SOKONGAN kadangkala tidak
perlu diungkapkan dengan kata-kata, memadai dengan kehadiran pada setiap majlis
yang dihadiri.
Di Sabah, umum mengetahui, di
mana Majlis yang dihadiri Musa, semua peringkat pemimpin turut hadir, kecuali
mereka yang mempunyai komitmen lain.
Fakta menunjukkan bahawa
selama bulan puasa, dan selepas itu Sambutan Hariraya, jelas dan nyata di mana
Musa hadir, majoriti pemimpin kanan juga turut hadir.
Satu bukti lagi, apabila Umno
Libaran bersidang pada 2 September lalu, boleh dikatakan segenap pemimpin BN
atau Umno turut hadir, walaupun secara bersamaan ada majlis Sambutan Hariraya
bersama PM di Kampung Rampayan Kota Belud.
Ada penulis blog yang
pro-pembangkang mempertikaikan kesetiaan para pemimpin BN Sabah terhadap Musa,
sehingga tega menulis, kononnya hanya Timbalan Pengerusi Umno Sabah merangkap
Ketua Bahagian Umno Kota Belud-Datuk Salleh Tun Said yang menyokong Musa secara
terbuka.
Pemimpin lain juga sebenarnya
memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Musa, namun kenyataan para
pemimpin itu tidak mendapat liputan media masa arus perdana atau akhbar
tempatan, apatah lagi media alternatif seperti blog.
Berlainan dengan Salleh, apa
sahaja kenyataannya mudah dipetik oleh media arus perdana atau media sosial,
kerana jaringan Speaker DUN Sabah itu dengan pengamal media atau blogger cukup
baik.
Berlainan dengan pemimpin
Sabah yang lain yang cukup tertutup terhadap media, apa lagi blogger.
Pemimpin yang mampu bersaing
dengan Salleh dalam mempergunakan media massa atau media sosial adalah MP Kota
Belud-Datuk Rahman Dahalan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat-Datuk Ronald Kiande,
Presiden LDP-Datuk VK Liew dan Menteri Pelancongan negeri-Datuk Masidi Manjun.
Para pemimpin lain, walaupun
ada laman FB sendiri, namun hanya meliputi kegiatan sendiri seolah-olah untuk
mempromosi diri sendiri.
Atas sebab itu, untuk
mengetahui tahap sokongan mereka ini terhadap kepimpinan Musa, hanya terhad
kepada kehadiran mereka, di mana ada majlis-majlis atau acara yang dihadiri
oleh Ketua Menteri Sabah itu. Akan tetapi sokongan mereka kepada Musa sebagai
Ketua Kerajaan Sabah, dizahirkan pada persidangan Bahagian parti samada parti
Umno atau parti komponen BN lain.
Bersabit dengan sokongan
kepada Musa, terlihat juga semasa sidang-sidang DUN Sabah, ternyata dalam
setiap sidang apa yang kita dengar adalah sokongan yang tidak berbelah bahagi,
terutama kejayaan Musa memajukan perekonomian Sabah.
Jangan lupa, Sabah
berkedudukan di Peringkat kedua selepas Selangor dalam menarik pelaburan asing
mahupun kerajaan serta swasta Negara.
Bagi mereka yang tidak
mempunyai jalinan dengan kerajaan negeri, sudah tentu kurang arif mengenai
status sokongan para pemimpin negeri kepada Musa. Mereka hanya bergantung
kepada maklumat yang ditulis oleh pemberita akhbar atau media social.
Atas sebab itu, apabila
blogger itu menulis, kononnya hanya Salleh sahaja yang menyokong kepimpinan
Musa, maka telah jelas bahawa pandangan itu hanya pendapat melulu tanpa fakta.
16 comments:
Sokongan ke atas Musa Aman bukan lagi berkurangan, malah bertambah2 banyak dari hari ke hari.
Perdana Menteri kita sendiri memuji Musa atas kecekapannya mengemudi kerajaan negeri Sabah.
Kenyataan PM Najib di depan orang ramai yang datang merayakan Aidilfitri bersamanya di Padang Bandaran di Sandakan pada tahun 2010 ini juga menguatkan lagi fakta bahawa Musa adalah pemimpin terulung Sabah:
"Kerajaan Sabah dibawah kepimpinan Musa Aman dan kerajaan persekutuan bekerjasama dengan baik untuk membangun Sabah,"
Salah satu sebab mengapa Musa Aman adalah antara Ketua Menteri terbaik Sabah adalah:
Sebelum Musa menjadi ketua menteri pada 2003, perbendaharaan negeri mempunyai hanya RM168 juta. Namun selepas mengambil alih, Musa mengubah ekonomi yang lembab menjadi ekonomi bertenaga menggunakan strategi halatuju tiga serampang mata yang memberi fokus kepada pertanian, pelancongan dan pembuatan.
Buoyed by the favourable political and economic climate prevailing in the state now, many political pundits predict that Musa will become the first Sabah chief minister to break the 10-year chief minister’s tenure “jinx”.
There is no political leader in Sabah who has been as popular as Musa, particularly after UMNO/BN came into power in the state in 1994.
Sabah kini banyak wang dan negeri ini semakin pesat membangun walaupun berlaku kemelesetan ekonomi sejagat.
Kerajaan Persekutuan juga memberikan sebanyak RM6.2 bilion kepada Sabah untuk melaksanakan pelbagai projek dibawah indeks prestasi seperti memperbaiki jalan raya, bekalan elektrik, air dan menyediakan rumah bagi penduduk miskin.
Masidi Manjun, pada 29 Ogos lepas, menyatakan kenyataan dibawah:
“Musa is doing an excellent job leading the party and the state government and the prime minister himself has complimented Musa’s leadership,”
Betul...Semakin lama semakin bertambah sokongan yang diberikan kepada Datuk Musa. Itu tidak dinafikan lagi. Maka kita perlu menyokong pemimpin seperti Datuk Musa.
Jangan biar diri kita sendiri dihantui oleh permainan pembangkang.
Musa terus mendapat sokongan daripada pemimpin2 BN dan rakyat.
semenjak Musa menerajui Sabah, lonjakan perekonomian terus meningkat. Simpanan negeri memecah rekod sehingga RM3bilion, bajet negeri juga mencipta rekod di mana untuk pertama kali melepasi angka RM4bilion.
pelaburan swasta jg mencapai RM10bilion untuk suku pertama tahun 2012
semua pemimpin2 BN menyokong penuh kepimpinan Datuk Musa Aman.. hanya segelintir sahaja yang tidak menyokong.. itupun mereka telah keluar meninggalkan parti..
Datuk Musa Aman memang layak mendapat sokongan rakyat serta semua pemimpin2 kerajaan BN sabah atas kecekapan beliau mentadbir negeri ini..
kebiasaannya, hanya pemimpin2 Tamak saja yang tidak menyokong ketuanya.. sebagai salah seorang pemimpin dalam BN, tindakan Salleh menyokong penuh kepimpinan Datuk Musa adalah satu tindakan yang sangat tepat..
takkan la Salleh mahu sokong pemimpin2 pembangkang pula.. sudah tentulah dia akan sokong ketuanya..
Post a Comment