17 September 2012

PRU-13: Jangan terpilih Ular Sawah yang kelaparan


Pada PRU-13, diingatkan kepada rakyat, jangan tersalah pilih. Kalaulah terpilih ular sawah yang kelaparan, pasti semuanya akan dingap, kerana penantian setengah abad. 

Ular sawah yang berjaya menelan mangsa biasa akan tidur berbulan-bulan, mangsa apapun diletakan di hadapannya, tidak akan dipedulikan lagi. Manakala ular sawah yang kelaparan, tidak akan pilih bulu, akan menyambar apa sahaja di depannya.

Ular sawah yang sudah kenyang, tidak aktif lagi memburu mangsa, sehingga pemangsa yang lain punya peluang memburu, manakala ular sawah yang kelaparan, tidak akan peduli pemangsa lain, yang penting akan menelan sebanyak-banyaknya bagi membalas dendam kelaparan yang berdekad lamanya.

Anwar yang biasa kenyang suatu ketika dulu, kini lapar semula. Jika dulu beliau biasa guna jet ke mana-mana, sepertimana yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin pada masa ini, kini tiada lagi. Jika dahulu guna heli yang canggih, kini terpaksa guna kenderaan atas jalan raya termasuk motosikal.

Anwar sebenarnya secara peribadi tidak lapar, kerana beliau punya wang berbilion. Bayangkan dalam spin waktu 1981-1998, daripada seseorang biasa yang tidak punya harta apa-apa, tiba-bila punya harta berjuta-juta, punya wang berbilion.

Pengikutnya seperti Azmin Ali, dari seorang pekerja biasa, kemudian menjadi kaya raya. Sebenarnya mereka punya lampu aladin untuk mencipta kekayaan.

Orang pencuri adalah pakar dalam kerjayanya. Sebab itu apabila bercerita tentang pencuri, tanyalah pencuri. Demikian juga soal rasuah, kalau hendak tahu soal-soal rasuah, tanyalah mereka yang kaya raya tiba-tiba.

Dua individu dalam Pakatan Rakyat- Anwar dan Azmin, adalah contoh individu yang tiba-tiba kaya. Kita perlu belajar daripada mereka, bagaimana boleh kaya dengan sekelip mata.

Apa kah BN Sabah masih kuat?

BENARKAH BN Sabah sudah goyah? sehinggakan Anwar mendakwa semasa di Tuaran pada ambang malam Hari Malaysia, bahawa BN akan gulung tikar?

Anwar membuat dakwaan demikian kerana beberapa Pemimpin BN yang sudah pukul enam sore menyertai mereka.

Sehingga kini telah empat pemimpin BN Sabah menyertai Pembangkang- Datuk Lajim Haji Ukin dan Datuk Welfred Bumburing pada Julai lalu, manakala Tan Sri Ibrahim Menudin mantan Bendahari Umno Sabah dan Datuk Yahya Lampong mantan Timbalan Menteri Persekutuan mewakili Parti Berjaya tahun 80-an dua hari lalu.

Tidak dapat dinafikan bahawa kesemua mantan pemimpin BN itu mempunyai penyokong sendiri di kawasan masing-masing, terkecuali Ibrahim yang belum pernah teruji pada sebarang pilihanraya.

Lajim mempunyai rekod tidak pernah kalah dalam kawasannya kerana senantiasa mewakili kerajaan, sementara Bumburing senantiasa menang semasa dalam PBS, namun selepas keluar daripada Parti Pimpinan Tan Sri Pairin itu, beliau tidak pernah menang lagi di kawasan kelahirannya Tamparuli.

Bumburing menang pada PRU- 2008 kerana menggunakan tikit BN.

Sementara Datuk Yahya Lampong, tidak pernah menang pilihanraya lagi selepas parti Berjaya kalah pada tahun 1985. Yahya pernah bertanding dengan lambang bebas pada tahun 1990 dengan sokongan penuh jentera BN, namun kalah di Parlimen Kudat. Selepas itu, beliau juga pernah bertanding menggunakan parti PRS, namun kalah dan hilang wang pertaruhan.

Berasaskan rekod para pemimpin yang menyertai pembangkang itu, hanya nama Lajim yang mempunyai merit, kerana atas kapasitinya sebagai AJK Umno Pusat.

Kalau dikaji kekuatan empat pemimpin itu, mereka hanya mempunyai sokongan di kawasan masing-masing. Lajim di kawasan Beaufort, Bumburing di kawasan Tamparuli, Yahya Lampung di kawasan Kota Belud dan mungkin? Ibrahim di kawasan Labuan.

Melihat kepada keupayaan empat pemimpin itu, nampaknya secara keseluruhan, tidak mempunyai impak yang ketara terhadap BN.

Di kawasan Beaufort masih ada Datuk Azizah Dun Banir yang boleh mengimbangi kekuatan Lajim, di Tamparuli, Bumburing sebenarnya tiada merit berbanding kekuatan Tan Sri Pairin (Kekuatan Pairin menyeluruh di kawasan-kawasan KDM), Di Kota Belud, Yahya Lampung terlalu kerdil berbanding Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar, dan Datuk Musbah. (Sebagai rekod- Yahya pernah bertanding Ketua Umno Bahagian Kota Belud dan tewas dengan teruk ditangan Datuk Musbah).

Ibrahim mungkin ada impak di Labuan, kerana Umno/Bn Labuan pada masa kini dalam keadaan goyah kerana isu muflis MPnya. Sementara mantan MP Wilayah Persekutuan itu- Datuk Suhalili Abdul Rahman mempunyai masalah peribadinya tersendiri.

Nampaknya Anwar tersalah pilih pemimpin yang perlu dibeli, kerana para pemimpin BN yang menyertai beliau adalah para pemimpin yang menunggu masa untuk dimuziumkan.

Rakyat Sabah lebih mengerti status para pemimpin itu. Mereka sebenarnya seperti melukut tepi gantang, namun konsep BN yang senantiasa setia kawan, maka selagi mereka setia kepada perjuangan, maka tempat senantiasa diberikan.

Berasaskan kepada penjelasan di atas, benarlah kata Ketua Menteri Sabah- sebenarnya kekuatan BN tidak goyah dengan keluarnya mereka, malah BN semakin kuat, kerana peluang regenarsinya boleh berjalan.

16 September 2012

Kota Belud lambat membangun kerana isu kaum

MASALAH kaum merupakan faktor penyebab pembangunan Kota Belud lambat. Pada pemerintahan Usno tahun 60-an sehingga tahun 1976, masalah kaum merupakan faktor yang terus dimainkan.

Masalah kaum terus dimainkan semula pada tahun 1985, selepas reda selama hampir Sembilan tahun semasa kerajaan Berjaya.

Masalah kaum sebenarnya dianggap selesai, apabila Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah. Kenapa demikian? Jawabnya, Umno menerima semua suku kaum bumiputera tanpa melihat latar belakang kaumnya. Dalam Umno, semua adalah sama rata.

Pengembangan Umno ke Sabah bertujuan agar kestabilan politik menjadi mapan. Selian itu Umno juga mahu mengurangkan politicking, agar supaya pemimpin dapat menumpukan masa untuk membangun negeri.

Kemasukan Umno selain menstabilkan politik, juga mengorak langkah untuk pembangunan yang seimbang antara wilayah.

Sebelum kerajaan BN yang diterjaui Umno, pembangunan wilayah sungguh timpang. Akibat ketimpangan pembangunan ini, maka timbul tidak puashati dan cemburu di kalangan rakyat.

Sebenarnya ketimpangan kadar pembangunan telah diambilkira dalam Perancangan HalaTuju Sabah yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman. Atas sebab itu berbagai bentuk pembangunan yang bercorak ekonomik seperti Agropolitian, PIOC, Sabah Development Corridor telah diperkenalkan.

Pemilihan Sipitang untuk projek urea dan menjadikan Sandakan salah satu hub pendidikan, adalah antara program pembangunan seimbang antara wilayah.

Penumpuhan kawasan pelancongan yang bukan tradisi diperkenalkan. Kudat, Lahad Datu dan Tawau serta Pendalaman, suatu ketika bukanlah tumpuhan pelancongan, namun kini, kawasan-kawasan itu dijadikan lokasi tarikan pelancongan.

Tujuan keseimbangan pembangunan adalah untuk mengatasi ketimpangan antara kawasan yang didiami oleh berbagai etnik Sabah.

Kita sudah maklum, bahawa kawasan pesisir pantai adalah wilayah yang didiami oleh rakyat bumiputera islam, manakala pendalaman didiami oleh rakyat bumiputera bukan islam. Sementara pekan dan Bandar didiami oleh kaum cina.

Segregasi taburan penduduk ini cuba diatasi oleh kerajaan sekarang melalui pembangunan yang seimbang. Atas sebab itu, kerajaan telah memansuhkan kebenaran pembangunan pesisir pantai di kawasan Kota Kinabalu.

Pembangunan seimbang dapat dilaksanakan dengan membangun projek yang bersifat mega seperti projek minyak dan gas. Pertengahan tahun ini misalnya, Ketua Menteri Sabah mengumumkan satu lagi projek minyak dan gas di Kota Belud, projek kedua selepas Kimanis Sabah.
 
Melalui kerajaan BN yang ditunjangi Umno juga Kota Belud menerima tempiasan pembangunan seperti Jelapang Padi, agropolitan dan pelancongan.Projek-projek ini melibatkan semua suku kaum. Tujuannya agar keakraban suku kaum diperat lagi, agar tidak menjadi isu politik.

Kita boleh lagi bertengek pada suku kaum, kerana kita tahu, faktor pembangkitan suku kaumlah yang mengakibatkan kebantutan pembangunan Kota Belud. Kita sudah tahu..itulah faktornya.. kenapa kita perlu bangkitkannya lagi?

15 September 2012

Mantan Bendahari Umno Sabah akhirnya menyertai Anwar

AKHIRNYA mantan Bendahari Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai Anwar. 
 
Spekulasi penyertaan Mantan Pengerusi Suria Capital GLC kepunyaan Kerajaan Sabah itu bertiup kencang sejak 12 Ogos lalu.
 
Ibrahim Menudin diuar-uarkan akan menyertai pembangkang bersama-sama Datuk Lajim Ukin dan Datuk Welferd Bumburing.
 
Namun pada Hari ini bertempat di Kampung Tanjong Aru, Labuan, akhirnya Ibrahim menyertai Anwar.
 
Beliau dijangka akan bertanding di Parlimen Labuan pada PRU-13 akan datang.
 
Mengapa ramai pemimpin BN yang bersifat gunting dalam lipatan ini sukar dipantau? Mereka bertahun-tahun mempergunakan semua kemudahan dan rangkaian BN untuk menumpuk sokongan dan bertindak merosakan BN dari dalam.
 
Mereka mendapat semua yang mereka inginkan dalam BN untuk peribadi mereka, namun akhirnya meninggalkannya. Sebagai contoh- Ibrahim Menudin, telah diberi peluang untuk menjawat berbagai jawatan rangkap dalam GLC dengan pendapatan yang lumayan,sehingga mengenepikan peluang orang lain yang lebih setia kepada perjuangan. Di mana silapnya BN?

BN Kota Belud beraya lagi

TAHUN ini, rumah terbuka BN Kota Belud diadakan di padang Pekan Kota Belud. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Ketua Menteri Sabah-Datuk Seri Musa Aman.

Pada 2 September lalu, satu majlis Rumah Terbuka Hariraya anjuran Speaker Dewan Rakyat dan USBO diadakan di Kampung Rampayan Laut Kota Belud. Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Melihat Majlis hari ini, jelas sambutan berbagai lapisan masyarakat terhadap anjuran para pemimpin BN sungguh menggalakan.

Dalam menilai sambutan acara politik, yang dilihat bagaimana ramainya kehadiran, kerana dalam sistem demokrasi, pihak mana yang mendapat sokongan majoriti adalah pemenang.

Hariraya adalah majlis sambutan keagamaan penganut agama islam, namun demi semangat berpasukan dan berbangsa, maka sambutan itu dirayakan oleh semua lapisan masyarakat merentasi agama.

Kota Belud mempunyai satu Kawasan Parlimen dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri. Kerusi Parlimen dan semua DUN dikuasai Barisan Nasional.

Pada PRU-13, dijangka BN akan meneruskan tradisinya mengulangi penguasaan terhadap semua kawasan yang dipertandingkan.

14 September 2012

16 September datang lagi

Malaysia terbentuk pada 16 September 1963 apabila Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah bergabung membentuk negara baru, yang dinamakan Malaysia.

Gagungan 4 wilayah itu kini hanya berbaki 3 kerana Singapura keluar pada 17 Julai 1965.

16 September 1963 tidak pernah diiktiraf sebagai hari bersejarah secara nasional sebelum ini, kerana yang dianggap hari nasional adalah 31 Ogos, bersempena dengan hari kemerdekaan Malaya daripada jajahan British.

16 September hanya disambut di Sarawak dan Sabah, Sabah Khasnya mengistiharkannya sebagai hari kelepasan am dan di wartakan sebagai hari Jadi Tuan Yang Terutama (TYT). TYT berasal daripada gabnor Sabah.

16 September menjadi hangat dan panas serta perhatian, apabila Anwar mengistiharkan bahawa pada 16 September 2008, kerajaan Barisan Nasional akan jatuh setelah memerintah 50 tahun ke tangan Pakatan, kononnya akan berlaku melompatnya beberapa MP BN, menurut Anwar masa itu. Namun perangkap Anwar itu tidak menjadi walaupun brbagai usaha mereka lakukan termasuk mengirim Azmin Ali dan Tian Chua Ke Taiwan mengejar lawatan BBC BN.

Akibat perkembangan itu maka akhirnya 16 September dijadikan cuti umum dengan alasan sejarah tidak boleh dilupakan, sejarah mesti diperbetulkan.

Sekiranya Tsunami politik tidak berlaku pada pru-12, tarikh 16 September tidak begitu penting bagi big brothers yang ada di Kuala Lumpur, kerana menganggap Sarawak adan Sabah hanya sebagai penyokong, bukan boleh menjadi tiang kepada sesuatu kemenangan.

Akibat pru-12, big brothers tersentak dan sedar, jika tidak small brothers di Sarawak dan Sabah, maka kerajaan big brothers telah tersungkur. Akibat keputusan pru-12 tersebut, maka secara tergesa-gesa Big brothers terpaksa melantik orang-orang Sabah dan Sarawak pada jawatan-jawatan penting jika sebelumnya sukar untuk berlaku.

Kini, 16 September disambut dengan rasminya bagi menghormati Pembentukan Negara Persekutuan Malaysia. Pada tahun ini giliran Sarawak menjadi tuan rumah, selepas Sabah pada tahun lepas.

Apapun yang berlaku sebelumnya, adalah satu kesilapan pentandibran. Kini kesilapan itu sudah diperbetulkan.

13 September 2012

Setiap kali menjelang pilihanraya-Isu Jawatan Ketua Menteri Sabah Timbul

INILAH menariknya politik Sabah, setiap pilihanraya umum, timbullah isu Ketua Menteri. Malah ada pemimpin BN yang keluar BN memberi alasan bahawa penyebab pemimpin itu keluar kerana isu Ketua Menteri.

Sabah sejak menyertai Sarawak, Singapura, Malaya tahun 1963, telah mempunyai 14 Ketua Menteri, negeri yang teramai mempunyai Ketua Menteri.Pun demikian, pembangunan Sabah samada daripada segi kemudahan asas dan pembangunan ekonomi tidaklah sepesat apa yang diinginkan.

Kita tidak boleh mengenepikan fakta lapangan, sebenarnya hanya bermula pada tahun 2003, pembangunan Sabah bermula; walaupun ada sedikit kemajuan pada period 1976-1985.

Tahun-tahun sebelum 1976, tidaklah banyak pembangunan yang boleh diharapkan, kerana sebagai negeri yang baru sahaja merdeka, sudah tentu banyak kekurangan. Kekurangan daripada segi perancang, kewangan dan sebagainya.

Apabila berlaku perubahan kerajaan pada tahun 1976, serba sedikit pembangunan menjelma, namun kelancaran pembangunan itu beku selepas perubahan kerajaan negeri pada tahun 1985.  Selama sembilan tahun, sehinggalah tahun 1994, Sabah yang kayaraya, menjadi negeri termiskin di Malaysia.

Selepas perubahan kerajaan pada tahun 1994, pembangunan Sabah tidak berjalan lancar, kerana perubahan cara pendekatan, kerana akibat penggantian Ketua Menteri. Walaupun dalam parti yang sama, akan tetapi pendekatan yang berbeza, sehingga perancangan pembangunan senantiasa berubah-ubah.

Hanya bermula tahun 2003, pembangunan Sabah menepati sasaran apabila perancangan melalui HalaTuju Sabah berterusan, kerana Ketua Menteri yang mengilhamkan visi itu senantiasa dapat memantau kejayaannya atas sebab-beliau masih sebagai Ketua Menteri.

Kejayaan Pembangunan Sabah terlihat daripada segi Tabungan Kewangan negeri. Pada tahun 2003, wang reserve negeri tidak sampaipun RM200juta, namun pada tahun 2011, tabungan itu melepasi RM3bilion  atau pertambahan 1,400 peratus. Selain itu, bajet pembangunan Sabah menencah RM4bilion dan jangan lupa jumlah itu merupakan rekod.

Salah satu pencapain kerajaan negeri adalah keupayaannya mengurangkan kemiskinan. Rekod kemiskinan tahun 2003 di atas 24 peratus, manakala tahun 2011 telah berkurangan sebanyak 5 peratus, menjadi 19 peratus.

Pembangunan Sabah berterusan, apabila negeri ini mendapat pelaburan RM10 bilion daripada pihak swasta suku pertama tahun 2012. Daripada jumlah itu tidak termasuk peruntukan persekutuan dan bajet negeri.

Pendekatan Kerajaan negeri untuk meneruskan pembangunan negeri berterusan, apabila sejak tahun 2003 tiada lagi kelulusan permohonan tanah daripada individu atau syarikat sebaliknya tanah diberikan dalam bentuk komunal atau berkelompok atau tanah cadangan kampung.

Penghentian pembangunan pesisir Pantai terutama kawasan Kota Kinabalu, salah satu tindakan kerajaan negeri yang sungguh bijak, demi keseimbangan pembangunan. Alasan disebalik pengehentian ini adalah, kalau ada pihak yang ingin memajukan satu-satu kawasan, maka tidak semestinya di kawasan Kota Kinabalu.

Membangun negeri perlu kestabilan politik. Atas sebab itu, Sabah dapat membangun, kerana tumpuhan pemimpin bukan kepada soal-soal politik, akan tetapi untuk membangun negeri.

Salah satu penyumbang kepada kestabilan politik, apabila seseorang Ketua Menteri itu menjadi Ketua Menteri untuk semua. 

Musa Aman boleh dikatakan sebagai Ketua Menteri untuk semua, atas sebab itu beliau bertahan begitu lama sebagai Ketua Menteri. Malah disebutkan Musa akan merentasi "jinx" jawatan Ketua Menteri Sabah, di mana berasaskan rekod-rekod lampau, tiada Ketua Menteri yang melangkaui sembilan tahun.

Dalam rekod jawatan Ketua Menteri Sabah-hanya tiga pemimpin yang hampir melepasi tempoh masa 9 tahun, yakni Tun Mustapha Datu Harun, Tan Sri Harris Salleh dan Tan Sri Pairin Kitingan.
 
Mengapa Musa akan merentasi "jinx" sembilan tahun? Jawapanya adalah- semua pemimpin bersatu menyokong Musa. Sokongan terhadap Musa bukan kerana "kuasa" yang ada pada beliau. Sokongan kepada Musa kerana kesetiaannya kepada semua "kawan" politik yang diterajuinya. 
 
Tindakan Musa mengagih-agihkan pembangunan secara berimbang, penyebabkan ada pemimpin yang rakus tidak menyenanginya. Musa tidak peduli itu. Beliau terus juga meneruskan agendanya, membangun Sabah secara seimbang, baik di bandar mahupun luar bandar, baik di Pantai Barat, Pendalaman, Sandakan mahupun Tawau.
 
Atas kebijaksanaan pembangunan seimbang, maka semua pemimpin atau wakil rakyat mempunyai peluang membangun kawasan masing-masing, kerana pengagihan peruntukan yang seimbang. Inilah yang dikatakan kestiaan kepada "kawan" politik, kerana setiap pemimpin dapat membangun rakyat yang diwakilinya.

Tujuan Pembangunan seimbang adalah untuk mengurangkan penghijraan ke kawasan-kawasan tertentu, seperti mana berlaku pada masa lampau. Pembangunan sesuatu kawasan tidak akan dapat diteruskan tanpa adanya aktiviti ekonomi pada kawasan-kawasan itu. Atas sebab itu, pembangunan hub pendidikan misalnya, bukan sahaja tertumpu di kawasan Kota Kinabalu, akan tetapi diperluaskan ke kawasan lain seperti Sandakan dan Tawau, malah Kota Belud termasuk menjadi hub pendidikan, apabila cawangan Kampus UITM akan dibina di Kampung Nahaba.

Berasaskan style kepimpinan Musa, tidak syak lagi, beliau akan dapat meneruskan kepimpinan  negeri, sehingga suatu ketika, apabila "baton" kepimpinan akan dilepaskan kepada pemimpin pelapis yang juga mempunyai citarasa yang sama, yakni memimpin untuk rakyat dan demi negeri. Fikir-fikirkan lah.

11 September 2012

BN: Isu Sabotaj Calon timbul lagi

MENGAPA isu sabotaj calon BN timbul lagi? sehinggakan Timbalan Perdana Menteri memberi amaran kepada ahli-ahli parti.

Seharusnya semua ahli/penyokong/pemimpin mengambil iktibar pada PRU-12 lalu. Pada PRU-12 lalu, akibat sabotaj, maka BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, kehilangan Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan.

10 September 2012

PRU-13-Sabah: Pembangkang yakin Tawan Kawasan BN yang calonnya bukan dari Parti Umno

APA penyebab Pembangkang berkeyakinan bahawa calon-calon BN daripada komponen BN di Sabah akan mereka tawan? Apa kah parti seperti PBS, UPKO, LDP,PBRS, MCA, Gerakan tiada penyokong lagi? Apa kah kerana ada STAR, maka semua KDM berpihak padanya? Apa kah kewujudan STAR, maka semua komponen BN yang berlatarbelakangkan KDM kehilangan sokongan? Apa kah kerana kaum cina berpihak kepada DAP? Atas sebab itu, komponen parti yang berlatarbelakangkan kaum cina, kehilangan sokongan?

Persepsi di atas adalah tantangan kepada komponen parti BN. Pembangkang tidak mengatisipasi boleh menawan kawasan yang ditandingi Umno, kerana mereka menganggap parti PAS dan PKR tiada kemampuan untuk merebut sokongan kaum bumiputera islam terhadap Umno.

Kaum bumiputera Islam Sabah mempunyai rekod tersendiri, mereka buktikan bahawa sejak tahun 1976-Parti USNO (kini UMNO) senantiasa mendapat kerusi, walaupun menjadi parti Pembangkang.

Kesetian pengundi USNO terhadap parti yang ditubuhkan oleh Bapa Kemerdekaan Sabah-Tun Datu Mustapha Datu Harun, kini dicurahkan kepada Umno. Atas sebab itu, sejak tahun 1994, semua kawasan yang ditandingi Umno terus menang.

Kerajaan Sabah yang ditunjangi Umno dengan 32 kerusi DUN daripada 60 kerusi secara keseluruhan, tidak memungkinkan parti lawan untuk menubuhkan kerajaan negeri. Atas sebab itu, Pembangkang tidak mempunyai keyakinan untuk menumbangkan kerajaan negeri.

Parti Pembangkang, hanya berminat terhadap kerusi Parlimen, kononnya sebagai Pelengkap kepada kerusi Pembangkang di Semenanjung, untuk menubuhkan kerajaan Pusat.

Sebagai rekod- sejak PRU 2004 dan 2008, BN Sabah menyumbang 24 kerusi Parlimen kepada BN Pusat, tidak termasuk satu kerusi Parlimen WP Labuan.

Pada PRU-13, sasaran utama Pembangkang adalah kawasan Parlimen yang tidak ditandingi Umno seperti-Kota Kinabalu, Sepanggar, Putatan, Penampang, Tuaran, Pensiangan, Keningau, Ranau, Kota Marudu,Sandakan, dan Tawau. Pembangkang berkeyakinan akan mampu menang 11 kerusi Parlimen daripada 25 kerusi yang tersedia di Sabah.Sementara kawasan Beaufort akan melihat bagaimana kekuatan Umno berbanding kekuatan Datuk Lajim Haji Ukin sebagai individu. Di atas kertas, Parlimen Beaufort masih kubu Umno.

Anggapan Pembangkang, bahawa semua kawasan yang tidak ditandingi Umno akan mereka tawan. Keadaan ini merupakan tantangan kepada para pemimpin komponen parti BN Sabah, terutama Tan Sri Pairin Kitingan, Tan Sri Bernerd Dompok, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk VK Liew dan Pemimpin MCA serta Pemimpin Gerakan negeri.

Pembangkang telah meremehkan sudah pengaruh para pemimpin komponen BN bukan Umno, dengan mengatakan, bahawa mereka kini hanya sebagai pemimpin parti, akan tetapi tidak mempunyai penyokong lagi.

Mengapa Pembangkang meremehkan pemimpin BN bukan Umno? Apa kah keberadaan mereka dalam BN, suku kaum mereka tidak mendapat pembelaan? Menurut kenyataan Ketua Menteri Sabah- bahawa kadar kemiskinan di kawasan pedalaman, di mana suku kaum KDM merupakan penduduk majoriti-kadar kemiskinannya dengan cepat berkurangan-akibat pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.

Malah projek-projek kerajaan yang bersifat “mega” daripada segi pertanian diwujudkan di kawasan majoriti kaum KDM.

Bagi kawasan majoriti kaum cina pula, pembangunan bukan matalamat mereka, kerana apa yang dicari di kawasan di mana penduduknya kaum cina?-serba serbi telah tersedia, karena kawasan-kawasan itu merupakan Pusat-Pusat perniagaan.

Atas sebab itu, bagaimana majunya kawasan Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya-tidak akan memilih BN kerana bagi mereka-tiada keperluan memilih BN, kerana semua infrastrukutur telahpun tersedia. Kaum cina tahu, bahawa kerajaan BN adalah agen pembangunan, mereka tidak perlu lagi kepada agen pembangunan.

Bagi rakyat yang tidak memerlukan agen pembangunan, maka menjadi penyebab kawasan-kawasan yang didiami kaum cina pada PRU-13, telah menolak calon-calon BN, terutama di Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Manakala di Kedah dan Kelantan, rakyat memilih calon-calon bukan BN kerana sentimen agama selain factor sabotaj daripada penyokong BN sendiri terhadap calon-calon BN.

Akan kah persepsi Pembangkang menjadi kenyataan pada PRU-13? Kerana walaupun pembangkang mensasarkan kawasan-kawasan majoriti kaum KDM, akan tetapi di kawasan-kawasan itu terdapat juga ahli-ahli dan penyokong Umno.

Kesetiaan Ahli-ahli dan penyokong Umno, tidak akan dapat disangkal, mereka akan bersatu hati memangkah calon-calon BN. Jika komponen parti BN bukan Umno masih ada lagi sisa-sisa penyokong mereka, nampaknya hasrat pembangkang tidak akan kesampaian. Calon-calon BN boleh menang, walaupun dengan majoriti yang kecil, namun dalam sistem demokrasi-kelebihan satu undipun adalah pemenang.

Bagi kawasan kaum Cina-hanya Kota kinabalu-sukar dimenangi BN, manakala Sandakan dan Tawau masih dalam keadaan 50-50; sedikit swing.. maka BN akan mempertahankan Sandakan dan mampu menang di Parlimen Tawau.

Nampaknya, pada keadaan sekarang walaupun parti Pembangkang telah menjamur di Sabah, nampaknya mereka tiada keupayaan- BN masih mampu mengulangi kejayaan tahun 2008- dengan 24 kerusi Parlimen dan membentuk kerajaan Negeri dengan kuasa ¾ bukan 2/3.

9 September 2012

Sabotaj masih menghantui BN?

KENYATAAN mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa sabotaj merupakan faktor mengapa calon-calon BN kalah dalam pilihanraya.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, tiada sebab mengapa calon BN kalah, atas sebab dasar kerajaan cukup jelas berbanding parti lawan.

Kekalahan calon-calon BN kerana tindakan ahli, penyokong pemimpin tertentu dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon.

Atas sebab itu, Timbalan Perdana Menteri-Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada para ahli dan penyokong Umno-mereka akan berhadapan dengan tindakan tegas termasuk dipecat daripada parti jika melakukan tindakan sabotaj pada PRU-13 akan datang.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO-Datuk Hishamuddin Hussien berpandangan, bahawa tindakan keras juga perlu dilakukan oleh parti-parti kompnen BN, kerana amalan BN adalah calon-calon adalah diwakili BN, bukan atas nama parti.

Pada PRU-12 lalu, ramai calon-calon BN kalah atas sebab sabotaj-terutama terhadap calon-calon bidan Terjun. Akibat tindakan itu, maka BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, kalah di Selangor, kalah di Pulau Pinang, kalah di Kedah, kalah di Perak dan kalah di Wilayah Persekutuan.

Di Kota Belud, berlaku juga sabotaj secara senyap, sehingga majoriti calon-calon BN merusut sekali, kecuali majoriti calon BN DUN Usukan.

Berhadapan dengan isu sabotaj, Perdana Menteri mengistiharkan kretiria pemilihan calon kali ini- yakni calon yang "winnable candidate". Antara faktor calon winnable candidate adalah calon itu mesti disukai rakyat-ertinya calon itu cukup dekat dengan rakyat, rajin turun padang dan mampu menyelesaikan masalah rakyat.

Tujuan pendekatan "winnable candidate" agar supaya unsur sabotaj boleh dielak, kerana berbagai pihak perlu mengakui hakekat, bahawa pemilihan seseorang untuk menjadi calon, kerana keupayaannya, pendekatannya dan tidak kalah  penting kerana calon itu diterima rakyat.

Ditegaskan juga seseorang calon yang "winnable candidate" adalah seseorang yang ikhlas dalam perjuangannya, ikhlas dalam menyelesaikan masalah rakyat, mempunyai perancangan untuk membangun kawasannya, bukan seseorang yang hanya mahu sebagai calon, apabila menang, maka tikit itu digunakan untuk menumpuk harta.

Jika semua kretria pemilihan calon yang dicanangkan Najib terpenuhi, maka tiada asas lagi ahli, penyokong atau pemimpin tertentu melakukan sabotaj. Jika ini dapat dielakan, maka tiada sebab BN boleh kalah dalam PRU-13 akan datang.

8 September 2012

MP Labuan: Hilang kelayakan wakil Rakyat kerana Muflis

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Jabatan Insolvensi telah memaklumkan beliau tentang status muflis anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal, dan beliau akan membuat keputusan berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Pandikar berkata beliau harus memutuskan sama ada membenarkan Yussof menghadiri persidangan Dewan Rakyat bermula 24 Sep. Dewan Rakyat dijadualkan bersidang dari 24 Sept hingga 27 Nov untuk sesi bajet.

Katanya beliau menerima pengesahan daripada Jabatan Insolvensi bulan lepas di mana Yussof diisytiharkan muflis dan akan meneliti dokumen yang diterimanya daripada jabatan itu sebelum membuat keputusan.

"Saya harus pulang ke pejabat dan meneliti semua perkara. Sekiranya saya akhirnya memutuskan beliau tidal layak sebagai anggota Parlimen, jadi saya harus bercakap dengan beliau dan meminta beliau tidak menghadiri sesi terakhir (Dewan Rakyat)," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Umno Kota Kinabalu di sini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyerahkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal pada majlis itu.

Pada 7 Ogos lepas, Mahkamah Tinggi Labuan mengeluarkan notis muflis kepada Yussof, 56, walaupun jumlah hutang tidak didedahkan.

Perintah muflis itu dikeluarkan berdasarkan permohonan yang difailkan pada 24 Mei lalu.

Yussof berkata usaha sedang dibuat untuk menyelesaikan isu itu.

Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket Barisan Nasional menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat.- Bernama

Membangun Sabah: Kestabilan politik perlu

SALAH satu pra-syarat pembangunan adalah kestabilan politik. Tanpa kestabilan politik, maka para pemimpin yang terlibat dengan politik hanya sibuk berpolitik dan seterusnya terabailah perhatian terhadap pembangunan.

Disebabkan ketidak stabilan politik, maka bukan sahaja ahli politik yang sibuk, malah ramai kalangan kaki tangan kerajaan juga sibuk berpolitik.

Kita tidak pelik, pada keadaan sekarang, di kalangan kaki tangan kerajaan ramai yang sibuk berpolitik mengikut fahaman masing-masing, sehingga amanah yang diberikan terabai, kerana penumpuhan masa yang seharusnya digunakan untuk melaksanakan dasar dan matalamat kerajaan yang ada (government of the day) dilakukan acuh tak acuh, kerana  sebahagian masa terguna untuk tujuan berpolitik.
 
Kerja berpolitik, biarkan ahli politik yang melakukannya, dan jika ada kaki tangan kerajaan yang "sangat" minat berpolitik, adalah terhormat jika mereka melepaskan jawatan sebagai kaki tangan kerajaan dan terjun sepenuh masa sebagai ahli politik.
 
Kerjaya sebagai ahli politik adalah pekerjaan sukarela; oleh kerana itu adalah tidak adil jika ada kaki tangan kerajaan yang mendapat imbuhan daripada jawatannya dan menggunakan kedudukan  untuk berpolitik.
 
Kaki tangan kerajaan perlu berkhidmat dengan kerajaan of the day, atas sebab itu, sebaik-baiknya kaki tangan kerajaan perlu bertindak berkecuali dalam soal-soal politik.
 
Kegagalan pengamal politik terutama wakil-wakil rakyat menunaikan janji, tidak semuanya terletak di pundak mereka. Sebahagian kegagalan itu adalah sumbangan pihak pelaksana. Pelaksana adalah kakitangan kerajaan melalui berbagai jabatan mahupun kementerian.
 
Contoh mudah- penyediaan skop kerja bagi suatu projek di kawasan-kawasan tertentu perlu disediakan oleh kakitangan kerajaan, namun disebabkan "fahaman" politik yang berbeza dengan pemimpin kerajaan, maka skop kerja yang sepatutnya boleh disiapkan dalam masa singkat, memerlukan masa yang lama. Rentetan daripada itu, rakyat yang memerlukan projek itu akan merasa bosan dan marah. Mereka marah pada wakil rakyatnya dan sebenarnya keadaan ini yang berlaku sekarang ini.

Ironinya, kakitangan kerajaan itulah yang membuat luahan negatif terhadap kerajaan atau wakil rakyat kerana kegagalan melaksanakan suatu projek untuk rakyat.

Keadaan seperti yang disebutkan di atas akan reda, jika keadaan politik stabil. Erti stabil di sini, jika kekuatan sesebuah parti politik itu kuat. Pengertian kuat di sini, apabila sesebuah parti politik itu mempunyai kuasa 2/3 baik di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri.

Kestabilan politik menyumbang kepada kadar pembangunan negara. Atas sebab itulah pembangunan negara begitu rancak sejak tahun 1981 sehingga tahun 2007, kerana kestabilan politik. Pembangunan tercerencat sejak tahun 2008, kerana kestabilan politik negara tidak menentu.

Sebagai contoh bagaimana kestabilan politik menyumbang kepada pembangunan-Sabah misalnya, sebelum tahun 1994, Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia. Akibat kestabilan politik sejak tahun 2004 hingga kini,maka pembangunan negeri terus berjalan dengan rancak, sehingga kadar kemiskinan berjaya diturunkan kepada 19 peratus, sebelumnya adalah 24 peratus.

Kadar kemiskinan ini dianggarkan akan terus menurun jika kestabilan politik di negeri ini berterusan, kerana kadar pembangunan akan terus meningkat.

Kepimpinan negeri yang diterajui Datuk Musa Aman sejak tahun 2003 mengwujudkan suasana kestabilan politik; atas sebab itu, para pemimpin termasuk wakil-wakil rakyat mempunyai penumpuhan penuh kepada pembangunan kawasan masing-masing.

Malangnya, kestabilan politik negeri ini diganggu gugat oleh orang-orang tertentu, terutama "mereka" yang berasal dari negeri-negeri lain yang berkhidmat di negeri ini yang membawa fahaman politik mereka untuk mengwujudkan ketidak stabilan politik di negeri di bawah bayu ini.

Kewujudan kakitangan kerajaan daripada jabatan-jabatan persekutuan yang berpihak kepada politik pembangkang, sedikit sebanyak menyumbang kepada ke tidak stabilan politik di Sabah.

Bagi rakyat Sabah, permainan politik ahli-ahli politik Sabah, mereka telah arif dan faham, baik daripada kerajaan mahupun pembangkang. Atas sebab itu, rakyat telah berbicara berkali-kali sejak PRU-1999, bahawa kerajaan BN perlu mewakili rakyat jelata, tidak terkecuali pada PRU-13 akan datang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels