14 May 2010

Benar Kah Mereka Itu Kroni Musa Aman?

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi menambah satu lagi koleksi tangkapan bersejarah apabila kroni Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu CEO Java Incorporated Bhd, Datuk Admond Looh Chai Boon, menjadikan kesemuanya empat orang dalam tempoh tidak sampai satu minggu.

Terdahulu daripada ini, Andrew Lim Nyuk Foh, Freedy Lim Nyuk Sang dan CL Tan yang diberkas beberapa hari lalu telah ditahan reman selama lima hari sejak kelmarin setelah SPRM berjaya memperolehi perintah tahanan reman daripada Mahkamah Majistret Putrajaya pagi kelmarin; bagi membolehkan mereka menjalankan siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah berhubung aktiviti Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan yang mempunyai hubungan langsung dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Maklumat lanjut belum diperolehi dan akan dikemaskinikan daripada semasa ke semasa.sumber disini

13 May 2010

Disebalik Pengujudan Tamu@ Padian@Semiyu Kota Belud

1874 Gabnor pertama Negeri Tempasuk William Prettyman mengujudkan "Tamu" Kota Belud yang terletak bertepian sungai.

Tujuan pengujudan "Tamu' ini adalah sebagai tempat Pertemuan antara pemimpin dan rakyat, tempat berkumpulnya 3 suku kaum besar bagi daerah Kota Belud yang terdiri daripada kaum bajau, dusun dan Iranun serta sebagai wadah ke arah perdagangan (Musbah Jamli).

Tamu kota Belud telah ujud sehingga kini dan telah menjangkau usia 136 tahun. Tapak dan tempat adalah sama.

Kini Tamu Kota Belud yang diadakan setiap hari ahad, walaupun dizaman pra merdeka diadakan pada setiap hari jumaat telah pun dimasukkan dalam kalender pelancongan kerajaan negeri.

Tamu Kota Belud merupakan ciri daerah ini, adalah dirasakan Kota Belud selain dikenal sebagai cowboy town of the east, juga daerah ini terkenal kerana TAMU.

Terkini, hari-hari tamu telah bertukar, selain diadakan pada hari ahad, kini juga diadakan pada setiap hari rabu setiap minggu.

Sehingga kini, tujuan asal pengujudan daerah ini masih dipertahankan. Disini lah keunikan daerah ini. Jika mahu melihat dan menyaksikan konsep hubungan antara kaum maka datang lah ke TAMU Kota Belud. Konsep 1Malaysia dimana hubungan antara kaum adalah salah satu pilar dalam konsep Perdana Menteri Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak, Tamu Kota Belud boleh mewarnainya.

11 May 2010

Wahai Pengundi Kota Belud Jangan Sampai Tertipu

PRU-13 hanya 2 tahun lagi. Walaupun masih 2 tahun namun persiapan parti yang akan mengangambil bahagian sudah bersiap-siap dari sekarang. BN misalnya walaupun beberapa komponen partinya ada yang dilanda krisis namun para pemimpin Bn terutama DS Najib dan TS Muhiyiddin telah memulakan langah untuk untuk mengatasi dan memulihkan keadaan parti-parti yang berkrisis tersebut.

Parti MCA yang berkrisis ekoran pemecatan Timbalan Presidennya  dan sirnanya Presiden yang memecatnya kini kelihatan sudah pulih, walaupun perapatan barisan kempimpinan mereka masih pincang, terutama  keputusan PRK Hulu Selangor, dimana 80% pengundi cina masih  menolak MCA.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathira pada satu ketika melalui blognya telah memparkan bahawa UMNO hanya ada 2 tahun lagi memperbetulkan keadaan,kerana menurut Tun Mahathir ada kalangan mantan pemimpin Umno yang dianggap kanan telah menyuarakan kekecewaan terhadap Umno. Umno dikatakan telah busuk tubuh badannya sehingga ke usus.

Paparan Tun Mahathir ini tidak boleh diambil ringan, kerana Umno perlu ingat diambang PRU-12 Tun Mahathir juga ada menyuarakan tentang kelemahan parti masa itu semasa di pimpin Tun Abdullah Badawi. Masa itu ramai yang mengambil enteng teguran Tun Mahathir, namun setelah keputusan Pru-12 diketahui dimana BN hampir keceundang, maka barulah pimpinan Umno dan Bn tersedar, bahawa memang benar apa yang diperkatakan oleh Negarawan tersebut.

Umno dan BN perlu akur dengan keadaan bahawa selepas Pru-12 melalui beberapa PRK gabungan parti terbanyak tersebut terus kecundang, walaupun Bagan Pinang melalui Isa Samad sedikit mengubati kepedihan dan mampu juga menikmati kemenagan.

Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan belum menunjukkan kejayaan. Pencetus idea ini masih terabah-rabah apakah slogan ini sudah diterima atau mulai diterima masih dalam tandatanya besar.

Diperak misalnya Februari lalu sempena sambutan jatuhnya kerajaan Pakatan Perak para pemimpin utama DAP memijak gambar ADUN Katak diketuai oleh Lim Kit Siang sendiri. Sekiranya konsep 1Malaysia diterima pakai, peristiwa seumpama ini seharusnya telah kendur atau reda. Politik adalah politik, kemerdekaan memilih afiliasi politik adalah hak mutlak individu merdeka. Tidak ada unsur paksaan. Namun hak ini tidak dapat diterima oleh Pakatan, kerana itu peristiwa memijak gambar telah berlaku.

Semangat masyarakat terlihat berbeza - beza dalam menyikai pesta demokrasi . Tak jarang yang kenampakan apatis, mungkin kerana kecewa dengan kondisi politik di negera ini, tak kurang pula yang memiliki fanatisme berlebih sehingga memandang orang lain yang berbeza partai sebagai musuh yang harus dibasmi.

Melihat kejadian diatas, masyarakat sepertinya sudah lupa dan mabuk hingga tidak tahu cara menyalurkan aspirasi dengan benar. Masyarakat seharusnya sadar, semua partai politik memiliki kepentingannya masing - masing, masyarakat jangan sampai dijadikan alat dalam mendapatkan kepentingan itu.

Seharusnya masyarkat kembali merenungi jejak - jejaksejarah masa lalu, bagaimana Negara ini mencapai kemeredekaan. Bagaimana pemimpin terdahulu menolak Malayan Union dan bagaimana Negara ini berjuang untuk membasi pemberontakan komunis. Jangan lupa bagaimana ramainya rakyat Negara ini terkorban hanya untuk mempertahankan kemerdekaan

Jangan sampai masyarakat terjebak dan tertipu lagi dengan janji - janji palsu partai politik. Entah itu dengan slogan - slogan seolah partai itu adalah partinya rakyat kecil, partinya orang Pakatani, atau slogan yang lain.

Dan yang lebih aneh terlihat adanya partai agama yang sudah jelas - jelas berdasarkan pada agama tertentu mencuba mempromosikan dirinya seolah partai nasionalis padahal sebelumnya terlihat jelas kalau partai ini sebagai salah satu pelopor yang mencuba menggiring Nehara ini kepada paham sebuah aliran.

Ada pula parti agama yang memapang propagnadaya dengan pakaian tertentu, walau memang sampai saat ini tidak berarti pakaian itu adalah pakaian agama, namun masyarakat mungkin saja tertipu dengan trik seperti ini.

Setelah memendam sedikit kekecewaan terhadap partai politik, kini rakyat Negara ini hanya boleh berharap kepada perwakilkan dewan rakyat yang mewakili negeri masing-masing.

Wahai rakyat Negara ku, jangan sampai tertipu janji - janji palsu.

10 May 2010

Breakdown Communication

Jangan pelik dalam zaman IT ini Breakdown communication juga boleh berlaku.

Tiga hari lalu saya dan seorang rakan daripada Keniangau berkomunikasi menggunakan facebook, kemudian dibantu dengan SMES serta panggilan telepon.

Tajuk perbualan melalui data adalah "LADA POROK @cili".Disebabkan masalah bekalan cili di Kota Belud telah menjadi acute, maka saya meminta kawan itu membekal cili kepada saya untuk diagihkan kepada peruncit di Kota Belud.

Pengaturan telahpun dibuat. Hari ini adalah hari yang ditentukan untuk mengambil bekalan itu di Kota Kinabalu, kerana cili yang dimaksudkan akan dihantar melalui perkhidmatan bas Tung Ma daripada Keningau.

Sebelummya jumlah cili telah dikenalpasti, harga pun telah ditentukan.

Pagi-pagi hari ini, ipar saya ke Kota Kinabalu untuk mengambil lada itu, namun betapa terkejutnya dia, cili yang dimaksudkan, bukan lah cili dimana bekalannya acute di daerah ini, akan tetapi cili yang jenisnya bekalannya melambak di daerah ini.

Rupanya apabila breakdown communication berlaku, maka kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku akan berlaku.

Breakdown communication ini berpunca daripada istilah yang digunakan. Bagi kawan saya itu cili porok adalah sama dengan cili hijau atau yang disebut lada "keling", sedangkan apa yang saya maksudkan itu cili porok adalah cili bukit atau cili pedas.

Akibat breakdown communcation ini bukan sahaja berakibat kerugian akan tetapi, keuntungan yang sudah dikira diatas kertas hilang atau sirna begitu sahaja.

Rupanya secanggih-canggih alat komunikasi sehingga bahasa merupakan penghalang, maka keadaan breakdown communication boleh juga berlaku.

9 May 2010

Bina Ekosistem Perniagaan Kita Sendiri

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu usahawan Melayu membina ekosistem sendiri bagi memastikan perniagaan mereka mampu bertahan dalam apa juga cabaran seterusnya bersaing sehingga ke peringkat global.

Menurut Perdana Menteri, menerusi ekosistem, lebih banyak syarikat bumiputera serta usahawan Melayu dapat dilahirkan dan berkembang menjadi sebuah rangkaian perniagaan yang teguh.

Beliau menambah, dengan adanya rangkaian itu, usahawan Melayu akan mampu berdiri teguh tanpa perlu mengharap bantuan daripada kerajaan lagi pada masa depan.

"Kalau kita mahu pembangunan yang mapan serta kekal dan dalam apa juga cabaran kita boleh berjaya, maka kita perlu bina ekosistem bumiputera dalam bidang perniagaan.

"Inilah hasrat kita bila kita bentang Model Ekonomi Baru (MEB), kita kata yang mesra perniagaan dan mesra pasaran, kita kata berdasarkan merit dan lebih telus, tidak lain dan tidak bukan untuk bangunkan ekosistem supaya dapat menentukan kejayaan kita berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Ekonomi Melayu Pulau Pinang bertajuk Menggarap Peluang Dalam Cabaran anjuran Badan Perhubungan UMNO negeri di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Berhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta Pengerusi Sekretariat Ekonomi dan Keusahawanan, Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Norraesah Mohammad.

Konvensyen selama dua hari itu mengandungi enam bengkel yang membentangkan kertas kerja bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan orang Melayu di negeri ini dan mendedahkan peluang-peluang perniagaan kepada mereka.

Najib menjelaskan, untuk tujuan itu, kerajaan akan mengenal pasti usahawan-usahawan Melayu yang berpotensi untuk dibantu sehingga mereka berjaya di peringkat nasional seterusnya rantau dan global.

Katanya, setelah perniagaan mereka berkembang maka akan wujud rangkaian yang berpanjangan iaitu dapat menawarkan kontrak sebagai penjual dan pembekal kepada peniaga-peniaga Melayu lain.

"Bila ini berlaku maka akan memberi peluang perniagaan kepada peniaga Melayu lain dan mereka tidak lagi perlu bergantung kepada kerajaan semata-mata.

"Ini kerana sudah ada syarikat yang boleh memberi tawaran kontrak sebagai penjual dan pembekal kepada mereka.

"Selama ini banyak syarikat-syarikat bumiputera terpaksa bergantung kepada kerajaan, kalau kerajaan tidak beri kontrak maka lumpuhlah pemborong dan pembekal Melayu ini," katanya.

7 May 2010

Apa Yang Dicari Melalui Dasar Subsidi

Nelayan dan petani mendapat pembelaan daripada kerajaan untuk mengurangkan beban hidup terutama dimusim tidak berpendapatan.

Nelayan tidak berpendapatan pada musim tengkujuh atau musim angin kencang, manakala petani tidak berpendapatan di musim banjir dan kemarau panjang.

Pada musim-musim luarbiasa ini lah bantuan kerajaan kepada mereka sangat membantu menyara hidup termasuk belanja anak-anak mereka ke sekolah.

Namun, dilain keadaan, subsidi juga mengakibatkan golongan sasar ini menjadi malas, nelayan tidak turun ke laut lagi walaupun musim ikan mendarat, demikian juga petani, membiarkan tanahnya ditumbuhi rumput rumpai.

Sasaran pemberian subsidi sebenarnya sebagai insentif kepada mereka untuk mempertingkatkan produktiviti, sebaliknya menjadi faktor menurunnya produktiviti.

Ini lah sebenarnya menjadi dilemma kepada kerajaan. Kerajaan membantu dengan memberikan subsidi agar menjadi pemangkin kepada keluaran, namun subsidi bukan pula menjadi pendorong, malah mereka menjadi malas.

Penyakit malas ini, apa kah ada kaitan dengan fizikal kerana yang mendapat subsidi itu adalah golongan-golongan warga emas atau cacat atau kah penyakit malas itu adalah disengajakan, kerana merasa bahawa sara hidup tidak memerlukan tulang 4 kerat lagi,kerana telah terjamin?

Namun, penyakit malas ini berakibat ganda, selain supply yang diharapkan akan meningkat kerana subsidi ini, ternyata tidak tercapai. Akibatnya supply berkurangan. Apabila supply berkurangan, maka harga barangan yang diharapkan terus meningkat.

Pada masa ini, harga ikan di Kota Belud cukup tinggi, demikian juga lada, sayur dan semcamnya..

Siapa yang dirugikan? kerajaan kah? atau pengguna? atau siapa yang diuntungkan?. Apa yang dicari melalui dasar subsidi...

6 May 2010

IMalaysia Adalah Peluang Para Pemimpin Kota Belud Memajukan Daerah Ini

1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Demikianlah motto Najib sebaik sahaja dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

Melalui konsep ini pembangunan negera ini akan berpaksi kepada merentas kaum, ertinya pembangunan bukan lagi berasas kepada kaum, namun pembangunan berpaksi kepada rakyat negara ini.

Peluang ini lah yang perlu disambut oleh para pemimpin daerah ini. Otak dan fikiran yang bernas yang tersemai selama ini perlu diketengahkan. Para pemimpin Kota Belud sekarang ini tidak ketandusan idea, perancangan, luahkan semua itu demi pembangunan daerah kita.

Para pemimpin terpilih yang ada pada masa kini seperti Datuk Salleh Said Keruak, Datuk Musbah Jamli, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Japlin Akim, Datuk Herbert Timbun Lagadan, pada mereka jangan lepaskan peluang ini. Peluang keemasan ini perlu dimanafaatkan sebaik-baiknya.

Memang benar, mengubah nasib seseorang itu tidak mungkin melalui orang lain, melainkan seseorang itu ingin mengubah nasibnya. Namun, jika seseorang itu tidak mendapat peluang mengubah nasibnya, jika pun ia berjaya, namun kejayaan itu memerlukan waktu yang sangat panjang.

Zaman canggih ini, net working adalah perlu, untuk mengejar masa dan peluang. Siapa yang tidak ingin maju? semua ingin maju, namun dalam perjalanan memajukan diri itu mesti ada mentor, panutan dan teladan.

Para pemimpin daerah ini, boleh jadi rujukan untuk memajukan diri. Apabila semuanya maju, maka pada gilirannya nanti, semua penduduk daerah ini merasa merdeka, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga dari segi spritual.

Musa Aman telah diberi peluang lebih 10 tahun sebagai ketua menteri Sabah, hasilnya kawasan pantai timur membangun dengan cepat dan pesat. Kini giliran pantai barat pula perlu di bangun.

Para pemimpin Pantai Barat ketika ini yang paling menonjol adalah Salleh Said, kenapa? Datuk Salleh adalah timbalan pengerusi Umno negeri.Siapa yang boleh menafikan? Jika dilihat daripada kedudukan ini, Salleh akan menggantkan Musa Aman, jika ketua Menteri itu merasakan bahawa semua halatujunya telah dicapai.

Seseorang pemimpin itu jika sudah mencapai titik optimanya, maka dia tidak akan boleh mencapai titik optima yang baru pada kaedah dan cara yang sedia ada. Titik optima baru, perlu bergeser atau berubah.

Demi meninggalkan nama yang harum, seseorang pemimpin itu perlu memberi peluang pada pemimpin lain, untuk meneruskan pemabangunan dan menemukan titik optima yang baru pula, dengan cara ini,maka rakyat dan negeri lah yang diuntungkan, kerana kemajuan yang dikecapi. Fikir-fikirkan lah

4 May 2010

Siapa Pemimpin Kita Itu.................??

Judul tulisan ini memerlukan jawaban dari kita sendiri. So, pasti kita semua tahu siapa yang dikatakan pemimpin. Apalagi bagi orang yang telah mengenyam yang namanya dunia pendidikan. Semua akan menjawab persis sama dengan yang ada dalam kamus, pemimpin adalah orang yang memimpin. Apakah ia memimpin sebuah syarikat, lembaga, atau pun kelompok di sekitarnya. Namun, sadarkah kita siapakah sebenarnya pemimpin yang benar-benar memimpin? Jawabannya terpulang pada kita masing-masing dan semoga tulisan ini bisa memberi pencerah hati siapa sesungguhnya pemimpin yang dicintai Allah dan masyarakat sekelilingnya.

Sosok pemimpin dimulai dari lingkup terkecil. Adalah kita seorang pemimpin untuk diri kita sendiri. Manakala orang telah mampu mengendalikan dirinya untuk mengisi kehidupan yang sesungguhnya, kuasa menghidupkan jiwanya ke jalan yang benar, bisa menyikapi segala macam persoalan dengan hati tanpa tergesa, bisa menjadi panutan untuk diri dan keluarganya, ia adalah sosok pemimpin yang dicari.

Karakter seorang pemimpin yang seperti itu muncul dengan sendirinya, bukan dibuat-buat, bukan pula hasil rekayasa, tetapi hasil dari penghambaan diri kepada Tuhannya. Karena dekat dengan Tuhannya, maka seseorang itu diberikan hidayah untuk menjadi seorang pemimpin, mulai dari lingkungan terdekat hingga lingkungan yang lebih luas. Dipilihnya seseorang menjadi pemimpin kerana dalam kesehariannya orang itu memang telah benar-benar menunjukkan jati dirinya menjadi pemimpin, bukan pula kerana dia ingin jadi pemimpin, bukan juga karena menyogohkan diri untuk dipilih menjadi pemimpin, bukan. Sebab, menjadi pemimpin itu sudah menjadi suratan dari Tuhan, kerana Tuhanlah yang telah menentukannya.

Pemimpin sebenarnya merupakan orang pilihan, orang yang mampu mengendalikan keadaan, yang mampu menciptakan suasana menyenangkan dalam segala situasi di mana pun dan kapan pun. Pemimpin yang bisa membawa perubahan dari waktu ke waktu dengan menerapkan langkah kebijakan yang dapat diterima oleh siapa saja, yang mahu menerima masukan dari bawahan, yang menerapkan hidup tidak membedakan mana bawah dan atasan, yang bisa masuk ke segala sisi kehidupan, yang memberikan kepercayaan penuh pada bawahnya untuk melakukan tugas yang menjadi tanggung jawabnya, yang memberikan teladan bagi bawahan dari segala sikap prilaku dan bicaranya sehingga orang-orang merasakan suatu yang lebih dan mendatangkan ketenteraman lahir batin. Seorang pemimpin yang benar-benar telah menerapkan nilai trilogy kepemimpinan, seperti yang telah ditorehkan oleh Ki Hajar Dewantara (pakar agama Indonesia) sebagai orang yang ing ngarso sungtulodho, ing madya mangunkarso, dan Tutwuri handayani.

Itulah pemimpin yang benar. Lantas, akankah masih ada pemimpin yang benar-benar berjiwa memimpin di zaman canggih seperti saat ini? Jawabannya tentulah ada. Tetapi tidak banyak, hanya segelintir saja, masih bisa dihitung dengan jari. Ironis sekali, namun apa hendak dikata, memang itulah yang sebenarnya terjadi saat ini.

Saat ini banyak kita temui pemimpin di dunia ini. Ragam cara dan tingkah yang ditampilkan. Namun sayang, cara yang ditempuh dan hasil yang didapat, bukanlah mencerminkan hasil dari seorang pemimpin sejati. Sosok pemimpin zaman sekarang, yang dihadirkan bukanlah pemimpin yang benar-benar bisa memimpin. Lihat sajalah dalam kenyataan hidup. Seseorang itu jadi pemimpin kerana adanya sesuatu di belakangnya. Ada disebabkan kerana adanya hubungan sanak saudara, ada pemimpin dipilih kerana keinginan sendiri, pemimpin dari orang yang asal tunjuk saja kerana di sekitarnya tidak ada lagi orang yang berani menjadi pemimpin, bahkan ada pula orang yang jadi pemimpin diangkat berdasarkan pengetahuan saja, karena ia sudah sarjana, tetapi tidak dilihat kapasitas dirinya apakah punya jiwa pemimpin atau tidak.

Gambaran keadaan tersebut jelas menunjukkan bahwa sebenarnya menjadi seorang pemimpin itu tidaklah mudah, cukup berat dan sukar. Berat beban yang dipikulnya itu bisa jadi melebihi berat tubuhnya sendiri. Karena, di dalam diri seorang pemimpin banyak hal yang harus dikendalikannya dan diterjemahkan dalam kehidupan nyata.

Seorang pemimpin yang memang benar berjiwa pemimpin adalah orang yang jujur, jujur tidak hanya kepada orang lain, tetapi juga pada diri sendiri dan pada Allah yang memberinya jalan, luwes, bijak, teguh, konsekuen, pendiriannya tetap dan tak berubah, asalkan sesuai dengan kata hatinya. Tentu saja yang diucapkannya itu telah pula dilakukannya terlebih dahulu. Yang diucapkan sesuai dengan perbuatannya sendiri. Seorang pemimpin tidak akan pernah munafik. Mereka adalah yang bisa mengayomi masyarakatnya, pelindung di kala kesulitan menjemput, penengah di kala sedang dilanda masalah, dan penemu jalan kunci menuju kebenaran.

Pemimpin yang demikian akan menyatu dengan segala lapisan masyarakat, baik kecil, tua, muda, kaya atau rakyat jelata sekalipun. Segala keputusannya merupakan keputusan yang tidak merugikan pihak manapun. Dalam mengambil kebijakan pun ia tidak sendiri, ia menarik simpati rakan-rakannya untuk terus menemukan jalan terbaik dengan berbagai masukan yang harus ditempuhnya, tetapi tetap berpijak pada keputusan terakhir berada di pundaknya. Ia tidak akan pernah menyakiti baik secara lisan atau tulisan, tidak goyah atau terpancing dengan segala macam bentuk rintangan yang menghadang perjalanan kepemimpinannya dan tidak pernah melupakan asal usulnya.

Idealnya, pemimpin itu adalah mereka yang siap membuka matanya terhadap maju mundurnya sesuatu yang dipimpinnya dan bijak menyikapi segala bentuk persoalan yang ditemui. Pemimpin siap menderita kalah dan kekalahan itu dianggapnya sebagai cambuk untuk mengubah kehidupan yang lebih baik. Dia segera menyiapkan jurus baru untuk mencapai kebahagiaan semua anggota yang dipimpinnya.

Berkenaan dengan apa yang telah dicapai dan berdaya guna bagi masyarakat sekelilingnya, pemimpin yang baik itu tidak akan pernah mengatakan sesuatu itu telah berhasil kalau tidak ditanya. Tetapi, tanpa ditanya pun pemimpin yang benar berjiwa memimpin akan selalu memperioritaskan segala yang belum berhasil untuk ditindaklanjuti dan diperbaiki dengan perencanaan yang benar-benar matang.

Meskipun kepala itu seorang pemimpin, bukan berarti ia nombor satu, yang paling hebat, bukan. Sekali lagi bukan. Ia seorang yang berada di barisan terdepan, yang paling bertanggung jawab, dan menunjukkan arah yang hendak dicapai oleh sebuah kelompok yang dipimpinnya. Meskipun demikian, bukan bererti ia meremehkan segala yang disampaikan bawahnnya, tidak. Pemimpin yang baik itu menerima semua masukan demi kemajuan bersama.

Akankah kita sudah seperti itu? Bila sudah, kita adalah pemimpin yang sesuai dan dicari oleh semua lapisan masyarakat, dan kita cocok jadi pemimpin yang berjiwa memimpin. Siapakah dia itu...............

2 May 2010

Peranan Media Ke-3 Bagi Kota Belud Sangat Terhad??

Agak kaget juga apabila mendengar celoteh YB itu. Suara yang langsung keluar daripada mulutnya sendiri, bahawa peranan media ke 3 bagi Kota Belud sangat terhad. Pelik juga mendengarnya. Bagi YB yang satu ini, dia cuba down grade kemampuan media ke-3.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa media ke-3 masa kini merupakan saingan utama media cetak atau media aliran perdana.

Saya terus terang, sejak adanya internet, jarang sekali saya melayari siaran TV atau membaca suratkhabar. Maklumat yang diperolehi semuanya daripada internet.

Dalam menghadapi dunia tanpa sempadan ini peredaran maklumat sangat cepat merentas sempadan. Tanggapan negatif YB berkenaan tidak akan menjadikan penduduk Kota Belud kapuk memperggunakan ICT, malah pada masa ini, telah dirasakan sudah merupakan keharusan.

Saban malam kita ternampak dan terbaca posting-posting FB penduduk Kota Belud samada yang telah berusia mahupun kalangan muda mudi.Kategori sosial merekapun bermacam. Ertinya tanggapan YB yang satu ini meleset.

Sepatutnya sebagai seorang Yang Berhormat patut menggalakkan penduduk Daerah ini celik ICT agar supaya pertambahan ilmu dapat dipertingkatkan. Namun, apa yang tersirat daripada tanggapan YB itu, adalah: Apabila penduduk terutama para pengundi celik maklumat, maka faktor putar belit sukar diterima lagi sebagai umpan pilihanraya parti atau pilihanraya umum.

Pada masa kini, maklumat mengenai pembangunan, aktiviti politik atau kematian, acara majlis kahwin, kenduri arwah, dengan cepat dapat diketahui melalui internet terutama FB.

Sebarang lawatan YB atau rakyat berjumpa YB atau semacamnya dengan mudah diketahui, kerana kemudahan media ke-3.

Jadi, kepada YB yang berkenaan don't downplay Third Media!!!

29 April 2010

Penjana Ekonomi Kota Belud Bersumber Daripada Mana??

Kata peribasa di mana ada semut di situ ada gula. Dahulu Kota Belud terkenal dengan sebutan cowboy town of the east. Kenapa sebutan itu sinonim dengan Kota Belud? sebabnya masa orang putih datang melawat mereka biasanya ternampak orang-orang menunggang kuda.

Jarang ada tulisan lain mengenai Kota Belud, apa kah berasaskan keindahan semula jadi, sumber ekonomi atau semacamnya.

Apabila Kota Belud dijadikan sebagai pusat latihan askar pada tahun 70-an, maka nama Kota Belud mulai diperkatakan. Siapa yang memperkatakan? Mereka itu adalah keluarga-keluarga askar di mana anak, abang atau adik di tempatkan di kem Sorob, kini di sebut Kem Paradise. Punca nama Paradise, tidak pasti.. mungkin ada kaitan dengan panorama kg Sorob di mana kem tersebut terletak.

Sebelum kem Sorob dibangun dan dihuni, maka masa itu sumber kewangan yang berputar-putar di Kota Belud adalah daripada Beruni, atau daerah-daerah sekitar. Kenapa wang itu berpindah ke Kota Belud? Sebabnya adalah mereka datang hanya membeli kerbau untuk tujuan dipotong.

Wang masa itu di Kota Belud sukar didapat, atas sebab itu lah pada hari Ahad.. musim padiaan atau semiyu, ramai pedagang yang terdiri daripada petani dan nelayan akan pulang bersama-sama dengan berbagai jenis barangan, yang sebelumnya juga mereka datang dengan berbagai jenis barangan. Kenapa demikian? sebab masa itu sistem barter masih berjalan.

Setelah ada kem sorob, pemebesaran sekolah-sekolah terutama SMK Kota Belud, sekarang ini dikenal dengan SM Arshad Kota Belud, maka selain askar-askar yang berbelanja di pekan, juga guru-guru.

Masa itu dibukalah kedai Jahit Singpore; Kedai jual pakaian berjenama seperti Gunda, Texan, textwwod, Lee, adidas dan puma.

Apabila jumlah pelanggan bertambah, maka ada impak kepada harga barang. Jika sebelum kedatangan para penduduk luar ini, harga beras segantang adalah 60 sen, kemudian naik dan terus naik.

Harga ikan sekati 50sen terus naik dan naik.

Disebabkan sumbangan penduduk luar ini, maka ekonomi Kota Belud mula berkembang. Selain wang yang masuk disebabkan oleh projek-projek kerajaan, juga di sumbangkan oleh kakitangan kerajaan yang bertugas di Kota Belud.

Namun pada masa kini, penyumbang terbesar kepada perekonomian Kota Belud berpunca daripada hasil pertanian. Hasil pertanian tahunan kah, dwi tahunan kah atau bermusim.

Saban hari kita akan dapat menyaksikan, pickup atau lori kecil bermuatan kelapa, tebu, pisang dan semacamnya belegar-legar di jalan Kota Belud Kota kinabalu untuk pasaran Kota Kinabalu.

Kita juga menyaksikan berberapa kilang Padi telah beroprasi, atas sebab banyaknya hasil padi.

Ekoran kepada perkembangan ini, maka Kota Belud sekarang bukan lagi Kota Belud dahulu. Pekan Kota Belud sekarang adalah pekan yang sibuk. Selain di sibukkan dengan orang tetapi juga oleh kenderaan.

Tempat meletak kereta terlalu sukar di perolehi lagi di Pekan, boleh di katakan saban hari.

Jika hujung bulan, jangan cuba-cuba ke Bank untuk ambil wang, bank penuh sesak, malah penguna ATM, terpaksa berbaris panjang dari pagi.

Rancangan kerjaan Persekutuan dan Negeri untuk mengwujudkan jelapang Padi di Kota Belud, akan merancakkan lagi perekonomian Kota Belud.

Perancakan ekonomi ini adalah sumbangan kerajaan yang stabil terutama oleh kerajaan BN yang ditunjang oleh Umno.

Para pemimpin yang mewakili BN sejak tahun 1994, telah berusaha semaksima mungkin untuk memajukan daerah yang kononnya adalah daerah termiskin di Malaysia.

Kemiskinan dikaitkan dengan sumber kewangan. Walaupun di atas telah disebutkan bahawa Kota Belud sudah mengalami perubahan yang sangat ketara, namun sumber kewangan atau wang yang beredar masih rendah. Perkara ini, dapat dibuktikan dengan sedikitnya wang daripada pengguna berpindah kepada pemeberi perkhidmatan seperti restoran-restoran dan kedai-kedai kopi, keculai GUI Brothers, yang dikhabarkan mempunyai TURNOVER 500,000 ringgit sehari.

Kepada para pemimpin daerah.. buat lah sesuatu untuk membawa masuk wang daripada luar umpamanya sektor pelancongan. Kontrak yang berbentuk kemudahan seperti pembinaan tidak menyumbang kepada peredaran wang di daerah ini, kerana wang itu adalah kepunyaan kontraktor. kontraktor berbelanja di kota-kota besar seperti Kota kinabalu, Kuala Lumpur atau Singapura malah Hong Kong dan Macau?? Ada apa di sana?

28 April 2010

Sabtu Ini Cawangan UMNO Seluruh Negara Mula Bermesyuarat Agung

Semua cawangan UMNO di seluruh negara akan mengadakan mesyuarat agung masing-masing dalam tempoh bermula Sabtu ini dan berakhir 15 Jun.

Mesyuarat itu dijangka menggunakan senarai anggota yang terkini selepas proses pemutihan senarai itu selesai dijalankan, kata Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Mengikut data, bilangan anggota UMNO di 19,235 cawangan sehingga Oktober lepas ialah 3,478,393 orang.

Abdul Rauf berkata setiap cawangan dan bahagian telah diarah mengadakan proses pemutihan dan menggugurkan nama ahli yang telah meninggal dunia atau yang tidak lagi menyokong parti.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan pula meminta semua ketua cawangan dan ahli jawatankuasa bahagian yang akan merasmi dan memantau mesyuarat-mesyuarat cawangan kelak supaya menjelaskan isu-isu semasa berkaitan kerajaan dan parti itu.

"Saya minta mereka juga dapat memberi penjelasan mengenai Gagasan 1Malaysia, Model Ekonomi Baru, program-transformasi kerajaan di samping betapa UMNO serius untuk melakukan pembaharuan termasuk dengan melaksanakan program Juara Rakyat," katanya.

Beliau juga berharap mesyuarat di peringkat cawangan itu akan membincangkan mengenai cara menangani tohmahan pembangkang selain mengatur program penerangan yang lebih bersepadu untuk memberi penjelasan terbaik bagi isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

"Saya cadangkan Biro Penerangan setiap bahagian, selepas ceramah pembangkang, adakan pula ceramah berhampiran tempat itu untuk menjelaskan balik isu-isu yang dibangkitkan mereka. Kalau tidak orang di kawasan itu akan sangka apa yang disebut pembangkang itu adalah benar," katanya.

Mesyuarat peringkat cawangan akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum Perhimpunan Agung dari 28 hingga 30 Okt nanti.

27 April 2010

Kekurangan Bekalan Tenaga Letrik: Masalah Sabah Kini

Baru sebentar isteri saya membuat panggilan. Hari ini sahaja telah tiga kali bekalan letrik terputus.

Kalau waktu malam, bekalan terputus merupakan perkara biasa. Bekalan terputus, bukan 10 minit, namun berjam-jam.

Salah siapa kah bekalan letrik negeri kurang? Salah SESB kah? Seingat penulis, SESB dahulu dikenali sebagai Lembaga lietrik Sabah (LLS atau SEB). Pada masa itu, LLS dikritik habis, kerana masalah bekalan. Kerajaan mencari jalan keluar untuk mengatasi bekalan ini. Caranya menswastakan SEB atau LLS. Cadangan SESB masa itu cukup cantik, kononnya apabila LLS menjadi syarikat swasta maka pengurusannya akan menjadi cekap, efisien dan mampu menyelesaikan bekalan letrik.

Namun, apa yang orang Sabah tahu, masalah bekalan letrik hingga kini belum ada penyelesaiannya. Malah semakin meruncingkan.

Cadangan SESB untuk memenuhi bekalan letrik Sabah melalui pembinaan janakuasa yang menggunakan arang batu ditentang habis-habisan oleh pihak NGO dan pihak pembangkang. Namun, tantangan NGO dan pembangkang itu, hanya tantangan tanpa alternatif.

Ada yang mencadangkan menggunakan BIOgas untuk menjana janakuasa pembekal letrik, dikatakan tidak berbaloi jika dikaitkan dengan kos.

Demi pendekatan menang-menang, dalam hal ini pembekal tenaga (SESB) dan pengguna, maka janakuasa menggunakan arang batu adalah pendekatan yang terbaik.

Ekoran daripada itu, Penasihat Sains dan Tekonologi Sabah, Datuk Salleh Said meminta penduduk Sabah supaya memahami rasional di sebalik cadangan kerajaan Persekutuan untuk membina loji janakuasa arang batu di Lahad Datu.

Salleh dipetik sebagai berkata; kerajaan negeri tetap mengambil kira pandangan semua pihak termasuk laporan penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebelum projek itu dilaksanakan.

Kerajaan negeri Sabah tidak akan melaksanakan projek ini tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat dan peraturan sedia ada termasuk peraturan alam sekitar.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels