Sebelum merdeka lagi persefahaman antara agama di daerah ini sudah sebati dan tidak mudah diganggu gugat.Pada tahun 70-an pun apabila ada gerakan pengislaman bagi rakyat yang tidak beragama aka pagan tidak lah menjadikan USNO ditolak pada setiap pilihanraya. Usno ditolak kerana pengkhianatan beberapa pemimpin USNO atas desakan para pemimpin Kuala Lumpur,kerana dikhuatirkan Sabah akan keluar Malaysia mengikuti jejak Singapura.
Setelah Usno ditumbangkan oleh parti Berjaya yang diketuai oleh Tun Fuad Stephen ( Donald Stephen) pada tahun 1976 dan kemudian Parti Berjaya tumbang kepada parti PBS pada tahun 1985 bukan kerana isu agama akan tetapi isu kaum yakni ekoran pemecatan Datuk Pairin daripada Parti Berjaya dan penyerahan Labuan kepada kerajaan persekutuan.
Pemerintahan PBS yang bermula pada tahun 1985 melakukan lakaran sejarah dengan melantik 3 timbalan ketua menteri berasaskan kaum, yakni kaum cina, kaum kadazan dan kaum pribumi islam.
Pada PRU 1990 apabila PBS keluar daripada BN diambang pembuangan undi, maka barulah UMNO mengistiharkan akan memasuki Sabah. Dalam usaha Umno menawan Sabah, maka barulah unsur-unsur agama mula diuar-uarkan. Pada masa itu tidak kurang rancaknya Anwar Ibrahim membangkitkan isu agama terutama rakyat yang agama islam agar bersatu untuk merampas kerajaan daripada kerajaan PBS.
Namun semua usaha tersebut mengalami kegagalan kerana rakyat Sabah tidak terpengaruh dengan isu-isu agama. Rakyat Sabah lebih faham tentang persefahaman agama yang lama telah terjalin.
Di Sabah kini persoalan politik yang sering didengar adalah ketidak puashatian kaum-kaum yang dianggap mijoriti tidak diberi peranan dalam percaturan politik negeri, sebaliknya kaum minoriti yang menentukan halatuju kerajaan negeri. Faktor ini lah yang akan mencorakkan PRU-13 akan datang.
No comments:
Post a Comment