28 March 2011

Nalla ikut jejak Datuk T- Mahu dedahkan pada pemimpin PAS siapa Anwar

Di sebalik pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” minggu lalu, bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan pula mahu bertemu pimpinan PAS bagi mendedahkan sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, kini tiba masanya untuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui siapa Anwar.

“Pimpinan PAS boleh pilih tempat dan waktu, saya sedia bersemuka dengan mereka bagi menjelaskan siapa sebenarnya manusia bernama Anwar yang mereka julang sebagai ketua.

“Sebaik-baiknya saya diberi peluang bertemu dengan pemimpin tersebut kerana mereka orang yang boleh membuat keputusan dalam parti,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia semalam, disiarkan hari ini.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, perjumpaan tersebut sangat penting bagi menyelamatkan rakyat terutamanya orang Melayu dan penyokong kuat PAS.




“Mereka harus sedar sifat-sifat sebenar Anwar yang tidak boleh kita julang sebagai pemimpin. Anwar tidak layak menjadi pemimpin.




“Penyokong PAS harus memilih orang yang benar-benar layak diangkat sebagai ketua mereka dan Anwar bukan pilihan tepat serta tidak layak untuk menjadi pemimpin,” dakwanya.

Menurutnya, banyak perihal Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang tidak diketahui dan ia perlu diperjelaskan kepada mereka.

“Jangan biarkan mereka terus mempercayai bahawa segala apa yang dibongkarkan mengenai Anwar adalah fitnah belaka, tidak perlu taksub kepada Anwar,” katanya.

Nallakaruppan berkata, beliau sedikit pun tidak terkejut dengan isu video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin pembangkang dengan pelacur dari China.

27 March 2011

'Buktikan Itu Bukan Diri Anda', Dr Chua Beritahu Anwar

KOTA BARU: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang.

Presiden MCA itu berkata, Anwar yang didakwa terlibat sebagai salah seorang pelakon dalam video itu seharusnya tampil berhadapan dengan isu itu.

"Masalah itu sudah menjadi kes polis dan kita berharao ia akan disiasat dengan profesional.

“Menjadi tanggungjawab Anwar untuk membuktikan yang dia tidak terlibat di dalam video itu dan ia satu peluang untuknya membuktikan yang dirinya tidak bersalah serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan,” katanya Dr Chua pada sidang media selepas menghadiri makan malam penubuhan tabung MCA 1Medical di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi Jawatankuasa MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Dalam pada itu, Dr Chua berkata isu video seks itu tidak sepatutnya dipolitikkan dan perlu membiarkan pihak polis menjalankan siasatan.

Dalam perkembangan lain, Dr Chua memberitahu, beliau akan mengetuai delegasi MCA untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 3 April depan untuk mendapatkan penjelasan daripada mursyidul am PAS itu berhubung larangan penjualan tiket loteri di negeri itu.

"Nik Aziz telah bersetuju untuk bertemu walaupun saya tidak berbincang dengan ahli parti mengenai siapa akan menghadiri pertemuan itu yang dijadualkan pada tengah hari.

"MCA cuma ingin mendapatkan penjelasan sebab kerajaan negeri melarang penjualan tiket loteri yang jelas melanggar hak kaum Cina di Kelantan," katanya.

25 March 2011

RTC Dakwa Wan Azizah Sendiri Minta Untuk Saksikan Video; Shuib Kini Di Bt Aman

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada awalnya telah meminta untuk menyaksikan rakaman klip video yang dikatakan mengandungi wajah seorang lelaki yang menyerupai suaminya - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata pada Jumaat bahawa Dr Wan Azizah mahukan rakaman video itu diserahkan secara peribadi kepadanya.

Sebelum ini Dr Wan Azizah telah menafikan dakwaan yang mengatakan yang dia meminta untuk melihat sendiri video berkenaan.

“Memang dia ingin melihatnya tetapi sekarang dia cakap lain,” katanya sebagai respon kepada kenyataan Dr Wan Azizah yang beliau tidak berhasrat untuk menonton pun video itu. Dr Wan Azizah juga menyifatkan video tersebut sebagai palsu.

Rahim dan dua orang lagi iaitu seorang usahawan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuaib Lazim - telah muncul di khalayak ramai mengisytiharkan merekalah "Datuk T" yang bertanggungjawab mendedahkan kewujudan video berkenaan kepada media Isnin lalu.

Rahim berkata, pada mulanya seorang dari PKR telah bersetuju untuk membawa rakaman video itu kepada Dr Wan Azizah dan berjanji akan mengembalikan video berkenaan kepada mereka. Bagaimana pun, Eskay membantah kerana khuatir ia akan jatuh ke tangan orang lain.

Eskay, kata Rahim tidak mahu pihak lain membuat salinan dan mengedarkannya kepada umum.

Sementara itu Shuaib, telah dilaporkan ke Bukit Aman lewat Jumaat untuk membolehkan kenyataannya direkodkan.

Eskay dan Rahim telahpun membuat kenyataan masing-masing kepada polis pada petang Khamis.

Model Baru Politik BN

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata Model Baru Politik Barisan Nasional (BN) yang diperkenalkan adalah untuk memberi tumpuan kepada menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, parti itu perlu menggunakan pendekatan baru dengan memberi tumpuan yang lebih kepada soal intra politik dan bukannya memberi tumpuan kepada peringkat cawangan atau bahagian dengan hanya membuat desakan kepada pihak kerajaan.

“Jika BN tidak faham dan dengar denyut nadi rakyat maka kita tidak mungkin akan dapat mencari jalan penyelesaian yang tepat untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Inilah yang dimaksudkan dengan Model Baru Politik. Kita bukan sahaja perlu tahu masalah rakyat tapi kita perlu cari jalan penyelesaian yang kreatif. Kita jangan tunggu rakyat datang pada kita, tapi kita perlu datang pada rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya Pemuda BN 2011, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Mohd Najib berkata, prinsip tersebut perlu dipegang dan diaplikasikan jika ahli parti mahu rakyat terus menyokong BN pada masa hadapan.

Dalam video itu mirip Anwar tetapi bukan Anwar: Chegubard

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin berkata beliau telah menonton video lucah yang didakwa memaparkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata beliau yakin bahawa individu yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukanlah Anwar.

"Video tersebut mungkin saja asal, tetapi pelakon dalam video tersebut saya yakin bukan Anwar.

"Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat perwatakan atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Menurutnya, beliau menonton video berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu.

Beliau pergi ke hotel berkenaan atas jemputan seorang lelaki yang dinamakannya sebagai Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

"Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada (presiden parti) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," katanya lagi.

Katanya, beliau juga dipanggil agar dapat mendesak Wan Azizah dan Anwar supaya berhenti daripada mengetuai PKR dan meninggalkan politik.

"Untuk tujuan mendapatkan video itu, saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang diberitahu kepada saya mengenai video tersebut," katanya.

Menurutnya beliau telah diminta memberi persetujuan untuk menjadi orang tengah bagi membawa video berkenan kepada Wan Azizah.

"Walau bagaimanapun. ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah," katanya.

azlanBadrul Hisham juga berkata, beliau telah menonton video itu sebanyak dua kali bersama Eskay dan juga seorang lagi yang dinamakannya sebagai bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

"Semasa itu Datuk (Eskay) memberi penerangan mengenai video tersebut.

"Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23 Mac.

"Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristighfar seolah inilah kali pertama menonton," kata Badrul Hisham lagi.

24 March 2011

Sepatutnya Nik Aziz berterima kasih pada Datuk T

Sepatutnya Nik Aziz berterima kasih pada Datuk T. Sebelum Anwar dijulang sebagai Perdana Menteri, sudah tentunya akan menjadi ketua kepada Nik Aziz-telah terbongkar perilakunya, yang sudah tentu, Nik Aziz tidak perlu mengeluarkan fatwa, kerana sesiapa yang menganut agama islam-perbuatan melakukan sex dengan bukan isteri yang halal adalah dosa besar.

Malah, isteri Anwar sendiri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengatakan bahawa dia tidak akan menonton video itu, kerana ianya haram di sisi agama islam. Nah! menontonpun dah haram, apa lagi melakukannya.

Rakyat Malaysia yang cintakan agama dan negaranya, pasti berterima kasih kepada Datuk T kerana dapat mendedahkan karya agung abad ini.

Karpal akan sapina Najib dan Rosmah jadi saksi sodomi Anwar

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dipanggil untuk membela diri dalam perbicaraan kes liwat beliau.

“Kami akan menentukan perkara ini kemudian, selepas penghujahan dikemukakan oleh kedua-dua pihak . . . akan memanggil mereka sebagai saksi, kemungkinan ada,” kata peguam bela Karpal Singh kepada pemberita di sini hari ini.

Karpal berkata mereka perlu menemu bual Najib dan Rosmah terlebih dahulu sebelum memanggil mereka sebagai saksi.

“Senarai saksi kami termasuklah Najib, Rosmah dan Dr Osman dari Hospital Pusrawi,” kata Karpal.

Pendakwa menutup kes mereka hari ini selepas mahkamah memutuskan untuk menerima tiga barang, yang diambil dari lokap, yang digunakan untuk mengambil sampel DNA Anwar.

Perbicaraan akan disambung 18 April ini bagi membolehkan kedua-dua pembela dan pendakwa mengemukakan hujah masing-masing.

Erra Fazira: Saya masih isteri Emran

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Aktres dan penyanyi jelita, Erra Fazira, 37, ternyata terkejut apabila mendapat tahu tentang gosip terbaru berhubung rumah tangganya yang mula diperkatakan kembali, lapor akhbar hari ini.

Terbaru, Erra dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 36.

Malah, berita juga mula tersebar mengatakan bekas Ratu Cantik Malaysia itu kini hidup bermadu.

“Tiada alasan untuk saya melenting atau melatah dengan kisah terbaru yang saya dengar ini.

“Apa yang boleh saya katakan semua ini tidak betul dan saya anggap ia merupakan kisah lucu,” kata Erra dipetik Utusan Malaysia hari ini.

“Saya masih isteri Emran dan dia tetap pulang ke rumah seperti selalu. Saya juga menganggap perkara ini adalah satu putaran dalam kehidupan seorang artis yang tidak terlepas daripada dicuit dengan berita sebegini,” katanya sambil menambah:

“Hakikatnya, saya sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi seperti ini sejak mendirikan rumah tangga.”

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata demikian kepada pemberita pada selepas merasmikan pelancaran mutiara terbaru keluaran Rafflesia The Pearl Centre, Primadona Classic semalam.

Sebelum ini, rumah tangga pelakon yang mula menempa nama menerusi filem Sembilu pada tahun 1994 itu juga menjadi bualan apabila Engku Emran dikatakan menjalin hubungan dengan seorang wanita yang merupakan teman sekerjanya di Bernama TV.

Erra dan Engku Emran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif saluran berita di Bernama TV itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007.

Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang berusia hampir dua tahun.

23 March 2011

Siapa Datuk T? Dato Shazril Eskay Abdullah is the Datuk T ??!

Maklumat daripada blog http://edyesdotcom.blogspot.com/ OKB copy paste je!!

1. Who is Dato T?

He is Dato Eskay.

The guy who sue Dato Yahya Jalil on Jambatan Bengkok.Now case in High Court.

2. Who book hotel room at Carcosa?

RISDA.

3. Who is the Chairman (of RISDA) ?

Tan Sri Rahim Tamby Chik.

4. Is the police involve?

I am not sure.

But the police officer invite Johari MP for Sungai Petani to Hotel Flamingo Ampang to view the Video. The IGP must come clean of this.Otherwise the police credibility at stake.

5. Who is the other guy at Hotel Flamingo?

Dato Shuib Lazim.

He try to convince Johari to leave PKR.They promise him million.

WHO ARE THESE INDIVIDUALS?

Datuk Shazryl Eskay Abdullah

BACKGROUND:
".... Shazryl Eskay Abdullah, the plaintiff in the case had filed the suit in January 2002, claiming a breach of contract by defendants — Merong Mahawangsa Sdn Bhd and Datuk Yahya A. Jalil — for failing to pay him RM20 million after he had procured the project for them.

In the statement of claim, the plaintiff stated that Yahya, who is the executive director and major shareholder of Merong Mahawangsa, had enlisted his help to procure the project from the government and to secure a RM640 million foreign fund for the project.He claimed that the second defendant had sought his help for his "discretion and good relations" with the government.Shazryl said the second defendant suggested a RM20 million remuneration for his services, which has not been paid...."

22 March 2011

Gara-gara Video lucah Anwar: Unit Khas terpaksa ditubuh

PUTRAJAYA, 22 Mac — Satu unit khas akan ditubuhkan bagi meneliti laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung satu video seks, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Unit itu bertanggungjawab terus dengan Ketua Polis Negara,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tuduhan Anwar bahawa ia didalangi kerajaan.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara supaya lebih profesional, telus dan secara menyeluruh,” katanya.

Hishammuddin berkata perkara itu akan dibawa ke peringkat Bukit Aman kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi dan kepentingan awam.

Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis Dang Wangi di sini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu.

“Sementara itu, beliau boleh menuduh sesiapapun tetapi pada akhirnya, kita hanya mahukan kebenaran,” katanya.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Hishammuddin ditemui selepas “Penerimaan Petisyen Berkaitan Ratifikasi” Protokol Pilihan kepada konvensyen mengenai hak kanak-kanak, penjualan kanak-kanak, pelacuran dan porografi kanak-kanak di sini. — Bernama

21 March 2011

Turut Belasungkawa:Bonda Yang di-Pertuan Agong mangkat

KLANG, 21 Mac — Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota di sini pada pukul 1.22 pagi ini.

Jenazah almarhum dijangka dibawa pulang ke Kuala Terengganu pada pukul 10 pagi ini melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia Subang, kata Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini. — Bernama

20 March 2011

AS, Eropah kecuali Jerman Bergabung Serang Libya

BENGHAZI, Libya: Amerika Syarikat (AS) dan Eropah membentuk gabungan bagi melakukan serangan ke atas pertahanan Presiden Muammar Gaddafi dan pasukan udaranya dengan peluru berpandu dan serangan udara pada Sabtu, melancarkan tindakan ketenteraan antarabangsa terbesar sejak perang Iraq.

Pemimpin Libya sejak sekian lama itu bersumpah untuk mempertahankan negaranya daripada apa yang digelarkan "pencerobohan salibi" dan memberi amaran bahawa penglibatan kuasa antarabangsa akan mendedahkan rantau Mediterranean dan Afrika Utara kepada bahaya dan meletakkan nyawa orang awam dalam risiko.

Pasukan tentera AS berkata, 112 peluru berpandu Tomahawk dilepaskan daripada kapal laut dan kapal selam Amerika dan British ke atas lebih 20 sasaran di persisiran pantai bagi memberi laluan kepada peronda udara menghalang pasukan udara Libya daripada melakukan penerbangan.

Jet pejuang Perancis melepaskan tembakan serentak pertama, diikuti beberapa serangan di kawasan pemberontak di Timur.

Presiden Barack Obama berkata, tindakan ketenteraan itu bukan pilihan pertamanya dan mengulangi pendiriannya untuk tidak menghantar tentera darat AS ke Libya.

"Ini bukan hasil rundingan yang AS atau mana-mana rakan sekutu kami inginkan," kata Obama dari Brazil, di mana beliau memulakan lawatan selama lima hari ke Amerika Latin. "Kita tidak boleh berdiam diri apabila si penzalim memberitahu rakyatnya tidak akan ada belas kasihan."

Ribuan penyokong rejim berpusu-pusu memenuhi kem tentera Bab al-Aziziya di Tripoli di mana Gaddafi menetap untuk berlindung. Senjata pemusnah pesawat dapat didengari melakukan serangan sepanjang malam di Tripoli.

Serangan tersebut yang bertujuan menguatkuasakan zon larangan terbang oleh PBB, merupakan rentetan akibat usaha pihak antarabangsa untuk menghalang Gaddafi selepas beberapa minggu rayuan oleh puak pemberontak yang mendapati kerugian besar apabila rejim itu melepaskan serangan besar-besaran menggunakan kehebatan serangan udara dan senjatanya.

Sementara pihak berkuasa pertahanan AS memberi amaran bahawa adalah terlalu awal untuk menjangkakan kesan akibat serangan hebat itu, namun ketepatan sasaran peluru berpandu kapal laut itu dijangka mampu memberi kemusnahan besar ke atas pertahanan udara Libya.

Gaddafi yang mentadbir Libya selama 41 tahun, ketika dalam temubual telefon bersama stesen televisyen Libya berkata, beliau membuka depoh senjata untuk membenarkan rakyatnya melindungi diri mereka. Beliau berkata, tindakan antarabangsa ke atas tenteranya tidak ada justifikasi, menggelarnya 'pencerobohan kolonial yang boleh mencetuskan peperangan berskala besar".

Beliau berkata, Majlis Keselamatan PBB dan komuniti antarabangsa bertanggungjawab untuk "menghalang serangan terang-terangan yang tidak adil ke atas negara berdaulat itu serta-merta".

Rejim beliau turut bertindak pantas dalam serangan balas itu dengan menghantar pesawat pejuang, kereta kebal dan pasukan tentera ke Benghazi, pusat pemberontak dan bandar pertama yang jatuh akibat pemberontakan yang bermula 15 Februari lalu. Tidak lama kemudian serangan kerajaan berhenti.

Gabungan serangan yang digelar Operasi Odyssey Down, ditubuhkan ekoran persidangan tergempar di Paris di mana 22 pegawai kanan dan pemimpin tertinggi bersetuju melakukan tindakan sewajarnya agar Gaddafi menghormati resolusi Majlis Keselamatan PBB pada Khamis, yang mengarahkan zon larangan terbang dan menuntut gencatan senjata, kata Presiden Perancis Nicolas Sarkozy.

"Konsensus kami kukuh dan azam kami jelas. Rakyat Libya harus dilindungi dan dengan kesukaran menamatkan keganasan terhadap orang awam dengan pantas, gabungan ini sudah bersedia untuk bertindak pada kadar segera," kata Obama sebelum itu. - AP

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels