22 April 2011

MCA wakili DAP dalam BN

MCA lupa bahawa parti itu sebenarnya ditolak kaum cina. Pada PRU-12, MCA hanya menang 15 daripada 31 kerusi parlimen yang ditandinginya. Pun demikian kerusi yang dimenangi itu bukan kawasan majoriti kaum cina.

Gesaan MCA agar Taib Mahmud bertanggungjawab terhadap penolakan kaum cina kepada BN Sarawak tidak boleh diterima. Sebenarnya kaum cina menolak BN, termasuk komponen parti kaum cina dalam BN.

PRN Sarawak pada 16 April, Semua kawasan bumiputera dimenangi parti BN, kecuali Pelagus (Bebas) dan Ba'kelalan (PKR).

SUPP yang mewakli kaum cina kalah teruk, apabila hanya menang 6 kerusi daripada 19 kerusi yang ditandingi. Semua kerusi yang kalah adalah majoriti kaum cina, manakala yang menang majoriti campuran bumiputera.

Kini MCA mendesak agar Taib meletakkan jawatan dengan segera- suara yang dilaungkan oleh DAP. Tindakan MCA itu, bererti MCA mewakli suara DAP dalam BN.

Taib tidak perlu didesak untuk berudur. KM itu sudah ada persefahaman dengan Perdana Menteri, tentang masa yang sesuai Taib berundur.

17 comments:

||Aku Pemikir|| said...

salam,

saya kembali lagi ke dunia blog,

minta di linkkan blog saya ke blog saudara ,

thx

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/

Mohd Ishak said...

MCA semakin kurang releven kepada rakyat Sabah.

Anonymous said...

MCA seharusnya berusaha untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat cina.

mandau said...

MCA seharusnya mencari punca kehilngan sokongan do kalangan masyarakat cina dan berusaha memperbaikinya untuk mendapatkan kembali sokongan.

Jason said...

MCA will need to buck up to gain the support of chinese people.

Anonymous said...

MCA perlu mengenalpasti dan mencari kelemahannya supaya penerimaan rakyat Cina terhadap MCA dapat diperbaiki.

Jason said...

I hope Taib will step down from his position. It's about time someone new and more capable take over his place.

Lucas said...

Clear your own backyard before complaining about others backyard...

Paquin said...

Tunggu dan lihat sajalah nanti.

Paquin said...

Yang penting sekarang ini kebajikan rakyat harus diutamakan. Ketepikan hal lain dulu.

Anonymous said...

penolakan komuniti Cina terhadap BN bukan disebabkan kepimpinan Taib atau dasar2 BN, tetapi disebabkan oleh kegagalan parti2 komponen seperti MCA, Gerakan dan SUPP menangkis serangan berunsur sentimen perkauman yang dipalu oleh DAP sejak 2008 dan berterusan hingga PRN Sarawak.

Anonymous said...

semua pemimpin parti komponen yang mewakili masyarakat Cina perlu turun padang bagi membetulkan persepsi kaum tersebut, bukannya terus menuding jari menyalahkan kepimpinan Taib atau dasar2 kerajaan. tanya diri sendiri, apakah selama ini mereka yang mewakili SUPP, MCA dan Gerakan sentiasa turun padang untuk memahami denyut nadi rakyat atau tidak?

Anonymous said...

apa yang penting sekarang ini adalah, MCA harus berusaha untuk mendapatkan kembali sokongan terhadap mereka.

Anonymous said...

teruskanlah usaha dan tingkatkan persefahaman demi kebaikan bersama.

Smookiekins said...

Parti kerajaan dan kompenan perlu recover balik undi kaum cina pada PRU akan datang.

Bujang Senang said...

Nampaknya Kaum Cina mempunyai keinginan tersendiri. Apa pun kita mengharapkan Sabah akan dapat melakukan yang terbaik. MCA dan SNAP(BN) contoh untuk Sabah. Maka berikan yang terbaik buktikan bahawa Sabah tetap mendapat sokongan rakyat.

Unknown said...

Sebaiknya MCA memberikan sokongan kepada Taib untuk bertanding. Sokongan semua parti komponen boleh memperkuatkan lagi pasti tersebut.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels