12 March 2010

Di Semenanjung MCA-Gerakan Duri Dalam Daging: Di Sabah LDP! Trend Parti Cina Base Begini Kah?

Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sabah Datuk Rahman Dahalan yang juga merangkap wakil rakyat Kota Belud, menyangkal dakwaan timbalan persiden LDP Datuk Chin Su Phin yang mengatakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan pimpinan negeri.

Bagi Rahman, dakwaan itu mempunyai motif tersembunyi. Tahun lepas, timbalan presiden ini juga mempertikai kepimpinan Musa Aman dalam isu Raymond Tan, mantan TKM Sabah, yang masa itu tidak berparti, kerana dia tidak ikut bersama Yong Teck Lee keluar BN. Chin lah yang mendesak agar Raymond Tan meletakkan jawatan dan meminta Musa Aman mengugurkannya. (Nota: Timbalan ketua menteri Sabah quota kaum cina di sandang oleh naib presdien LDP Datuk Phang).

Presiden LDP adalah Datuk Liew Vui Keong seorang peguam yang berasal daripada Kota Belud Sabah, dan kini sebagai ahli parlimen Sandakan dan sekarang mempunyai jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Apa kah kenyataan LDP ini hanya trend ikut-ikutan, kerana MCA walaupun mempunyai 15 kerusi parlimen, baru-baru telah menuntut 5 tuntutan yang ada kaitan dengan hak bumiputera dan melayu.

Gerakan juga memberi kata dua kepada Tan Sri Muhyiddin mengenai kenayataan TPM itu, bahawa Umno bersedia menerima sesiapa sahaja termasuk Zulkefli Noordin, wakil rakyat PKR yang baru sahaja dipecat.

Fenomenana desakan parti-parti yang berasaskan kaum cina, akhir-akhir ini semakin rancak, apa kah perkara ini ada kaitan dengan persepsi bahawa keutuhan kaum melayu dan bumiputra semakin longgar? atau berpecah.

Benarkah sangkaan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, bahawa melalui PRU-13,kaum lain terutama cina dan india akan mengambil tampuk pemerintahan negara? atau kah setia kawan daripada kaum-kaum ini mulai kendur dan luntur lantaran kerana melayu dan bumiputra kelihatan berpecah.

Ini lah cabaran Najib sekarang ini. Mampukah 1Malaysia mengatasinya?

11 March 2010

Sempat Juga Bersalaman Dengan TPM

Kira-kira pukul 11.30 malam tadi saya sempat hadir menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri ke Sabah. Semasa turun dari pesawat khas berwarna putih bertuliskan MALAYSIA itu, TPM diiringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, Menteri pembangunan Luar Bandar Datuk Safie Afdal dan wakil rakyat Sri Ganding, Datuk Abdul Aziz.

Ketibaan Tan Sri Muhyiddin disambut para pemimpin negeri diketuai oleh Timbalan ketua menteri Sabah, Datuk Pairin Kitingan.

Saya sempat bersalaman dengan TPM sebaik sahaja beliau turun dari tangga pesawat kerana wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli, yang merupakan ADUN kawasan saya mengajak saya bersamanya menyambut ketibaan TPM bersama rombongan.

Telah 10 tahun saya tidak lagi hadir menyambut orang-orang kenamaan sejak saya tidak berkerja lagi dengan kerajaan. Hanya kali ini saya berkesempatan masuk ke ruang VVIP lapangan terbang bersama para wakil rakyat untuk menyambut pemimpin No.2 negara.

Saya bersyukur kerana mempunyai wakil rakyat seperti Datuk Musbah sudi mengajak bersama menyambut pemimpin negara. Melalui pertemuan singkat itu, sempat juga berjumpa kenalan lama samaada wakil-wakil rakyat dan para pegawai kerajaan, termasuk SKN, Datuk Sukarti Wakiman.

10 March 2010

Tan Sri Muhyiddin Melawat Sabah Hari Ini

Tan Sri Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri pelajaran Malaysia kan melakukan lawatan ke Sabah bermula hari ini.

Timbalan perdana menteri itu akan disertai oleh isternya akan beradadi Sabah sehingga 12 Mac ini.

Esok Muhyiddin dijadualkan akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan para pemimpin Umno termasuk ketua menteri Datuk Musa Aman.

Di Sabah Timbalan Perdana Menteri dijadualkan melawat beberapa projek hasil ilhamnya semasa menjadi pertanian dan asastani suatu ketika dahulu.

9 March 2010

Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Kalau dilihat ciri-ciri yang disebutkan di atas layakkah MCA, Gerakan dan MIC itu kita jadikan sahabat? Walau pun sudah hampir 53 tahun UMNO, MCA dan MIC itu bersahabat dan berkongsi kuasa namun pada hemat saya, mereka bukan sahabat yang boleh diharap untuk bersama kita ketika susah. Mereka hanya mahu mendampingi kita ketika kita senang seperti kata perumpamaan Melayu, kawan ketawa senang dicari, kawan menangis mana nak jumpa.

Apabila MCA meluluskan 5 resolusi, meminta tambahan bukan bumiputra dalam Perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 semalam merangkumi 16 perkara di bawah usul politik, hal ehwal kerajaan, pendidikan, sosial dan ekonomi, serta budaya kita melihat MCA bukan hendak meringankan beban Perdana Menteri tetapi mengambil kesempatan di atas kelemahan kerajaan. Sepatutnya mereka menyelesaikan masalah dalaman parti mereka supaya BN menjadi kukuh semula sebaliknya menuntut sesuatu yang tidak mungkin dapat kerajaan lunaskan.

Adakah ini satu tuntutan atau satu ugutan?

Ketika kerajaan sedang menyusun semula kekuatan setelah tsunami pilihanraya ke 12 yang lalu, MCA bukannya membantu tetapi seolah-olah mahu pengundi Cina mengundi Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya ke 13 nanti. MCA tahu kerajaan tidak akan melayan tuntutan mereka itu dan ini akan dijadikan alasan mengapa pengundi Cina akan beralih arah seperti mana sebahagian besar pengundi Cina telah lakukan pada pilihanraya yang lepas. Kali ini akan melarat ke negeri-negeri Selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Nampaknya setakat ini hanya UMNO sahaja yang bersungguh-sungguh menawan hati rakyat semula. Apakah yang MCA dan MIC lakukan untuk membantu UMNO? Bukan hendak menjuarai hati rakyat bersama-sama tetapi membuat tuntutan yang sukar kerajaan tunaikan. Kerajaan juga mahu menjaga hati orang Melayu yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kerajaan dan juga 60% daripada jumlah penduduk di negara ini.

Kalau setakat menang 15 kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan dalam PRU ke 12, jangan lah nak berkokok berderai-derai. Apa lagi yang orang Cina mahu? Tidak cukupkah yang telah dinikmati sekarang? Jangan menjadi tamak dan rakus sehingga boleh menimbulkan rasa benci dan marah kaum lain sehingga boleh menyebabkan golongan majoriti yang miskin bangun memberontak. Rata-rata orang Melayu merasakan apa yang mereka nikmati hari ini sangat tidak adil kepada mereka. Sudahlah mereka dijajah dan ditindas ratusan tahun oleh 4 bangsa penjajah sehingga mereka melarat di tanah air sendiri, tiba-tiba datang bangsa pendatang menjadi lebih kaya dan ingin merampas bukan sahaja ekonomi tetapi sudah mencuba menguasai politik di negara ini.

Kerajaan jangan tunduk kepada tuntutan dan ugutan MCA ini. Kalau MCA mahu keluar daripada BN pun lebih baik kerana mereka bukan sahabat yang baik. MCA seperti Singapura. Singapura bukan jiran yang baik untuk Malaysia. Jikalau MCA merasakan mahu bersama Anwar Ibrahim, silakan berbahagi-bahagilah kerusi parlimen dengan DAP. Orang Melayu harus berdiri sendiri dan tidak lagi bergantung kepada undi Cina.

Mulai esok, sesudah subuh semua Melayu yang belum mendaftar pergi mendaftar sebagai pengundi dan semuanya nanti keluar mengundi pada hari pilihanraya. Kalau MCA keluar daripada BN,saya lah orang yang paling gembira. Kalah atau menang cerita lain tetapi kita tidak menyimpan duri dalam daging, tidak risau musuh dalam selimut dan kita tahu musuh yang nyata.sumber disini

7 March 2010

Pemantapan Barisan Nasional Negeri Sabah

Awal minggu ini Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah Datuk Musa Aman yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri merangkap Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan barisan baru penyelaras BN peringkat negeri.

Melalui pengumuman tersebut Musa mempertahankan 15 muka lama dan melantik 10 muka baru.

Bagi parti Umno, sudah tentunya ketua-ketua bahagian Umno yang dilantik sebagai penyelaras BN peringkat bahagian, termasuk lah mereka yang menang dalam pemilihan Umno pada tahun 2008.

Perlantikan baru ini adalah usaha antisipasi PRU-13, dalam usaha mempertahankan prestasi BN negeri.

Pada masa kini kekuatan BN negeri nampaknya belum boleh diganggu gugat oleh mana-mana parti politik pembangkang, sebabnya pimpinan pembangkang peringkat negeri belum boleh bersaing dengan kepimpinan Musa Aman, serta Datuk Pairin Kitingan.

Walaupun pemimpin seperti Yong Teck Lee berusaha bertapak semula, namun isu Saham Amanah Sabah (SAS) dan usaha mantan ketua menteri ini menjual yayasan Sabah sewaktu masa dahulu, memberikan impak negatif kepada kepimpinannya.

PKR melalui kepimpinan Jeffery Kitingan sukar menembus kepercayaan rakyat kerana rekod yang ada padanya, yakni pemimpin yang tidak mempunyai kesetiaan. Pemimpin yang hanya berjuang untuk dirinya sendiri.

Yang jelas, untuk sementara BN Sabah, sukar digangu gugat, benar lah apa yang diperkatakan, bahawa Sabah masih lagi fixed deposit BN selagi Musa Aman menerajuinya.

Selain itu terjadi juga perubahan dalam pengurusan Barisan Nasional negeri, apabila ahli parlimen kota Belud Datuk Rahman Dahalan (DARD) dilantik sebagai setiausaha Agung BN Sabah. Pengalaman Rahman sebagai ketua setiausaha politik kepada ketua menteri Sabah sewaktu masa dahulu, dapat membantu beliau dalam pemantapan pengurusan Barisan Nasional negeri.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri kini, Nizam Abubakar Titingan, telah dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif Umno negeri. Perlantikan ini untuk memberikan uummh kepada pentadbiran pengurusan Ibu pejabat Umno negeri.

Syabas kepada mereka yang diberi amanah.

6 March 2010

Selagi Sumber Pendapatan Penduduk Kota Belud Terhad Selagi Itu Tergantung Pemimpin Berwang

Selagi sumber pendapatan penduduk Kota Belud terutama ahli parti politik, selagi itu mereka tergantung dan terdedah kepada pemimpin berwang.

Sejarah politik Kota Belud tidak terlepas kepada pemimpin yang berwang,kecuali di zaman PBS, di mana pemimpin masa itu tergantung kepada sentemen kebencian kepada Kuala Lumpur.

Jika diikuti sejarah berpolitik Kota Belud, semua pemimpin yang muncul dari daerah ini dikaitkan dengan pemimpin yang mempunyai wang. Sebut sahaja pemimpin yang pernah menjadi wakil rakyat, pasti ada hubungannya dengan status mereka yang awal-awalnya mempunyai wang. Hanya boleh dikira dengan jari pemimpin yang tidak berwang menjadi pemimpin parti politik di Kota Belud. Pemimpin tidak berwang ini muncul, kerana afiliasinya dengan parti yang kuat dan pemimpin yang berwang.

Tidak perlu disebukan nama,kerana tulisan ini khusus untuk penduduk Kota Belud. Sesiapa sahaja penduduk Kota Belud,pasti tahu siapa para pemimpin yang berwang. Malah para pemimpin ini menjadi zikir dan buah mulut mereka, kerana tanpa pemimpin ini, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Selagi daerah Kota Belud tidak diciptakan sumber pendapatan yang mapan, selagi itu, penduduk di daerah ini akan tergantung kepada pemimpin berwang. Tidak kira lah pemimpin akar umbi kah, bahagian kah, semuanya tergantung kepada pemimpin berwang ini.

Ramai sungguh pemimpin akar umbi yang boleh diketengahkan, namun kiblat para ahli adalah wang, maka peluang pemimpin mana pun tidak akan menang pada sebarang pertandingan, kerana mereka tidak berwang. Pemimpin berwang lah yang pasti menang.

Sampai bila fenomena ini akan berakhir? Apa kah setelah berjayanya jelapang padi dan agropolitan? Program jelapang padi dan agropoliten ada lah wadah penduduk daerah Kota Belud untuk menambah sumber pendapatan. Namun para pemimpin berwang ini sangat sekptikal terhadap program ini. Dalam satu seminar baru-baru ini, ada pemimpin berwang mengatakan bahawa program jelapang padi dan agropolitan yang merupakan cetusan idea matan PM Tun Abdullah Badawi ini adalah perancangan dan idea lapok. Dengan dakwaan demikian, ternampak sangat bahawa para pemimpin berwang ini, tidak mahu agar penduduk Kota Belud dapat menjana pendapatan sekaligus meningkatkan perekonomian mereka, tujuannya agar supaya mereka akan terus tergantung kepada para pemimpin berwang.

Bagi penduduk Kota Belud, Fikir-fikirkan lah

5 March 2010

Kalau Seseorang Naik Pangkat Kenapa Jadi Sombong? Najib Tidak Suka !!


Datuk Seri Najib Tun Razak mengingat kan orang parti bahawa rakyat yang berkuasa dan jangan lah hanya popular dalam parti saja dan rakyat membenci kita, hari ini rakyat adalah yang memastikan kerajaan mana yang mereka mahu pilih, Walaupun BN sudah bertapak begitu kukuh dan sekian lama di Malaysia , ini tidak bererti kita akan terus kekal sebagai pemerintah jika kita ambil usia sebagai pengukur, lihat apa yang berlaku di Jepun dimana parti yang begitu lama memerintah akhirnya akur dan tukar oleh rakyat,

Menjadi seorang pemimp-in parti sebenarnya adalah satu tanggungjawab yang besar, menjadi pemimpin parti sebenarnya adalah menjadi hamba kepada rakyat. Jika pemimpin yang ada sekarang merasakan menjadi YB dan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan atas dasar lantikan politik adalah sesuatu yang galmour dan layak untuk menjadi sombong bongkak dan angkuh , ini semua adalah tanda tanda kejatuhan parti dan kejatuhan pemimpin itu sendiri.

Menilai kuasa rakyat adalah penentu kepada pelangsungan BN, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengingatkan kepimpinan parti-parti komponen BN agar tidak menjaga ‘orang-orang dalam parti sahaja’ hanya untuk terus bergelar ketua.Sebaliknya beliau mahukan semua pimpinan BN bersifat adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan kepercayaan mereka kerana ia berkait rapat dengan masa depan parti itu.

Jelasnya, berdasarkan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini, rakyat adalah penentu kepada kelangsungan BN dan dengan itu mereka perlu mendekati dan membela rakyat agar BN terus mendapat mandat untuk mentadbir negara ini.“Saya ingin tegaskan perlunya kita mendahulukan rakyat kerana dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah penentu. Kita mesti popular di mata rakyat bukan hanya di peringkat parti.

Menurut Najib, ingatan beliau juga perlu dihayati oleh pemimpin UMNO dan BN di peringkat Bahagian yang jangan hanya menumpukan perhatian menjaga kepentingan cawangan-cawangan yang berada di dalam Bahagian masing-masing sebaliknya perlu melihat sama kepentingan ribuan masyarakat yang berada di dalam sesuatu bahagian.

“Apa gunanya kita memegang jawatan dalam parti jika kita hilang kuasa dalam sistem demokrasi berparlimen,” sambil menegaskan semua pihak perlu terus bekerja dan membuktikan UMNO dan BN dekat di hati rakyat.“Kalau kita dapat pertahankan hak semua kaum dan berlaku adil maka rakyat akan lebih senang kepada kita dan inilah juga perinsip kerajaan kita iaitu kerajaan BN.

“Kita akan ambil kira semua golongan supaya mereka tidak berasa terpinggir atau jauh hati daripada kita malah setiap kelompok, setiap kumpulan, setiap kaum akan dapat pembelaan sebaik-baiknya melalui dasar kerajaan kita iaitu kerajaan BN,” katanya.

3 March 2010

Sabah Fixed Deposit BN Tapi Ada Belia Tersadai di Kuala Lumpur

Kajian apa lagi yang diperlukan. Sabah sudah diperintah BN sejak tahun 1994.Sudah 16 tahun BN memerintah Sabah. Lupakan pemerintah yang sebelumnya. Kalau dikira rancangan Malaysia, sudah bermula dari rancangan Malaysia ke-7.

OKB percaya, kerajaan negeri mempunyai data yang mencukupi mengenai taburan penduduk yang berada dalam usia belia. Namun, kenapa boleh terjadi penghijraan belia ke Kuala Lumpur atau sewaktu dengannya hanya semata-mata untuk mencari rezeki?

Pengalaman OKB selama 11 tahun di Semenanjung, anak-anak Sabah ini datang dari berbagai daerah terpencil di Sabah, bukannya daerah yang sudah maju seperti Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Sandakan atau Tawau.

Faktor penyumbang kenapa berlakunya penghijraan belia sabah ke Semenanjung adalah kegiatan agen-agen pekerjaan yang mengiklankan pendapatan yang lumayan, terutama pekerjaan yang berhubung kait dengan pembuatan.

Namun, kerana latar belakang para belia itu dimana taraf displin yang tinggi diperlukan untuk pekerjaan seperti itu,maka, mereka tidak mampu melakukannya. Akhirnya mereka diberhentikan, atau hanya lari selepas menerima gaji pada hujug bulan.

Selain itu sifat semulajadi belia Sabah adalah tidak berinsiatif, seperti pengalaman OKB memperkerjakan belia dan beliawanis yang berasal dari Sabah. Mereka bersifat passif, tidak gemar melakukan inovasi atau pembaharuan. Berlainan dengan belia dan beliawanis daripada Semenanjung, Sabahan atau Sarawakian, bersifat "lunda".

Namun permasalahan ini, tidak hanya dibebankan kepada sifat-sfat semulajadi para belia itu, kerajaan juga perlu mengambil insiatif, di samping alam pembelajaran semasa di sekolah menengah, namun pendedahan kepada akitiviti atau program-program latihan yang bercorak memperbaiki minda dan keyakinan diri, perlu dijalankan oleh kerajaan. Sekiranya tidak, demikian lah kejadian para belia dan beliawanis kita, di mana pun akan tersadai, dan kita cepat mengambil kesimpulan terutama orang politik, bahawa mereka tertipu.

Memang benar banyaknya lapangan pekerjaan yang di sediakan oleh kebun-kebun besar dan sektor perumahan, namun semua peluang pekerjaan itu adalah bersifat buruh dan sementara. Para belia dan beliawanis kita tidak sanggup menjadi buruh di depan mata keluarga mereka, kerana bagi mereka kelulusan peringkat SPM, sudah cukup memadai di daerah terpencil mereka. Salah kah mereka, jika tidak mahu menjadi buruh di negerinya sendiri?.

Sudah tiba masanya meskipun terlambat,kerajaan negeri yang diterajui oleh Datuk Musa Aman, memikirkan dan mengwujud sektor pembuatan di negeri ini, terutama yang berorentasi eksport, agar para belia kita dapat bekerja di situ, tanpa terkena sinaran matahari. Sengatan matahari ini lah punca utama, kenapa para belia dan beliawanis kita tidak mahu menjadi buruh di sektor perumahan dan pekebunan atau peladangan.

Cuba kita bertanya-tanya secara rambang di restoran-restoran india yang berada di sekitar kita, di situ terdapat anak-anak tempatan bekerja kekadang 24 jam sehari, dengan hanya menerima gaji 150.00 sebulan,namun mereka tetap memilih pekerjaan itu, kerana tidak terdedah kepada sengatan matahari.Jika dibanding dengan pekerjaan buruh pembuatan jalan misalnya, gaji purata sehari antara RM 25-35 sehari,kalau dikira-kira mencapai juga 700-1200 sebulan.

Cabaran kerajaan negeri pada ketika ini adalah pengwujudan lapangan pekerjaan yang mengeluarkan added value. Boleh Kah? Slogan Sabah Boleh mesti diteruskan.

1 March 2010

Pemikiran Mavhiavelli Masih Bertapak Di Kota Belud

Tulisan saya kali ini berlegar di atas isu kuasa (power). Saya rasa isu ini amat perlu direnungi bagi kita memahami apa itu kuasa politik.

Mungkin tidak keterlaluan jika saya menyimpulkan bahawa pemikiran Machiavelli membawa pengaruh yang besar kepada gerakan sekular yang merupakan pendekatan seorang pemimpin di Kota Belud.

Siapa dia Machiavelli ini? Beliau adalah seorang penjawat awam di Florentine, Itali. Beliau juga adalah seorang 'political theorist'. Nama sebenar beliau adalah Niccolò Machiavelli. Pada tahun 1513 beliau telah menulis satu buku bertajuk 'The Prince' atau di dalam bahasa Itali dikenali sebagai De Principatibus (About Principalities), Meskipun ditulis pada tahun 1513 namun buku beliau tersebut hanya diterbitkan pada 1532 iaitu lima tahun selepas kematiannya.

Tujuan asal buku 'The Prince' ditulis adalah sebagai satu panduan atau rujukan kepada seorang anak raja tentang bagaimana beliau mahu mengekalkan kuasanya dan keduanya bagaimana nak mengekalkan wilayah kuasanya.

Dengan lain perkataan tujuan buku tersebut adalah bagi memastikan anak raja tersebut terus berkuasa. Machiavelli berpendapat bagi mengekalkan kuasa, anak raja tersebut berhak menggunakan apa sahaja cara sama ada cara tersebut adil atau zalim. Yang penting bagaimana ia boleh terus berkuasa.

Di dalam 'The Prince' Machiavelli antara lain menyatakan bahawa adalah mustahak seorang pemimpin itu disayangi dan ditakuti oleh rakyatnya. Namun untuk disayangi dan ditakuti dalam masa yang sama adalah sesuatu yang sukar, Machiavelli menasihati adalah lebih baik untuk seorang pemimpin itu ditakuti daripada disayangi oleh rakyatnya

Pemikiran Machiavelli yang mengagungkan prinsip matlamat menghalalkan cara (al-ghayah tubarrirul wasilah) boleh dikatakan sehingga kini mendominasi pemikiran ahli-ahli politik sekular sama ada di negara-negara Barat mahupun negara-negara umat Islam khususnya negara-negara umat Islam yang pernah dijajah seperti Malaysia.

Pemikiran Machiavelli adalah pemikiran yang amat jauh dari cahaya ilahi. Ia amat sesuai dengan para pemimpin yang menganggap dunia adalah segala-galanya tiada sebarang akauntabiliti di alam yang kekal iaitu alam akhirat. Sebab itu kita boleh melihat pemimpin yang diselaputi oleh pemikiran Machiavelli akan sentiasa memikirkan bagaimana ingin terus berkuasa dan bagaimana rakyat terus takut kepada mereka.

Mereka akan bersedia menindas dan menzalimi rakyat semata-mata kerana ingin terus berkuasa. Sebagai contoh bagi mengekalkan kuasa, mereka akan sanggup melakukan rasuah (diubah dengan kalimah 'politik wang'). Mereka juga tidak kisah menggunakan undang-undang zalim kerana yang penting bagi mereka adalah kuasa. Kuasa adalah segala-galanya.

Mereka tidak peduli dengan kebenaran hatta jika datang dari Allah sekalipun. Ini kerana bagi mereka sepertimana yang dikatakan oleh Hans Morgenthau "kebenaran mengancam kuasa dan kuasa pula akan mengancam kebenaran" (truth threatens power, and power threatens truth).

Membantu Biarlah Ikhlas

Berikutnya satu artikel yang saya salin daripada blog sskeruak.blogspot.com cuba ikuti paparan mantan Ketua Menteri Sabah itu. Kemudian OKB membuat satu tulisan yang bertajuk: Ikhlaskah AKU?


Saturday, June 28, 2008
KAWAN IKHLAS

Semalam saya mempengerusikan mesyuarat AJK Kelab Golf dan Rekreasi Kota Belud(KGRKB) di Restoran D'Square,Likas Square.Antara yang diputuskan ia lah untuk menganjurkan Hari Keluarga dan Pertandinagan Golf Piala presiden yang akan diadakan pada 12-13julai di Mimpian Resort Tuaran.Sebenarnya ini ada lah acara tahunan dan tahun lalu kami adakan di Kudat.Sungguhpun,usia kelab ini masih muda tapi jelas ahli-ahlinya amat komited dan aktif.Saya sungguh gembira dengan perkembangan ini.Kerjasama antara kami ditahap yang membanggakan dan ini ada lah perkara pokok untuk menentukan sesebuah organisasi berjaya mencapai matlamatnya.

Seperti biasa sebelum kami bermesyuarat kami makan malam dulu dan lepas mesyuarat pula kami sembang-sembang sambil minum kopi.Macam-macam topik dan isu di ketengahkan dan masing-masing memberi pandangan.Saya rasa seronok sekali suasana macam ini.Saya pastikan kawan-kawan relaks dan hilangkan setres setelah sibuk bekerja di siang hari.Dalam hidup ini, kita perlukan kawan-kawan yang ikhlas dan bukan hipokrit di keliling kita walaupun bilangannya tidak ramai.Seseorang yang ikhlas itu bukan mudah di cari tapi Tuhan akan pertemukan kita dengan mereka.Kadangkala kita tersilap mendapat kawan dan ini adalah perkara biasa.Biar ia menjadi pengajaran.Yang penting kita jangan sama sekali jemu mencari kawan.Percaya lah,Kawan-kawan yang ikhlas pasti membuat kita hapi!

Ikhlas Kah Aku

JIWA YANG IKHLAS

Bagaimana Mahu Ikhlas?

“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba- Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”

(QS, Shaad 38 : 82-83)

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”

(QS Al-Hijr, 15 : 39-40)

Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas? Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah S.W.T, kita berserah apa sahaja kepada Allah S.W.T. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah S.W.T. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah S.W.T. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah S.W.T.

***

Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.

Tidak penting samada orang lain ikhlas atau tidak tetapi yang sangat penting adalah diri kita sendiri ikhlas atau tidak. Mari kita fahamkan tentang ikhlas dengan mengambil contoh kehidupan saya.

Jika saya bekerja kerana ingin mencari wang, maka saya bekerja ikhlas kerana wang.

Jika saya bekerja kerana ingin menyara anak-anak dan isteri saya, maka saya bekerja ikhlas kerana anak-anak dan isteri saya.

Ikhlas mesti mempunyai sandaran untuk apa saya melakukan sesuatu hal itu. Jika sandarannya wang, maka kita dikatakan ikhlas kerana wang kerana wang membuatkan kita melakukan kerja. Begitu juga dengan yang lain.

Persoalannya kini, apakah kita inginkan ikhlas yang sedemikian? Tidak! Kita tidak mahu kerana ikhlas yang sedemikian mempunyai tahap yang rendah. Lalu ikhlas yang bagaimana berada di tahap yang tinggi yang dikatakan oleh iblis sehingga tidak mampu menyesatkan kita?

Pastinya ikhlas KERANA ALLAH S.W.T. Apabila kita ikhlas kerana Allah S.W.T, pasti kita melakukan semua kerja kita kerana Allah S.W.T. Apabila kita ikhlas kerana Allah S.W.T, pasti ikhlas kita merangkumi semua termasuk kerana wang, anak-anak dan isteri, syarikat kita bekerja dan seluruhnya.

Nah! di sini terdapat satu lagi persoalan iaitu bagaimana melahirkan jiwa yang ikhlas? Apakah ia boleh dibuat-buat atau boleh diwujudkan?

***

Ikhlas tidak mampu dibuat-buat tetapi dapat diwujudkan dengan kesedaran.

Bagaimana membina kesedaran agar jiwa kita ikhlas?

Kembali kepada contoh kehidupan diri saya dan kemudian saudara aturkanlah contoh tersebut untuk kehidupan saudara.

Saya perlu SEDAR sepenuhnya tanggungjawab saya sebagai wakil Allah (khalifah) di muka bumi ini. Saya dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai lelaki dan kini saya memiliki pelbagai tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. ke atas saya sebagai lelaki, suami, pekerja dan sebagainya.

Sebagai suami dan ayah, saya diberi tanggungjawab memastikan keluarga saya dilindungi, selamat, bahagia, cukup makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Saya SEDAR tanggungjawab ini adalah tanggungjawab yang Allah S.W.T. tetapkan sebagai seorang suami.

Sebagai suami dan ayah saya perlu mencari rezeki lalu saya bekerja. Bekerjanya saya ini adalah kerana tanggungjawab saya terhadap Allah S.W.T. Ini adalah ketetapan yang Allah S.W.T. tentukan ke atas seorang suami iaitu wajib mencari nafkah untuk keluarganya.

Dengan KESEDARAN segala kerja yang saya lakukan adalah kerana saya ingin mencari nafkah dan ia merupakan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. pasti saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini bukan satu paksaan tetapi kerana kesedaran saya ke atas tanggungjawab saya.

Maka dengan kesedaran inilah saya melaksanakan tanggugjawab saya kerana Allah S.W.T. Tanpa disedari, saya melakukannya kerana Allah S.W.T. ikhlas kerana Allah S.W.T.

Begitu juga semasa bekerja. Tugas yang diberikan kepada saya ketika bekerja merupakan amanah dan tanggungjawab saya kepada Allah S.W.T.

Saya perlu menyedari bahawa semua ini adalah tanggungjawab yang Allah S.W.T.tentukan kepada saya. Lalu saya perlu melaksanakan semua tanggungjawab ini kerana saya ini adalah wakil Allah S.W.T. Saya perlu mengikut kehendak Allah S.W.T.,kerana saya wakilNya.

Kesedaran tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T. memastikan kita akan melaksanakan segala tanggungjawab kita kerana Allah S.W.T. INILAH IKHLAS.

Orang yang dekat dengan Allah S.W.T. memiliki kesedaran tertinggi akan hal Allah S.W.T. Mereka tidak pernah rasa kecewa di dalam melaksanakan tanggungjawab kerana Allah S.W.T.

***

Apabila kita memiliki kesedaran tertinggi, kita akan melaksanakan tanggungjawab kita kerana Allah S.W.T. Kita tidak melakukannya kerana pangkat dan wang namun pangkat dan wang merupakan keperluan. Ia membantu kita di dalam urusan menjadi wakil Allah S.W.T. iaitu khalifah di muka bumi ini.

Kita tidak salah dan tidak dilarang sama sekali untuk memiliki wang yang banyak, pangkat yang besar, rumah yang besar dan segala kekayaan yang ada. Namun kita juga diperintahkan agar berkongsi kekayaan tersebut dengan zakat, bersedekah dan sebagainya seperti yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Setiap kerja kita diminta untuk dimulakan dengan “Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pengasih/pemurah dan Penyayang” menunjukkan bahawa kita melakukan kerja atas nama Allah S.W.T.

Kita di minta oleh Allah S.W.T mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W Rasul Allah S.W.T. setiap kali kita bersolat untuk mengulangi semula persaksian kita pada Allah S.W.T.

Dengan kesedaran yang tinggi di atas tanggungjawab kita sebagai wakil Allah S.W.T. dalam setiap hal kecil atau besar walaupun menyampai sedikit ilmu pun, maka ia adalah kehendak Allah S.W.T. dan kita wakil Allah S.W.T. hanya berserah untuk melakukannya. Allah mengkehendaki kita menyampaikan ilmu yang kecil itu ketika itu lalu kita sampaikan dengan penuh tanggungjawab sebagai wakil Allah S.W.T. yang memiliki ilmu tersebut.

***

Tingkatkan kesedaran kita, pasti kita akan ikhlas di dalam melakukan kerja. Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.

________________________________________________________________

26 February 2010

Bagi Pas Tidak Salah Lim Guan Eng Mengutamakan Cina Kerana Dia Cina

Yang salah adalah Najib kerana tidak mengutamakan melayu. Yang salah adalah Umno kerana ingin menjadi juara rakyat. Umno lupa pada namanya. Umno kini bukan lagi seperti mana diasaskan dahulu. Umno kini umno rakyat.

Bagi Pas itu salah umno kenapa tidak mengutamakan kaumnya. Lim Guan Eng tidak boleh disalahkan kerana mengutamakan cina dan membelakangkan melayu. Ini lah pendirian Pas.

Kalau Lim Guan Eng tidak menyambut maulidul rasul esok, itu bukan salah dia, dia tidak patut menyambut itu, kerana tiada pun kaitan dengannya baik agama mahupun anutan. Ini lah pendirian Pas. Atas sebab itu lah Nik Aziz menyokong pendirian LGE tidak mengutamakan perarakan maulidur rasul, kerana LGE tidak perlu lakukan itu semua.

Bagi Pas, jika Najib membela semua kaum, itu urusan Najib sendiri, tiada yang meminta agar Najib menjadi pejuang untuk semua kaum. Najib adalah ahli Umno,presiden Umno. Bagi Pas Najib kenalah berlaga seperti umno.

Lim Kit Siang pula berpendirian, bahawa gagasan Najib 1Malaysia, sama lah dengan gagasan islam hadari cetusan idea Abdullah Badawai. Hilang Abdullah hilang lah islam hadari itu.

Bapa kepada LGE ini juga mempertikai media massa yang ada kaitan dengan kerajaan umpamanya RTM. RTM menurut bapa LGE ini tidak mengamalkan konsep 1Malaysia, kerana menyiarkan bantahan rakyat terhadap anaknya di Pulau Pinang. Sepatutnya menurut Lim tua, RTM membiarkan sahaja Lim muda itu menindas melayu, kerana memang Lim muda itu bukan melayu. Sementara RTM jangan perbesarkan keluhan kaum yang tertindas, kerana RTM mesti berpaksi kepada gagasan 1Malaysia. Ini lah konsep Lim tua, ini lah juga konsep Pas.

Yang jelas pemilik blog ini bengong dan terus bengong.

25 February 2010

Mendung Hitam Berarak Ke Kota Belud

Pada PRU-12 kawasan Kota Belud diterajui oleh Musbah Jamli selaku pengarah pilihanraya BN merangkap ketua umno bahagian. Disebabkan kekuatan BN yang sudah ada dan sokongan rakyat kepada kerajaan, maka semua kawasan yang dipertandingankan termasuk parlimen dimenangi oleh BN.

Pada masa itu siapapun calon yang dikemukakan oleh BN pasti menang atas sebab rakyat Kota Belud telah sebati dengan barisan nasional.

Sebelum penamaan calon terlalu banyak ura-ura ditiupkan termasuk berbagai andaian dan spekulasi. Namun apabila calon-calon diumumkan oleh Musa Aman, individu berikut tersenarai nama mereka. Bagi kawasan Usukuan nama Japlin Akim menjadi pilihan, kawasan Kedamaian seperti biasa Herbert Timbun Lagadan lah menjadi pilihan, bagi kawasan Tempasuk, yang sebelum itu diuar-uarkan bahawa TSP akan terus mewakili kawasan itu, terpintas oleh Musbah Jamli. Sementara itu, kawasan parlimen, yang sebelumnya semua orang menyangka bahawa Salleh Said akan mempertahan kawasan itu berkecai, apabila Rahman Dahalan dipilih sebagai calon. Maklumat dalaman parti umno ketika itu, naib ketua bahagian serin @ Masrin Haji Sudah telah dicadangkan kepada pengerusi perhubungan Umno Negeri, namun apabila dipertimbangkan, maka Rahman Dahalan lebih menonjol untuk dipilih sebagai calon, menggantikan Salleh Said keruak.

Perancangan Musbah dalam lingkaran Umno masa itu adalah, jika Musbah terpilih dan dilantik sekurang-kurangnya sebagai pembantu menteri, maka kementerian pertanian dan pembangunan makanan dan asas tani lah akan menjadi pilihan. Kemudian Japlin yang sudah pun menduduki jawatan pembantu menteri kalau boleh berpindah kepada kementerian yang ada hubungan dengan pembangunan infrastruktur. Dan juga, jika ada peluang, jika Herbert Timbun dilantik pembantu menteri, maka cadangan meletekkannya dibawah kemeneterian kebajikan. Dan kemudian, jika Rahman Dahalan menang, maka akan diberi tanggungjawab untuk menjaga peningkatan ilmu dan pendidikan, kerana hubungannya dengan menteri pelajaran pada masa itu.

Apabila ditakdirkan bahawa semua calon BN menang dan mendapat pula jawatan sepertimana yang dirancang, maka team pembangunan untuk rakyat Kota belud telah lengkap. Yang terbaki adalah melaksanakan perancangan yang telah disepakti.

Apa yang kita saksikan sekarang adalah pembangunan pertanian melalui projek agropolitan dan jelapang padi sedang rancak berjalan, pembangunan prasarana infrastruktur juga sedang berjalan, pemansuhan kadar kemiskinan juga sedang rancak berjalan, demikian juga isu-isu pendidikan sedang rancak berjalan.

Tun Mahathir mengambil masa 22 tahun menjadikan Malaysia negara industri dan celik ICT. Atas asas kepada pengalaman Tun Mahathir ini juga, bahawa individu yang terlibat masa ini merancang pembangunan Kota Belud perlu diberkan masa yang cukup untuk merealisaikan perancangan mereka. Tempoh masa 5 tahun tidak mencukupi, pembangunan yang bercorak pertanian, fizikal dan penghapusan kemisikian sekurang-kurangnya memerlukan jangka waktu 10 hingga 15 tahun.

Mengganti mereka dengan kempimpinan baru akan membantutkan semua perancangan mereka. Ambil lah contoh, apabila Abdullah Badawi mengambil alih jawatan perdana menteri, maka semua perancangan Tun Mahathir yang telahpun bermula itu dibatalkan.Malah abdullah mengemukakan perancangan baru sperti WPI, pembangunan koridor dan jambatan ke-2 Pulau Pinang.

Demikian juga akan terjadi, apabila penggantian kepimpinan berlaku di kawasan Kota belud, maka Mendung Hitam akan berarak Ke Kota Belud. Fikir-fikirkan lah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels