepimpinan berikutan pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai ketua perhubungan negeri oleh Anwar yang mendorong Datuk Dr Jeffrey Kitingan meletak jawatan sebagai naib presiden PKR.

Tetapi tamparan paling hebat bagi pakatan tersebut ialah apabila pakatan itu hilang kuasa di Perak ekoran tindakan tiga wakil rakyat iaitu dua daripada PKR dan satu dari DAP mengisytiharkan diri menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan menyokong BN pada Februari lepas.

Dalam kemelut itu, pemimpin mereka dianggap "menderhaka" dan biadap dalam tindak-tanduk mereka terutama kerana tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Ekoran itu, Karpal dengan marah menuduh Anwar tidak layak menjadi pemimpin bagi pakatan kerana mendakwa Anwar bertanggungjawab mempromosikan budaya lompat parti.

Seterusnya kenyataan anggota Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Abdul Samad mengenai bai'ah atau sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika wakil rakyat mereka mengkhianati parti, juga mencetuskan kontroversi hebat.

Kontroversi yang berlarutan menimbulkan tanda tanya apakah laluan ke Putrajaya masih lagi jelas seperti dibayangkan Anwar awal tahun ini.

Ketika ini Pakatan memiliki 82 kerusi Parlimen berbanding 137 BN dan tiga Bebas.

15 December 2009

Media Alternatif Saingan Baru Kerajaan

MENTERI dalam Negeri Datuk Hishamudin telah menjahirkan amaran kepada para bloger yang menurutnya tidak beretika. Apakah amaran ini akan membuatkan para bloger menjadi musuh kerajaan, sehingga kemudahan laman blog akan ditutup? Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

Selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada kabinet Dr Mahathir Mohamad, internet telah menjadi medan untuk melawan propaganda pemerintah yang didukung oleh media arus perdana.

Pada ketika itu lahirlah laman-laman web seperti Anwar Online, Laman Reformasi, Mahazalim, Mahafiraun, Laman Marhaean dan, pada penghujung 1999, Malaysiakini.

Penguasaan regim Dr Mahathir terhadap media arus perdana telah menyebabkan rakyat dahagakan sumber maklumat alternatif, tambahan pula media arus perdana seringkali "menggelapkan" berita-berita mengenai penentangan terhadap regim Dr Mahathir.

Pada ketika itu, akhbar parti pembangkang seperti Harakah dan akhbar independen seperti Eksklusif

Perubahan ini menyebabkan regim Dr Mahathir memulakan tindakan "ganas" terhadap media yang menentangnya pada 2000 apabila Harakah dihadkan pengeluarannya kepada dua kali sebulan (daripada lapan kali). Mingguan Eksklusif pula ditamatkan permitnya bersama majalah Detik.

Kebangkitan mahasiswa pada 2001 menyebabkan regim Dr Mahathir memulakan tindakan ganas mereka terhadap mahasiswa. ISA digunakan untuk menahan Mohd Fuad Ikhwan daripada Gamis dan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dari UBU.

Dr Mahathir gali 'lubang kubur'

Faktor penting yang membolehkan BN memerintah Malaysia lebih daripada 50 tahun, antaranya, kerana selama ini mereka memonopoli maklumat dan berita.

Sebelum internet, rakyat Malaysia hanya menerima maklumat dari satu sumber sahaja, yakni media arus perdana.

Media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, The Star, RTM dan TV3

Dr Mahathir ibarat menggali "lubang kubur" BN apabila menggesa rakyat cintakan teknologi maklumat (IT). Jika kita masih ingat, kempen Cinta IT ini begitu hebat sehinggalah penyanyi popular Siti Nurhaliza turut menyampaikan sebuah lagu Cinta IT yang seringkali dimainkan di TV dan radio.

Perkembangan media alternatif melahirkan sebahagian besar rakyat Malaysia yang bergantung dan lebih percaya kepada laman-laman web alternatif berbanding media arus perdana. Ia dapat dibuktikan apabila berlakunya sesuatu peristiwa besar, laman-laman web alternatif terpaksa menampung pembaca yang begitu ramai.

Kelumpuhan BN dalam memonopoli maklumat menyebabkan berlakunya gejala yang digelar "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Keberkesanan internet terbukti apabila BN kalah di hampir kesemua kawasan bandar di Semenanjung Malaysia dan hanya bergantung kepada undi penduduk luar bandar.

Jika tiada bantuan kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak, sudah pasti BN akan turut terkubur dalam pilihan raya umum lalu.

Perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan lahirnya banyak medium baru di internet untuk menyampaikan maklumat seperti blog, Facebook dan Twitter.

Medium baru ini lebih mudah dan mesra untuk digunakan. Jika dahulu, pemerintah Malaysia hanya berhadapan dengan laman web, kini mereka terpaksa juga berlawan dengan blog, Facebook dan Twitter.

Ramai juga pemimpin BN yang terpaksa membuka blog, Facebook dan Twitter masing-masing untuk turut serta dalam “perang gerilla siber” yang begitu hebat di Malaysia.

Tambahan lagi ketika Malaysia dikatakan menuju ke arah sistem dua parti - apabila BN mempunyai pesaing dalam politik iaitu Pakatan Rakyat. Cabaran pada masa akan datang pasti semakin hebat.

Perjuangan ini tidak akan sia-sia. Hasilnya boleh dilihat hari ini apabila warga Malaysia menjadi lebih cerdik dan bijak politik berbanding pada waktu maklumat hanya dimonopoli oleh satu pihak. memainkan peranan besar yang mendorong perubahan trend pengundian orang Melayu untuk menyokong Barisan Alternatif. memainkan peranan sebagai jentera propaganda pemerintah. Penentang-penentang regim Dr Mahathir akan "dibelasah" melalui media ini.

13 December 2009

Tolak Ansur Dan Saingan Kaum: Catitan Perasmian Perkasa Pribumi Negara Cawangan Sabah

Mukadimah

Sejak akhir-akhir ini, gejolak antara kaum telah menjadi-jadi, apatah lagi hasil tiupan parti-parti yang ingin menonjolkan parti masing-masing agar supaya mendapat sokongan rakyat. Akibat, kegahiraan tersebut, maka isu perkauman ditonjolkan demi membangkitkan semangat kaum-kaum masing, sehinggakan asas pembentukan negara ini diketepikan.

SERING kita mendengar orang berkata bahawa penduduk pelbagai kaum atau bangsa, agama, budaya dan bahasa di Malaysia selama ini dapat hidup ``bersatu padu, aman dan damai'' kerana adanya semangat ``tolak ansur''. Siapakah yang bertolak ansur dan siapakah yang tidak bertolak ansur atau yang menjadi mangsa tolak ansur itu - isu ini makin terasa sejak mutakhir ini.

Sebenarnya, tolak ansur ini merupakan salah satu ``formula khusus'' yang dipersetujui antara orang Melayu dengan kaum-kaum lain semasa Persekutuan Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan dahulu.

Formula itu ialah, orang Melayu bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan kepada kaum-kaum bukan Melayu yang berada di Tanah Melayu berdasarkan prinsip jus soli.

Sebagai balasannya, kaum-kaum lain itu diminta menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, bersetuju supaya Islam dijadikan agama rasmi negara, dan menerima beberapa ``hak istimewa'' Melayu, misalnya dalam bidang perkhidmatan awam.

Sebenarnya, istilah ``hak istimewa'' orang Melayu itu tidak sesuai digunakan, kerana istilah ini boleh membayangkan atau boleh disalahtafsirkan oleh orang lain bahawa orang Melayu telah mengisytiharkan dirinya sebagai bangsa yang ``istimewa'', sebagai golongan kelas pertama, manakala kaum-kaum lain jatuh ke tahap kelas kedua dan ketiga.

Padahal apa yang dikatakan ``hak istimewa'' orang Melayu itu adalah ``hak'' yang diwarisi oleh bangsa Melayu dalam sejarahnya sejak ratusan tahun dahulu, sebelum kedatangan bangsa-bangsa lain di rantau Melayu ini. Misalnya, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kerajaan Melayu, bukan sahaja di Tanah Melayu bahkan di seluruh rantau yang disebut rantau kepulauan Melayu ini sejak sekurang-kurangnya abad ke-12 lagi. Agama Islam juga adalah agama yang dominan di rantau ini.

Jadi, apa yang berlaku ialah warisan atau sejarah ini dikekalkan dalam negara Melayu yang merdeka, yakni yang dibebaskan daripada penjajahan British. British menjajah Tanah Melayu, negeri dan kerajaan Melayu dan bangsa Melayu, bukan negeri, kerajaan dan bangsa bukan Melayu.

Hal ini memang disedari oleh kaum-kaum bukan Melayu, maka kerana itulah apabila orang Melayu bangkit menentang gagasan atau muslihat Malayan Union dalam tahun 1946-1948, kaum-kaum lain tidak menyokong atau tidak ikut menentangnya; mereka menganggap bahawa Malayan Union itu adalah masalah antara orang Melayu, kerajaan Melayu, raja-raja Melayu, dengan kerajaan British, bukan masalah mereka.

Lagipun, pada masa itu mereka bukan rakyat Tanah Melayu, yakni bukan rakyat raja-raja Melayu, jadi tentulah rasa taat setia kepada kerajaan atau raja Melayu tidak ada dalam hati mereka. Mengapa mereka mesti menentang British untuk mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu?

Tetapi oleh kerana salah satu isu yang dibangkitkan oleh pihak British ialah isu perpaduan kaum setelah pihak British meninggalkan Tanah Melayu (seolah-olah semasa British memerintah negeri ini, kaum-kaum itu bersatu padu) maka orang Melayu dan pemimpin kaum-kaum lain bersetujulah mencari `formula'nya. Dari situlah timbulnya semangat tolak ansur tadi, dan sebahagian daripada formula tolak ansur ini dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang digubal oleh Suruhanjaya Reid yang anggotanya semuanya orang luar, dari England, dari India, Pakistan dan Australia - tidak ada seorang pun wakil Melayu atau wakil kaum-kaum lain yang duduk dalam suruhanjaya itu.

Selain formula yang diperlembagaankan itu, terdapat pula tolak ansur lain, misalnya, kuasa politik dan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu hendaklah dikongsi oleh orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Maka dibentuklah Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC yang memerintah negara ini dari tahun 1957 hinggalah ke hari ini. Teras parti atau kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang ialah perikatan UMNO-MCA-MIC yang dahulu itu.

Jadi, kalau Malaysia mahu terus menjadi negara yang dikatakan ``aman dan damai'', penduduk pelbagai kaumnya hidup ``bersatu padu'', maka formula tolak ansur yang asal itulah yang patut dipertahankan dan dihormati, jangan dipersoalkan, dijadikan isu lagi dan dicairkan dengan pelbagai tuntutan dan desakan yang lain, atau dimusnahkan dengan pelbagai tolak ansur lain yang dibuat oleh mana-mana kaum berdasarkan kepentingan politik, budaya dan ekonomi etnik masing-masing.

Istilah tolak ansur ini, dari segi maksud harfiahnya, boleh ditafsirkan berdasarkan perasaan dan kepentingan pelbagai pihak, dan orang tidak semestinya selama-lamanya menerima ``formula'' yang asal itu.

Cuba kita lihat ragam-ragam makna dan implikasi psikologi istilah ini yang boleh timbul dalam situasi perhubungan etnik, politik, budaya dan sosial di negara ini.

Istilah tolak ansur terdiri daripada dua perkataan yang mempunyai makna yang berlainan, iaitu ``tolak'' dan ``ansur'', Perkataan ``tolak'' bermacam-macam maknanya. Makna asasnya ialah `mendorong' atau `menyorong'. Apabila kita menolak sesuatu, kita menggerakkan sesuatu itu dari tempat asalnya ke tempat lain, atau kita mengalih kedudukannya. Misalnya, menolak kereta yang enjinnya tiba-tiba mati kerana bateri lemah, atau menolak meja atau kerusi. Tetapi perbuatan ini tidak sampai menyebabkan benda yang ditolak itu tumbang atau jatuh.

Tetapi perkataan ``menolak'' juga bererti perbuatan yang boleh menyebabkan sesuatu atau seseorang jatuh, tersungkur, tumbang, dan tergolek. Misalnya, kita boleh menolak seseorang yang sedang berada di tepi parit atau di tepi kolam, sehingga menyebabkan dia jatuh ke dalam parit atau kolam itu.

Tolak juga boleh bererti `mengurangkan'. Misalnya, ``10 tolak 8'' jadi 2. Dalam bahasa Melayu, makna ini digunakan dalam ilmu kira-kira. Maknanya sama dengan perkataan Inggeris minus atau subtract, lawannya `campur' atau `tambah' (dalam bahasa Inggeris plus atau add).

Perkataan tolak dalam bahasa Melayu juga boleh bererti `tidak mahu menerima sesuatu' atau `membuang sesuatu'. Misalnya, `pinangannya ditolak orang', atau `permohonannya untuk mendapat pekerjaan itu ditolak kerana dia tidak fasih berbahasa Inggeris', `calon itu ditolak pengundi', `menolak rezeki', dan lain-lain lagi. Perkataan ini juga digunakan secara metafora atau kiasan, misalnya dalam ungkapan seperti `menolak ombak' dan `menolak angin' (maksudnya, melakukan kerja yang sia-sia). Simpulan bahasa ``tolak tepi'' bererti tidak dipedulikan orang, atau dipinggirkan.

Lawan perkataan tolak ialah perkataan ``tarik''. Apabila kita menarik sesuatu kita melakukan perbuatan menghela sesuatu itu supaya bergerak ke arah kita. Simpulan bahasa ``tarik tali'' bererti sekejap mahu mengalah, sekejap tidak.

Perkataan ``ansur'' pula bererti `sedikit demi sedikit', misalnya dalam ayat seperti `keadaan ekonomi negara beransur baik', `hutang kereta (atau rumah) dibayar secara beransur-ansur tiap-tiap bulan'.

Perkataan ansur juga bererti bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit, yakni tidak serentak, misalnya `para tetamu mulai beransur meninggalkan majlis'.

Jadi, kalau kita melihat makna istilah tolak ansur ini berdasarkan makna kata-kata yang membentuk istilah ini, bermacam-macam maknalah yang dapat kita berikan kepada istilah ini.

Istilah ini baru wujud dalam bahasa Melayu. Menurut kamus, ungkapan ini bermakna `saling menuruti atau saling memberi, atau berkompromi. Maksudnya barangkali sama dengan maksud ungkapan bahasa Inggeris give and take, makna harfiahnya ialah, memberi dan menerima, tetapi makna simpulan katanya ialah `beralah' atau `mengalah'. Kata akarnya ialah ``alah'' yang bermakna kalah atau tewas.

Makna Tolak Ansur yang membawa erti "Tidak merugikan"

Apabila seseorang itu beralah atau mengalah, dia menyerahkan kehendaknya kepada kehendak orang lain. Si suami boleh jadi mengalah kepada kehendak isterinya, boleh jadi kerana si suami itu terlalu menyayangi isterinya, lalu beralah atau mengalah kerana tidak mahu menyakiti hati isterinya dalam hal-hal tertentu. Orang yang berasa dirinya tidak akan rugi kalau dia beralah kepada orang lain, misalnya dalam pertengkaran atau perbahasan, maka dia akan beralah. Dalam hal ini, beralah belum tentu bererti `kalah'. Orang yang beralah itu boleh jadi hanya pura-pura ``mengalah''. Tetapi ``mengalah'' boleh bererti mengaku kalah.

Bertolak ansur, kalau menurut makna asalnya, boleh bermakna `beralah'', dan boleh juga bererti ``mengalah''.

Dalam perundingan diplomasi, misalnya, sering berlaku perbuatan `sorong tarik'; satu pihak cuba mempertahankan pendiriannya, pihak yang lain cuba memujuk untuk mendapatkan sedikit sebanyak `konsesi'.

Biasanya, pihak yang berasa dirinya kuat, tidak mahu mengalah, malah tidak mahu beralah. Pihak yang lemahlah yang biasanya selalu beralah dan akhirnya mengalah.

Tolak ansur ``yang adil'' hanya berlaku antara pihak-pihak yang berasa bahawa tolak ansur itu tidak akan merugikan pihak masing-masing.

Jika satu pihak berasa dirinya kuat, yang satu lagi lemah, tolak ansur selalunya akan menguntungkan pihak yang kuat itu. Pihak yang lemah tidak ada kuasa dan pengaruh untuk memaksa pihak yang kuat supaya beralah atau mengalah kepadanya. Contoh yang baik ialah, konfrontasi Amerika terhadap Iraq atau terhadap Saddam Hussein: Apa pun kehendak Amerika, termasuk kehendaknya yang terang-terang jahat, Iraq tidak mempunyai kuasa tentera untuk menentang kehendak itu. Beralah dia rugi, mengalah lebih lagi ruginya. Seperti kata pepatah Melayu, menang jadi arang, kalah jadi abu.

Jadi, soal menang kalah dalam dunia hari ini tidak lagi bergantung pada taktik tolak ansur tetapi bergantung pada kuasa, kekuatan (baik kekuatan politik, ekonomi, mahupun kekuatan tentera dan senjata perang) dan daya saingan.

Di Malaysia sekarang, kita perhatikan bahawa orang Melayu tidak dapat dikatakan bangsa yang mampu bertolak ansur lagi, kerana sebagaimana kita tahu, masalah yang dihadapi oleh orang Melayu hari ini, dalam hampir semua lapangan, makin lama makin serius. Setelah sekian lama merdeka - kemerdekaan yang dituntut oleh orang Melayu setelah mereka menentang Malayan Union - orang Melayu masih lemah dalam bidang ekonomi, berbanding dengan kaum-kaum lain.

Bangsa Melayu tidak menguasai sektor swasta - sektor pembangunan negara ini. Pengaruh sektor awam atau sektor pentadbiran awam yang masih didominasi oleh orang Melayu tentunya bergantung pada kecekapan dan keberkesanan birokrasinya untuk mengawal kuasa sektor swasta yang kian berpengaruh dalam menentukan kemajuan kaum-kaum di negara ini dalam bidang ekonomi, perniagaan dan teknologi.

Dalam bidang pendidikan, masalah orang Melayu tidak habis-habis. Walaupun kemajuan orang Melayu dalam bidang ini sudah jauh lebih baik daripada keadaannya sebelum kemerdekaan, tetapi jurang ketidakseimbangannya dengan kemajuan kaum-kaum lain dalam bidang ini makin lama makin meluas.

Dalam bidang politik kuasa demokrasi Melayu tidak lagi sekuat dahulu. Para pemimpin politik Melayu sendiri mengakui keadaan ini apabila mereka berkata bahawa orang Melayu terpaksa bergantung kepada undi bukan Melayu untuk terus berkuasa atau berkongsi kuasa di negara ini.

Dalam BN hanya ada parti UMNO sahaja, tidak ada parti Melayu lain. Ini bererti, lemah UMNO lemahlah kuasa politik dan kuasa pemerintahan Melayu. Apakah ada alternatif lain?

Dalam situasi seperti ini, gagasan bahawa orang Melayu mesti mengekalkan ``ketuanan''nya atau menjadi bangsa contoh di negara ini, tidak akan bermakna lagi. Akibatnya nanti, formula tolak ansur yang dipersetujui dalam tahun 1957, seperti yang tersebut di atas, boleh sahaja ditolakansurkan lagi melalui persaingan yang lebih pragmatik.

Bangsa yang lemah tidak mampu bertolak ansur secara beralah atau secara mengalah. Mereka akan menghadapi masalah untuk mengekalkan apa jua hak yang masih ada padanya dalam dunia yang nasibnya tidak lagi dapat diselamatkan melalui ideologi tolak ansur yang formal itu, melainkan diselamatkan melalui kecekapan bangsa itu, melalui daya saingnya dalam segala bidang, dan lebih penting lagi melalui kecekapan dan kebijaksanaan para pemimpinnya.

Para pemimpin yang tidak mempunyai mutu moral yang tinggi, para pemimpin yang korup, misalnya, pasti tidak akan dapat menyelamatkan bangsanya.

Walhasil, tolak ansur tidak sama dengan perbuatan sorong papan tarik papan atau seperti permainan tarik tali, satu pihak melonggarkan tarikan talinya, yang satu lagi menarik tali yang sudah longgar itu.

Jika ``permainan diplomasi'' seperti ini terus berlaku di negara ini, belum tentulah perpaduan antara kaum akan dapat berkekalan.

Disini lah Perkasa Pribumi Negara perlu menyahut cabaran!

11 December 2009

Najib: Media Baru Penting Untuk Masa Depan Poltik dan Sivil

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau sentiasa mengatakan media baru memainkan peranan penting kepada masa depan politik dan sivil rakyat negara ini.

Perdana Menteri berkata medium itu penting bagi kebenaran didedahkan melalui laporan yang bertanggungjawab.

"Oleh sebab itu saya amat berminat bila mendapati ada satu Kod Etika Penulis Blog yang mungkin boleh diterima pakai oleh para penerbit," kata beliau dalam blognya www.1malaysia.com.my pada hari Khamis.

Disiarkan dalam laman berita internet, garis panduan untuk penulis blog itu didasarkan kepada kod etika Persatuan Wartawan Profesional yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Berikut adalah beberapa petikan bahawa penulis blog hendaklah:

- Jujur dan adil dalam mendapatkan, melapor dan menginterpretasi maklumat,

- Jangan sekali-sekali menciplak,

- Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan,

- Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut,

- Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta,

- Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera,

- Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi,

- Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog,

- Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi,

- Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.

Najib berkata beliau mendapati standard seperti itu amat penting ke arah membina satu dialog yang dihormati serta produktif dan akan berusaha untuk patuh kepada standard itu sedapat mungkin.

10 December 2009

Benarkah Pemimpin Pilihan Parti Juga Pemimpin Rakyat??

Sebelum PRU-12, pernyataan ini ada benarnya bagi pemimpin barisan nasional, kerana sebelum itu siapa sahaja pemimpin sesebuah parti yang mempunyai hierakhi dalam parti, pasti menang dalam pilihanraya.

Tidak hiranlah apakah pemimpin yang dipilih oleh parti itu ada skandal tertentu, tetapi apabila bertanding pasti menang. Disebabkan itulah, di setiap pemilihan parti, individu yang ingin mendapatkan tempat dalam parti bertungkus lumus jiwa dan raga serta kewangan untuk mendapatkan tempat dalam parti.

Selepas PRU-12, imuniti yang ada kepada pemimpin sesebuah parti BN ternyata tercacat, kita menyaksikan ramai pemimpin parti BN yang kecundang. Melalui PRU-12, rupanya pemimpin sesebuah parti yang dipilih oleh ahli-ahli parti, bukan lagi merupakan pemimpin di mata rakyat.

Pada 24hb April, 2009, Perdana Menteri yang juga presiden UMNO telah mengumumkan senarai kepimpinan UMNO dalam majlis tertinggi UMNO maupun Pengerusi perhubungan UMNO negeri berserta timbalannya. Dalam perlantikan tersebut, asasnya adalah mereka yang telah menang dalam parti, walaupun ada yang tewas dan tidak bertanding turut juga dilantik atas alasan bahawa pemimpin yang dilantik itu dirasakan masih dapat menyumbang kepada parti.

Pesanan rakyat melalui PRU-12 rupanya telah menjadi asas utama kepada Datuk Seri Najib dalam melantik safnya dalam MT UMNO. Beliau merasakan bahawa kemenangan dalam pilihanraya tidak semestinya calon itu adalah mereka-mereka yang dipilih oleh ahli-ahli parti, kerana ahli parti hanya sebahagian kecil daripada pemilih pada masa pilihanraya.

Diharapkan bahawa barisan kepimpinan UMNO kali ini dapat menghakis anggapan rakyat , bahawa pemimpin sesebuah parti itu bukan merupakan pemimpin di mata rakyat. Krisis anggapan atau persepsi bahawa pemimpin tertinggi atau pemimpin yang diketengahkan kepada rakyat bersifat “saya ini pemimpin”. dapat diperbaiki dan kalau boleh dijadikan sempadan serta dilipat baik-baik dalam lipatan sejarah para pemimimpin yang pernah melakukannya.

Slogan Perdana Menteri” Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan” semoga mejadi landasan kepada saf baru ini selain prinsip 6M: Musyaratah (menepati syarat kejayaan) Mua'tabah (menghakis sifat-sifat buruk) Mu'aqabah (mengekalkan tindakan yang benar) Muraqobah (mengawal diri secara berterusan) Muhasabah (menilai diri) dan Mujahadah (berusaha bersungguh-sungguh).

Rakyat yang menolak sebahagian pemimpin BN melalui PRU-12 maupun pada 7 pilihanraya kecil, tiga parlimen dan 4 DUN selepas PRU-12 menunjukan rasa geram sebahagian pengundi dan masih tidak dapat menerima bahawa mereka perlu diwakili oleh parti BN.

Selain rasa geram sebahagian rakyat, ada juga rakyat yang beranggapan bahawa pilihan alternatif terpampang di depan mata, bagi mereka yang berpandangan demikian, siapapun yang mewakili mereka dan pihak manapun yang menang status quo keputusan PRU-12 tetap sedemikian sehinggalah menjelang pru-13.

Mereka telah bosan dengan keadaan yang serupa selama berpuluh-puluh tahun, mereka ingin berubah. Mereka terbiasa dengan kapal yang sama, mereka merasakan bahawa kapal yang sedia ada tidak dapat menampung lagi muatan yang banyak, kerana telah mengalami renovasi sana sini. Mereka hendak merasakan kapal baru.

Lumrah manusia, selalu berkehendakan yang baru-baru. Hendak pakaian baru sempena menyambut hariraya, tahun baru atau perayaan-perayaan keagamaan lain. Mengubah persepsi yang melanda rakyat kini amat sukar.Mereka telanjur membuat keputusan. Mengubah keputusan mereka memerlukan masa, walaupun merubah keputusan amat mudah dilakukan jika kehendak dan aspirasi seorang itu terkena PILARNYA.

Sebahagian anggota parti pemerintah menyalahkan penolakan sebahagian rakyat ini kepada nahkoda yang mengendali. Menurut mereka, kerana nahkoda yang tidak becus kurang luwes, maka rakyat berpaling tadah. Mereka inginkan penggantian nahkoda untuk mengemudi kapal yang sama. Menurut mereka, semoga nahkoda yang baru, dapat mengemudi kapal dengan berhati-hati, mengelak terlanggar karang-karang di laut, mengelak badai yag bertiup, mengurangkan muatan yang bersifat “melukut ditepi gantang”, menenggalamkan muatan yang dianggap kedaluwarsa, disamping menjemput naik muatan baru yang segar-segar dan dianggap baru dan masih berbungkus kerana baru.

Nampaknya melalui nahkoda baru dengan para kelasi yang baru, cara pengemudian yang baru, cara menentukan arah yang serba baru, walaupun tujuan destinasi adalah sama.

Para pengendali kapal lama yang serba baru, diharapkan dapat mengubah anggapan rakyat, bahawa kapal lama tidak boleh ditumpangi lagi, boleh tertarik semula menumpang kerana walaupun kapal lama, tetapi kapal ini telah dilakukan “overhull” yang menyeluruh, di mana peralatan yang lapok telah diganti dengan yang canggih-canggih, enjin lama telah digantikan enjin terkini, Cuma mempertahankan badan yang lama kerana ada unsur sejarah dan warisan.

Pertaruhan barisan atau saf baru UMNO ini adalah kapal lama yang telah canggih menghadapi kapal baru yang belum teruji di lautan badai dan masih separuh jalan menuju destinasi yang masih di cari-cari.

Semoga saf baru ini dapat mencari pemimpin seperti mereka untuk diketengahkan kepada rakyat yang benar-benar pemimpin di mata rakyat, bukan di mata ahli-ahli parti. Kata bidalan: Biar riuh seluruh kampung, kampung terus maju dan tidak tersia-sia.

Pertanyaanya sekarang, adakah pemimpin seperti itu? Dalam rekod telah tercatit nama Tan Sri Isa Samad sebagai pemimpin yang mana di mata para ahli Umno dan Pakatan termasuk Tun Mahathir, bahawa Isa Samad berpekong, namun di mata rakyat, beliaulah WIRA.

9 December 2009

Apabila Orang Politik Jadi Rujukan

AHLI politik adalah rujukan rakyat. Segala tindak tanduk dan perilaku mereka terkesan di mata rakyat. Kenyataan kontroversi ahli politik akan menjadi bualan rakyat. Sekalipun untuk tujuan menghina musuh politik, sepatutnya harus ditangani dengan cara yang lebih bijaksana, sewajarnya menggunakan akal budi.

Jelas isu ini nampaknya menyakitkan hati masyarakat khususnya orang Melayu. Tidak kira di kalangan pemerintah mahupun parti pembangkang. Barang diingat sekalipun ahli politik yang gambarnya dipijak mungkin bukan pilihan pengundi Melayu semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), penghinaan seperti itu bagaikan cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

Pemimpin DAP harus memahami bahawa kemenangan mereka di kawasan majoriti Melayu tidak sepatutnya dibalas dengan perbuatan memijak gambar pemimpin Melayu. Orang Cina juga tentu tidak suka pemimpin mereka dipijak gambarnya, ajaran agama mana pun tidak membenarkan perlakuan buruk seperti itu.

Sejak PRU12, sudah berlaku beberapa cubaan 'mencabar sensitiviti Melayu' oleh pemimpin bukan Melayu dan menimbulkan kemarahan ramai. Jelas usaha kumpulan ini sebenarnya menunjukkan betapa tidak sensitifnya mereka kepada pengorbanan masyarakat Melayu selama ini.

Malah tindak tanduk mereka ini sebenarnya boleh menggugat usaha dan aspirasi mewujudkan sebuah negara harmoni dan sejahtera. Penulis percaya usaha mereka ini bukanlah mewakili majoriti masyarakat bukan Melayu di negara ini.

Sebagai contoh ramai rakan penulis berbangsa Cina dan India kesal dengan tindakan pimpinan politik bukan Melayu yang dengan sengaja cuba menimbulkan ketegangan antara ahli masyarakat berbeza etnik, agama dan budaya itu.

Nampak jelas sekali walaupun mereka mempunyai pendidikan tinggi, faham sejarah negara serta tahu akibat buruk kenyataan tersebut, tetapi tindakan mereka tidak pula melambangkan kebijaksanaan mereka sebagai pemimpin.

Kalaulah sesuatu yang buruk berlaku antara kaum di negara ini kerana kenyataan sedemikian, apakah kalangan ahli politik rasis ini akan bersedia dan berupaya menyelesaikan apa yang telah mereka mulakan. Atau mengambil keputusan lari dan bersembunyi membiarkan rakyat menderita dan bermusuhan sesama sendiri? Budaya melabel dan penghinaan berasaskan kaum dan menimbulkan rasa benci antara kaum bukanlah budaya murni yang akan membina negara.

Masyarakat Malaysia harus diterima sebagai sebuah negara multi etnik. Tidak mungkin satu kaum sahaja yang akan berjaya membangunkan negara ini. Kesatuan secara bersama sangat diperlukan untuk memajukan masyarakat. Seharusnya adab dan budi mulia dijunjung dan toleransi disanjung oleh semua pemimpin tanpa mengira kaum. Malah jika mana-mana kaum bercitacita untuk menguasai semua yang ada di negara ini, percayalah akhirnya kaum itu pasti akan kehilangan semua miliknya.

Jika masyarakat Cina ingin menguasai seluruhnya kekayaan ekonomi Malaysia sehingga menjadikan orang Melayu dan India miskin papa kedana, natijah yang telah berlaku di negara jiran sedikit masa dahulu pasti akan berulang di negara ini. Ia perlu dijadikan pengajaran. Begitu juga jika orang Melayu bercita-cita untuk menguasai seluruhnya kuasa politik negara ini, natijah yang sama juga tidak mustahil akan melanda negara.

Hakikat ini penting untuk diterima, difahami dan dipertimbangkan di dalam apa juga perancangan oleh semua pimpinan politik. Itulah sebabnya apabila sekali-sekala orang Melayu membuka mulut untuk mempertahankan hak dan maruah mereka, janganlah mereka akan dianggap rasis dan prejudis kepada kaum lain. Penulis ialah Pensyarah Sosiologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

8 December 2009

Politik Pembangunan Umno/BN Masih Releven Kah??

Dari dahulu lagi politik pembangunan memang melekat pada UBN. Setiap PRU dan PRK,isu utama UBN adalah pemabangunan, sehinggakan ditafsir oleh lawan sebagai usaha merasuah rakyat.

Kerajaan yang mana tidak membawa isu pembangunan, jika ianya berkuasa,kerana melalui pembangunan sajalah rakyat dapat menilai bahawa kerajaan itu membela rakyatnya. Persoalannya sekarang, kenapa isu pembangunan ini kurang mendapat tempat di hati majoriti rakyat? Dapat dikatakan demikian, kerana pada PRU-12, isu utama UBN adalah pembangunan, kemudian isu pembangunan ini terus diuar-uarkan untuk 9 PRK setelah pRU-12. Dalam 9 PRK itu,hanya di Batang Ai, Sarawak dan Bagan Pinang, Negeri Sembilan sahaja rakyat menerima isu pembangunan ini.

UBN mulai sekarang mesti mencari formula baru, di samping isu pembangunan, juga mesti dilengkapkan dengan isu-isu kemasyarakatan, terutama isu-isu agama,keadilan sosial, keadilan agihan kekayaan negara, di samping merubah pendekatan kepada rakyat.

Melalui PRK Manek Urai, mungkin UBN boleh mengguna pakai pendekatannya di situ sebagai penanda aras pendekatan kepada rakyat dan sudah tentunya di tokok tambah apa yang patut dan terasa terlepas pandang.

Para kempener UBN di Manek Urai kena berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan UBN di seluruh negara, agar penyelarasan berkempen dapat dirumuskan dan nantinya diguna pakai pada pilihanraya berikutnya. Tujuan penyelarasan ini adalah agar supaya pendekatan UBN itu senantiasa tersusun, luwes dan kompak.

Para pemimpin pelapis UBN kena berkerja keras mulai sekarang di samping menterjemahkan arah tuju kepimpinan tetapi juga penyampaian arah tuju ke peringkat akar umbi mesti dilaksanakan dengan telus tanpa agenda terselindung.

Jika DS Najib merasakan bahawa masa 24 jam terasa terlalu singkat, kerana memikirkan bagaimana memajukan negara dan rakyat, para pemimpin pelapis juga kena turut agar supaya, rakyat mengerti bahawa UBN serta para pimpinannya berjuang demi negara dan rakyat.

Hasil PRU-12 dan PRK kecil, memaksa seluruh kader-kader dan pemimpin UBN berkerja dari permulaan demi menarik hati rakyat. Melalui 9 PRK, hanya di Manek Urai dan Bagan Pinang sentuhan naluri rakyat di temukan, di sini adalah jelas, menawan hati rakyat tidak semudah seperti yang kita fikirkan, kerana perlu waktu dan proses.

7 December 2009

Akan Ada Masa Kah Kemiskinan Terhapus???

Masalah kemiskinan yang berlaku dalam negara ini tidak mungkin dapat diselesaikan kerana pemimpin Umno mahu menjadikan golongan ini sebagai umpan pilihanraya bagi mengekalkan sokongan.

Sabah yang kaya dengan sumber alam tambahan lagi ada sumber minyak akan tetapi kekayaan hanya berlegar di kalangan orang kaya dan orang politik yang berkuasa.

“Harta negara ada berbilion-bilion tetapi harta negara berpusing di kalangan orang kaya dan orang politik. Tetapi apa yang berlaku hari ini orang yang sudah lama miskin tidak dapat dibebaskan dari kemiskinan, maka datang pula miskin yang baru, tak selesai.

“Umno suka orang miskin kerana senang mereka nak beli undi. Mereka beri bantuan kepada orang miskin cara subsidi ini tak betul, sepatutnya mereka ada perancangan untuk membebaskan rakyat dari kemiskinan,”.

Penyelewengan dan rasuah yang berlaku yang menyebabkan negara kehilangan kewangan dalam jumlah yang besar sehingga menjejaskan kehidupan rakyat.

“Apa yang berlaku kepada PKFZ, KWSP, Petronas adalah penyelewengan yang besar. Apa yang berlaku keatas isu ini kekayaan negara berpusing di kalangan orang kaya dan orang politik,”

Melihat Bajet Negeri Sabah untuk tahun 2010 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri berjumlah RM 3.304 billion, tidak terkandung didalamnya perancangan khas atau khusus membasmi kemiskinan. Apa yang ada adalah "indirect" untuk membasmi kemiskinan. Perancangan seumpama ini telah berjalan sejak sekian lama, namun cara ini tidak mungkin boleh menghapus kemiskinan rakyat Sabah.

Pembentangan bajet oleh Musa Aman telah menggariskan bahawa perolehan kerajaan negeri disandarkan kepada cukai korporat dan bantuan kerajaan persekutuan. Nah, disini, sudah jelas bahawa penumpuhan kerajaan adalah pada syarikat-syarikat besar, demi mendapatkan cukai.

Bila kah? pembangunan Khas untuk rakyat miskin? apakah POIC atau SDC dapat mengatasi keadaan ini? sedangkan POIC dan SDC bercorak komersial yang menguntungkan entrepruner.

Benarlah jumpaan para penyelidik ilmu sosial, bahawa para pemimpin sekarang mahu status quo kemiskinan diteruskan, agar supaya mudah berkempen di masa pilihanraya. Orang miskin jadi taruhan demi mendapat undi dan menang.

Para pemimpin telah belajar dan mendapat iktibar bagi kawasan-kawasan yang telah maju, di mana undi rakyat di situ tidak memihak kepada kerajaan, malah condong kepada pembangkang kerajaan.

Berasaskan kepada keadaan ini,maka jauh dilubuk hati para pemimpin ini memajukan kawasan miskin ini, kerana takut akan kalah dalam pilihanraya berikutnya.

Ambil contoh daerah Semporna dan Kota Belud, Banggi atau Pitas, sejak dahulu kala diwakili oleh Kerajaan, namun.. hingga kini masih terberlakang.

4 December 2009

Antara Malu Dan Segan

Setelah membaca tulisan A Kadir Jasin Sepanjang Jalan kenangan mengenai gambaran sejarah kependudukan negara khususnya Ipoh-Perak yang menerangkan bahawa pada waktu dahulu menghisap candu dan meminum todi merupakan budaya yang sebati dengan buruh-buruh China dan India yang dibawah masuk oleh penjajah Inggeris ke Semenanjung Tanah Melayu.

Konotasi candu dan todi membawa erti bahawa jika seseorang menghisap candu dan meminum todi bagaimana biasanyapun seseorang itu, pasti pada suatu ketika pasti mengalami loyah maupun mabuk.

Apabila seseorang itu jatuh mabuk, maka penguasaan dirinya tidak terkawal, atas sebab- pergerakan, tindakan serta kelakuan bukan lagi ini berpandu kepada akal fikiran, tetapi berpandukan kepada kuasa candu dan todi.

Sering kita terbaca keputusan-keputusan mahkamah yang mendapati seseorang yang telah melakukan pembunuhan pada keadaan mabuk terlepas dari tiang gantung,kerana pertuduhan berubah kepada pembunuhan tanpa niat.

Di Sabah, banyak kejadian seumpama ini terjadi. Musim meminum terutama pada musim-musim menyambut perayaan seperti pesta keaamatan, krismas dan tahun baru. Pemandangan di kedai-kedai yang dibolehkan menjual minuman yang memabukan- ramailah penduduk negara ini menikmati minuman seperti stout, anchor, clasberg, mantako, malahan ada yang meminum whisky maupun brandy.

Akibat meminum minuman yang memabukan ini- telah berkali-kali peristiwa pembunuhan semasa sendiri terjadi. Di Sabah sahaja tahun 2008- berita yang sempat saya baca sahaja ada empat kejadian pembunuhan secara sesama sendiri kerana pengaruh minuman memabukan.

Rupanya sebab musabab kenapa seluruh agama melarang mengkonsumsi benda-benda yang memambukan kerana pengambilan benda-benda ini terlalu memudaratkan manusia.

Akibat mabuk bukan sahaja menghilangkan kewarasan kepada seseorang pada masa-masa tertentu, tetapi juga mengambil benda-benda yang memambukan ini boleh membawa kepada bencana ketagihan.

A Kadir Jasin secara tersirat menggambarkan pengalaman dan pengajaran yang beliau dapat semasa sehari suntuk berada di Ipoh- Perak pada 7 Mei 2009, menyaksikan kejadian dan tindakan para penyokong Pakatan yang berada dalam suasana mabuk, bertindak tanpa kewajaran, tanpa pertimbangan akal fikiran dan penuh emosi.

Rupanya di mata A Kadir Jasin- orang mabuk mempunyai kelakuan lain dari manusia normal dalam segala aspek sehinggakan bagi yang melihatpun merasa malu dan segan, kerana para pelaku adalah sebahagian dari rakyat negara ini, yang dikategorikan mempunyai sopan santun dan akhlak yang tinggi.

Mengambil iktibar mengenai keadaan ini ternampak sangat begitu gahirahnya para bloger kota belud, menuduh saya yang bukan-bukan atas sebab yang tidak diketahui. Apa kah kerana perbuatan mereka menempelak mereka sendiri? Atau senjata makan tuan, sehingga terpaksa terkejut dan bereaksi?

Apakah perbuatan mereka dengan menggunakan blog dummy menghantam orang-orang tertentu terutama para pemimpin Kota Belud memakan tuan, sehinggakan mengundang kedatangan seorang bloger tidak diundang datang menerpa dengan mengatas namakan dirinya sebagai senyumkambing membongkar perlikau seorang AJK Bahagian Umno yang bercita-cita menjadi yang berhormat.

Pembongkaran senyum kambing tersebut begitu pedas sekali kerana seolah-olah kejadian diketahuinya benar-benar berlaku. Lantaran daripada itu para bloger ini sekonyong-konyong melemparkan mengaitkan nama saya? sedangkan saya tidak adapun sebabpun untuk dikaitkan.

Berbagai andaian yang dilontarkan untuk saya campurtangan, tetapi semua andaian itu merupakan rekaan pengendali blog-blog tersebut.

Dengan menganalisis cemohan senyumkambing yang dipostkan melalui blog saya; saya dapat membuat kesimpulan seperti berikut:

Senyumkambing tidak berpuas hati kepada seorang individu bernama Roslan Mansor atas sebab-sebab berikut:

Semasa dalam pemuda Umno Roslan Mansor diberi tanggungjawab mengagihkan peruntukan pemuda semasa kempen pilihanraya tahun 2004, namun dikatakan tidak mengagihkan peruntukan tersebut, sebaliknya menggunakan peruntukan itu untuk diri sendiri.Komen saya. Pada tahun 2004 saya sedang berkerja di Istana Johor, saya belum pulang ke Sabah. Saya hanya pulang ke Sabah pada bulan November 2007.

Kedua: Senyumkambing tidak berpuashati kepada saudara Roslan Mansor sempena PRU-12, dimana kononnya saudara Roslan Mansor berkempen untuk parti lawan, sedangkan saudara Roslan Mansor mendapat peruntukan daripada Datuk Musbah untuk berkempen bagi pihaknya. Komen saya. Saya tidak pun terlibat dalam kempen tersebut, saya datang hanya untuk mengundi.

Ketiga: Senyumkambing tidak berpuashati tentang kelibat Saudara Roslan Mansor semasa pemelihan UMNO, kerana Saudara Roslan dikatakan bersifat “gergaji serampang mata” dan Isteri Saudara Roslan haji Mansor dikatakan menyokong Kakak Kepada Datuk Salleh Datin Saidatul Badru. Komen saya, hanya saudara Roslan sendiri yang boleh menjawab, dipihak saya, saya tidak terlibatpun pada kempen tersebut, saya bukan lah perwakilan maupun ketua cawangan.

Berasaskan kepada cemohan senyumkambing tersebut, dimanakah asasnya saya terlibat? Kedua atas asas apa saya terlibat? Ketiga atas tujuan apa saya terlibat? Keempat, saya tidak tahu apapun mengenai Roslan Mansor, kerana semasa di kampong, saya tidak rapatpun dengannya. Kelima saya bukanlah saingan kepada Roslan Mansor, baik dari segi politik, kerjaya atau pun dari sudut-sudut lain.

Saya sungguh hairan, kenapa kah para bloger Kota Belud begitu melenting, kerana ada tuduhan kepada Saudara Roslan Mansor, maka terus dilemparkan kepada saya, saya lah pelakunya? Apa kah, ada diantara sudara bloger atau saudara Roslan Mansor sendiri telah membuat berbagai tomahan melalui blog saya dengan menggunakan blog dummy, sehinggakan terasa seperti kata peribahasa Siapa Yang Makan Lada Akan Terasa Pedasnya.

Apa kah benar apa yang dikatakan oleh senyumkambing tersebut? Jika sekiranya benar, maka orang yang mengetahui cerita tersebut adalah orang yang pernah berkerja sebumbung dengan orang yang dimaksudkan. Kalau tidak pun mereka pernah bekerjasama dalam satu tim kempen misalnya.

Berasaskan kepada pengalaman saya, musuh tidak mudah menjatuhkan musuhnya,kalau senjata musuhnya tidak diketahuinya dengan tepat. Berasaskan pengalaman saya, seorang kawan rapatlah yang biasanya dapat menjatuhkan seseorang. Anwar Ibrahim jatuh dari kedudukan Timbalan Perdana Menteri bukan oleh Lim Kit Siang atau Nik Aziz, akan tetapi oleh Tun Mahathir sepasukannya dengannya.

Nik Aziz sejak 20 tahun yang lalu cuba dijatuhkan oleh kerajaan Barisaan Nasional, hingga kini belum jatuh-jatuh, ini lah contoh, bagaimana musuh terlalu sukar dijatuhkan oleh musuh. Namun bagi pengalaman Anwar Ibrahim, tidak sampai seminggupun mantan TPM itu jatuh tersungkur.

Jadi bagi Saudara Roslan Haji Mansor dan para rakan dan kawan blogernya, cubalah pandang kiri dan kanan, depan dan belakang, berfikir sejenak kenapa kejadian seumpama ini boleh terjadi.

Kenapakah serangan pribadi kepada saudara Roslan Haji Mansor tiba-tiba timbul melalui blog senyumkambing. Saudara Roslan Haji Mansor perlu ingat, saudara mempunyai masa depan dalam politik, kerana itu adalah cita-cita dan perjuangan saudara.

Di lain pihak saya tidak pun minat dalam politik dan kedua saya tidak ada masa depan dalam politik. Masa saya telah berlalu, masa saya telah menjadi sejarah. Mengaibkan saya, tidak membawa apa-apa makna lagi, kerana peristiwa mengenai saya telah berlalu. Saya telah mengecapi kehidupan saya, saya telah merasainya. Cukup lah sekali menikamti semuanya itu, kerana fitrah kita hanya sekali. Kita sekali sahaja berada dalam kandungan ibu kita, sekali sahaja dilahirkan, sekali sahaja menjadi kanak-kanak, sekali sahaja menjadi remaja, sekali sahaja menjadi dewasa dan sekali sahaja mengalami kematian.

Saudara bloger Kota Belud, saya tidak melarangpun saudara-saudara membuat andaian bahawa saya pemilik blog ini dan itu, tetapi hakikatnya bukan lah demikian. Sepanjang saya menulis di alam cyber, saya jarang sekali membuat komen dalam blog-blog yang saya layari, hanya jika tulisan tersebut berkualiti, maka saya akan memberi komen puji-pujian demi mendorong agar pengendali blog tersebut meneruskan berkarya dengan mutu dan standard yang sama.

Dalam blog saya pun jika ada yang memberi komen terkeluar daripada tulisan saya, biasanya saya tidak siarkan, kecuali komen bloger senyumkambing dan abunawas yang bertubi-tubi memberi komen diblog saya, itupun setelah saya menyaringkannya dengan teliti.

Mengenai komen abunawas yang mengaibkan saya, saya tidak boleh berbuat apa-apa, itu hak dia. Saya hanya membacanya dan menambah semangat saya lagi untuk berkarya, kerana saya tahu ada juga peminat saya, walaupun peminat itu memberi tomahan.

Saya sedar, peminat ada dua jenis, peminat positif yakni yang melakukan puji-pujian dan peminat negative yakni yang mencemoh. Hakikatnya, kita sebagai insan biasa tidak akan terlepas daripada dua gejala ini.

Terlalu banyak asam garam yang saya telah lalui, unsur seperti ini sedikitpun tidak menganggu fikiran dan minda saya. Saya sudah terbiasa dilambung ombak, sudah terbiasa terdambar di karang, sudah terbiasa terdampar dipuncak gunung, sudah terbiasa mengharungi hutan belantara.

Jadi pesan saya, adalah lebih elok para bloger mengasa minda untuk menulis mengenai kebaikan, kerana perkara yang baik itu terlalu sukar untuk ditulis. Manakala perkara buruk itu terlalu mudah dan senang dicipta dan ditulis. Atas sebab itu peribahasa mengatakan Panas setahun boleh dihapuskan oleh hujan sehari. Fikir-fikirkan lah.

3 December 2009

Tiada Siapa Yang Boleh Pengaruhi Rakyat Sabah: Sabah Bebas Memilih Kerajaan Yang Disukainya

DAKWAAN presiden Parti Maju Sabah(SAPP) Datuk Yong Teck Lee kononnya kerajaan pusat mengikuti jejak penjajah British dengan mempengaruhi minda penduduk negeri itu.

Dakawaan ini dinafikan Timbalan Perdana Menteri, kerajaan pusat sentiasa berlaku adil dan komited untuk membangunkan Sabah supaya setanding dengan negeri-negeri lain daripada segi pembangunan.

"Kita tidak akan menganaktirikan mana-mana negeri. Kita akan terus membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama termasuk di Sabah dan Sarawak tegas Tan sri Muhyiddin. Lagi pun rakyat Sabah bebas memilih kerajaan yang disukainya. Sejarah Sabah menunjukkan bahawa mana-mana kerajaan yang mengabaikan tangunjawabkan akan diketepikan. Rakyat Sabah telah matang dalam memilih hala tujunya. Tidak timbul bahawa kerajaan pusat mempengaruhi rakyat Sabah sepertimana dakwaan Yong.

Mengulas dakawaan Yong, Muhyiddin menyifatkan Yong telah ketinggalan zaman dan tidak peka kepada perkembangan terkini.

Ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan SAPP bahagian Putatan dan Petagas 1 Disimber lalu, Yong berkata Kuala Lumpur mempengaruhi rakyat Sabah sejak sekian lama agar kerajaan pusat dapat mengambil kesempatan terhadap kekayaan hasil bumi Sabah dan rakyat negeri itu dinafikan pelbagai peluang termasuk jawatan dalam perkhidmatan Persekutuan di negeri itu.

Sambil menolak dakwaan itu, Muhyiddin berkata kerajaan pusat telah memberi peruntukan yang adil kepada Sabah dan Sarawak terutama dalam membangunkan kawasan luar bandar.

"Sebenarnya Sabah mempunyai simpanan (daripada segi kewangan) yang besar dan di bawah Datuk Seri Musa Aman (Ketua Menteri) yang pandai mengurus ekonomi, ia meletakkan pentadbiran negeri ini di landasan yang betul," katanya.

Dalam hal ini, Timbalan Perdana Menteri mahu melihat anggota komponen Barisan Nasional terutama di Sabah supaya terus bekerjasama dan sefahaman.

"Kita mahu parti kita kuat dan kukuh....tiada perbalahan dan tiada masalah. Ada beberapa parti dalam BN yang kini ada masalah yang mungkin akan memberi kesan negatif kepada kita dan rakyat.

"Sebab itu, langkah proaktif perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera," katanya.

Muhyiddin berkata Sabah akan terus menjadi komponen penting kerajaan pusat.

"Saya dan Perdana Menteri akan sentiasa melihat dan memberi perhatian khusus kepada apa juga yang diperlukan oleh negeri ini terutama dalam konteks pembangunan," katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik tahun depan dan juga menekankan pentingnya rakyat memahami dan menyelami aspirasi gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.

Muhyiddin yang diringi Musa kemudian melawat tapak kawasan hab pendidikan untuk kawasan pantai timur Sabah seluas 542 hektar di km 16, Jalan Labuk di Sungai Batang, yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sibuga.

Beza Beri Kemudahan dan Beri Projek

APA yang saya tahu dan faham berasaskan pengalaman bekerja suatu masa dahulu bahawa kemudahan awam itu biasanya diberikan atau disediakan oleh kerajaan dengan mempergunakan hasil kutipan cukai mahupun pendapatan daripada hasil bumi sesebuah negeri. Manakala projek tersebut akan terlahir apabila sesuatu kemudahan tersebut diberikan oleh kerajaan.

Kemudahan awam atau rakyat seperti jalanraya, pengairan, sekolah dan sebagainya adalah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Untuk mengadakan atau menzahirkan kemudahan ini sudah tentunya ada pelaksananya. Dalam pelaksanaan ini timbul istilah projek. Projek dilakasanakan oleh kontraktor. Kontraktor yang bagaimana? Kontraktor pelaksana mestilah mempunyai lesen dan kelas menurut spek projek.

Dalam pengagihan projek pula bermacam-macam cara ada yang melalui sebutharga, ada yang melalui pembedaan, ada yang melalui tender terbuka atau cabutan undi.

Biasanya sepemberi kemudahan tersebut yakni kerajaan melalui wakil rakyat atau kementerian tidak lagi ikut sama dalam dalam pemberian projek. Pemberian projek dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang diberikuasa mengagihkannya.

Kalau di peringkat daerah, pegawai daerah lah yang diberi kuasa, kalau di peringkat kementerian, setiausaha tetap kementerian lah yang diberi kuasa. Demikian juga di peringkat jabatan, pengarah jabatan itu lah yang diberi kuasa.

Jadi, apabila wakil-wakil rakyat memberi kelulusan mengenai sesuatu kemudahan, maka kemudahan tersebut tentu ada pelaksananya yakni kontraktor. Jika sepemohon itu juga seorang kontraktor dan mempunyai lesen yang sesuai untuk melaksanakan kemudahan yang telah diberi, maka sipemohon tersebut boleh ikut membeda, jika bedaannya terpilih atau terundi, maka boleh lah pemohon itu melaksanakan kemudahan tersebut dalam hal ini disebut projek. Akan tetapi jika sepemohon tersebut tidak mempnuyai lesen yang diperlukan, maka pasti ada kontraktor pelaksana yang akan dilantik untuk mengendalikan atau melaksanakan projek kemudahan tersebut.

Jadi, pemberi kemudahan adalah tugas kerajaan melalui wakil-wakil rakyatnya, manakala pemberi projek adalah kakitangan kerajaan. Dengan adanya paparan melalui pengalaman saya berkerja dengan jabatan kerajaan ini, mungkin akan berguna sebagai rujukan perbezaan antara pemberian kemudahan dan pemberian projek.

Di Kota Belud misalnya, kerajaan menyediakan sistem pengairan yang tersusun dan baik untuk jelapang padi Kota Belud ini disebut kemudahan, manakala kontraktor yang melaksana dan mengendalikan sistem pengairan tersebut mendapat projek tersebut. Kesimpulannya kerajaan memberi kemudahan,manakalah kerja-kerja yang dijalankan oleh kontraktor disebut projek.

Projek hanya boleh diberikan kepada kontraktor yang berlesen sesuai dengan spek kerja yang ingin dilaksanakan. Projek tidak boleh diberi kepada individu tidak berlesen, tetapi individu boleh diberi kemudahan akan tetapi tidak akan mendapat projek tanpa lesen.

2 December 2009

Iktibar Kepada Generasi Muda: Nik Aziz Mula Tak Hormat

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun didesak pelbagai pihak. "Mustahil saya perlu akur dan meletakkan jawatan semata-mata kerana digesa oleh 200 orang budak-budak nakal, bawah pohon jati di pintu SUK (pejabat pentadbiran negeri Kota Darulnaim," katanya dalam satu kenyataan merujuk kepada demontrasi oleh satu kumpulan yang mahu beliau berundur kerana gagal memajukan Kelantan.

Kumpulan dikenali Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan itu turut menyerahkan satu memorandum meminta beliau menarik balik kenyataan yang meminta penduduk Kelantan berdoa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ditimpa keburukan jika enggan memberikan wang royalti minyak kepada Kelantan.

Nik Aziz berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu serta meminta maaf kepada Najib seperti yang dituntut oleh kumpulan itu. "Mengapa harus saya hiraukan suara budak-budak Umno yang tak sampai 200 orang itu supaya saya meminta maaf sedangkan Presiden Umno (Najib) selaku orang nombor satu pun tidak menyuruh saya meminta maaf atau menarik balik," katanya.

Sebelum ini, Najib berkata beliau tidak akan meminta Nik Aziz meminta maaf tetapi katanya beliau tidak faham kenapa doa sedemikian perlu dibuat kerana kerajaan pusat telah membantu kerajaan Kelantan dengan menyediakan wang ihsan dan peruntukan lebih RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan walaupun negeri itu diperintah oleh Pas.

Perdana Menteri juga berkata Nik Aziz perlu sedar bahawa umat Islam melihat hasrat untuk mendoakan keburukan orang lain itu sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat Islam.-BERNAMA

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels