25 January 2010

Blog Adukataruna Yang Menghina Sultan Itu

2. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com

Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.






Sahabat





Direktori Blog Politik Malaysia



Penjelasan rasmi PAS Reform

1. Aduka Taruna


Aduka Taruna adalah sahabat gua.Prinsip gua kalu dah sahabat tu..wangi atau busuk tetap sahabat gua.Yup sahabat gua yg sorg nih mmg sgt "loud " org nya.Kali ini ke "loud" an die dah hampir memakan diri.

Tak penting sgt gua sokong die ke idak.Realitinya gua tak mampu pon nak tolong die melainkan nasihat2 dan doa sahaja.Gua sangat harap aduka dan pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes nih dgn aman.

Realitinya kes aduka adalah rentetan dari namawee, peristiwa makian di website sultan perak, pelajar aswara dan banyak lagi.Gua yakin kes2 baru seperti ini kan terus timbul selepas ni.
Kenapa kes2 umpama "civil disobedient" camnih makin kerap timbul?Kenapa rakyat malaysia makin ramai terdorong utk melakukan kesalahan sebegini?lu org pikir la sendiri..


2.LOGO PAS REFORM





Bila Aduka dan posting kontrovasi nya di di print screen dan telah di edit bersama logo ini, PAS telah dikaitkan pada Aduka sebagai blogger PAS.

Gua terpanggil utk menjelaskan fitnah yg direka cipta ni
1st Sepanjang pengetahuan gua, Aduka bukan ahli pas dan jauh sekali Blogger PAS.Dia cuma penyokong usaha murni PAS dalam pembinaan Negara Islam.Kerana itu dia selalu mengkritik PAS dalam usaha memantapkan gerakan ke arah Negara Islam dari kaca mata dia.Dan dah tentulah dia tak tertakluk dibawah akhlak jemaah PAS sbb dia mmg bukan jemaah PAS.

2nd Gua adalah pemegang copyright logo ini selaku pencipta.Logo ini dicipta kerana gua sgt sedih dgn keadaan PAS ketika Nik Aziz menganjurkan muktamar khas PAS.Boleh rujuk di blog gua.

3rd Gua nak menegaskan logo ini langsung tak mewakili PAS.Logo ini milik gua, dan gua benarkan sahabat2 gua gunakan sebagai tanda pengharapan ke arah reformasi PAS yg lebih baik.

4th Sebarang usaha untuk mengaitkan PAS dan Aduka melalui logo ini adalah fitnah semata2.Gua tak halal dunia akhirat.Titik!

3. T shirt PAS REFORM





Ada pulak org PAS yang mendakwa T shirt PAS Reform ini bertujuan untuk memecahkan jemaah dan sebagainya.

Gua nak bagitau lu org kenapa T shirt nih di reka.

1st Intipati gerakan PAS Reform adalah pembinaan Negara Islam.T shirt ini adalah untuk memperkenalkan idea Negara Islam kepada semua terutamanya pada golongan muda peminat t shirt.
2nd Untuk pengetahuan lu org PAS, ramai jek anak muda yg nampak tunggang langgang teringin sgt nak menyokong PAS atas cita2 Negara Islam.Tapi sapa pedulik kat budak2 ni?Kalau lu org tanak peduli sbb nampak tunggang langgang biar kitorg jek yg pedulik
3rd Gua langsung tak target T shirt ni tuk ahli PAS.Kalau PAS nak haramkan ahli dia beli pon gua tak kesah le.
4th Kami mahu mempromosi idelisma political activis negara islam sebagai badan pendesak kepada PAS dgn harapan PAS menunaikan cita2 negara islam kami.

Project Langgar Hadi

Macam gua cakap, intipati PAS reform adalah negara Islam.Dalam Malaysia ni telah ada demokrasi jd cita2 negara islam hanya tercapai melalui undi. Tak ada cara lain lagi yg paling aman dan berkesan.
Malang bagi kami melihat TGHA sebagai batu penghalang kerana imej dan perlakuan beliau dilihat sgt tak membantu perkembangan negara islam melalui undi.Kami yakin pandangan kami dikongsi oleh ramai penyokong dan pengundi PAS.
Jadi tindakan kami ialah mewujudkan Projek langgar hadi(nama glamer) atau wacana ilmu(nama common) utk bertanya sendiri pada TGHA kenapa beliau nampak begitu.
Takan terlucut jawatan TGHA akibat langgaran Kami.Jangan risau la bro PAS semua.
Damage has done.Demi menjaga nama baik PAS, gua dengan rela hatinya ingin menarik t shirt dan logo dari kegunaan mana2 blogger mengikut kehendak blogger itu sendiri.
Sekian penjelasan wa.

24 January 2010

Nik Aziz Sombong: Tolak Pelawaan Kerajaan Pusat



Kerajaan Kelantan menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa perundingan wang ihsan yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz berkata, beliau juga tidak akan memenuhi jemputan, malah tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

"Kalau hendak beri wang ihsan, tak perlu berundinglah, saya tidak akan menerima wang ihsan itu.

"Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (menyertai jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.

22 January 2010

Haiwan Terbiar Di Sabah Dapat Perhatian Antarabangsa


KOTA KINABALU, 21 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Bantuan Antarabangsa Bagi Perlindungan dan Kebajikan Binatang (IAPWA) berharap untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi menangani masalah haiwan terbair seperti anjing dan kucing yang berkeliaran di tempat awam di negeri itu.

Pengasas bersama IAPWA Nicola Stevens berkata Sabah adalah popular kerana usaha memulihara dan melindungi habitat kehidupan liar dan usaha itu perlu diperluaskan kepada haiwan terbiar.

IAPWA merupakan sebuah badan bukan berkeuntungan dan berpusat di United Kingdom.

"Ramai pelancong dari United Kingdom memuji keindahan negeri Sabah dan ada juga menceritakan bahawa orang Sabah zalim terhadap haiwan kecil ini dan tidak tahu cara menjaganya," katanya kepada Bernama selepas bertemu dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Hajiji Noor di sini pada hari Khamis.

Katanya wujud persepsi buruk mengenai Sabah dalam soal penjagaan haiwan yang mungkin menjejaskan industri pelancongan.

"Kami mahu mengubah persepsi ini kerana ramai pelancong datang kembali ke negeri ini dan mahu mereka membawa pulang kenangan manis mengenai negara anda," katanya.

Stevens, yang diiringi oleh seorang lagi pengasas IAPWA, Lynsey Gill serta presiden Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Kota Kinabalu, Iskandar Mohd Ali, berkata IAPWA akan merangka amalan terbaik penjagaan haiwan terbiar untuk Kota Kinabalu yang kemudian boleh dicontohi oleh majlis perbandaran lain.

"Kami bangga bahawa kerajaan negeri mengakui kebimbangan kami dan sanggup bekerjasama dengan kami dalam mencari penyelesaian dalam menangani masalah ini serta menghulurkan bantuan kewangan," katanya.

Stevens dan Gill berada di sini untuk membentuk satu rangkaian kerja dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan dengan perlindungan haiwan peliharaan.

Sementara itu, Hajiji menyambut baik bantuan IAPWA dan meminta pertubuhan itu memberi taklimat kepada pegawai majlis daerah cara menangani masalah haiwan terbiar dengan lebih perihatin.

Katanya adalah penting bagi pertubuhan antarabangsa memberitahu kelemahan atau kekurangan yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri Sabah agar dapat mengurangkan publisiti negatif mengenai negeri itu di mata dunia.

-- BERNAMA

21 January 2010

Buat Perancangan Untuk Kota Belud Demi Masa Depan Anak Cucu

Membangun Kota Belud mudah saja. Berhimpun lah tokoh-tokoh politik dalam satu wadah. Elakkan permainan politik kotor.

Gembeling tenaga. Para graduan yang yang ramai, kalau tidak silap Kota Belud merupakan daerah yang paling banyak graduan, diploma dan setaraf dengannya.

Wahai para graduan ku, gapai lah langit, kerana itu lah hala tuju kita. Buat lah perancangan demi daerah kita yang masih miskin.

Tidak perlu lah menuding jari, buang yang keroh ambil yang jernih. Bagi para pemimpin bersifat pro aktif lah, janji-janji manis perlu dilupakan. Beri lah gambaran yang terkini tanpa unsur politiking.

Dengan mengambil iktibar demikian pasti kita maju.

19 January 2010

Akibat Banjir Kota Belud: Belang Pemimpin Kenampakan

Pagi 17 Januari seseorang petugas di relief centre membuat panggalian telepon dan mengatakan hanya unit UPKR dan ADUN Tempasuk yang nampak sibuk mengatur bantuan bencana banjir yang melanda daerah Kota Belud terutama kawasan DUN Tempasuk.

Apa tujuan sebenar panggilan ini? Apa kah memang benar bahawa jentera penangulangan banjir tidak cukup? Apa kah pengerusi jawatan kuasa bencana alam daerah yang diketuai pegawai daerah tidak cukup? atau kah memang benar bahawa mereka-mereka yang memperkenalkan slogan Umno juara rakyat tidak kenampakan kelibat mereka?

Saya pun tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana saya juga salah seorang penduduk yang ditimpah bencana itu.

Saya terperok di rumah ungsian rumah saudara  lagi pun saya ini siapa? dan hanya dapat melayari blog kerana tiada kemudahan untuk mengharungi bencana itu kerana malam sebelumnya kereta kancil saya tersadai di kampung Timbang akibat secara tiba-tiba di serang banjir kilat.

Bencana seumpama ini adalah salah satu faktor melihat dan menilai para pemimpin apa kah komitmen mereka kepada rakyat. Telah menjadi kalang sama sekarang, bahawa pemimpin mana yang perlu dipertahankan, dan mana pemimpin yang perlu dinyahkan, kerana sifat menang sendiri sahaja yang diperjuangkan. Konsep markerting "win-win situation" tidak kenampakan dikala rakyat memerlukannya.

Rakyat Kota Belud amnya perlu sedar bahawa janji manis perlu ditelaah dengan serius kerana tidak selamanya janji manis itu berjawab gula. Fikir-fikirkan lah

17 January 2010

Banjir Kilat Di Kawasan Tempasuk: Ada Kaitan Kah Dengan Penebangan Pokok Besar-besaran Di Tanah 900 Ekar Milik Datuk Yahya Lampong?


BANJIR kilat sebegini besarnya belum saya alami sejak saya mendiami kampung Timbang demikian kata seorang penduduk Kampung Timbang dalam perbualan kami semasa saya dan ramai lagi tersadai di tepi jalan SK Timbang Kota Belud pada 15 Januari yang lalu.

Apakah banjir kilat ini ada hubungannya dengan penebangan kayu akasia di tanah milik Datuk Yahya Lampung berkeluasan 900 ekar?

Sebelum kerja-kerja penebangan kayu akasia ini, kalau pun berlaku banjir tidaklah seteruk kali ini, sambung penduduk kampung Rampayan Ulu yang kebetulan juga berteduh di warung seorang penduduk kampung Timbang.

Pemilik warung/kedai runcit itu terpaksa membiarkan kedai runcitnya ditumpangi kami untuk sementara kerana pemiliknya tidak sempat menutup gerai tersebut kerana terperangkap di rumah panggungnya.

Banjir tidak mudah terjadi di kawasan perbukitan, bagi OKB, pengalaman malam itu adalah pengalaman pertama kali terkepong oleh banjir kilat yang luarbiasa kuatnya.

Kenderaan saya walaupun diletakkan di tempat yang tinggi, namun air tetap masuk sedalam 6 inci kedalam kereta. Karpet kerusi ditengalami air, namun injin belum dilepasi.

Akibat perbuatan serakah maka banjir yang menyebabkan kerosakan harta benda terutama sawah padi yang siap dituai tidak dapat dielak. Dianggarkan berjuta harta benda rosak akibat banjir kilat pada malam itu.

Tujuan Safoda menanam aksia magium adalah untuk mengelak aksian di tempat-tempat cerun serta mengelak banjir seumpama ini ternyata tidak tercapai kerana kerakusan manusia itu sendiri.

16 January 2010

Beberapa Kampung di Kawasan DUN Tempasuk Kota Belud Terputus Hubungan dengan Pekan Kerana Banjir

BEBERAPA kampung di kawasan DUN Tempasuk dalam Parlimen Kota Belud Sabah terputus hubungan dengan Pekan Kota Belud sejak pukul 6 pagi tadi.

Kampung-kampung tersebut adalah Dudar/Sarang, Rampayan Ulu/Laut, Timbang/Manggaris, Tambilaoung/Pandasan, Kesapang/Taungusi, Tamau/Merabau/Tawadakan, Peladok/Payas-payas/Pantai Emas, dan beberapa kawasan DUN Usukan.

Disebabkan hujan yang turun mengejut dan bersambangun hingga pada masa kini telah mengakibatkan ramai penduduk terperangkap di rumah masing-masing.

Masalah yang timbul adalah bekalan makanan yang semakin menipis malah ada yang telah "out of stock".

Jika di kawasan-kawasan lain di Semenanjung jika berlaku kejadian bencana sebegini maka jawatankuasa pemberi bantuan yang diketahui oleh Pegawai Daerah akan turun padang untuk melihat dengan sendiri kesengsaraan para penduduk ini. Namun bagi kawasan DUN Tempasuk ini, hingga kini belum ada tanda-tanda bantuan seumpama itu akan tiba.

Saya dari semalam cuba untuk pulang dengan bekalan makanan akan tetapi tidak dapat tembus ke Jalan Timbang Manggaris kerana kedalaman jalan di situ mencecah di atas 1 meter.

Kereta membawa bekalan makanan terpaksa disadaikan di bahu jalan dan semasa menulis berita ini tidak diketahui apa yang sudah jadi dengan kereta tersebut.

Saya dan anak-anak yang terpaksa saya jemput dari asrama sekolah kerana cuti hujung minggu terpaksa mengungsi di rumah adik saya di kampung Tamau.

Saya berharap sesiapa sahaja rakan blogers atau pembaca dapat mengikuti tulisan ini adalah diharapkan untuk menghebahkan keadaan kepada mereka yang mungkin dapat membantu.

Dikala keadaan sepertilah KPI TURUN PADANG mungkin mendapat point yang maksima daripada DS Najib PM-6 negara yang mempunyai motto: 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan serta slogan Parti UMNO: JUARA RAKYAT.

updates: Kira-kira pukul 10:53 sebentar tadi ADUN Tempasuk Datuk Musbah bersama-sama bantuan bekalan-bekalan telah berada di lokasi bencana.

Banjir Di Timbang: Berekar-ekar Sawah Padi Yang Siap Dituai Musnah

SEMALAM bermula pukul 3.30 petang hujan turun dengan lebatnya di kawasan Rampayan Ulu, Kukut dan Timbang Manggaris. Akibat hujan lebat tersebut air terkumpul dan merempuh sawah-sawah berdekatan, jalan Timbang ke Rampayan Ulu sedalam 1 meter, jalan Tambilaung-Kota Marudu ditengelami air sedalam lebih 2 kaki.

Kejadian banjir di kawasan ini telah berlaku sejak tahun 1994, namun usaha mengatasi kejadian banjir ini belum pernah terdengar baik daripada pihak Jabatan Pengairan Saliran Sabah maupun pemimpin tertentu di daerah Kota Belud.

Penyebab banjir ini adalah tidak adanya sistem peparitan yang membolehkan limparan air tersalurkan.

Akibat banjir bukan sahaja mengganggu kelancaran lalu lintas akan tetapi juga merosakan tanam-tanaman termasuk padi yang siap dituai.

Banjir semalam mengakibatkan puluhan kereta tersadai terutama kereta-kereta sedan termasuk kereta saya.

15 January 2010

Pemimpin Islam Negara Perlu Bersatu Bendung Cara Baru Penghinaan Islam

Seharusnya penggunaan nama Allah oleh Herald-The Catholic Weekly (HTCW) tidak sepatutnya menjadi isu kerana jelas pada Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN. S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986.

Fakta yang amat menarik mengenai hal ini ialah pemimpin-pemimpin demokrasi seperti Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin yang menyokong penggunaan nama Allah oleh HTCW kebelakangan ini dikatakan pada masa itu telah sepakat untuk menyokong keputusan kerajaan ini tanpa sebarang hujah penentangan walaupun berbeza fahaman politik.Apatah lagi pada masa itu ada di antara mereka yang menjadi pemimpin kerajaan dan duduk di kerusi ahli jemaah menteri. Amat menghairankan pada hari ini mereka melahirkan penentangan dan menyatakan pendirian sebaliknya atas kapasiti pemimpin parti demokrasi yang berlainan.

Dari sudut kronologi, isu ini dikatakan bermula apabila mantan Perdana Menteri, Abdullah Badawi telah menahan penyebaran Injil dalam Bahasa Iban tetapi memberi KDN untuk The Herald - Catholic Weekly untuk mengeluarkan penerbitan bahasa Melayu tanpa usul periksa. Penerbitan itu dikatakan merangkumi penterjemahan 'God' kepada 'Allah' di dalam bahasa Melayu.

Bagaimanapun apabila Syed Hamid Albar menjadi menteri KDN, beliau mengarahkan pembatalan permit ahe Herald pada 10 Disember 2007 yang mengarahkan pihak The Herald memansuhkan segmen Bahasa Melayu.

Bagaimanapun menurut laporan Akhbar itu yang bertarikh 31 Disember 2007, pihak KDN telah pun memperbaharui permit penerbitan mereka. Bagaimanapun pihak Majlis Gereja Malaysia masih lagi mempertahankan pendirian mereka untuk tetap menggunakan Allah sebagai kata ganti Tuhan dalam penerbitan dan apa-apa upacara keagamaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai perantara.

Ekoran keengganan HTCW tersebut, maka Pada 3 Januari 2008, kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam mesyuarat pada 18 Oktober dan 1 November 2006.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebenarnya telah pun pernah memutuskan untuk memberi kebenaran kepada majalah Herald-The Catholic Weekly (khusus untuk golongan Kristian Katolik) untuk merujuk istilah 'God' dengan kalimah Allah.

Walaubagaimanapun, mengambil kira reaksi umat Islam dan di samping memikirkan kepentingan keharmonian masyarakat, kementerian tersebut telah segera menarik balik keputusan itu.

Namun, setelah kes itu dibawa ke mahkamah iaitu Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah ‘Allah’dan Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang)terhadap larangan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Mengejutkan sekali kerana kini ia berakhir dengan keputusan kontroversi yang menyebelahi akhbar berkenaan dan mencetuskan polemik berterusan dengan kini drama-drama bakar gereja mula menyusul walaupun seluruh rakyat Malaysia tidak tahu siapa yang mendalangi perbuatan ini. Amat ditakuti perkara ini sengaja diambil kesempatan oleh pihak ketiga untuk sengaja menimbulkan huru-hara di negara ini.

Atas sebab itulah sesiapa sahaja rakyat negara ini termasuk para pemimpinnya perlulah bersatu agar supaya cara kempen model baru yang memperkotak katikan agama rasmi negara ini boleh dibendung agar akidah rakyat penerus tidak terkorban.

14 January 2010

USBO Bukan Saingan: Buktinya Musa Aman Menerimanya

ADA dikalangan penduduk yang mendiami wilayah USBO sedikit masa lalu mengatakan bahawa kehadiran USBO (pertukaran daripada PSBB) adalah pesaing kepada kepimpinan ketua Menteri Sabah Datuk Sri Musa Aman.

Namun sangkaan awal itu seluruhnya meleset apabila presiden USBO Datuk Salleh Said dilantik pula sebagai penasihat Sains kepada Musa Aman dimana jawatan tersebut bertaraf menteri berkuatkuasa 4 Januari 2010 yang lalu.

Bembaran awal yang bertubi-tubi mengenai kewujudan USBO tidak memberi kesan apa-apa kepada Musa kerana sebagai seorang ahli politik yang telah masak dengan asam garam politik tentunya mengetahui mana batu dan mana intan.

Sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan orang ke-5 dalam parti Umno sudah tentunya Musa mempunyai kretiria sendiri menilai sesiapa daripada ahli politik menjadi regunya dalam merealisasikan HALATUJU kerajaan negeri Sabah.

Dalam berpolitik tidak salah kita berbeda pendapat. Dalam politik tidak semua menjadi penyokong. Justuru itu, bagi ahli politik yang matang, sudah tentunya bangkangan pendapat daripada mereka yang bukan menyokong adalah iktibar untuk membuat langkah ke  arah kebaikan agar permainan politik sesesorang itu tetap relevan sekurang-kurangnya meliputi 50% ke atas jumlah penyokong.

Tidak ada yang sesiapa yang boleh menyangkal bahawa Datuk Salleh mempunyai banyak kelemahan baik sebagai individu maupun sebagai ahli politik. Namun senarai kelemahan itu  bukan kretiria Musa Aman, bagi Musa Aman kesanggupan seseorang itu berkerja bersama-sama untuk  melisterikan kepimpinannya dan  juga merealisasikan  halatuju kepimpinannya  merupakan pertimbangan.

Datuk Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dalam susunan parti peringkat negeri adalah orang nombor 2. Sejak perlantikannya ke jawatan no.2 Datuk Salleh dapat menunjukkan bahawa dirinya adalah no.2,atas sebab itu Musa Aman tiada keraguan memberinya kepercayaan sebagai penasihat sains yang bertaraf menteri.

12 January 2010

Sedar Kah Anda Bahawa Majoriti Gerai Pasar Malam Kota Belud Dimiliki Rakyat Negara Jiran

BELI apa sahaja baik kuih payung, martbak sayur, kepak ayam,makanan bermasak kecuali "Raru" atau tapai di gerai pasar malam Kota Belud adalah milik negara jiran,kalau bukan indonesia maka warga filipina.

Kalau kita ke kampung-kampung misalkan kampung Tamau, kagurahan,Pandasan mesti kita terjumpa warga jiran daripada keturunan bugis atau maluku. Mereka menjadi pekerja di tanah-tanah kosong kepunyaan orang-orang kaya atau politik sebagai pemilik tanah.

Orang kampung asal tidak dapat mengusahakan tanah-tanah yang nampak terbiar tersebut,kerana sebenarnya tanah-tanah itu bukan lagi milik penduduk kampung akan tetapi telah bertukar tangan kepada orang-orang politik atau orang-orang kaya yang tinggal di bandar.

Tanah di Tamau misalnya yang berdekatan pantai sebahagian besar dimiliki oleh orang-orang politik, pun demikian di Rampayan Ulu sebahagian besar tanah di situ dimiliki orang-orang politik yang suatu masa dulu mempunyai kedudukan dalam kerajaan.

Penduduk kampung tidak boleh berbuat banyak dalam pencegahan kehadiran pendatang ini,kerana mereka disokong dari belakang oleh orang-orang yang berkedudukan baik kerajaan maupun politik pada masa kini.

Orang-orang politik dan orang-orang kaya ini tidak dapat dipersalahkan sepenuhnya dalam gerak pemilikan tanah perkampungan, yang dipersalahkan adalah juak-juak petualang kampung-kampung itu sendiri kerana keinginan untuk mendapatkan wang cepat tanpa memikirkan kepentingan masyarakat kampung.

Yang paling pelik adalah apabila penduduk kampung memohon tanah untuk tapak-tapak rumah, pejabat tanah atau majlis tindakan tanah daerah yang biasanya dipengerusikan oleh wakil rakyat bagi kawasan masing-masing tidak akan mempertimbangkan permohonanan ini akan tetapi sebaliknya apabila pemohon itu mempunyai kedudukan terutama kedudukan politik, maka seluas manapun akan dipertimbangkan untuk kelulusan.

Beberapa kes di kampung Rampayan Ulu di mana tapak-tapak rumah penduduk telah dimiliki oleh orang-orang tertentu yang berjawatan politik di daerah, tetapi yang anihnya tapak-tapak rumah tersebut telah wujud sebelum merdeka lagi dan cuba dipohon penduduk asal yang masih mendiami tapak tersebut sejak sekian lama tidak mendapat perhatian daripada pejabat tanah. Namun apabila orang-orang politik memohonnya walaupun status permohonan tersebut hanya setahun sejagung terus dipertimbangkan dan diberikan geran!. Inilah delimma penduduk kampung.

Isu Agama Bukan Faktor Penentu Politik SABAH Sebaliknya Faktor Kaum Lebih Menonjol

ISU Kalimah ALLAH yang menjadi kekecohan di Semenanjung tidak akan merebak ke Sabah.

Sebelum merdeka lagi persefahaman antara agama di daerah ini sudah sebati dan tidak mudah diganggu gugat.Pada tahun 70-an pun apabila ada gerakan pengislaman bagi rakyat yang tidak beragama aka pagan tidak lah menjadikan USNO ditolak pada setiap pilihanraya. Usno ditolak kerana pengkhianatan beberapa pemimpin USNO atas desakan para pemimpin Kuala Lumpur,kerana dikhuatirkan Sabah akan keluar Malaysia mengikuti jejak Singapura.

Setelah Usno ditumbangkan oleh parti Berjaya yang diketuai oleh Tun Fuad Stephen ( Donald Stephen) pada tahun 1976 dan kemudian Parti Berjaya tumbang kepada parti PBS pada tahun 1985 bukan kerana isu agama akan tetapi isu kaum yakni ekoran pemecatan Datuk Pairin daripada Parti Berjaya dan penyerahan Labuan kepada kerajaan persekutuan.

Pemerintahan PBS yang bermula pada tahun 1985 melakukan lakaran sejarah dengan melantik 3 timbalan ketua menteri berasaskan kaum, yakni kaum cina, kaum kadazan dan kaum pribumi islam.

Pada PRU 1990 apabila PBS keluar daripada BN diambang pembuangan undi, maka barulah UMNO mengistiharkan akan memasuki Sabah. Dalam usaha Umno menawan Sabah, maka barulah unsur-unsur agama mula diuar-uarkan. Pada masa itu tidak kurang rancaknya Anwar Ibrahim membangkitkan isu agama terutama rakyat yang agama islam agar bersatu untuk merampas kerajaan daripada kerajaan PBS.

Namun semua usaha tersebut mengalami kegagalan kerana rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan isu-isu agama. Rakyat Sabah lebih faham tentang persefahaman agama yang lama telah terjalin.

Di Sabah kini persoalan politik yang sering didengar adalah ketidak puashatian kaum-kaum yang dianggap mijoriti tidak diberi peranan dalam percaturan politik negeri, sebaliknya kaum minoriti yang menentukan halatuju kerajaan negeri. Faktor ini lah yang akan mencorakkan PRU-13 akan datang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels