3 October 2012

Lain yang tanam lain yang menuai

KALAU yang tanam pokok mangga itu sudah masuk kubur, bolehlah pokok mangganya yang telah berbuah menjadi amalnya di dunia, kalau ada yang memetik buah itu. Kalau pun tiada, sekurang-kurang binatang atau burung boleh dapat sumber makanan, ada pahala juga itu.

Berlainan dalam dunia politik, mereka yang berjuang awal selalunya diketepikan malah dilupakan. Jarang kacang ingat kulitnya, biasanya senantiasa lupa.

Mereka yang ditentang dahulu, kemudian menguasai penentang kerana gara-gara yang ditentang itu berbaik dengan penentang. Ini yang berlaku pada pejuang-pejuang Umno tahun 1990-1994. SEMASA UMNO masih dalam peringkat penyaja.. mereka yang bertengek dalam singgahsana sekarang, tidak pernahpun kelihatan, malah mereka itu masih bersenang linang dengan kedudukan yang disediakan oleh kerajaan yang ditentang oleh pejuang-pejuang Umno. Kini, mereka pula menjadi tuan-tuan kepada pejuang-pejuang Umno, malah mereka kelihatan lebih berkuasa.

Pejuang-pejuang Umno kini dianggap sebagai melukut tepi gantang, kerana kudrat mereka, telahpun dikuras habis semasa Umno masih pembangkang, atas sebab itu keadaan mereka tidak terurus lagi kerana taring, taji pupus semasa berjuang dahulu.

Malah ada diantara mereka di tahan di Kamunting bertahun-tahun, dijadikan kambing hitam, kerana peranan mereka dalam mencipta jalan bagaimana Umno menjadi kerajaan di peringkat negeri, sudahpun menjadi kenyataan.

Dalam istilah orang kampung.. ketulahan.. kalau mereka yang diberi budi tidak mengenang budi. Atas sebab itu, pada PRU-12 lalu, walaupun Selangor kelihatan begitu gah sebelum pilihanraya, hanya kerana isu PENYAPU yang dihadiahkan oleh Khir Toyo kepada pegawai kerajaan yang banyak berbudi kepada kerajaan dihina begitu sekali;  akibatnya Selangor jatuh ke tangan Pembangkang, kerana kemarahan rakyat.

Di Sabah, keadaan serupa juga berlaku, pada Kerajaan Berjaya, apabila pejuang-pejuang awal parti itu dilupakan, berganti dengan mereka yang tahu membodek. Akhirnya Berjaya kecundang. Keadaan pada parti Berjaya itu, tidak mahu diulangi oleh PBS, atas sebab itu pejuang awal PBS hingga kini masih digunapakai oleh parti itu. Atas sebab itu, parti itu tidak pernah kalah dalam PRU semasa pemerintahannya. PBS hanya kalah pada tahun 1999, kerana bukan kerajaan lagi, ditambah dengan para pemimpinnya yang tamak mengubah haluan menjadi penentangnya.

Penulis pernah bersama-sama para pejuang terdahulu mengembangkan Umno di sabah. Siang malam ke hulu ke hilir dari cawangan ke cawangan untuk memperluas penerimaan kepada Umno. Malah, isteri penulis mampu menang dengan undi tertinggi AJK dalam pemilihan Umno dalam satu bahagian. Penulis pada masa itu, belum boleh bertanding, kerana berjawatan dalam kumpulan A, jabatan Kerajaan.

Kini melihat Bahagian yang dipupuk itu, tiada lagi pejuang lama, malah Ketua Bahagian juga, bukan pejuang asal Umno. Di sebabkan kewangan, kerana mendapat projek berjuta-juta , maka mudah "orang " itu menang semasa merebut Ketua Bahagian.

Inilah pemimpin Umno sekarang. Inilah pemimpin kerajaan sekarang. serba baru. Atas sebab itu, mereka tidak kenal pejuang asal. 

Apabila pejuang asal berjumpa kerana merasakan perlu dibantu, mereka tidak dilayan; seolah-olah mereka ini, adalah mahkluk yang tidak dikenali.

Minta maaf kepada YAB Datuk Musa Aman, YB Datuk Musbah, Tun Sakaran Dandai, bukan mereka yang penulis maksudkan. Mereka ini memang pejuang awal, dan merekalah yang mempertahankan Usno- semasa parti itu sebagai Parti Pembangkang.

Penulis tahu betul siapa pejuang asal Umno dan siapa bukan. Penulis tahu betul asal usul pemimpin yang ada. Penulis tahu betul, sebahagian daripada pemimpin BN sekarang, berada di mana semasa Usno merupakan parti pembangkang.

Jangan lupa.. apabila "ketulahan" mengambil peranan, gunung ganang boleh runtuh, ranap sepertimana berlaku di Kedah, kerana Bahagian Kubang Pasu, menghina Tun Dr Mahathir semasa bertanding G7. 

Dalam demokarsi, kemenangan akan diperolehi kalau sekumpulan majoriti bersatu hati memilih sesuatu parti, demikian juga kerajaan akan kalah, kalau majoriti bersatu hati menolak kerajaan. Ini yang berlaku di Semenanjung semasa PRU-12; yang mengalahkan BN adalah penyokongnya sendiri, kerana ketidak puas hatian kepada para pemimpinnya yang lupa daratan.
Penulis rasa, kini gejala ketidak puas hatian, menggunung, walaupun Najib berusaha mengyakinkan penyokongnya bahawa BN masih relevan dalam pembangunan negara. Namun, tindakan  segelintir pemimpin BN sendiri, yang  boleh menghalang semua usaha Najib itu.

Dalam perasaan para pemimpin BN sendiri, beranggapan, bahawa rakyat kononnya tiada pilihan selain memilih BN. Para pemimpin ini silap. Masa Kerajaan Berjaya juga, perasaan demikian melanda semua pemimpin Berjaya masa itu, menurut mereka, rakyat tiada pilihan, kecuali memilih Parti Berjaya. Apa kesudahannya, daripada 48 kerusi yang ditandingi Berjaya, hanya 6 kerusi yang menang. Pada PRU-Sabah Tahun 1985, walaupun Usno dan berjaya adalah komponen BN, tetapi berlawanan di peringkat negeri.

Pada PRU Sabah 1985- PBS mendapat 25 kerusi, Usno 16, Berjaya 6 dan bebas satu. Akhirnya PBS membentuk kerajaan, sehingga tahun 1994.

Perasaan semasa Parti Berjaya memerintah itu, juga melanda para pemimpin BN di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang pada PRU-12. Mereka beranggapan, bahawa rakyat akan terus memenangkan BN, malah BN yakin akan mampu merampas Kelantan. Namun keputusan pada PRU-12 itu, memeranjatkan para pemimpin BN, kerana semua negeri itu menolak BN.

Kini, perasaan yang sama melanda pemimpin Sabah, mereka beranggapan, rakyat tiada pilihan, melainkan BN, atas sebab itu, rasa angkuh dan sombong tidak habis-habis. Mereka lupa, tahun 1976 dan tahun 1985, tiada ribut tafuan yang melanda, tiada angin kuat yang bertiup, hanya angin sepoi-sepoi bahasa pada tahun 1976-isu Syed Kechik dan tahun 1985 isu Pairin Kitingan.

Kini tiada isu seperti Syed Kecik atau isu seperti Pairin, isu sekarang, pejuang lama rata-rata merasa dilupakan. Cerminan ini dapat dilihat pada catatan mereka di FACEBOOK bagi yang ada FB, dan komen-komen kedai kopi, malah komen-komen mereka di kala ada majlis seperti perkahwinan atau tamu-tamu besar.
Mereka ini (pejuang lama) bukan pemimpin perhatian, atas sebab itu gelagat mereka tidak kelihatan sangat; akan tetapi, komen-komen mereka sungguh punya erti dan makna.
Jangan lupa, mereka ini juga punya kenalan, bukan pengikut. Cerita dari mulut ke mulutlah yang sungguh bahaya, sepertimana  kejatuhan Hosni Mubarak-Mesir, hanya berpunca dari pesanan FB. Fikir-fikirkan lah.

2 October 2012

Kekangan Jelapang Padi Kota Belud

Bajet, bendang, infrastruktur, pelaksana dan pemandu untuk Jelapang Padi Kota Belud sudah muktamad, namun masih ada bisilk-bisik dibelakang, bahawa projek itu tidak akan berjaya
 
Empangan Tambatoun.

Kejayaan sesebuah projek persawahan, banyak bergantung kepada sumber air. Pada asalnya Empangan Tambatoun dirancang sebagai sumber air, namun protes daripada penduduk kampong itu, mungkin mengakibatkan empangan itu terbatal dengan sendirinya.

Pada awalnya, apabila perancangan pembinaan empangan itu, penduduk bersedia berkorban demi lebih 80 ribu penduduk Kota Belud. Entah apa yang mengakibatkan penduduk Tambatoun tiba-tiba naik angin memprotes pembinaan empangan itu. Apabila perkabaran mengenai protes penduduk itu meluas, maka pihak pembangkang menimba di air keroh.

Jelapang Padi

Semasa Jelapang Padi diuar-uarkan, dan kebetulan projek itu menjadi “anak angkat” kepada ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli, ada pemimpin tertentu pernah berkata “potong lehernya” kalau projek itu berjaya. Manakala seorang pemimpin tertentu lagi melakukan gerak saraf termasuk menghasut penduduk kampong yang terlibat agar tidak bersetuju dengan projek itu, termasuklah penduduk kampong Tambatoun.

Bukan sahaja Projek Jelapang Padi menjadi sasaran pemimpin-pemimpin tertentu itu akan tetapi juga projek Agropolitan Kota Belud. Atas sebab itu, beberapa orang penduduk melakukan pemagaran pada kawasan di mana projek agropolitan itu bertapak.

Hambatan Pembangunan

Inilah masalah utama Kota Belud. Jika dari dahulu kawasan ini dibangunkan, sudah tentu penduduknya tidak ramai yang tersenarai sebagai rakyat miskin.

Kota Belud tidak mempunyai khazanah kekayaan seperti kayu kayan atau perladangan. Kota Belud hanya mempunyai tanah landai yang sesuai untuk tanaman padi, perbukitan yang sesuai untuk tanaman getah dan lautan untuk perikanan. Dikeranakan tiga bidang ini belum maju, maka secara automatic juga penguasahanya yakni petani, pekebun atau nelayan tidak maju.

Menanam padi hanya bertujuan untuk sara hidup, demikian juga berkebun dan nelayan. Mereka yang terlibat bukan tidak mahir dalam bidang masing-masing, akan tetapi infra yang mendokongnya belum tersedia.

Keadaan Pertanian

Lebih empat puluh tahun keadaan pertanian, perkebunan dan perikanan masih ditakuk lama, malah carapun masih ditakuk lama juga. Kewujudan jabatan-jabatan atau agensi yang berkaitan tiga bidang itu, hanya memperkenalkan cara lapok dengan persembahan moden.

Kewujudan Skim Padi Jawi-Jawi misalnya, sama sekali tidak mencapai sasaran; yang berlaku hanya jumlah keluasan tanah NT atau tanah sawah berkurangan, kerana akibat pengubahsuaian status tanah. Selain itu, cara mendidik petani dalam meningkatkan hasil padi dengan menggunakan produk kilang seperti baja, racun dan sebagainya, menyebabkan kesan sampingan kepada alam sekitar.

Impak Skim Jawi-Jawi

Kualiti air di sekitar skim Jawi-Jawi bertambah teruk, kerana tiadanya system pembuangan air yang bersepadu. Akibat akses pembajaan, maka fauna dan flora yang terdapat di sekitar Daerah Aliran Sungai Tempasuk (DAST) menjadi binasa dan rosak teruk. Fauna seperti kerang, udang, ikan-ikan payau penghuni sungai itu punah, dan tidak berganti.

Jika dahulu, ikan tilapia, kambura, pait, sapat, kabulan, bibi merupakan sumber protein penduduk kampong, kini sumber itu telah tiada.

Satu perkara lagi yang sungguh merugikan penduduk kampong adalah, air tercemar akibat akes baja daripada skim itu, telah bertahun-tahun menjadi sumber air harian penduduk kampong sekitar. Disebabkan konsumsi air yang tercemar ini, maka ramai penduduk kampong dijjangkiti penyakit hepitis, gugur gigi, buah pinggang dan sakit perut yang menaun.

Projek Baharu

Kini projek serupa akan mencul dengan keluasan yang berkali lipat. Jika system pengairan tidak diambilkira, maka besar kemungkinan, impaknya terhadap alam sekitar perkampongan akan lebih dahsyat lagi.

Disebabkan pengalaman melalui skim Jawi-Jawi, maka pihak pelaksana Jelapang Padi Kota Belud telah mengambilkira semua factor yang memudaratkan alam sekitar. Satu sisitem pengairan canggih akan digunapakai, dimana air akses daripada bendang akan melalui system penapisan semulajadi sebelum dilepaskan ke sungai atau laut.

Sistem yang akan digunapakai itu akan berjaya jika ada sumber air yang tidak tercemar selain daripada air hujan. Sumber air yang dimaksudkan adalah daripada empangan Tambatoun. Jika empangan itu, terbatal, maka akibatnya sumber air jelapang padi Kota Belud akan berasal daripada air yang dikitar. Jika ini berlaku, maka Skim Jawi-jawi ke dua akan muncul, di mana impaknya kepada alam sekitar akan sungguh luar biasa.

Halangan Politik

Disebabkan percaturan politik, maka ada pemimpin tertentu mahu projek Jelapang Padi gagal. Pemimpin itu, tahu betul, bahawa nadi kejayaan Jepalang Padi kota Belud adalah empangan Tambatoun. Atas sebab itu, secara tidak ketara, tindakan-tindakan dan gerakan rahsia dijalankan demi menggagalkan pembinaan empangan itu.

Jelapang Padi Projek Nasional

Kini, bajet Jelapang Padi Kota Belud telapun masuk ke dalam bajet Negara, bukan lagi bajet kerajaan negeri. Pada asasnya, projek itu sudah menjadi projek nasional, bukan lagi projek kerajaan negeri atau ADUN Tempasuk yang ada.

Apa kah kerana projek ini telah menjadi projek nasional, maka pernyataan “potong leher saya” pemimpin tertentu; jika projek itu berjaya; terpaksa ditarik balik dan akan pula menyokong kejayaan projek itu?

Dalam politik tiada kawan selama-lamanya demikian juga tiada musuh selama-lamanya. Kenyataan politik boleh berubah-ubah dan disesuaikan dengan keadaan. Mungkin kenyataan “potong leher saya” berkaitan projek itu, sebagai pendorong atau cabaran kepada pemimpin yang mencetuskan idea itu, agar cetusan idea itu benar-benar diperjuangkan sehingga berjaya dan bukannya cetusan retorik.

Inilah keistimewaan kenyataan politik, boleh bertukar-tukar, dan boleh dimanifestasikan sesuai dengan keadaan dan masa.

Apa kah Penduduk Yang Terlibat Turut juga Menyokong?

Masalahnya, walaupun pemimpin tertentu itu akan menyokong kejayaan projek Jelapang Padi, apa kah juga penduduk yang melakukan protes itu akan setuju? Kini, penduduk yang berada dalam lingkungan di mana empangan itu dibina, telahpun masuk dalam kawalan pembangkang.

Kerana keadaan ini, maka sukar bagi kerajaan melaksanakan projek empangan itu, kecualilah secara paksaan sama seperti kejadian zaman Berjaya, di Sorob, apabila berlaku kematian penduduk kerana protes terhadap wujudnya kem askar Sorob (kini Kem paradise).

Mampukah pemimpin tertentu meneutralisasikan keadaan, sehingga penduduk yang pada awalnya bersetuju, bertukar kepada tidak bersetuju, kemudian bertukar kepada bersetuju, kerana pemimpin yang mengerakan penentangan sudahpun bersetuju?

Contoh yang diutarakan di atas adalah berpunca daripada perebutan kuasa dalam politik. Akibat perebutan itu, maka rakyatlah yang menjadi mangsa. Jika kesepakatan awal daripada pemimpin politik telah ada, kerana jika dari awal-awal lagi mereka faham bahawa kuasa dalam politik adalah kuasa dinamik, maka penentangan terhadap pembinaan empangan Tambatoun mungkin tidak akan wujud.

Walaupun keadaan terantuk baru terngadah, akan tetapi nasi belum menjadi bubur lagi. Masih ada TIME. Fikir-fikirkan lah.

1 October 2012

PRU-13: Wanita penentu parti mana yang menang?

Musa-Salleh-Shahrizat
 JUMLAH pengundi wanita di negara ini secara amnya lebih ramai berbanding kaum lelaki. Keadaan ini sesuai dengan data demografi negara, di mana wanita lebih ramai.

Baru-baru ini bertempat di Bangunan Umno Sabah, Kota Kinabalu berlaku perasmian Gerak Gempur Wanita Umno yang bertemakan SALAM SAYANG.

Perasmian disempurnakan sendiri oleh Pengerusi Perhubungan Umno Sabah-Datuk Musa Aman.

Turut hadir semasa Perasmian itu Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia-Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam sesebuah pilihanraya, parti mana yang mendapat sokongan padu daripada kaum wanita, parti itulah akan menjadi pemenang. Atas sebab itu, dalam 12 kali pilihanraya di negara ini, BN senantiasa menang, atas sebab sokongan kaum wanita terhadap gabungan berbagai parti itu masih kukuh.

Sokongan tradisi itu diperkuat lagi melalui gerak tempur kaum itu dengan bertemakan Salam Sayang, dan kali ini bukan sahaja terhad kepada kaum wanita, akan tetapi meliputi semua gender.

Suara Rakyat yakin, melalui pendekatan Salam Sayang, BN akan terus mendapat sokongan padu daripada kaum wanita, termasuk juga para suami mereka atau kaum lelaki.
Catatan peransang: Plato - "ukuran manusia itu adalah apa yang dia lakukan dengan kuasa"

29 September 2012

Tun Dr Mahathir diiktiraf lagi

NEW YORK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Peringatan Rafik Hariri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Habitat 2012 pada satu majlis di Perpustakaan Awam di sini malamJumaat.

Anugerah itu disampaikan Nazek Rafk Hariri, balu pemimpin itu yang merupakanPresiden Yayasan Rafik Hariri.

Dr Mahathir, 87, dinamakan sebagai pemenang anugerah itu pada Jun olehjawatankuasa pemandu bagi mengiktiraf kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urusbaik beliau.

Anugerah itu, yang dinamakan sempena Perdana Menteri Lebanon Rafik Hariri,yang sudah meninggal dunia, diwujudkan oleh keluarga Hariri dengan kerjasamaPBB-UN-Habitat menerusi Yayasan Rafik Hariri sejak Mac 2009, dan diberi kepadaindividu, pertubuhan serta institusi di seluruh dunia bagi mengiktirafpencapaian penting seperti kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urus baik selainaktiviti kebajikan dalam membanteras kemiskinan bandar dan pelaksanaan AgendaHabitat.

Dr Mahathir merupakan penerima kedua selepas Perdana Menteri Turki RecepTayyip ErdoÄŸan.

Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Rafik Hariri danPBB-Habitat kerana memberikan anugerah berprestij itu kepada beliau tahun ini.

"Saya anggap ia satu penghormatan besar khususnya kerana anugerah inidinamakan sempena seorang yang luar biasa serta memiliki kualiti kepimpinan dansumbangan yang tiada tandingan," katanya.

Beliau berkata tanpa budaya perkongsian di kalangan rakyat Malaysia yangberbilang bangsa dan agama, selain cintakan keamanan serta kestabilan, Malaysiatidak akan mampu mencapai kejayaan yang dikecapinya hari ini.

"Saya kenal Rafik Hariri ketika beliau pertama kali melawat Malaysia. Kamiserta-merta menjadi rakan karib dan saya melawat Lebanon atas jemputan beliaubagi melihat sendiri kerosakan yang dialami akibat perang saudara. Rafikberjanji beliau akan membina semula Beirut seperti keadaan asalnya sebelumdilanda peperangan, dan beliau telah mengotakan janjinya.

"Saya melawat Beirut selepas pemulihannya dan yakin masa depan yang gemilangmenanti Lebanon di bawah kepimpinan Rafik. Ada banyak sebab saya menyukaibeliau. Saya berhasrat memajukan Malaysia seperti keinginan beliau membangunkan Lebanon. Namun, beliau agak malang kerana tidak memiliki negara yang stabilseperti Malaysia. Beliau juga tidak berkesempatan untuk berbuat demikian,"katanya.

Sementara itu, Nazek dalam ucapan berkata Dr Mahathir merupakan idola danmenjadi inspirasi kepada semua orang, bagaimana tekad serta visi beliau mampumenjadikan impian suatu realiti, dan mana-mana negara sekalipun mampu mencapaimasa depan yang cerah menerusi keyakinan serta kerja keras.

"Di bawah kepimpinan anda yang bijaksana, Malaysia berjaya memainkan perananpenting dalam peta dunia, dan sehubungan itu, PBB-Habitat dan Yayasan RafikHariri dengan bangga mengiktiraf pencapaian Malaysia dan bekas PerdanaMenterinya yang cemerlang," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha PBB dan Pengarah EksekutifPBB-Habitat Dr Joan Clos berkata Dr Mahathir mengelola pembangunan ekonomi dalamtempoh yang luar biasa bagi inovasi sosial dan teknologi bandar.

"Kehidupan dan kerjaya Dr Mahathir menunjukkan beliau berpegang kepadaprinsip berpandangan jauh ke depan. Dengan membuat pelaburan dalam infrastrukturfizikal, teknologi dan pengetahuan, beliau juga lebih banyak mendahuluizamannya," katanya.

Clos juga berkata usaha Dr Mahathir menghasilkan pembangunan pesat di bandarutama Malaysia, selain mengubah negara yang bergantung terhadap pertanian kepadaekonomi bandar yang memfokuskan industri.BERNAMA

Beli Surat Cinta Anwar: Apa Yang Datuk Lajim Cuba Tunjuk

BELI Surat Cinta Anwar kepada Wan Azizah, apa yang Datuk Lajim cuba tunjuk? Harga sebuah surat cinta dengan harga RM50,000 yang dibayar Lajim kerana berjaya membida leloangan barangan berharga milik Wan Azizah semasa makan malam Pakatan Rakyat di Shah Alam semalam.
 
Lajim adalah MP Beaufort yang melompat kepada Pakatan Rakyat 29 Julai lalu.
 
Lajim juga mempunyai rekod melompat pada tahun 1994 yang mengakibatkan Parti Bersatu Sabah kehilangan kuasa di Sabah.
 
Kali ini, Lajim menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) dan beliau juga dikaitkan dengan penubuhan Parti Baru... BUMI.
 
Baru-baru ini Lajim mendakwa antara sebab mengapa beliau keluar daripada Umno, kerana kebanyakan projek pembangunan dibolot oleh pemimpin tertentu, dan pada masa yang sama membiarkan rakyat miskin.
 
Melalui tindakan Lajim membeli sebuah surat cinta dengan  harga RM50,000 di mana sama nilainya dengan 10 buah rumah PPRT, menunjukan beliau bukan pejuang kepada rakyat miskin, seperti mana beliau uar-uarkan.

Secara perlahan-lahan rakyat akan tahu semua, matalamat Lajim.

27 September 2012

Bajet 2013: Mesra Rakyat?

NAJIB pasti akan membentangkan bajet yang mesra rakyat. Tujuannya selain membantu rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan harian, juga menarik sokongan kepada BN terutama berhadapan dengan PRU-13 yang bila-bila masa akan diadakan.
 
Tahun lalu bajet negara berjumlah RM232.8bilion berbanding pendapatan RM186.9bilion dengan defisit 4.7peratus. 

Penumpuan kepada rakyat luar bandar perlu diambilkira, kerana golongan inilah yang terjejas berikutan kadar kenaikan harga barangan keperluan yang sukar terkawal.

Pengwujudan peluang-peluang pekerjaan yang membabitkan blue colar perlu diutamakan bagi membendung penghijraan ke bandar-bandar besar. 

Penumpuaan juga tidak perlu berkisar kepada kenaikan gaji kaki tangan awam, kerana pendekatan ini, hanya menambah kepada mempercepat kenaikan harga, akibatnya inflasi akan terus meningkat.
 
Kerajaan perlu mengwujudkan berbagai GLC yang berkaitan pertanian dan perkebunan selain menambah produktiviti bidang-bidang itu akan tetapi juga boleh mengwujudkan peluang-peluang pekerajaan yang ramai.
 
Memperbanyak program agropolitan di berbagai kawasan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak akan menguntungkan jangka panjang kepada negara. Harga barangan keperluan utama tidak akan mampu dikawal tanpa sumber yang tersedia.

Subsidi terhadap keperluan seperti gula, tepung dan sebagainya, perlu dialihkan kepada pelaburan ke atas tanah pertanian atau perkebunan atau perikanan, kerana selain menambah pendapatan golongan majoriti ini, juga sebagai pendekatan untuk mengwujudkan pendapatan tinggi terhadap mereka.

Kerjaya mendapatkan pendapatan melalui kakitangan awam, perlu dikurangkan, kerana ianya tidak baik dalam jangka panjang dalam perekoniman negara.

26 September 2012

Siapa kata Musa tiada sokongan?

SOKONGAN kadangkala tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata, memadai dengan kehadiran pada setiap majlis yang dihadiri.
   
Di Sabah, umum mengetahui, di mana Majlis yang dihadiri Musa, semua peringkat pemimpin turut hadir, kecuali mereka yang mempunyai komitmen lain.

Fakta menunjukkan bahawa selama bulan puasa, dan selepas itu Sambutan Hariraya, jelas dan nyata di mana Musa hadir, majoriti pemimpin kanan juga turut hadir.

Satu bukti lagi, apabila Umno Libaran bersidang pada 2 September lalu, boleh dikatakan segenap pemimpin BN atau Umno turut hadir, walaupun secara bersamaan ada majlis Sambutan Hariraya bersama PM di Kampung Rampayan Kota Belud.

Ada penulis blog yang pro-pembangkang mempertikaikan kesetiaan para pemimpin BN Sabah terhadap Musa, sehingga tega menulis, kononnya hanya Timbalan Pengerusi Umno Sabah merangkap Ketua Bahagian Umno Kota Belud-Datuk Salleh Tun Said yang menyokong Musa secara terbuka.

Pemimpin lain juga sebenarnya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Musa, namun kenyataan para pemimpin itu tidak mendapat liputan media masa arus perdana atau akhbar tempatan, apatah lagi media alternatif seperti blog.

Berlainan dengan Salleh, apa sahaja kenyataannya mudah dipetik oleh media arus perdana atau media sosial, kerana jaringan Speaker DUN Sabah itu dengan pengamal media atau blogger cukup baik.

Berlainan dengan pemimpin Sabah yang lain yang cukup tertutup terhadap media, apa lagi blogger.

Pemimpin yang mampu bersaing dengan Salleh dalam mempergunakan media massa atau media sosial adalah MP Kota Belud-Datuk Rahman Dahalan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat-Datuk Ronald Kiande, Presiden LDP-Datuk VK Liew dan Menteri Pelancongan negeri-Datuk Masidi Manjun.

Para pemimpin lain, walaupun ada laman FB sendiri, namun hanya meliputi kegiatan sendiri seolah-olah untuk mempromosi diri sendiri.

Atas sebab itu, untuk mengetahui tahap sokongan mereka ini terhadap kepimpinan Musa, hanya terhad kepada kehadiran mereka, di mana ada majlis-majlis atau acara yang dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah itu. Akan tetapi sokongan mereka kepada Musa sebagai Ketua Kerajaan Sabah, dizahirkan pada persidangan Bahagian parti samada parti Umno atau parti komponen BN lain.

Bersabit dengan sokongan kepada Musa, terlihat juga semasa sidang-sidang DUN Sabah, ternyata dalam setiap sidang apa yang kita dengar adalah sokongan yang tidak berbelah bahagi, terutama kejayaan Musa memajukan perekonomian Sabah.

Jangan lupa, Sabah berkedudukan di Peringkat kedua selepas Selangor dalam menarik pelaburan asing mahupun kerajaan serta swasta Negara.

Bagi mereka yang tidak mempunyai jalinan dengan kerajaan negeri, sudah tentu kurang arif mengenai status sokongan para pemimpin negeri kepada Musa. Mereka hanya bergantung kepada maklumat yang ditulis oleh pemberita akhbar atau media social.

Atas sebab itu, apabila blogger itu menulis, kononnya hanya Salleh sahaja yang menyokong kepimpinan Musa, maka telah jelas bahawa pandangan itu hanya pendapat melulu tanpa fakta.

25 September 2012

Politik Sabah: Sentimen Perkauman merugikan bangsa

KITA mengalaminya sendiri, pada awal kemerdekaan, apabila sentimen perkauman melanda politik Sabah. Akibat sentimen perkauman itu, pembangunan Sabah tidak pesat. Malah ramai dikalangan ahli politik beranggapan, untuk apa memajukan kawasan bukan didiami etnik daripada kaumnya.

Sentimen perkauman ini bermula sejak tahun 1967, apabila berlaku persaingan sengit antara kaum bumiputera islam dan bukan pada PRU pertama negeri Sabah.

Pada PRU Sabah tahun 1967, walaupun UPKO, USNO dan SCA dalam satu pasukan- Sabah Alliance Party, namun pada PRU itu berlaku pertembungan sesama sendiri antara UPKO dan USNO.

Sentimen perkauman di Sabah sebenarnya bermula pada tahun 1967 kerana permainan politik. Atas sokongan daripada Kuala Lumpur, USNO yang dipimpin Tun Mustapaha mampu memperkuat cengkamannya kepada rakyat Sabah.

Melihat kepada cengakaman perkauman yang menebal ini, diikuti oleh pengislaman beramai-ramai oleh USIA, kemarahan daripada kaum bukan bumiputera islam membara, ibarat api dalam sekam.

Akhirnya Kuala Lumpur menyedari keadaan ini, atas sebab itu, bagi membendung sentimen perkauman, maka pemimpin Kuala Lumpur, melakukan agenda agar kerajaan Usno perlu diganti ertinya juga mengganti kepimpinan Tun Mustapha.

Untuk mengalahkan Usno pimpinan Tun Mustapha tidak mudah. Hanya melalui pemimpin USNO sahaja, Tun Mustapha boleh ditumbangkan. Atas sebab itulah Parti Berjaya ditubuhkan oleh Datuk Harris Salleh menteri kewangan cabinet Tun Mustapha. Parti Berjaya kemudian diketuai oleh Tun Fuad Stephen selepas meletakan jawatan sebagai TYT Sabah.

Pada PRU-Sabah 1976, Parti Berjaya menang dengan memperolehi 28 kerusi dan Usno 20 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah.

Kemenangan Berjaya, kerana kaum cina berpaling tadah daripada Tun Mustapha. Keputusan ini bertolak belakang dengan keputusan PRU-1967, di mana kaum cina kokoh bersama Tun Mustapaha. Sebagai catatan, kedudukan kawasan DUN Sabah pada tahun 1976 adalah 20 kawasan majoriti bumiputera islam, 20 kawasan bumiputera bukan islam dan 8 kawasan kaum cina.

Semasa kerajaan Berjaya daripada tahun 1976-1985, isu perkauman cuba diruntuhkan oleh Datuk Harris, antaranya apabila Pesta Keamatan dijadikan Pesta Rakyat. Harris mengambil pendekatan membangun kawasan-kawasan tanpa mengira suku kaum yang mendudukinya. Datuk Harris menubuhkan berbagai GLC antaranya KPD, SAFODA, SAMA, Ko-Nelayan dan berbagai agensi lain, semata-mata untuk membangun semua lapisan masyarakat.

Walaupun Harris cuba meruntuhkan tembok perkauman, namun isu itu timbul semula, apabila Datuk Pairin Kitingan (kini Tan Sri) dipecat daripada Parti Berjaya kerana masalah politik dalaman dalam Parti Berjaya.

Isu kaum ditiupkan oleh Pairin bermula pada PRK-Tambunan tahun 1984. Isu perkauman terus dimainkan melalui Parti PBS yang Pairin tubuhkan.

Pada PRU-1985, Parti PBS yang ditubuhkan sebelum PRU-Sabah tahun 1985 menumbangkan kerajaan Berjaya. Keputusan PRU itu, PBS menang 25 kerusi, Usno 16, Berjaya 6 dan 1 calon bebas. Keputusan ini menunjukkan bahawa mana-mana kaum yang disokong kaum cina; parti itulah menjadi pemenang. Ertinya sejak tahun 1967 hingga tahun 1985, kaum cina adalah KING Maker dalam politik Sabah.

Sejak tahun 1985 Parti PBS mengamalkan politik perkauman yang sungguh tebal, walaupun dipertengahan pemerintahannya ada kalangan pemimpin bumiputera islam menyertainya antaranya Lajim Ukin, Baharom Titingan, Hassan Alban Sandukong, Jabar Khan, Salleh said, Abas Ali, Pandikar, Juhar Mahiruddin, Saman Ghulam, Mohamdin Ketapi dan beberapa pemimpin islam lagi. Di antara pemimpin islam itu, hanya Baharom, Lajim, Abas serta Mohamdin yang mampu menang di kawasan-kawasan yang ditandinginya.

Agar PBS kelihatan mewakili semua kaum di Sabah, maka pemimpin Islam dilantik sebagai ADUN dilantik antaranya Saman Ghulam dan Salleh Said. Saman pernah dilantik sebagai Pembantu Menteri. Sementara Pandikar yang membubarkan Parti Bersih untuk menyertai PBS dilantik sebagai Speaker DUN Sabah.

Disebabkan sokongan kaum bukan putera islam dan sedikit kaum bumiputera islam dan sokongan padu kaum cina pada PBS, maka PBS tidak pernah kalah dalam sebarang pilihanraya. Kalau bukan kerana pemimpin cina dalam PBS keluar daripada parti itu untuk menubuhkan parti SAPP, pemimpin PBS seperti Bernard Dompok dan Joseph kurup serta Bumburing keluar menubuhkan parti masing-masing- PDS (kini UPKO), PBRS-oleh Joseph Kurup dan Jeffery Kitingan, PBS tidak mudah kehilangan kuasa.Selain itu, PBS menjadi lemah, ekoran keluarnya Parti itu daripada BN pada tahun 1990 semasa diambang pengudian.
 
Akibat sentimen perkauman yang diamalkan PBS, maka kaum bumiputera islam merasa tertindas. Kaum yang terdiri daripada berbagai suku ini termasuk RUMPUN BAJAU di mana salah satu pemimpin daripada etnik itu adalah Tun Mustapha, Tun Sakaran Dandai, Tan Sri Pandikar, dan kemudian disusuli Salleh, Juhar dan Abdul Gafur Salleh, Karim Ghani mengatur berbagai langkah untuk mengembalikan kerajaan yang bukan berasas perkauman. Tun Mustapha mengambil keputusan membubarkan USNO dan menjemput Umno, kerana pengasas USNO berpandangan, USNO tidak mampu memenangi lagi sebarang pilihanraya, kerana akibat isu sentimen yang dilabelkan pada parti itu.
 
Kemasukan UMNO bertujuan selain untuk menstabilkan politik Sabah juga mengelak agar sentimen perkauman dihentikan. Atas sebab itu, Umno membuka keahlian kepada semua bumiputera atau keturunan tanpa melihat latar belakang kaum itu atau fahaman agama mereka.

Umno mengetuai parti-parti komponen BN pada PRU-1994, namun hanya menang 23 kerusi berbanding PBS 25. Beberapa bulan kemudian, kerajaan PBS tumbang kerana tiga ADUNYA keluar dan menyertai UMNO.

Untuk meredakan sentimen perkauman yang dimainkan selama 9 tahun oleh PBS, maka BN mengwujudkan Pengiliran Jawatan Ketua Menteri- Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Kaum Cina. Akibat pengilirian jawatan Ketua Menteri itu, maka Sabah menyaksikan penggantian Ketua Menteri setiap 2 tahun. Antara mereka yang dilantik dalam sistem penggiliran itu adalah-Tun Sakaran Dandai-Datuk Salleh Said- Datuk Yong Teck Lee, Datuk Bernard Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat dan kemudian Datuk Musa Aman.

Datuk Musa Aman bernasib baik, kerana selepas dilantik, telah berlaku perubahan komposisi ADUN daripada 48 kepada 60.  Pada kedudukan DUN dengan jumlah kerusi 48, taburan kaum adalah: 20 kerusi bumiputera islam, 20 kerusi bumiputera bukan islam dan 8 kerusi kaum cina. Pada kedudukan 60 kerusi DUN, komposisi berubah kepada 32 kerusi bumiputera islam, 20 kerusi bumiputera bukan islam dan cina tetap dengan 8 kerusi.

Berasaskan kepada komposisi baru itu, maka bumiputera islam mempunyai merit untuk menjadi Ketua Menteri, tanpa lagi berasaskan kepada pengiliran. Pada keadaan sekarang, jika bumiputera islam senantiasa bersatu sepertimana sokongan mereka terhadap parti Usno, baik semasa memerintah atau pembangkang, maka tidak mungkin lagi keadaan tahun 1967, 1976 dan 1985 berulang.

Sebenarnya keadaan ini sekarang ini menguntungkan semua pihak, kerana sentimen perkauman bukan lagi keutamaan. Perkara ini terlihat bagaimana Musa memerintah negeri, nampaknya semua kaum terlibat sebagai satu pasukan. Atas sebab itu, Timbalan Perhubungan Umno Negeri8-Datuk Salleh Said senantiasa menekankan, kerana semangat berpasukanlah, kerajaan negeri mampu membangun negeri. Sejak Musa mengambil jawatan Ketua Menteri, perekonomian negeri melonjak dengan cepat, selain kewangan negeri yang kokoh, juga bajet negeri yang membuat rekod, melepasi RM4bilion.

Petanda ekonomi semakin baik, apabila harga hartanah, jika sebelumnya jarang-jarang berharga jutaan, kini adalah fenomena biasa, harga rumah berkisar antara RM600,000 hingga jutaan.

Kemasukan Umno untuk meredakan sentimen perkauman terbukti membawa hasil yang baik kepada rakyat. Permainan politik berkurangan, kecuali mainan politik pembangkang daripada Semenanjung yang menular ke sini, kerana cita-cita Anwar mahu menjadi Perdana Menteri. Jika bukan kerana hasutan parti pembangkang daripada luar negeri ini, kestabilan politik Sabah akan senantiasa baik.

Sebagai contoh hasutan parti pembangkang dan pemimpinnya, SAPP keluar daripada BN selepas PRU-2008, ekoran gerakan 16 September Anwar, kononnya apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Pusat, maka salah timbalan perdana menteri adalah Datuk Yong Teck Lee.

Parti pembangkang juga berjaya menghasut pemimpin BN yang tamak untuk menyertai mereka antaranya Lajim ukin, Bumburing, Ibrahim Menudin, Yahya Lampung dan manakala pemimpin yang kemaruk mahu bertanding adalah Maijol Mahap.

Yakinlah apabila sentimen perkauman dilupakan, adalah pasti pembangunan Sabah berserta rakyatnya akan senantiasa berjalan sesuai dengan Halatuju Pembangunan Sabah.

Soal Ketua Menteri, bukan suatu persoalan, kerana, Musa masih bertenaga dan mampu menggayumi semua kaum di negeri ini. selain itu, Musa mendapat sokongan padu daripada majoriti pemimpin negeri ini. Perkara ini terlihat pada acara majlis berbuka puasa dan sambutan idul fitri baru-baru ini; malah pada sambutan Hariraya BN Kota Belud membawa TEMA- MENYOKONG KEPIMPINAN MUSA AMAN. Fikir-fikirkan lah.

23 September 2012

USBO komited pada perjuangannya

APABILA USBO memohon sebagai ahli BN terus, jelas rumpun bajau itu komited dengan perjuangan BN. Komited dengan strata kepimpinan BN, baik pusat mahupun negeri.

Di Sabah, USBO komited dengan perjuangan BN termasuk menyokong penuh kepimpinan negeri yang diterajui Datuk Musa Aman.

Presiden USBO Datuk Salleh Tun Said yang juga Timbalan Perhubungan Umno negeri, telah berulang kali menyatakan, sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu. Malah, tema Sambutan Hariraya BN Kota Belud yang berlangsung pada 15 September lalu, bertemakan " Menyokong Kepimpinan Musa".

Entah angin mana, yang menyebabkan ada beberapa kerat individu etnik rumpun secara tiba-tiba mempersoalkan kepimpinan Musa, dan menjadikan USBO salah satu isunya. Melihat kepada barisan kepimpinan USBO, nama-nama yang mengeritik Musa itu dan mengambil USBO sebagai batu pijakan bukanpun mereka yang mempunyai merit bercakap bagi pihak pertubuhan rumpun itu.

Kalau yapun mereka mempunyai masalah peribadi dengan Ketua Menteri itu, bercakaplah atas kapasiti peribadi, bukannya mengaitkan pertubuhan USBO.

Suara Rakyat dipahamkan, pihak barisan kepimpinan USBO memandang  berat ke atas penggunaan USBO untuk mengeritik Ketua Menteri, kerana itu bukan pandangan pertubuhan itu.

USBO sejak awal-awal lagi membuat pendirian, bahawa rumpun bajau itu menyokong kepimpinan Musa dan UBN. Jika ada individu etnik rumpun itu mempertikai kedudukan Ketua Menteri itu, ianya hanya pandangan peribadi dan sekali-kali  tidak mewakili pandangan pertubuhan rumpun itu.

Hanya mereka yang tamak tolak Musa

ADA yang mengandaikan bahawa BN akan kalah jika terus diterjaui Musa, sama dengan kekalahan Berjaya pimpinan Tan Sri Harris pada tahun 1985.

Situasi tahun 1985 berlainan dengan situasi masa kini. Berjaya kalah tahun 1985 ekoran pemecatan Tan Sri Pairin daripada Berjaya, memecatnya sebagai ADUN Tambunan dan menurunkan status Daerah Tambunan.

Pairin adalah Huguan Siou kaum KDM. Akibat pemecatan itu, maka kaum KDM marah kepada Harris dan menghukumnya bermula di PRK Tambunan tahun 1984 dan kemudian pada PRU-Sabah tahun 1985.

Musa pula, tidak pernah memecat sesiapa. Malah apabila tercetus spekulasi, bahawa para pemimpin BN yang telah keluar, Musa membuat kenyataan terbuka, pintu pejabatnya senantiasa terbuka untuk berbincang, jika ada masalah.
 
Keluarnya para pemimpin BN seperti Lajim Ukin, Welfred Bumburing, Maijol Mahap, Ibrahim Menudian dan Yahaya Lampong, kerana mempunyai sebab peribadi masing-masing.
 
Lajim keluar kerana mendapat tantangan daripada ahli/penyokong serta beberapa pemimpin akar umbi di bahagiannya sendiri. Oleh kerana tantangan itu, maka Lajim dilaporkan bukan lagi winnable candidate. Berasaskan kepada keadaan itu, Lajim tidak akan dicalonkan lagi pada PRU-13.
 
Selain itu, masalah permintaan projek yang berterusan oleh Lajim demi kepentingan poketnya, merupakan salah satu penyebab beliau keluar. Isu sekolah agama yang bernilai RM50 juta, yang dijanjikan Lajim kepada penyumbang dana, tidak pernah terealisasikan, kerana projek seumpama itu tidak pernah wujud.
 
Manakala Bumburing pula, tidak akan dicalonkan pada PRU-13, meskipun beliau adalah Timbalan Presiden UPKO, kerana perjanjian dengan Madius Tangau-mantan MP Tuaran, bahawa hanya sepenggal sahaja peluang diberikan kepada Bumburing untuk bertanding di Parlimen Tuaran.
 
Majiol pula keluar BN kerana, kalau tidak maka tiada peluangnya bertanding di kampung halamannya, kerana semua kawasan baik parlimen mahupun DUN adalah kawasan PBS.
 
Ibrahim Menudin pula, walaupun di atas kertas sebagai pemimpin Umno dan pernah menjadi Bendahari Umno Sabah, namun tidak pernah bertanding dalam pilihanraya. Ibrahim sebenarnya bukan pemimpin politik, akan tetapi hanya sebagai penyokong/pendokong.
 
Di usia senja, Ibrahim mahu mencuba nasib dalam arena politik, selepas semua jawatan korporatenya di penghujung jalan.
 
Sementara Yahya Lampong adalah pemimpin musiman setiap menjelang pilihanraya. Yahya melompat daripada parti yang satu ke parti yang lain agar boleh bertanding dalam pilahraya. Memang beliau suatu ketika dahulu adalah pemimpin utama kaum bajau, namun sepak terajangnya dalam dunia politik yang senantiasa berpindah-pindah, menyebabkan sokongan terhadap beliau merudum hingga ke dasarnya.
 
Yahya pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjong Aru, kemudian kehilangan jawatan itu. Beliau mencuba nasib di bahagian Kota Belud, namun kalah teruk merebut jawatan ketua bahagian.
 
Walaupun Yahya tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Umno, namun beliau tetap diberi peranan oleh Musa sebagai Pengerusi Sedco kemudian Cement Industries.
 
Sesuailah seperti kenyataan Ketua Umno Papar, Datuk Rahim Ismail- dengan keluarnya mereka daripada UBN, tidak akan membawa impak apa-apa, kerana, rakyat Sabah telah tahu siapa sebenarnya mereka-mereka itu.

Pendek kata, mereka yang tamak saja menolak kepimpinan Musa, manakala pemimpin lain seperti Datuk Salleh Tun Said, Datuk Safie Apdal, Tan Sri Pandikar dan lain-lain masih setia pada parti, kerana mereka tahu Musa menjalankan tugas sesuai dengan aspirasi parti dan rakyat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels