7 March 2010

Pemantapan Barisan Nasional Negeri Sabah

Awal minggu ini Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah Datuk Musa Aman yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri merangkap Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan barisan baru penyelaras BN peringkat negeri.

Melalui pengumuman tersebut Musa mempertahankan 15 muka lama dan melantik 10 muka baru.

Bagi parti Umno, sudah tentunya ketua-ketua bahagian Umno yang dilantik sebagai penyelaras BN peringkat bahagian, termasuk lah mereka yang menang dalam pemilihan Umno pada tahun 2008.

Perlantikan baru ini adalah usaha antisipasi PRU-13, dalam usaha mempertahankan prestasi BN negeri.

Pada masa kini kekuatan BN negeri nampaknya belum boleh diganggu gugat oleh mana-mana parti politik pembangkang, sebabnya pimpinan pembangkang peringkat negeri belum boleh bersaing dengan kepimpinan Musa Aman, serta Datuk Pairin Kitingan.

Walaupun pemimpin seperti Yong Teck Lee berusaha bertapak semula, namun isu Saham Amanah Sabah (SAS) dan usaha mantan ketua menteri ini menjual yayasan Sabah sewaktu masa dahulu, memberikan impak negatif kepada kepimpinannya.

PKR melalui kepimpinan Jeffery Kitingan sukar menembus kepercayaan rakyat kerana rekod yang ada padanya, yakni pemimpin yang tidak mempunyai kesetiaan. Pemimpin yang hanya berjuang untuk dirinya sendiri.

Yang jelas, untuk sementara BN Sabah, sukar digangu gugat, benar lah apa yang diperkatakan, bahawa Sabah masih lagi fixed deposit BN selagi Musa Aman menerajuinya.

Selain itu terjadi juga perubahan dalam pengurusan Barisan Nasional negeri, apabila ahli parlimen kota Belud Datuk Rahman Dahalan (DARD) dilantik sebagai setiausaha Agung BN Sabah. Pengalaman Rahman sebagai ketua setiausaha politik kepada ketua menteri Sabah sewaktu masa dahulu, dapat membantu beliau dalam pemantapan pengurusan Barisan Nasional negeri.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri kini, Nizam Abubakar Titingan, telah dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif Umno negeri. Perlantikan ini untuk memberikan uummh kepada pentadbiran pengurusan Ibu pejabat Umno negeri.

Syabas kepada mereka yang diberi amanah.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels