2 May 2011

Apabila tanah warisan Iranun jadi topik generasi kini

Zaman Usno, isu tanah bagi suku iranun Kota Belud belum memuncak! sebab apa? masa itu belum ramai penduduk yang mampu mengusahakan tanah. Nilai komersial tanah masa itu, hampir tidak bernilai. Bayangkan 10 ekar hanya berharga RM500!!.

OKB masih ingat lagi kawasan tanah yang terbiar, di tanam dengan kelapa!

Apabila parti Usno kalah kepada Berjaya-orang luar mula masuk di perkampungan iranun. Melihat hamparan tanah yang luas, maka terjadilah persengkongkolan permohonan tanah. Apabila geran diperoleh-bertukar tangan lah pemilik tanah tersebut.

Boleh dikatakan sesiapa yang berduit pada tahun 70-an dan mereka itu pemimpin Kota Belud, pasti mempunyai tanah berekar-ekar di perkampungan iranun.

Sebut saja nama Awad-- pasti orang iranun tahu, kerana Awad berjaya "membeli" berekar-ekar tanah kaum iranun.

Sebut saja Yahya Lampung, pasti orang iranun tahu, bahawa Datuk itu mempunyai tanah beratus ekar di Rampayan Ulu.

Penduduk Iranun membuka kampung pintasan pada tahun 70-an untuk tujuan bercucuk tanam. Pinatasan pada masa itu, ditumbuhi oleh rumpai yang menyerupi hutan kecil, binatang seperti lembu, kerbaupun tidak mahu menjamah kawasan itu. Dengan keluasan yang hanya 1000 hektar, orang iranun berebut-rebut ke kawasan Pintasan, namun mereka terlupa, bahawa beratus hektar tanah warisan iranun telah lesap. Salah Siapa??

1 May 2011

Pas ganti UMNO-kemudian DAP kuda Pas tak apa kata Hadi

Presiden Pas Hadi Awang berkata, kerjasama PAS dan DAP hanya berasaskan -Kerjasama Politik. Tidak sama sekali menggadaikan prinsip. Slogan Pas: Pas ganti Umno dan kemudian Pas jadi kuda DAP, tak apa kata Hadi-asalkan Umno dan BN tumbang.

Bagi Hadi kerjasama Pas dalam Pakatan-mempunyai visi-yakni menumbangkan Umno dan BN; tiada kaitan dengan pengorbanan agama. Bebeza dengan kerjasama Umno-MIC-MCA; kerjasama yang menggadaikan prinsip islam dan menghilangkan jati diri Melayu-Islam-demikian Hadi seperti dipetik dalam Harakahdaily

Hadi memberi komen tersebut menjawab pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam agar PAS "beralih kepada yang lain" walaupun mungkin enggan menyertai BN.

Presiden Umno itu dilaporkan berkata, kerja keras PAS hanya memberikan keuntungan kepada DAP.

Abdul Hadi hari ini menyifatkan seruan Najib segai janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN dalam melakukan kezaliman.

“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya.

Abdul Hadi malah membuat seruan balas supaya ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya seperti dipetik akhbar web PAS.

30 April 2011

Ramai yang kata kalau Rahman Dahalan jadi calon BN-Pembangkang boleh menang?

Sakit hati pengundi Kota Belud terutama kaum Iranun dan sebahagian kaum bajau belum pulih; apabila Rahman Dahalan menjadi bidan terjun pada PRU-12 lalu.

Sehingga kini-ramai yang menganggap bahawa terpilihnya Rahman Dahalan-kini lebih dikenali sebagai DARD (Datuk Rahman Dahalan) kerana hubungannya dengan Khairy Jamluddin-kerana masa itu-DARD adalah setiausaha Pemuda Umno Kebangsaan.

Semasa kempen di Kg Lilud Kota Belud-dalam DUN Tempasuk semasa PRU-12 itu-Rahman berjanji-bahawa masalah air minum yang menjadi rungutan sebahagian besar penduduk akan selesai dalam masa 100 hari beliau diistiharkan menang. Kini, telah genap 3 tahun atau tepatnya 1095 hari janji Rahman itu hanya tinggal janji.

Penduduk seperti biasa terus menikmati air tube yang disedut daripada bawah tanah-sebelum Rahman jadi wakil rakyat lagi.

Rupanya tidak mudah mengadakan kemudahan air bersih untuk kemudahan penduduk, buktinya Rahman yang bersungguh-sungguh dalam kempennya tersebut, terbukti gagal.

Penggal wakil rakyat Rahman akan tamat-dalam 2 tahun lagi-itupun kalau DS Najib tidak memanggil PRU-13 lebih awal; jika PRU-13 akan berlaku kurang daripada 2 tahun daripada sekarang, maka penggal Rahman sebagai MPKotabelud-sepertimana-identitinya dalam twitter mahupun blog akan tamat.

Kemuskilan dan masalah penduduk yang diutarakan kepada Rahman baik semasa PRU-12 mahupun hingga kini, sebahagian besarnya tidak tertunai.

Peruntukan Parlimen-hanya digunakan untuk membina pondok-pondok bas konkrit-walaupun tiada perkhidmatan bas.

Selama tiga tahun- Rahman menjadi wakil rakyat Kota Belud-tiada projek yang berimpak kepada perubahan Kota Belud-sama ada dari segi pembangunan ekonomi, pendidikan mahupun kemudahan asas penduduk.

Berasaskan kepada performance Rahman selama 3 tahun- ramai yang mengatakan-jika Rahaman dipilih semula sebagai calon mewakili BN- maka calon pembangkang akan menang mudah.

Kuasa wang tidak lagi akan berpengaruh pada PRU-13 akan datang, kerana ramai sudah menyedari-mengundi kerana habuan 20 atau 50 ringgit akan menyeksa mereka selama-lamanya.

Jika pada PRU-12 separuh pengundi tegar BN telah mengundi pembangkang kerana protes, pada PRU-13 akan datang jika DARD dipilih semula undi protes tersebut akan berlipat ganda. Kalau BN mahu kehilangan kerusi Parlimen Kota Belud-letaklah DARD semula.

Pakatan memaksa rakyat menerima PM yang berlatar belakang penzina

Shamsul Akin semasa dalam Masjid AMRU Sentul-membuat kecoh
Rakyat kini terbuka mata siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Jika pada tahun 1998, ramai yang meragui-perbuatan meliwat Azizan yang dikenali sebagai sodomi I, dan meliwat Saiful pada tahun 2008 yang disebut sebagai sodomi II; kini terburailah siapa Anwar-apabila rakyat melihat dengan mata kepala sendiri perlakuan sumbang Anwar-sedang melakukan seks dengan wanita muda cina pada 21 Februari 2011 lalu.

Bagi penaksub Anwar, pendedahan tersebut merupakan pendedahan palsu, kerana bagi mereka, walaupun pelaku itu adalah Anwar, mereka tetap menafikan itu adalah Anwar.

Bagi setengah mereka, walaupun menerima bahawa pelaku seks itu adalah Anwar, namun bagi mereka semuanya itu adalah hak Anwar sebagai individu.

Anwar sendiri menafikan bahawa lelaki dalam video tersebut adalah dirinya, walaupun wajah lelaki tersebut benar-benar mirip wajahnya.

Sumpah laknat Eskay salah seorang Datuk T yang mendedahkan perlakuan sumbang Anwar itu, masih tidak dipercayaai oleh penyokong Anwar. Walaupun Eskay bersumpah bahawa mereka bersama-sama melakukan zina pada 21 Febaruari lalu, tetap sahaja para penyokong Anwar tidak dapat menerimanya. Bagi mereka, Anwar tidak akan melakukan itu semua, kerana Anwar adalah individu yang maksum.

Para pemimpin PKR misalnya Nik Azmi-ADUN Seri Setia-selangor, malah mengatakan walaupun lelaki dalam video tersebut mirip Anwar, namun rambut lelaki tersebut bukan rambut Anwar- salah satu contoh- alasan yang diberikan oleh penyokong tegar Anwar.Alasan budak-budak yang belum kenal akil baligh!!.

Kini para penyokong Anwar dan Anwar sendiri menyalahkan Najib-Umno dan BN, kerana kononnya perlakuan sumbang dan zina Anwar tersebut merupakan konspirasi. Alahai-- sendiri yang seronok dan menikmati keenakan-- inilah yang dikatakan lain orang yang makan nangka lain pula yang kena getah.

Para pemimpin Pakatan dan penyokongnya menayalahkan media arus perdana seperti Utusan, Berita Harian, TV3, kononnya memperbesar-besarkan pendedahan tersebut. Sebenarnya media tersebut-melaporkan sesuatu yang perlu diketahui oleh rakyat-mengenai seseorang yang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri. Rakyat diberi maklumat yang penuh-apa kah rakyat bersedia dipimpin oleh seseorang pengamal zina dan liwat. Jika rakyat mahu menerimanya- maka pada PRU-13 akan datang-parti Anwar PKR-parti Lim Kit Siang-DAP dan Parti Nik Aziz Pas akan diundi oleh rakyat. Apabila ini berlaku, maka sejarah akan terzahir di Malaysia-bahawa seorang Perdana Menteri adalah bekas Banduan-Pengamal seks songsang dan pengamal zina.

29 April 2011

Majlis sumpah laknat Eskay kecoh dan batal akibat gangguan AMK PKR

Majlis angkat sumpah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - salah seorang “Datuk T” — dibatalkan saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan “Datuk T” itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.

Selepas majlis sumpah laknat itu menjadi kecoh kerana bantahan AMK PKR, Eskay berkata kemudian melalui SMS sepertimana dilaporkan oleh The Malaysianinsider, Shazryl berkata, apakah zaman Nabi Lut sudah berlaku di Malaysia apabila penentang kemungkaran liwat dan zina dibenarkan dan penegak kebenaran ditentang.

“Tunggu petunjuk dari Allah,” katanya.

28 April 2011

Eskay beri DNA; Video Seks Part 2 Anwar didedah; Anwar beri keterangan pada polis

Satu lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Klip video tersebut dimuat naik pada Rabu di dalam laman ‘Youtube’ dan laman web blogger Papagomo, www.papagomo.com kira-kira 1.30 tengah hari ini, lapor Bernama Online.

Sebelum ini pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet.

Pada 21 Mac lalu, tiga individu yang menggelarkan diri mereka “Datuk T” telah mendedahkan kewujudan video seks yang didakwa mereka membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Terdahulu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang mendedahkan video seks yang pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam memberi sampel DNA beliau kepada pihak polis.

Eskay berkata beliau telah diminta datang ke Bukit Aman untuk memberikan sampel DNA itu dan juga untuk memberi keterangan tambahan untuk membantu siasatan kes video seks itu.

“Saya secara sukarela telah memberi sampel DNA kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes video seks,” katanya kepada pemberita di luar pintu masuk Bukit Aman.

Katanya, beliau berada di Bukit Aman dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan turut ditanya beberapa soalan oleh pihak polis.

Eskay berkata telah mengadakan satu sidang akhbar jam 3 petang tadi, namun butirannya belum diperolehi, tetapi dipercayai berkisar situasi terkini mengenai video itu.

25 April 2011

Utusan itu suara Melayu: Muhyiddin

Utusan Malaysia mewakili kepentingan orang Melayu dan tindakan memulau akhbar milik Umno itu hanya akan membataskan suara kominiti itu, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan presiden Umno ini mengulas gesaan MCA agar akhbar itu dipulau ekoran gesaan editornya supaya digerakkan gelombang “1Melayu, 1Bumi”.

Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan membela hak dan keistimewaan orang Melayu, menyahut idea itu.

Minggu lalu, Timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok memberi amaran gelombang sedemikian akan mewujudkan persekitaran aparteid di negara ini.

Dalam responsnya hari ini, Muhyiddin (gambar) menambah, kerajaan tidak boleh menghalang akhbar itu daripada menyiarkan laporannya.

“Ia suara dan kehendak komuniti Melayu dan juga rakyat Malaysia pada umumnya. Jika kita baca Utusan, kita dapat melihat bahawa ada laporan-laporan mengenai perkara-perkara lain,” katanya lagi.

“Seperti media lain, ada pro dan kontra. Kita tidak boleh menghalang media daripada membuat laporan mengenai apa yang ia hendak laporkan tetapi ada batasan, di mana ada undang-undang,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata tindakan memulau Utusan Malaysia boleh menyebabkan suara masyarakat Melayu terabai.

“Meskipun anda pulau, ia tidak akan (membawa) kesan sama sekali. Lagi anda minta tidak membaca, lagi ramai orang hendak membaca.

“Malah, bukan Melayu juga mengatakan ada laporan-laporan sensitif dalam media bukan Melayu. Jika kita tanya mengapa berita-berita sedemikian dilaporkan, mereka akan mengatakan ia menggambarkan perasaan komuniti Cina dan India,” katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjauhkan diri daripada pendirian editor Utusan Malaysia, yang disiarkan tyang mengesyorkan agar parti-parti Melayu menggerakkan gelombang “1 Melayu, 1 Bumi” sambil menegaskan ia pandangan “peribadi” akhbar Umno itu.

Perdana Menteri juga berkata pendirian akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu tidak akan menggugat komitmen kerajaannya melaksanakan gagasan 1 Malaysia.

Dalam tulisan ruangan Cuit Rabu lalu, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain “semua sudah.”

“Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia,” katanya.

Dia berkata, slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.

“Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini,” katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Kata Zaini, “sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.”

Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi.”

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata usaha sedemikian akan menyebabkan malapetaka jika menjadi kenyataan.

Azmin Ali tiada sifat sebagai pemimpin: Mustafa Ali

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata timbalan presiden PKR, Azmin Ali tidak seharusnya melenting kerana sifat itu bukanlah sifat seorang pemimpin.

Timbalan Presiden PKR itu melenting ekoran ulasan Mustafa Ali mengenai video seks yang memaparkan Anwar.

Pihak Pas menurut Mustafa akan menunggu sisatan pihak polis selesai mengenai video seks tersebut sebelum membuat pendirian.

23 April 2011

Salleh mahu Musa Aman teruskan kepimpinan

Sempena menyambut ulang tahun Datuk Musa Aman yang ke-60 di bagunan UMNO Sabah, Kota kinabalu malam rabu lalu, Timbalan Pengerusi Umno Sabah merangkap speaker DUN Sabah-DSP Salleh Tun Said berkata, kepimpinan Musa diperlukan untuk melanjutkan program pembangunan Sabah, pada masa kini dan seterusnya selepas PRU-13 akan datang.

Salleh yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran Ketua Menteri-ilham mantan Perdana menteri Tun Mahathir mengatakan demikian semasa berucap pada majlis sambutan HUT Datuk Musa pada malam tersebut.

Salleh menepis suara-suara sumbang dalam BN sendiri, bahawa kepimpinan Negeri perlu berubah dengan mengambil iktibar PRN Sarawak pada 16 April.

Pada PRN Sarawak, walaupun BN-Sarawak mampu mempertahankan majoriti 2/3, dengan mendapat 55 kerusi daripada 71 kerusi DUN, akibat penolakan kaum cina terhadap BN. Selain penolakan, kaum cina- undi popular BN juga merosot terutama di kawasan-kawasan majoriti iban.

Kekalahan Timbalan Presiden SPDP di DUN Krian kepada calon PKR dan kemenangan Baru Bian di DUN Ba'Kelalan, telah menggambarkan bahawa undi bumiputera iban, mula beralih.

Ekoran daripada keputusan PRN Sarawak tersebut, ada beberapa pemimpin mengeluarkan suara-suara sumbang terhadap kepimpinan Musa Aman.

Walaupun dengan adanya suara-suara sumbang tersebut, Salleh yang juga orang kedua BN Sabah- menzahirkan bahawa kepimpinan Musa masih diperlukan di negeri ini. Atas sebab kepimpinan Musa, maka pucuk pimpinan pusat dan negeri-negeri lain memberi keyakinan kepada kerajaan negeri.

Menurut Salleh, tiada sebab untuk menggantikan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah, kerana Musa berjaya mentransformasikan Sabah sebagai negeri dalam proses membangun.

Menurut Salleh, masa perlu diberikan kepada Musa Aman untuk merealisasikan semua perancangan demi kebaik rakyat.

22 April 2011

PKR marah pada Berita Harian-sebab lapor lelaki dalam video seks itu Anwar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa akhbar Berita Harian milik Umno diperalat pihak tertentu untuk mengadakan ‘perbicaraan melalui media’ terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan rakaman video seks.

“Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu dengan menggunakan ‘perbicaraan melalui media’, yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Malah kata Saifuddin, harus diingat syarikat Korea Selatan, yang dinamakan oleh akhbar itu, telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Anwar dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliaunya.

Justeru kata beliau, pihaknya menolak sekeras-kerasnya laporan Berita Harian semalam yang mendakwa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” sepadan dengan Anwar.

Semalam, Berita Harian menyiarkan sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman videk seks itu mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis.

Kata Saifuddin, pihaknya kesal dengan laporan Berita Harian itu yang sengaja mensensasikan isu rakaman video seks itu ketika sisatan masih dijalankan.

“Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011.

“Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Saifuddin, kesal dengan tindakan Berita Harian yang menyiarkan laporan berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan imej dan kredibiliti Anwar.

Tambah Ahli Parlimen Machang itu, pihaknya tetap berpendirian teguh menafikan pelaku dalam rakaman video seks itu adalah Anwar.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini.

“Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

“Datuk T” — terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Malah ketiga-tiga individu itu telah membuat pengakuan secara terbuka dan akan mengambil tanggungjawab selain bersedia menerima sebarang tindakan undang-undang.

Sehari selepas pendedahan video seks itu, Anwar membuat laporan polis dan menafikan beliau adalah pelaku aksi seks yang didakwa “Datuk T”.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Saifuddin, kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan ekoran pendedahan yang dibuat bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur Datuk Mat Zin Ibrahim semalam.

Mat Zain mendakwa Anwar pernah dikaitkan dengan pengedaran rakaman aksi seks pada November 1999 dan meminta pihak berkuasa menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan pendedahan yang dibuat “Datuk T”.

Beliau berkata rakaman video yang pertama diedarkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum 1999.

Oleh itu, dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan kedua-dua pendedahan berkenaan.

1Melayu 1Bumi-Tidak baik untuk Negara: Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dicadangkan oleh Utusan Malaysia dan disokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan adalah tidak baik untuk negara.

"Saya harap ia tidak berlaku....Jika kita laksanakan juga, akan terdapat sistem dua parti dalam politik...jika satu dikuasai oleh Melayu dan satu lagi oleh Cina, ia akan membawa mala petaka kepada negara," katanya dipetik Bernama selepas melancarkan Perdana Global Peace Foundation dan Jelajah Keamanan 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Utusan Malaysia Rabu lalu menerusi Timbalan Ketua Pengarangnya, Datuk Zaini Hassan mencabar kerajaan supaya melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas masyarakat Cina.

“Apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi.

“Tiada makna adanya 1 Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah,” tulis Zaini.

Kemelut itu bertambah kusut apabila PERKASA semalam mengumumkan gerakan "1Melayu, 1Bumi" akan menjadi sebahagian daripada "Perhimpunan Melayu" yang akan diadakan pada 30 April ini di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

PERKASA cawangan Sarawak juga pada Rabu lalu mendesak kerajaan BN supaya jangan keterlaluan melayan tuntutan kaum Cina yang didakwanya sanggup “membalas susu dengan tuba”.

Dr Mahathir turut menasihatkan rakyat untuk memikirkannya secara mendalam mengenai sistem politik perkauman dan menegaskan bahawa ia akan menjadi mala petaka kepada negara jika berlaku.

MCA wakili DAP dalam BN

MCA lupa bahawa parti itu sebenarnya ditolak kaum cina. Pada PRU-12, MCA hanya menang 15 daripada 31 kerusi parlimen yang ditandinginya. Pun demikian kerusi yang dimenangi itu bukan kawasan majoriti kaum cina.

Gesaan MCA agar Taib Mahmud bertanggungjawab terhadap penolakan kaum cina kepada BN Sarawak tidak boleh diterima. Sebenarnya kaum cina menolak BN, termasuk komponen parti kaum cina dalam BN.

PRN Sarawak pada 16 April, Semua kawasan bumiputera dimenangi parti BN, kecuali Pelagus (Bebas) dan Ba'kelalan (PKR).

SUPP yang mewakli kaum cina kalah teruk, apabila hanya menang 6 kerusi daripada 19 kerusi yang ditandingi. Semua kerusi yang kalah adalah majoriti kaum cina, manakala yang menang majoriti campuran bumiputera.

Kini MCA mendesak agar Taib meletakkan jawatan dengan segera- suara yang dilaungkan oleh DAP. Tindakan MCA itu, bererti MCA mewakli suara DAP dalam BN.

Taib tidak perlu didesak untuk berudur. KM itu sudah ada persefahaman dengan Perdana Menteri, tentang masa yang sesuai Taib berundur.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels