3 December 2011

Salleh Said Jek Najib- ada makna tu

Menurut para pemerhati daripada Sabah, seharusnya ucapan Perwakilan Sabah yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Kota Belud, Datuk Salleh Said Keruak, mengutarakan kemajuan-kemajuan yang di bawah Umno selama menjadi tunggak kerajaan BN di Sabah.

Selain itu, pencapaian kerajaan Sabah sejak Umno bertapak di Sabah perlu diutarakan, agar supaya rakyat yang memilih pembangkang akan terbuka mata, bahawa Bn yang ditunjangi Umno akan terus membawa kemajuan kepada rakyat.

Namun, Salleh tidak menggunakan peluang itu, sebaliknya 90 peratus ucapannya berisi puji-pujian kepada Najib sehingga meyakitkan telinga.

Ramai pemerhati daripada Kota Belud sendiri, berkata bahawa puji-pujian kepada Najib itu ada hubungan dengan kesilapan Salleh pada pemilihan Umno tahun 1993, di mana pada mulanya, ahli akar umbi Bahagian Kota Belud sudahpun memutuskan bahawa pencalonan jawatan Naib Presiden Umno diberikan kepada Najib, namun di saat-saat akhir pencalonan itu dibatalkan.

Ketua Bahagian Umno Kota Belud pada masa itu, adalah Salleh sendiri.

Di kala Umno, berdepan dengan "ibu" kepada Pilihanraya, sanjungan kepada pemimpin tertentu, perlu dielakkan, sebaiknya sanjungan kepada keupayaan Parti secara keseluruhan perlu ditonjolkan.

Bagi OKB, ucapan Salleh semasa persidangan Umno kali ini, ada motif tertentu, untuk keuntungan peribadinya, semoga Najib tidak mabuk dengan puji-pujian itu.

28 November 2011

Bajet 2012 Sabah 2.5 kali ganda lebih besar berbanding Bajet Selangor

Bajet 2012 Sabah yang dibentang oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Negeri pada 18 November lalu, yang berjumlah RM4.048 bilion, selain merupakan bajet tertinggi yang pernah dibentangkan di negeri di bawah bayu itu, juga 2.5 kali ganda lebih besar berbanding bajet Negeri Selangor.

Selangor adalah negeri terkaya di Negara ini, atas sebab negeri tersebut berada dalam kawasan Lembah Kelang yang telah lama membangun. Manakala Sabah, adalah negeri yang dikategorikan negeri terbelakang atau miskin, berasaskan jumlah penduduknya yang masih ramai berpendapatan di bawah garis kemiskinan.

Masalah taburan penduduk dan infrastrutur merupakan masalah utama, penyebab kepada kadar kemiskinan negeri Sabah.

Kerajaan negeri di bawa pimpinan Ketua menteri Datuk Musa Aman, sejak tahun 2003 telah berusaha sedaya upaya membangun negeri, walaupun pada zaman kegemilangan kayu balak, negeri itu dianggap sebagai sebuah negeri terkaya kerana hasil kayu kayannya.

Disebabkan tersalah urus pada masa kegemilangan kayu balak, maka Sabah bukan sahaja terbelakang daripada segi pembangunan, malah tersenarai sebagai negeri miskin.

Disebabkan Sabah masih kekurangan daripada segi pembangunan infrastruktur, maka negeri itu memerlukan bajet yang besar demi menyediakan infra yang diperlukan oleh rakyat. Melalui ketersedian infra itu, diharapkan aliran pembangunan ekonomi dapat berjalan lancar, kerana akan mudah berlakunya perpindahan barangan daripada pusat sumber kepada tempat di mana barangan tersebut diperlukan.

Selain daripada itu, melalui infra seperti perhubungan yang baik akan menyumbang kepada penjimatan kos dan masa.

Berasaskan kepada luasnya Sabah, maka adalah diperkirakan, bajet yang besar akan terus diperlukan, setidak-tidaknya sehingga tahun 2015.

Dakwaan Pembangkang bahawa Bajet Sabah yang besar, kononnya untuk memancing undi pada PRU-13 akan datang adalah tidak berasas, kerana seperti mana disebutkan di atas, Sabah akan terus memerlukan bajet yang besar untuk membangunan dalam rangka melepaskan negeri itu daripada senerai negeri miskin di negara ini.

Keupayaan Pentadbiran negeri di bawah Datuk Seri Musa Aman adalah satu pencapaian yang luar biasa, memandangkan kekayaan semulajadi Sabah telahpun punah, namun, keupayaan Musa mendapat pendapatan untuk negeri adalah diluar jangkaan para pengeritik.

Sabah kini mempunyai simpanan di atas RM3 biliion, dan salah satu negeri yang diberi sanjungan oleh Ketua Audit Negara dalam pengurusan kewangan.

26 November 2011

Kenapa Umno Kota Belud hilang gahnya?

TAHUN-Tahun kegemilangan Umno Kota Belud seperti tahun 2004 hingga PRU-12 lalu, cukup terkenang. Pada masa itu, sebarang majlis Umno pasti mendapat sambutan luarbiasa daripada segenap lapisan masyarakat.

Pada musim-musim itu, apabila ada sahaja pertandingan baik pemilihan kepimpinan Bahagian atau pemilihan G7, beratus calon menawarkan diri untuk bertanding. Yang jelas, masa itu Umno sangat terasa keberadaannya.

Mesyuarat Agong Bahagian misalnya, dilaksanakan secara hebat, sehingga pucuk pimpinan negeri mahupun pusat sangat teringin hadir untuk merasmikannya.

Namun selepas sahaja berlaku pergantian pimpinan bahagian, Umno Kota Belud terlihat sangat lesu, malah anjuran-anjurannya tidak mendapat sambutan.

Keberadaan Umno, baru timbul semula, apabila penganjuran "rumah terbuka" Umno sempena, Hariraya lalu, digabungkan antara para ADUN dan MP Kota Belud, dan pengajuran itu, diamanahkan kepada ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli.

Sempena rumah terbuka itu, baru terasa keberadaan Umno semula, di mana suasana itu telah hilang sejak awal tahun 2008.

Kita perlu menerima hakekat, bahawa sokongan kepada sesebuah parti, apabila semua lapisan rakyat merasakan bahawa sesebuah parti itu senantiasa terasa keberadaan di kalangan rakyat. Rakyat akan merasa "hilang" sesuatu, jika tidak melihat keberadaan sesebuah parti itu, atas dasar itulah, parti yang dekat dengan rakyat itu akan mendapat sokongan yang hebat di kala pilihanraya.

Jangan lupa, bahawa setiap parti ada dua kategori penyokong, penyokong kekal dan penyokong yang perlu dirai.

Apabila, keberadaan sesebuah parti itu senantiasa dekat dengan rakyat, maka sungguh mudah mengekalkan penyokong kekal, malah mampu merai sokongan daripada penyokong yang perlu dirai. Namun, apabila keberadaan parti itu jauh daripada rakyat, maka ada kemungkinan penyokong kekalpun akan hilang, apatah lagi merai penyokong yang perlu dirai.

Umno Kota Belud merasakan keadaan di mana penyokong kekal, bukan sahaja tidak lagi menyokong, malah telah berlaku keluar daripada parti.

Kalau bukan ada komponen parti, maka penyokong BN itu akan terlepas kepada parti pembangkang. Keadaan ini berlaku, atas sebab kepimpinan Umno bahagian tidak lagi mengamalkan, bahawa sokongan rakyat terhadap parti berasaskan kepada usaha secara terus menerus kepimpinan parti, dan semua lapisan rakyat terasa keberadaannya.

Pemimpin sesebuah parti, tidak harus puas dengan jawatan yang diperolehi melalui parti, sebaliknya jawatan yang diperolehi itu, perlu digunakan mengembeling sokongan terhadap parti.

Akan tetapi hakekatnya, para pemimpin Umno Kota Belud, telah lupa bahawa jawatan yang diperolehi kerana parti itu, membuat mereka terbuai dan terpesona, sehingga lupa, bahawa penyokong kekalpun terpaksa meninggalkan parti buat selama-lamanya.

Satu kemuskilan daripada OKB, apakah semuanya ini adalah sandiwara untuk melemah kekuatan parti? atau ada udang dibalik mee goreng?

25 November 2011

Musa Aman tidak bakal lupa pemimpin yang cuba menghalangnya jadi Ketua Menteri

SEBELUM Datuk Musa Aman dilantik menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat pada tahun 2003, ada kumpulan pemimpin yang kasak kusuk menghalang perlantikan Ketua Menteri terlama itu.

Malah masa itu, beberapa orang Ketua Bahagian Umno menandatangan memorandum kepada Perdana Menteri untuk menghalang perlantikan Musa.

Para pemimpin kanan itu pada mulanya mengatur rancangan bersendirian sambil mengumpul sokongan baik di peringkat negeri mahupun pusat untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Kemudian, mereka bergabung dan berjanji antara mereka, siapapun dilantik antara mereka perlu disokong, dengan syarat jangan Musa dilantik bagi menggantikan Chong Kah kiat.

Namun, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir mengambil keputusan yang memeranjatkan kumpulan itu, dan seterusnya melantik Musa sebagai Ketua Menteri.

Rekod menunjukkan sejak Musa menerajui kerajaan negeri, akaun Sabah senantiasa surplus, walaupun membentang bajet pada awalnya deficit, tetapinya akhirnya mengalami surplus dipenutup tahun.

Musa juga berjaya mempertahankan kecemerlangan dalam dua pilihanraya, tahun 2004 dan 2008, sehingga Sabah dianggap sebagai Fixed Deposit BN pada sebarang Pilihanraya.

Pada Persidangan Dewan undangan Negeri yang bermula pada 18 November dan berakhir semalam, boleh dikatakan semua ADUN penyokong Kerajaan menyokong secara padu kepimpinan Musa.

Tiada ucapanpun yang mengandung kritikan, melainkan semua menyanjung, kecuali barisan ADUN Pembangkang.

Nampaknya semua ADUN mahu menarik perhatian Pengerusi BN itu agar mereka dicalonkan semula dalam PRU-13 akan datang.

Namun sokongan padu itu belum cukup, kerana bagi Musa hanya para ADUN yang dekat dihati rakyat sahaja dan bebas skandal akan diketengahkan pada PRU-13 akan datang.

OKB teringat lagi, pada PRU-12, apabila Musa bertindak berani dengan mengguguran beberapa pemimpin kanan dalam pilihanraya itu, OKB tidak akan terperanjat, jika pada PRU-13 akan datang, akan ramai pemimpin kanan akan diketepikan, bagi memberi peluang kepada pemimpin pelapis yang dinamik.

Dalam DUN Sabah sekarang, ramai pemimpin yang berpenggal-penggal menjadi Yang Berhormat, malah ada yang menjadi anggota kabinet, namun kawasan-kawasan yang diwakili mereka, tidaklah membangun sepertimana yang diharapkan.

OKB menganggarkan bahawa pada PRU-13 akan datang, Musa akan menampilkan individu yang mempunyai visi dan perancangan demi mendukung visi Musa-HALATUJU SABAH.

Para pemimpin yang berpaksi kepada politiking akan menerima nasib tidak akan ditampilkan, kerana peristiwa tahun 2003, perlu dielakkan.

23 November 2011

Projek Agropolitan terbukti dapat membasmi kemiskinan: Musbah

SATU kejayaan Agropolitian terbukti di kawasan Kanibongan, apabila sebelum projek Agropolitian yang bertemakan penanaman getah, rakyat di kawasan tersebut hanya berpendapatan antara RM800-RM1,000 sebulan. Namun selepas penaman semula getah dengan klon getah bermutu tinggi, kini pendapatan pekebun telah bertambah antara RM3,000-RM5,000 sebulan.

Projek Agropolitan telah mengakibatkan pertambahan pendapatan pekebun antara 275- 400 peratus, demikian menurut Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Musbah.

Musbah memberitahu persidangan DUN Sabah semalam, semasa menjawab ADUN Luyang Melanie Chia, daripada SAPP.

ADUN Tempasuk itu juga memberitahu DUN, bahawa seluar 3,600 hektar tanah telahpun ditanam dengan klon getah bermutu tinggi di kawasan tersebut.

Projek Agropolitian diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri pada tahun 2006.

20 November 2011

Projek KKLW: Kerajaan Pusat perlu pandang serius dakwaan DAP: Harris Salleh

MANTAN Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh meminta kerajaan pusat memandang serius dakwaan yang dilemparkan oleh DAP.

Mantan Ketua Menteri itu memberi ulasan mengenai tajuk utama akhbar tempatan 13 November lalu dimana MP DAP bagi Kota Kinabalu, mendakwa terdapat unsur tidak betul dalam pemberian kontrak bagi 49 projek di Sabah yang meliputi projek bekalan air dan litrik luar bandar.

Wakil Rakyat DAP, Dr Hiew mendakwa, walaupun pemberian kontrak diberikan secara tender terbuka, namun sebenarnya semua syarikat yang mengemukakan tender itu berpunca daripada seorang pembida.

Modus operandinya adalah sesebuah syarikat yang ingin diberikan tender, akan diminta mengemukakan 10 syarikat, dan jumlah tender yang dikemukakan akan diisi oleh seorang pembida. Atas sebab itulah, jumlah bidaan hampir straight line.

Menurut Hiew, jawapan yang diberikan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), di mana semua penilaian tender adalah melalui Jawatankuasa Penilaian Tender Kerja adalah untuk "memuaskan hati". Pendapat Hiew itu juga disokong oleh Tan Sri Harris Salleh semalam.

Malah Harris mempersoal projek bekalan litrik bagi Pulau Gaya yang menelan belanja RM100 juta, sedangkan kos sebenar adalah RM25juta.

18 November 2011

Bajet 2012 Sabah,Pertama kali melepasi 4 Billion Ringgit:

Bajet terbesar dalam sejarah negeri Sabah, berjumlah 4.048 Billion ringgit, dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri Sabah, di Kota Kinabalu pada Jumaat 18 November 2011.

Bajet itu 31.92 peratus lebih tinggi atau melibatkan kenaikan 979.62 juta ringgit berbanding Bajet 2011 yang berjumlah 3.068 billion ringgit.

Bajet itu dibentangkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (gambar atas)

“Terbesar dalam sejarah negeri Sabah, bukti komitmen kita utk terus memberikan yg terbaik kpd rakyat negeri Sabah, jadi bajet ini untuk semua lapisan rakyat, dengan mengambil kira keperluan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri Sabah” katanya kepada media sejurus selesai pembentangan bajet itu.

Bajet itu bertema “melonjakkan kesejahteraan dan kemakmuran negeri”.

Dalam pembentangannya Musa berkata anggarah hasil negeri Sabah pada 2012 berjumlah 3.690 billion ringgit menerusi hasil cukai dan hasil bukan cukai.

Objektif utama bajet Sabah 2012 adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dengan penekanan ke atas penambahbaikan infrastruktur asas serta kemudahan prasarana awam bagi manfaat rakyat dan pelabur.

Ia bagi mengekalkan momentum ekonomi negeri, memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri selain menghapus kemiskinan dan mengurangkan jurang bandar dan luar bandar.

Katanya pertumbuhan ekonomi negeri Sabah ketika ini ialah 4 peratus.

Laporan ketua Audit negara pada 2010 juga menunjukkan kedudukan kewangan negeri sabah yang sihat.

Dengan rizab negeri melebihi 3 billion ringgit, hasil negeri melebihi 4 billion ringgit dan lebihan sebenar berjumlah 730 juta ringgit.

Selain tiada tunggakan bayaran ke atas pinjaman daripada kerajaan pusat.

Pada pembentangannya, Musa turut mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum 500 ringgit kepada penjawat awam negeri.

Selain tambahan 500 ribu lagi untuk peruntukan khas ahli dewan undangan negeri menerusi peruntukan sentuhan kasih.

Menjadikan peruntukan khas itu kini berjumlah 1.5 juta ringgit.Tahniah

16 November 2011

Performance tiga pemimpin Kota Belud

Suku Datuk Salleh TS Pandikar Datuk Musbah
Berpolitik Peratus Peratus Peratus
Bajau 55 33 12
Iranun 18 56 26
KDM 36 36 28
Lain-lain 33 26 41
       
Pembangunan      
Bajau 32 16 52
Iranun 12 24 64
KDM 15 15 70
Lain-lain 14 14 72
       
Sosial      
Bajau 12 11 77
Iranun 8 34 58
KDM 5 5 90
Lain-lain 10 12 78
       
Berpolitik 35.5 37.75 26.75
Pembangunan 18.25 17.25 64.5
Sosial 8.75 15.5 75.75

Skop Kajian:

Berpolitik: Meliputi kepimpinan, perjuangan dalam politik, kejayaan dalam politik, jawatan dalam politik.

Pembangunan: Meliputi membawa pembangunan, perancangan pembangunan serta saiz pembangunan.

Sosial: Meliputi cara mendampingi rakyat, termasuk kehadiran pada majlis-majlis rakyat, melayat kematian, bantuan pada rakyat yang bermasalah dan PR.

Waktu kajian 19 September 2009- 19 Oktober 2011. Jumlah sampel: Bajau: 435, Iranun 124, KDM 86, lain-lain 42.

Kawasan kajian N7. Tempasuk.

15 November 2011

Pemimpin berpolitik dan kejayaannya

SEORANG pemimpin komponen BN pernah berkata, jika melihat seorang pemimpin Sabah yang berjaya dalam berpolitik, mesti melihat kepada Datuk Salleh Tun Said.

Datuk Salleh dalam kerjaya politiknya sentiasa pada pihak yang berkuasa.

Mantan Ketua Menteri Sabah itu, tidak pernah berada pada parti yang bukan berkuasa. Walaupun selepas keluar daripada parti PBS yang memerintah Sabah untuk menyertai UMNO, akan tetapi Umno berkuasa dalam negara.

Salleh dalam meniti kerjaya politiknya bermula pada Parti Berjaya, Pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri).

Salleh pernah bertanding menggunakan tikit Berjaya di DUN Usukan, namun kalah.

Salleh hanya menang dalam pilihanraya apabila menggunakan tikit Umno.

Salleh pernah menjadi ADUN Uskuan tiga penggal dan MP Kota Belud tiga penggal.

Salleh digugurkan pada PRU-12 . Pengguguran tersebut ramai yang beranggapan bahawa kerjaya Salleh dalam poltik telah tamat. Namun akibat tsunami politik pada PRU-12, Salleh terselamat.

Salleh “make a come back” dalam politik selepas menang jawatan Ketua Bahagian Umno Kota Belud. Selepas itu dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Umno Sabah, jawatan yang pernah disandangnya semasa Datuk Osu Sukam menjadi Pengerusi Umno Sabah.

Dalam usaha comeback Salleh dalam persada politik , beliau dibantu oleh Datuk Safie Apdal dan Tan Sri Pandikar. Malah ada yang mengatakan, bahawa Safie memberi sumbangan yang “agak” besar dalam pemilihan Ketua Umno Bahagian Kota Belud.

Dalam mencari flatform politiknya, Salleh pernah dilantik sebagai Pengerusi Kraft Tangan Malaysia, di mana agensi itu, di bawah Kemneterian Safie Apdal. Namun jawatan itu, tidak memberansangkan bagi Salleh dalam menampah nama dalam politik Sabah.

Dalam percaturan itu, Salleh menggunakan flatform USBO, sebuah NGO yang diuar-uarkan pada masa itu untuk memperjuangkan rumpun Bajau.

Pada satu ketika, USBO dikatakan mengancam kedudukkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

Disebabkan kemahiran Salleh dalam berpolitik, maka jika sebelumnya USBO dianggap sebagai ancaman kepada Musa, maka Salleh membuat pusingan 360 darjah, kali ini mengistiharkan bahawa USBO senantiasa menyokong kepimpinan Musa, dan seterusnya mempertahankan kedudukkan Musa sebagai Ketua Menteri Sabah.

Melihat perkembangan itu, Musa menawarkan jawatan bertaraf menteri kepada Salleh, yakni sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri.

Kini Salleh adalah Speaker Dewan Undangan Sabah, jawatan yang diuar-uarkan oleh penyokongnya sebelum perlantikan itu , bahawa jawatan itu tidak sepadan dengan kelibar Salleh dalam arena politik.

Kelibat Salleh dalam politik memang bernilai A+++, bayangkan hanya seketika tidak bergelar Yang Berhormat, disebabkan kemampuan dalam berpolitik, maka gelaran itu kembali kepadanya pada 3 Januari,2011, selepas berjawatan Speaker DUN Sabah.

Adalah sayang, kemampuan Salleh dalam bidang politik mendapat markah A+++, namun pembangunan rakyat yang diwakilinya tetap malap.

Bagi ukuran dalam koporat, tempoh 15 tahun adalah puncaknya melihat kejayaan seorang itu. Salleh memang Berjaya dalam berpolitik, namun gagal membawa pembangunan kepada rakyat yang diwakilinya.

Bagi anak watan Kota Belud, Kota Belud kini, memerlukan para pemimpin yang boleh membawa pembangunan untuk keperluan rakyat.

Pembangunan politik telah cukup bagi Kota Belud. Kota Belud seharusnya menjadi contoh kepada kawasan lain daripada segi pembangunan, kerana Kota Beludlah merupakan anak sulung Umno di Sabah.

Kerana Umno, maka pembangunan di kawasan-kawasan lain yang tadinya terbelakang, kini berkembang pesat berbanding Kota Belud.

Mujurlah pada PRU-12, Musa Aman selaku Pengerusi Umno/BN Sabah melakukan tindakan berani mengenepikan calon-calon juara berpolitik di Kota Belud. Sebagai jawapannya, kini pembangunan Kota Belud mula menyerlah setelah sekian lama tidur nyenyak.

12 November 2011

Musbah dan Japlin sah calon winnable candidate

PADA era Tun Mahathir, biasanya calon-calon BN terdiri daripada pemimpin yang ada jawatan dalam parti, kerana pada masa itu, yang utama adalah parti, bukannya individu. Pada masa itu,penentuan calon belum lagi disebut sebagai winnable candidate, atas sebab itu, apabila calon yang dikemukakan, walaupun tidak disukai para pengundi, namun terpaksa juga mengundi atas nama parti. Malahan, jika ada ahli parti yang menyonsang, maka akan diambil tindakan termasuk dipecat daripada parti.

Namun, apabila berlaku tsunami politik pada Umno pada PRU-12, di mana ramai calon-calon parti yang berjawatan ditolak oleh pengundi, maka pucuk pimpinan mengambil pendekatan baru, yakni mengemukakan calon yang winnabale.

Melalui pendekatan baru tersebut, misalnya di PRK Tenang Johor, orang luar daripada parti Azhar Ibrahim dipilih sebagai calon, terbukti juga, calon tersebut menang dengan gemilang.

Di PRK Bagan Pinang, N9 misalanya, walaupun Tan Sri Isa Samad, mendapat halangan daripada pemimpin Umno di luar N9, termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, namun Tan Sri Isa dicalonkan juga. Buktinya Isa mendapat undi dan majoriti yang belum pernah diperolehi oleh calon-calon BN sebelumnya.

Semalam, setiausaha agong Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor, telah mengsahkan bahawa calon-calon BN yang menang pada PRU-12 adalah calon-calon yang memenuhi syarat sebagai winnable candidate. Oleh itu, bagi kawasan Kota Belud, ADUN N7 dan N8- Datuk Musbah Jamli dan Datuk Japlin Akim adalah winnable candidate.

Wakil rakyat Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahalan, akan jadi winnabale candidate, jika tidak tersilap membuat kenyataan yang menghina suku iranun, salah stau suku di Kota Belud, bahawa kemenangannya pada Mac, 2008 tanpa sokongan kaum itu. Akibat daripada kenyataan itu, maka pengundi kaum iranun merasa tersinggung, dan majoriti telah mengambil keputusan, jika BN mencalonkan Rahaman, maka undi sabotej akan berlaku terhadapnya.

9 November 2011

Yang kejar projek itu dia rupanya

SEMASA majlis berbuka puasa Zon 1 yang berpusat di Kota Belud, pemimpin itu berkata orang Kota Belud hanya punya dua cita-cita: Jadi wakil rakyat dan kejar projek.

Rupanya yang kejar projek itu dia rupanya..

Telah jadi buah mulut, orang itu pasang kaki yang ramai, untuk kejar projek.

8 November 2011

RCI untuk PATI: selain suara pembangkang juga suara KDM

ISU PATI kononnya "mendapat" kad pengenalan Malaysia, bermula selepas PRU-1990. Pada masa itu, jumlah DUN Sabah hanya 48, 20 DUN Majoriti bumiputera bukan islam termasuk KDM, 20 DUN majoriti bumiputera islam ada juga kawasan KDM dan 8 kerusi majoriti kaum cina.

Selepas persempadan semula, dan digunapakai pada PRU-1999, Kerusi bumiputera bukan islam, tetap pada jumlah 20, bumiputera islam meningkat kepada 32 dan kaum cina masih 8.

Berasaskan persempadanan pilihanraya inilah timbul isu "penambahan" pengundi di kawasan bumiputera islam, kononnya melalui "cara tidak sihat".

Kini, bukan sahaja pihak pembangkang mempertikai isu "cara" mendapatkan kad pengenalan Malaysia untuk penduduk Sabah tetapi juga komponen Bn seperti PBS dan UPKO.

Pada persidangan agong kedua-dua parti itu, telah meluluskan permintaan agar RCI ditubuhkan bagi menyemak dan mengetahui dakwaan bahawa wujudnya "cara" mendapatkan Mykad Malaysia secara pintu belakang.

Muka depan Harian Express hari ini, memuatkan kenyataan Timbalan Presiden UPKO, Datuk Welfred Bumburing yang juga MP Tuaran, bahawa parti itu telah jemu dengan penjelasan-penjelasan daripada berbagai pihak, yang menafikan wujudnya dakwaan pemberian Mykad kepada PATI melalui pintu belakang.

Sebenarnya, isu tersirat daripada desakan ini adalah berkaitan dengan jumlah kerusi DUN yang dimiliki bumiputera islam yang bertambah 12, sedangkan jumlah kerusi KDM masih tetap sama.

Perlu diingat, bahawa fakta sebenar adalah, kawasan bumiputera islam kebanyakkannya adalah penghuni pulau-pulau terpencil dan kawasan-kawasan terpencil, di mana hingga kini masih ramai yang tidak mempunyai dokumen seperti surat kelahiran, kerana masalah perhubungan.

OKB adalah salah seorang mangsa kepada masalah perhubungan ini. OKB hanya mempunyai surat kelahiran "Daftar lewat" dan mendapat Kad Pengenalan pada umur 17 tahun.

Selain itu, masalah pengetahun mengenai dokumen penting itu, adalah kurang, kerana di perkampungan bumiputera islam, dokumen seperti itu bukanlah perkara penting.

Akibat pembinaan infrastruktur seperti jalan dan pembinaan pusat pentadbiran yang berdekatan dengan pelosok tersebut, telah berakibat kesedaran mengenai dokumentasi, apa tah lagi, kini kebanyakkan perkampungan di pelosok negeri telah mempunyai sekolah. Atas kesadaran itu, maka ramailah penduduk mendaftar untuk mendapatkan dokumen seperti Kad Pengenalan, dan seterusnya mendaftar sebagai pengundi.

Sebagai penduduk asal kampung, walaupun isu PATI telah diperkatakan sejak tahun 1990-an, namun jarang sekali OKB melihat PATI yang didaftarkan sebagai pengundi di mana OKB mengundi, dengan kata lain, tiadalah pendaftaran seumpama itu. Tidak tahu pula di kawasan KDM di pendalaman, apa kah ada isu seumpama itu?

Di Tempasuk, DUN 6, di bawah parlimen P.169 Kota Belud, lebih separuh daripada pengundinya adalah daripada kaum KDM, namun tidak muncul pula ada pengundi PATI.

Bagi OKB, desakan penubuhan RCI untuk PATI adalah gimik politik yang ada hubung kait dengan jumlah kerusi yang dimiliki bumiputera islam, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh UMNO.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels