23 October 2012

PRU-13: Lajim mengigau

MP Beaufort Datuk Lajim Haji Ukin mengigau, apabila memberitahu penduduk Setapak, Kuala Lumpur, kononnya barisan Pembangkang akan menang 15 kerusi Parlimen di Sabah pada PRU-13 akan datang.

Walau bagaimanapun, Lajim tidak menyebut kawasan-kawasan itu ketika berucap didepan penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Umum mengetahui, bahawa pembangkang tiada sejarah menang lebih 2 kerusi Parlimen di Sabah, sejak sistem pilihanraya diadakan di Sabah bermula tahun 1967.

Sepanjang sejarah pilihanraya Sabah, hanya parti DAP yang pernah menang, itupun untuk kerusi Parlimen Sandakan atau Kota Kinabalu. Kemenangan DAP jarang serentak, kalau menang di Sandakan, maka kalah di Parlimen Kota Kinabalu, dan apabila menang di Kota Kinabalu, maka kalah di Sandakan.

Pada PRU-2004, DAP kosong kerusi di Sabah, manakala PRU-2008, DAP menang Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung (Tawau).

Pada PRU-13 akan datang, ada kemungkinan, DAP mengekalkan Parlimen Kota Kinabalu, akan tetapi pada kali ini akan kosong DUN. Sementara parti-parti lain termasuk parti Tempatan SAPP dan STAR, akan kosong kerusi Parlimen, akan tetapi mungkin menang satu-dua kerusi DUN. Manakala PKR kemungkinan akan mendapat kerusi DUN Kuala Penyu, jika John OT Ghani bertanding. Sementara PAS, akan meneruskan kegagalannya sepertimana pada PRU-PRU lalu.

Sementara itu Lajim mungkin akan menang di DUN Klias atas faktor sokongan kaumnya, sementara Parlimen Beaufort yang dimenanginya melalui tikit BN pada PRU-12 lalu, dalam keadaan 50-50. Jika BN mampu mencalonkan calon yang berwibawa, Parlimen Beaufort, masih dalam penguasaan BN.

22 October 2012

Isu RM 40 juta- Pembangkang banyak mengkhayal- Rahman

Umno Sabah menafikan dakwaan bahawa parti itu mencampuri siasatan kes rasuah kontroversi membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak, Michael Chia melibatkan dana politik berjumlah RM40 juta.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, parti itu memberikan kerjasama penuh apabila Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) menjalankan siasatan mereka selama dua bulan di Sabah.

"Tidak ada mana-mana pegawai kami yang menghalang pihak berkuasa melakukan siasatan mereka," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Selain itu Abdul Rahman juga menolak dakwaan bahawa Michael ditahan di lapangan terbang Hong Kong kerana menyeludup 'secara fizikal' wang tunai berjumlah RM40 juta oleh pihak berkuasa Hong Kong.

"Siasatan itu bermula apabila ketua pemuda PKR (Parti Keadilan Rakyat) Shamsul Iskandar Mohd Akin pergi ke Hong Kong dan membuat aduan mengenai dakwaan ini.

"Jadi ICAC seperti semua badan-badan bebas, mereka akan menjalankan siasatan selepas menerima aduan. Tetapi dalam imaginasi mereka (pembangkang) bahawa wang berkenaan diseludup daripada Hong Kong," katanya.

Sebelum ini Jabatan Peguam Negara (JPN) memutuskan tiada elemen perbuatan rasuah dibuktikan terhadap Musa berkenaan dana berjumlah RM40 juta selepas meneliti keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

JPN mendapati dana tersebut adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.

Kes yang sama turut disiasat ICAC.

Selain itu Abdul Rahman turut mempersoalkan tindakan pemimpin pembangkang yang enggan menerima penemuan ICAC yang diktiraf di peringkat antarabangsa.

"Sebelum ini pembangkang banyak menyebelahi ICAC malah menggesa SPRM mencontohi tugas mereka dalam membanteras rasuah.

"Tetapi kini apabila ICAC bersihkan Ketua Menteri Sabah, mengapa mereka tidak boleh terima?" katanya.

PRU-13 Sabah: Pemimpin Muda perlu dipertimbangkan

Datuk Musbah
KITA menyaksikan bagaimana  hebatnya para pemimpin muda dalam BN yang diberi peluang bertanding pada PRU-12 lalu, seperti Datuk Rahman Dahalan, Datuk Rosnah Rashid Sherlin dan Masung Bana.Kehadiran mereka di dewan rakyat atau dewan undangan menarik perhatian, bukan sahaja disegani para pembangkang, tetapi hujaan mereka penuh dengan fakta benar.
Datuk Rahman
Rahman Dahalan sendiri selalu berdepan dengan pihak pembangkang berdebat baik dalam dewan rakyat, juga di pentas-pentas umum atau melalui kaca TV.

Pada PRU-13, para pemimpin muda BN Sabah yang perlu dipertimbangkan bertanding antaranya Tuan Haji Nizam Abu Bakar Titingan daripada Tawau serta Jamawi Jaafar daripada Pendalaman, selain Awang Kadin Tang- Ketua Pemuda Umno Sabah.

Di bahagian putri pula, Musliati Muslimin perlu diketengahkan.
Nizam-Baju Putih

Hujaan mengapa pemuda perlu diberi peluang bertanding adalah faktor peratusan golongan muda yang terdapat dalam daftar pengundi; malah pada PRU-13 akan datang, ramai golongan ini untuk pertama kali mengundi.

Nama-nama golongan muda yang disebutkan di atas perlu dipertimbangkan pada PRU-13 akan datang, selain menggamit pengundi muda juga sebagai peremejaan kepimpinan.

Wakil rakyat BN daripada Tawau, misalnya hanya Datuk Tawfik AB Titingan dan ADUN Merotai boleh dikategorikan sebagai muda, manakala yang lain adalah pemimpin yang sudah lama bertapak dalam persada politik negeri ini.

Pada kali ini, wajar BN Sabah mempertimbangkan pemimpin muda bertanding dalam pilihanraya, terutama di kawasan-kawasan yang senantiasa didominasi oleh pemimpin lama.

Kawasan-kawasan yang senantiasa didominasi oleh pemimpin lama adalah DUN Sulaman, dimana penyandangnya sudah lima penggal, Dun Tambunan, dan  Dun yang diberikan kepada PBS, terkecuali Kuamat.

DUN Balung di Tawau, perlu diwakili pemimpin muda, demikian juga parlimen Kalabakan, DUN Senallang, serta DUN Bongawan.

Di pihak BN, hanya Umno dan LDP yang mempunyai kecenderungan menampilkan pemimpin muda, manakala PBS, senantiasa mengekalkan pemimpin lama. Jika PBS tidak melalukan peremajaan pemimpin, dikhuatirkan keupayaan BN Sabah akan terjejas, kerana perasaan jelak akan menghantui fikiran para pengundi terutama pengundi muda.

Suara Rakyat, sungguh yakin Datuk Musa Aman sebagai pengerusi BN negeri, akan mencadangkan kepada para pemimpin komponen BN Sabah agar mengetengahkan para pemimpin pelapis, dan tidak ketinggalan Umno juga akan turut sama.

Para pemimpin muda BN seperti Datuk Musbah Jamli, Datuk Rahman Dahalan, Datuk Bolkiah Ismail, Tuan Haji Nizam AB Titingan, Rosnah Rashid Sherlin Jamawi Jaafar, Awang Kadin Tang, Musliati Muslimin perlu bertanding atau dikekalkan pada PRU-13 akan datang.

20 October 2012

Air Kota Belud -Apa Kesudahannya?

 AIR merupakan keperluan asas bagi setiap mahkluk, tidak terkecuali manusia. Atas sebab itu, setiap penempatan manusia kini disebut penduduk perlu berhampiran dengan sumber air. Sumber air boleh berpunca daripada sungai, mata air, air tanah ataupun hujan.

Akibat kemajuan indusitri, dengan terciptanya batang-batang paip dulu daripada plumbum, kini PVC, penempatan manusia tidak perlu lagi berdekatan dengan sumber air, atas sebab air boleh disalurkan berkilometer daripada sumber air ke rumah-rumah penduduk. Sementara itu, sumber air daripada tanah dimana boleh dimanafaatkan melalui perigi, kini digantikan dengan “tubewell”.

Walaupun berbagai teknologi ditemukan untuk digunakan mendapatkan air untuk keperluan manusia, namun perkembangan pertanian yang terpengaruh menggunakan baja-baja kimia, menyebabkan sumber air tercemar.Selain itu akibat perbuatan manusia sendiri, sumber-sumber air seperti sungai tercemar. Hujan pula tercemar kerana perlepasan asap monokside ke udara, sehinggakan air daripada hujan bertukar kepada air asid.

Dikeranakan pencemaran sumber air, maka terciptalah kaedah perawatan air, demi kegunaan manusia/penduduk.

Loji-loji besar perawatan air di bangun, terutama di Bandar-bandar dan pekan-pekan termasuk daerah Kota Belud.

Masalah air terawat bagi daerah Kota Belud bermula sejak awal kemerdekaan lagi. Atas sebab itu, pada tahun 1978, kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) mengarahkan pemasangan paip-paip ke kampung-kampung berdekatan pekan Kota Belud; namun kerana sumber air terawat terhad, maka akhirnya paip-paip itu hanya berjaya dipasang, namun tidak berair.

Keperluan air bagi Kota Belud, merupakan isu politik utama bagi daerah ini, atas sebab itu semasa kempen pilihanraya tahun 2008, calon BN bagi kawasan Parlimen Kota Belud, Rahman Dahalan (kini Datuk) berjanji akan memperjuangkan penyediaan air terawat kepada sebahagian besar penduduk.

Al-hasil perjuangan MP Kota Belud itu, pada tahun 2010, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan memperuntukan RM98 juta untuk maksud penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud dan jika siap kelak, akan meliputi 90 peratus penduduk daerah itu.

Walaupun program penyediaan air terawat bagi dearah Kota Belud sedang rancak berjalan, namun permintaan keperluan terhadap air terawat begitu sinonim dengan kehidupan; sehinggakan kekuarangan air terawat, kelihatan sungguh krtikal.

Bagi peminat FB, saban hari kita akan terbaca komen-komen melalui FB persendirian penduduk Kota Belud, bahawa betapa krtikalnya bekalan air bagi daerah Kota Belud, terutama penduduk yang berhampiran pekan. Manakala penduduk yang terbiasa menggunakan “tubewell” desakan keperluan air untuk kegunaan harian, belum terasa krtikalnya, kerana sumber air alternatif itu telah menjadi kebiasaan berdekad lamanya.

Penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud adalah perjuangan utama MP Kota Belud, atas sebab itu peruntukan besar diperolehi, namun penyiapan terhadap program itu, sangat tergantung kepada pihak pelaksana, yakni Jabatan Air dan kontraktor yang telah dilantik. Kalau dilihat sepintas lalu, perjuangan wakil rakyat adalah untuk mendapatkan dana; walaupun dana telah tersedia, namun perlaksanaan lapangannya tidak mudah, kerana memerlukan masa.

Artikel akan datang, Suara Rakyat akan menulis secara komprehensif dan detail mengenai perancangan penyediaan bekalan air terawat daerah Kota Belud, sebaik mendapat maklumat terkini daripada Jurutera Jabatan Air.

19 October 2012

Bajet Sabah 2013 Cipta Sejarah Lagi-RM4.088 Bilion

Musa-DUN Sabah 17 Okt
BAJET 2013 Sabah yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Negeri pada Sidang DUN Sabah hari ini, mencipta sejarah baru, apabila jumlahnya mencecah RM4.088 bilion pertambahan RM 80 juta berbanding bajet tahun 2012. Bajet itu merupakan bajet tertinggi selepas 49 tahun!!!

Satu yang menarik daripada Bajet tersebut, pertambahan jumlah bajet bukan berasal daripada percukaian baru akan tetapi berpunca daripada kenaikan pendapatan negeri sebanyak 3 peratus.

Pertumbuhan ekonomi Sabah berasaskan Bajet 2013 diperkirakan antara 5-6 peratus, sedikit di atas pertumbuhan kebangsaaan.

Ketua Menteri juga semasa membentang bajet memberi tahu DUN Sabah, bahawa Pengurusan Kewangan Negeri senantiasa mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara sejak 12 tahun lalu.

18 October 2012

Bajet Sabah Tahun 2013-Harapan Rakyat

ESOK Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan Negeri-Datuk Seri Musa Aman akan membentang bajet negeri untuk tahun 2013.

Bajet itu merupakan bajet penting, kerana Sabah akan berhadapan dengan PRU-13, setidak-tidaknya selepas April,2013.

Tahun lalu, Musa membentangkan RM4.08 bilion, bajet yang merupakan rekod bagi negeri di bawah bayu itu.

Bajet Kerajaan Negeri, tidak meliputi bajet Persekutuan. Jika jumlah bajet negeri dan Persekutuan untuk Sabah disatukan, saban tahun, negeri itu menerima limpahan kewangan tidak kurang RM20bilion.

Jumlah kewangan yang disalurkan Persekutuan kepada Sabah, berkali ganda jumlahnya berbanding royalti minyak 20% yang dicadangkan pembangkang. Kalau mengambil kira 20% royalti minyak, maka jumlahnya hanya RM3.2 bilion setahun; sedangkan huluran kewangan daripada Persekutuan, jumlahnya jauh lebih besar daripada angka itu.
 
Kenapa pembangkang memperbodohkan diri mereka sendiri, dengan angka 20%? Sebenarnya, mereka terlepas pandang, bahawa rakyat Sabah sudah ramai yang celik angka dan celik maklumat. Pembangkang memperkirakan, bahawa rakyat Sabah masih di zaman katak di bawah tempurung, atas sebab itu, mereka memilih isu, yang kononnya boleh menarik sokongan rakyat.
 
Isu royalti minyak 20% hanya berputar-putar diminda pembangkang sendiri, bukannya pada minda majoriti rakyat.

Cara pembangkang menabur janji, seolah-olah mereka punya lampu aladin. Mereka bukan berfikir secara ekonomik; tetapi berfikir secara khyalan dan retorik.

Mungkin mereka terlupa, bahawa lampu aladin mereka, sama dengan Mugabe amalkan di Zimbabwe, di mana agar negara atau rakyat punya wang, maka dilakukan pencetakan wang; sehinggakan mata wang 1 juta zimbabwe, hanya bernilai USD0.20.

Bagi rakyat, wang bererti, apabila kuasa beli wang itu ada. Atas sebab itu, dalam tindakan fiskal negara, aliran wang disesuai dengan produktiviti dan keluaran negara, bukan kepada berapa jumlah wang yang boleh digunapakai (disposible income). Pembangkang mengambil pendekatan kepada pertambahan wang yang boleh digunapakai. Cara ini boleh memudaratkan ekonomi negara, kerana inflasi akan melambung. Negara yang pernah mengambil pendekatan ini adalah Argentina pada tahun 80-an, akhirnya negera itu hampir muflis.

Sabah khasnya mengambil pendekatan yang mapan dalam pengurusan kewangannya. Aliran wang untuk pembangunan disesuaikan dengan pendapatan negeri. Kewangan negeri yang berpunca daripada hasil perladangan, royalti minyak memerlukan masa untuk masuk dalam akaun negeri. 

Pengurusan yang kewangan yang bijak yang dilakukan oleh kerajaan negeri, membolehkan negeri itu mengumpul simpanan sehingga RM3bilion; dan pada gilirannya Sabah dapat membentangkan bajet yang besar demi pembangunan negeri dan rakyat.

Esok, Bajet yang dibentangkan di DUN Sabah, dianggarkan mendekati RM5bilion, jika angka ini menjadi kenyataan, maka ianya rekod lagi.

17 October 2012

Malaysia Satu-Satunya Negara Iktiraf Pendidikan Cina di luar negara China - PM

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang menggambarkan ia sebagai kepentingan besar, berkata tiada satu pun negara di rantau ini, sebagai contoh, mengiktiraf pendidikan Cina. "Kita adalah satu-satunya negara di luar China yang mempunyai pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Kita telah mengiktiraf pendidikan Cina di Malaysia, dan saya fikir ia adalah besar, mempunyai kepentingan yang besar.

"Sila lihat dalam konteks itu, dalam perspektif bahawa kita telah mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem (pendidikan) kebangsaan, katanya semasa sejam diwawancara oleh penyampai radio Melody FM, stesen radio Astro berbahasa Cina kedua, di sini, Rabu.

Najib merupakan tetamu stesen radio itu untuk segmen 'Melody FM Morning Boss' bersama penyampai Chui Ling dan Jentzen Lim.

Perdana menteri menjawab soalan yang diajukan oleh seorang daripada penyampai radio itu berhubung usaha Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau lebih dikenali sebagai Dong Zong tentang pendidikan Cina.

Najib menjelaskan bahawa ketika beliau memegang jawatan menteri pelajaran, beliau telah menggugurkan Seksyen 21(2) Akta Pendidikan 1961 yang membenarkan menteri untuk menukar sekolah rendah jenis kebangsaan menjadi sekolah rendah kebangsaan.

Ini, katanya, menunjukkan kerajaan ikhlas dalam mengiktiraf pendidikan Cina.

Beliau juga berkata kerajaan mengiktiraf kewujudan 60 sekolah persendirian Cina. "Selebihnya ialah sekolah akuran. Dalam lain perkataan, mereka mengambil peperiksaan kebangsaan," katanya.

Najib juga berkata kerajaan menggunakan penyelesaian yang kreatif berhubung permintaan komuniti Cina di Kuantan untuk mewujudkan sekolah Cina, baru-baru ini. "Kami kata, anda boleh wujudkan sekolah, dengan syarat anda (pelajar) mengambil (peperiksaan) SPM tetapi jika anda mahu mengambil Unified Examination Certificate (UEC), terpulang kepada anda. "Jadi mereka membuat keputusan untuk menerima tawaran itu. Oleh itu ia akan menjadi sebuah sekolah menengah, pelajar harus mengambil SPM tetapi mereka juga mengambil UEC, sebagai tambahan kepada SPM. Jadi ia adalah situasi sama menang," katanya.

Menjawab soalan daripada pendengar, Najib berkata beliau telah mengumumkan RM100 juta peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara dalam Belanjawan 2013.

Beliau juga berkata 50 pelajar terbaik daripada sekolah menengah persendirian Cina juga diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

Berhubung kekurangan guru di sekolah rendah Cina, Najib berkata pelan lapan perkara untuk mengatasi isu sekolah Cina sedang dilaksanakan sekarang. "Ia di bawah skop timbalan menteri pelajaran dan beliau sedang memastikan ia dapat dilaksanakan," katanya.

Najib juga berkata sekolah vernakular atau bahasa sendiri, termasuk sekolah Cina, akan menjadi sebahagian daripada pelaksanaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di bawah Rangka Tindakan Pendidikan Kebangsaan. "Saya percaya kita tidak mempunyai apa-apa stigma. Anak saya, Ashman, sendiri fasih bertutur bahasa Mandarin.

"Saya percaya adalah baik untuk orang Melayu belajar bahasa Mandarin seperti mana pentingnya bagi rakyat Cina Malaysia untuk fasih berbahasa Melayu yang tentunya bahasa kebangsaan kita," katanya. -BERNAMA

Lebuh Raya Pesisir Pantai Kudat-Tuaran dijangka wujudkan peluang ekonomi: Salleh

Cadangan lebuh raya dari Tuaran ke Kudat akan membuka peluang pembangunan dan ekonomi yang akan menyediakan peluang pekerjaan dan kekayaan yang banyak kepada rakyat, kata Timbalan Ketua Umno Sabah Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Apabila siap kelak, katanya lebuh raya itu akan memudahkan perjalanan ke beberapa bandar antara Tuaran dan Kudat.

“Lebuh raya pesisir pantai itu dicadangkan sejak beberapa lama dahulu dan kami berterima kasih bahawa Perdana Menteri mengakui keperluan bagi penyediaan komunikasi jalan raya sedemikian di Sabah.

“Seperti di tempat lain, apabila jalan raya baharu merentasi pedalaman, peluang perniagaan akan mentransformasikan wilayah itu dan rakyatnya, yang tinggal berdekatan, menikmati limpahan ekonomi.

“Ini akan turut berlaku di wilayah lain sebaik projek ini menjadi satu kenyataan,” katanya.

Salleh, yang juga speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata lebuh raya itu bukan satu janji pilihan raya “kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menepati setiap janji yang dibuat di Sabah”.

“Jika beliau menyatakan demikian atau beliau membuat ikrar, beliau pasti akan menepatinya. Projek yang besar itu akan memerlukan tempoh persiapan yang lama kerana pakar perlu dirundingkan dan kerja-kerja ukur perlu dilakukan bagi mengkaji laluan paling sesuai,” katanya.

Najib, yang melawat Kudat pada Ahad, berkata beliau lebih suka membina lebuh raya pesisir pantai dan kerajaan persekutuan akan mengkaji dengan serius pembinaannya.

Cadangan lebuh raya itu akan menghubungkan Tuaran ke Kudat melalui bandar Kota Belud serta bandar pesisir pantai Matunggung.

“Kebanyakan kawasan itu di sini adalah kampung nelayan, kawasan ternakan dan perladangan serta lebuh raya itu akan membawa masuk industri ke wilayah itu,” kata Salleh.

Mengenai peluang ekonomi yang akan diikuti pelan keamanan antara kerajaan Filipina dan barisan Pembebasan Islam Moro, Salleh berkata Kudat akan mendapat manfaat jika wujud keamanan dan kestabilan di rantau itu.

Selain lebuh raya dan projek lain yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Kudat akan turut menerima Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang akan membantu memudahkan Kudat menjadi pelabuhan sebelah utara pada masa depan.

16 October 2012

Lawatan Kerja PM ke Sabah-Perkukuh Sabah-Simpanan Tetap BN

RIBUAN rakyat yang hadir di Inobong, Penampang; Kundasang dan Kudat bagi menyambut Perdana Menteri dan mahu mendengar ucapannya, merupakan mesej  jelas kepada pembangkang, terutama parti tempatan seperti STAR dan SAPP, bahawa rakyat Sabah terus mempunyai keyakinan kepada BN untuk berkhidmat kepada mereka.

Pendekatan parti tempatan yang cuba menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan hak Sabah, Perdana Menteri menjawabnya melalui Bajet 2013, yang melibatkan peruntukan besar, bukan sahaja melengkapkan perjuangan BN, malah membuktikan bahawa PM benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan rakyat Sabah.

Bagi tujuan keseimbangan pembangunan antara Semenanjung dan Sabah, tahun depan Sabah diberi peruntukan sebanyak RM2.98 bilion, menunjukkan bahawa PM mempunyai kesungguhan membangun negeri itu.

Kenyataan PM semasa di Penampang, bahawa kerajaan Persekutuan tidak pernah merampas hak Sabah, kelihatan berjaya melumpuhkan modal utama pembangkang-yang mana parti-parti itu bergantung kepada isu itu sebagai isu utama mereka.

Keyakinan rakyat Sabah terhadap BN bertambah kukuh lagi, apabila PM berkata semasa di Kundasang, bahawa kerajaan mempunyai rancangan besar terhadap negeri itu, jika BN diberi peluang terus memerintah.

Pembelaan terhadap rakyat Sabah terus dilakukan, apabila PM bersetuju pada dasarnya membangun lebuh raya pesisir pantai yang menghubungkan Kudat, Kota Marudu dan Tuaran. Selain itu kerajaan juga akan membina Pusat Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Kudat, bagi maksud mengantisipasi perledakan pembangunan akibat perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dan MILF yang mengwujudkan Wilayah Bangsamoro pada tahun 2016.

Lawatan Najib ke Sabah pada 13-14 Oktober lalu, amat tepat pada waktunya untuk memantapkan kedudukan BN yang sedang memperkukuh kembali penguasaannya selepas beberapa pemimpin BN negeri menukar haluan dengan menyertai pembangkang.

Tidak dinafikan pada PRU-13 akan datang BN akan berhadapan saingan sengit daripada parti-parti pembangkang terutama di kawasan bandar dan sub-bandar, namun komitmen Najib terhadap pembangunan negeri itu, akan mencairkan kecenderungan itu. 

BN Sabah diperkirakan akan tetap menjadi kubu kuat BN, berkat kepimpinan Najib di Peringkat Nasional dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di peringkat negeri.

Pada PRU-12 lalu, BN Sabah hampir menyapu bersih semua kerusi baik parlimen mahupun DUN, apabila menang 26 kerusi parlimen termasuk WP Labuan dan 59 kerusi DUN. BN Sabah hanya kalah di Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung (Tawau) kepada DAP.

Laporan Audit Negara: Tiada Campur Tangan Kerajaan : Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata laporan Ketua Audit Negara yang memuji peningkatan hasil negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat membuktikan kerajaan tidak ada "niat jahat" untuk menyembunyikan fakta dalam laporan tersebut.

"Kalau kita nak menyembunyikan fakta, kita sepatutnya mencari jalan untuk menutup pujian (Ketua) Audit Negara yang diberikan kepada Pakatan. Itu sahaja (sudah) membuktikan kita tidak ada niat (jahat).

"Ini membuktikan ada negeri Pakatan yang bagus dan ada negeri yang diperintah BN yang bagus... Mana yang bagus kita mengucapkan tahniah," katanya dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung laporan audit negara yang dibentang hari ini memuji kenaikan hasil di negeri yang ditadbirkan Pakatan Rakyat.

Nazri juga berkata kenaikan hasil kerajaan merupakan hasil usaha yang dilakukan agensi badan kerajaan termasuk pihak kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Sejambak bunga kita boleh berikan (kepada mereka), bukan kepada menteri-menteri kerana yang buat kerja adalah mereka semua (badan kerajaan)," katanya Nazri.

MP Padang Rengas itu berkata tujuan laporan itu dibentangkan hari ini – selepas dua minggu Bajet 2013 dibentangkan – untuk membolehkan ahli parlimen memfokuskan kepada perbahasan bajet terlebih dahulu.

Ahli dewan juga mempunyai masa seminggu untuk meneliti laporan tersebut memandangkan minggu ini adalah minggu para menteri menggulung perbahasan, katanya.

"Sebab itulah kita mengeluarkan laporan audit hari ini. Itulah alasan kita. Kalau dituduh hendak menyembunyikan sesuatu, lebih baik tak usah bentang langsung.

"Tapi akhirnya kita bentangkan juga... kerana alasan tadi. Dan ia tidak menyalahi apa-apa peraturan Dewan Rakyat," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail bahawa laporan audit itu disaring sebelum dibentangkan, Nazri berkata dakwaan tersebut "tidak berasas".

"Dalam pengurusan kewangan negara, tidak ada kemampuan bagi kita untuk menyembuyikan apa-apa kerana rakyat sekarang sudah canggih.

"Saya kira dia cakap demikian kerana saya kira, kalau dia dalam kerajaan, dia nak buat macam tu kot?... Jadi orang yang jahat sahaja memikir perkara yang jahat," katanya.

Sehubungan itu, perkara tersebut "tidak perlu diambil berat" memandangkan dakwaan itu dibuat tanpa bukti kukuh.

15 October 2012

Setiap ada Krisis dalam Umno, berimpak negatif terhadap keputusan BN

Akibat krisis dalaman Umno tahun 1987, maka pada PRU-1990 BN kehilangan Kelantan dan Terengganu. Demikian juga krisis tahun 1998, walaupun BN masih menang 2/3, namun ramai pemimpin BN kehilangan undi majoriti, malah Najib sendiri hanya menang dengan majoriti kurang daripada 300 di parlimen Pekan.

Walaupun berlaku krisis kepimpinan pada tahun 1998, namun BN berjaya merampas semula Terengganu. Faktor kemenangan BN pada PRU-1999, apabila kaum cina dan india menyokong BN. Perkara ini terbukti, apabila Lim Kit Siang dan Karpal Singh kalah dalam PRU itu.

Pada PRU-2004, tiada krisis yang berlaku, kerana berlakunya perubahan kepimpinan negara daripada Tun Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Badawi. Kita menyaksikan, bahawa pada PRU itu, BN bukan sahaja menang tetapi menang 3/4 kerusi Dewan Rakyat.

Pada PRU-2008, berlaku lagi krisis. Krisis kali ini adalah antara Tun Abdullah Badawi dan Tun Dr Mahathir. Akibatnya, sudahpun kaum melayu berpecah, ditambah lagi dengan berpaling tadahnya penyokong kaum cina dan india terhadap BN. Buktinya apabila ramai pemimpin MCA, Gerakan dan MIC tewas. Malah Presiden Gerakan dan MIC turut kalah dalam pilihanraya itu.

Pada PRU-13 ini, tiada krisis dalaman Umno yang ketara. Diperkirakan pada PRU kali ini, kaum melayu akan bertaut semula dibawah payung BN, manakala, kaum cina dan india walaupun tidak sepenuhnya kembali sepertimana keputusan tahun 1990/1999/2004 akan tetapi sumbangan sokongan kaum itu akan menyebabkan Selangor, Kedah dan sebahagian kerusi Wilayah Persekutuan akan kembali ke pangkuan BN.

Sokongan kaum cina dan india terhadap BN belum mencukupi untuk menang di Pulau Pinang, namun, pada PRU kali ini, MCA dan Gerakan tidak akan kosong kerusi di negeri Pulau Mutiara itu.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, status quo akan bertahan, di mana Sabah akan menyumbang sekurang-kurangnya 23 kerusi Parlimen, manakala Sarawak setidak-tidaknya 28 kerusi parlimen.  Jika diambil kira kerusi WP Labuan, maka Sabah dan Sarawak akan menyumbang 52 kerusi Parlimen, berkurang 4 kerusi. Kekurangan ini akan ditambah kerusi-kerusi parlimen di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Kedah. Berasas kepada anggapan ini, BN dengan mudah mendapat kuasa 2/3 Dewan Rakyat.

Walaupun pembangkang mengangkat isu rasuah sebagai isu utama kempen mereka, namun rakyat secara umum masih menerima program kerajaan BN yang mengutamakan rakyat melalui Janji Ditetapi.

Kerajaan BN bukan sahaja membela rakyat melalui berbagai bantuan kewangan seperti BR1M, baucer buku, bantuan RM100 setiap murid sekolah rendah hingga menengah, juga bantuan pembelian handphone 3G bagi mereka yang berumur antara 21-30 tahun, ditambah dengan bantuan RM250 kepada golongan bujang yang berpendapatan kurang daripada RM2,000.

Untuk maksud penyeragaman harga antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, peruntukan hampir setengah bilion ringgit diberikan melalui bajet tahun 2013.

Pembangkang dalam usaha mereka menambat hati pengundi, mereka melakukan pendekatan yang tidak ekonomik, seperti penghapusan PTPTN, menghapus tol di Semenanjung (sedangkan sebahagian  besar rakyat langsung tidak mendapat manafaat).

Penurunan harga kereta yang diuar-uarkan pembangkang, bukan sahaja mematikan industri autombil negara, juga akan berakibat pengurangan peluang pekerjaan, malah akan berlaku pemberhentian beramai-ramai.

Selain itu, akibat pengurangan harga kereta import melalui potongan cukai, maka negara akan menjadi junk kepada pengeluar automobil negara maju, di tambah aliran mata wang negara ke negara luar.

Sebenarnya, pendekatan pembangkang hanya bertujuan untuk popular pada kali ini sahaja, namun selepas itu, pendekatan itu akan disemak semula apabila mereka menawan Putrajaya.

Contoh yang paling konkrit adalah air percuma Selangor, hanya menguntungkan mereka yang berkemampuan, manakala rakyat yang tinggal di flat dan rumah-rumah pangsa, tidak menikmati air percuma.

Adalah mudah untuk berjanji bagi pembangkang, namun mereka tahu, bahawa janji-janji itu tidak perlu ditunaikan apabila memerintah. Bercanggah dengan BN, BN berjanji hanya yang boleh dilakukan dan sesuai dengan kemampuan negara.

Adalah diperkirakan, walaupun pembangkang begitu aggresif menghadapi PRU-13, namun BN bersedia berhadapan dengan semua karenah mereka. Terpulang kepada rakyat, mana yang dipilih, janjii yang ditepati atau janji Retorik.

14 October 2012

Saya ke Sabah bukan kerana risau? Najib

Najib-Rosmah-Musa
Perdana Menteri menolak tanggapan pembangkang bahawa lawatannya yang kerap ke Sabah iaitu sebanyak lima kali tahun ini mempunyai kaitaan dengan kerisauan keadaan politik negeri ini.

Menurut beliau, kunjungannya ke Sabah adalah untuk menepati janji dan memperkukuhkan komitmen bagi membela nasib rakyat dan negeri Sabah.

Najib menambah -seorang pemimpin tahu merasai denyutan dan nadi rakyat dan kita mesti tahu apa aspirasi rakyat. Kita tidak boleh jadi pemipin besar kalau hanya petah bercakap seperti orang jual ubat di tepi jalan.

Kedudukan politik Sabah stabil dibawah  teraju Musa, walaupun beberapa pemimpin BN keluar baru-baru ini kerana para pemimpin itu mempunyai agenda mereka sendiri.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels