27 April 2010

Kekurangan Bekalan Tenaga Letrik: Masalah Sabah Kini

Baru sebentar isteri saya membuat panggilan. Hari ini sahaja telah tiga kali bekalan letrik terputus.

Kalau waktu malam, bekalan terputus merupakan perkara biasa. Bekalan terputus, bukan 10 minit, namun berjam-jam.

Salah siapa kah bekalan letrik negeri kurang? Salah SESB kah? Seingat penulis, SESB dahulu dikenali sebagai Lembaga lietrik Sabah (LLS atau SEB). Pada masa itu, LLS dikritik habis, kerana masalah bekalan. Kerajaan mencari jalan keluar untuk mengatasi bekalan ini. Caranya menswastakan SEB atau LLS. Cadangan SESB masa itu cukup cantik, kononnya apabila LLS menjadi syarikat swasta maka pengurusannya akan menjadi cekap, efisien dan mampu menyelesaikan bekalan letrik.

Namun, apa yang orang Sabah tahu, masalah bekalan letrik hingga kini belum ada penyelesaiannya. Malah semakin meruncingkan.

Cadangan SESB untuk memenuhi bekalan letrik Sabah melalui pembinaan janakuasa yang menggunakan arang batu ditentang habis-habisan oleh pihak NGO dan pihak pembangkang. Namun, tantangan NGO dan pembangkang itu, hanya tantangan tanpa alternatif.

Ada yang mencadangkan menggunakan BIOgas untuk menjana janakuasa pembekal letrik, dikatakan tidak berbaloi jika dikaitkan dengan kos.

Demi pendekatan menang-menang, dalam hal ini pembekal tenaga (SESB) dan pengguna, maka janakuasa menggunakan arang batu adalah pendekatan yang terbaik.

Ekoran daripada itu, Penasihat Sains dan Tekonologi Sabah, Datuk Salleh Said meminta penduduk Sabah supaya memahami rasional di sebalik cadangan kerajaan Persekutuan untuk membina loji janakuasa arang batu di Lahad Datu.

Salleh dipetik sebagai berkata; kerajaan negeri tetap mengambil kira pandangan semua pihak termasuk laporan penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebelum projek itu dilaksanakan.

Kerajaan negeri Sabah tidak akan melaksanakan projek ini tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat dan peraturan sedia ada termasuk peraturan alam sekitar.

11 comments:

2718 said...

semua sumber tenaga seperti solar, arangbatu, kincir angin, biogas.. semuanya membawa kesan negatif kepada alam sekitar. mungkin pemilihan arangbatu ini adalah yang difikirkan terbaik oleh kerajaan dan sudah tentu mereka mempunyai garis panduan bagi meminimumkan kesan negatif akibat daripada pelaksanaan ini.

kitakita said...

Penyelesaian kepada kekurangan bekalan letrik di Sabah ialah dengan membina Loji Janakuasa Arang Batu yang dicadangkan oleh kerajaan di Lahad Datu, Sabah. Penggunaan tenaga daripada Loji Janakuasa Arang Batu juga lebih murah berbanding dengan sumber tanaga yang lain.

2718 said...

penggunaan arangbatu hanya untuk mengatasi masalah bekalan letrik yang serius di sabah. walau bagaimanapun, kerajaan tetap mengambil kira impak terhadap alam sekitar melalui EIA (environment impact assessement). sekiranya selepas ini ada alternatif yang lebih baik, kerajaan akan beralih kepada alternatif tersebut.

karaabau said...

kekurangan tenaga elektrik ini membebankan rakyat dan memperlahankan sektor perindustrian di sabah..cadangan untuk membina loji arang batu di lahad datu merupakan jalan terbaik bagi sabah untuk mengatasi masalah ini...analisa berkenaan impak pembinaan loji tersebut masih belum disiapkan oleh EIA..nescaya, kerajaan akan melihat ke semua sudut sebelum melaksanakan projek tersebut...

kitakita said...

Biasalah kekurangan bekalan tenaga elektrik ni....di Sabah memang semakin hari semakin kritikal. Tu yang sebenarnya penggunaan arang batu adalah paling sesuai untuk penghasilan tenaga elektrik.....dan kerajaan pun terfikir memang....arang batu juga adalah jawapan kepada kekalutan tenaga arang batu ni....

kitakita said...

Inilah masalah letrik yang sedia ada sekarang ni. Oleh itu memang sudah tiba masanya untuk beralih kepada penggunaan tenaga Loji Janakuasa Arang batu.

POP said...

"Masalah bekalan letrik hingga kini belum ada penyelesaiannya. Malah semakin meruncingkan."

Issue ini memang telah meruncingkan rakyat selama beberapa tahun ini. SESB patut memcari penyelesaian kepada masalah putus letrik ini agar penduduk dapat tinggal dengan selesa.

karaabau said...

masalah 'balckout' ini adalah disebabkan kurangnya sumber tenaga elektrik...penjana2 yang ada sekarang tidak cukup untuk menjana tenaga lebih2 lagi negeri kita yang kini sedang pesat membangunkan sektor perindustrian... oleh itu, loji arang batu yang akan dibina ini dijangka dapat memenuhi keperluan tenaga letrik di pantai timur...tetapi bagaimana pula dengan kawasan2 yang lain? harus ada penyelesaian yang jitu bagi masalah ini...

kitakita said...

Penjanaan Loji Arang Batu mampu memberi sumber tenaga yang mencukupi di negeri sabah, malah (menurut sumber) menjelang tahun 2017 sumber tenaga daripada Loji Arang Batu dapat ditingkatkan daripada 3000MW kepada 4000MW dan keatas dan ia sejajar dengan pembangunan pesat di negeri ini. Candangan kerajaan untuk membina Loji Arang Batu ini harus dipertimbangkan oleh semua pihak agar kekurangan tenaga letrik yang kritikal di negeri ini dapat diatasi.

kitakita said...

Ya siapa yang tahan kalau sekejap saja elektrik tiada? Baru 2 dan 3 minit elektrik mati...semua orang sudah bising sebab panas..apa lagi kalau yang suka ber air cond siang malam....jadi kesimpulannya...sokonglah usaha kerajaan negeri nak jayakan 'arang batu' ni...

kitakita said...

Diharapkan cadangan kerajaan untuk membina loji Arang Batu di Lahad Datu, Sabah mendapat perhatian semua pihak. Dan pembinaan loji Arang batu yang dicadangkan itu biarlah yang berteknologi tinggi agar tidak mencemarkan Alam sekitar.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels