17 January 2010

Banjir Kilat Di Kawasan Tempasuk: Ada Kaitan Kah Dengan Penebangan Pokok Besar-besaran Di Tanah 900 Ekar Milik Datuk Yahya Lampong?


BANJIR kilat sebegini besarnya belum saya alami sejak saya mendiami kampung Timbang demikian kata seorang penduduk Kampung Timbang dalam perbualan kami semasa saya dan ramai lagi tersadai di tepi jalan SK Timbang Kota Belud pada 15 Januari yang lalu.

Apakah banjir kilat ini ada hubungannya dengan penebangan kayu akasia di tanah milik Datuk Yahya Lampung berkeluasan 900 ekar?

Sebelum kerja-kerja penebangan kayu akasia ini, kalau pun berlaku banjir tidaklah seteruk kali ini, sambung penduduk kampung Rampayan Ulu yang kebetulan juga berteduh di warung seorang penduduk kampung Timbang.

Pemilik warung/kedai runcit itu terpaksa membiarkan kedai runcitnya ditumpangi kami untuk sementara kerana pemiliknya tidak sempat menutup gerai tersebut kerana terperangkap di rumah panggungnya.

Banjir tidak mudah terjadi di kawasan perbukitan, bagi OKB, pengalaman malam itu adalah pengalaman pertama kali terkepong oleh banjir kilat yang luarbiasa kuatnya.

Kenderaan saya walaupun diletakkan di tempat yang tinggi, namun air tetap masuk sedalam 6 inci kedalam kereta. Karpet kerusi ditengalami air, namun injin belum dilepasi.

Akibat perbuatan serakah maka banjir yang menyebabkan kerosakan harta benda terutama sawah padi yang siap dituai tidak dapat dielak. Dianggarkan berjuta harta benda rosak akibat banjir kilat pada malam itu.

Tujuan Safoda menanam aksia magium adalah untuk mengelak aksian di tempat-tempat cerun serta mengelak banjir seumpama ini ternyata tidak tercapai kerana kerakusan manusia itu sendiri.

1 comment:

Mohd Amini said...

Salam Hijrah.Ada hikmah disebalik kejadian fenomena alam seperti banjir ini.Akibat kerakusan manusia demi survival kehidupan akan hilang pertimbangan dan kewarasan akal.Mengaut keuntungan dan kekayaan demi menjaga status quo biar alam ini terbakar dan musnah segala-galanya.Kini apa jadi, alam semulajadi telah diperoksai, bukit telah digondol dan cantas atas nafsu pembangunan.Nah...! mutakhir ini lihatlah natijahnya ialah bencana alam sana-sana sini terjadi.Bajir berlaku di Kota Belud bukan tafsirkan sebagai bencana alam semata-mata tapi jauh lebih dari itu bahawa fenomen banjir ini adalah simbol kemurkaan Allah dan barangkali bala kepada umatnya.Bagi hambanya memahami tamsilan Nya ini sudah tentu sentiasa mengingati dirinya yang kerdil itu suatu hari nanti kembali kepada penciptanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels