29 January 2013

PRU-13: Sentuhan-sentuhan akhir Musa Aman

BAGI berdepan dengan PRU-13, Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi BN Sabah, melakukan sentuhan-sentuhan akhir dengan berjumpa  para pengundi di merata tempat melalui walkabout.

Tumpuhan walkabout adalah di kawasan-kawasan kaum cina, atas sebab kawasan-kawasan ini merupakan rebutan utama antara parti pembangkang terutama DAP dan SAPP.

Pada PRU-12, ada beberapa kawasan samada parlimen mahupun dun dimenangi dengan majoriti di bawah 1000 undi, malah ada kawasan parlimen yang hanya dimenangi dengan majoriti 179 undi. Malah ada kawasan-kawasan yang dimenangi atas sebab berlakunya berbagai penjuru, misalnya Dun Likas, kalau dijumlahkan undi pembangkang, maka undi pembangkang jauh lebih banyak berbanding undi yang diperolehi  calon Bn, demikian juga di dun Inanam.

Dengan mengambil iktibar kepada keputusan PRU-12, maka Datuk Musa yang merupakan pengerusi bn negeri, melakukan sentuhan-sentuhan akhir, dengan tujuan menyelesaikan isu-isu semasa yang bergayut di kawasan-kawasan itu, disamping mendengar dengan sendiri permasalahan utama pengundi.

Umum mengetahui, bahawa sejak Musa mengetuai Pilihanraya Sabah, Bn Sabah hanya pernah kalah satu kerusi parlimen dan satu kerusi dun, samada melalui PRU-2004 dan PRU-2008.

Untuk ketiga kalinya, pada PRU-13 ini, sekali lagi Musa akan mengetuai jentera Bn Sabah berdepan dengan pilihanraya, yang dikatakan IBU kepada semua pilihanraya.

Bagi kawasan-kawasan yang ditandingi calon-calon Umno, berasaskan kecenderungan masa kini, Bn Sabah tiada masalah dan dijangka menang 100 peratus. Hanya bagi kawasan-kawasan kaum cina, terutama Parlimen Kota kinabalu dan Sandakan, Dun Likas, Luyang, Inanam, kepayan, Tanjong Aru, Sri Tanjong, Bn akan berdepan dengan saingan sengit daripada pihak pembangkang.

Penulis yakin, Musa mempuyai kaedahnya sendiri, atas sebab itu, sejak akhir tahun lalu dan berlarutan hingga kini, beliau melakukan aktiviti turun padang termasuk walkabout.

Difahamkan juga seluruh jajaran kepimpinan Bn, sudah turun padang begitu kerap, selain memberi penerangan/penjelasan, juga melakukan pemantuan, mana-mana janji Bn yang belum terealisasi.

Semua bahagian parti komponen bn di seluruh negeri, telah mengerakan Pusat Daerah Mengundi, termasuk mengaktifkan "war room" masing-masing.

Selain itu, Musa juga telah begitu aktif dalam dunia siber, terutama Facebook dan twitter. Melalui penggunaan media alternatif ini, rakyat dengan begitu cepat mengetahui tindakan/aktiviti apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah itu. Selain itu, beliau juga dengan pantas menjawab dengan sendiri permasalahan/pertanyaan daripada rakan-rakan fb mahupun twitter.

Pemanfataan media alternatif oleh para pemimpin, membuatkan mereka terasa dekat dengan rakyat. 

28 January 2013

PRU13 Sabah: Nizam Abu Bakar Titingan salah seorang muka baru

DALAM politik semuanya berkemungkinan. Paling utama yang mesti ada pada seseorang calon itu adalah keupayaan dan merit yang ada padanya.

Nizam Datuk Abu Bakar Titingan membuktikan keupayaannya dalam tangga kepimpinan parti. Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah itu pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Sabah, dan kini sebagai Naib Ketua Bahagian  UmnoTawau.

Di kawasannya baik di Bahagian Tawau mahupun Kalabakan, nama Nizam bukan asing pada rakyat di dua kawasan itu.

Untuk memasarkan namanya, jentera parti tidak sukar melakukannya, kerana namanya telah melekat pada rakyat akar umbi.

Sejak empat tahun lalu, ramai pengundi, malah pemimpin setempat, mahukan agar Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu diberi peluang mewakili mereka. jika demikian permintaan rakyat itu, maka para pengundi di kawasan itu, meminta pucuk pimpinan parti agar memberi peluang kepada pemimpin pelapis itu.

Kalau diberi peluang menjadi calon pada PRU-13, Nizam adalah winnable candidate samada bagi DUN N.59 Tanjung Batu atau DUN N.58 Merotai atau Dun N. 60 Sebatik. Namun, kawasan yang sangat sesuai bagi beliau adalah kawasan N.59 Tanjong Batu.

Adalah rahsia pemimpin Bn, bahawa kawasan Tanjong Batu, walaupun kawasan itu kawasan simpanan tetap Bn, namun pencapaian wakil rakyat yang ada dianggap kurang menyerlah sepanjang perkhidmatannya; terutama di gugusan Felda Umas-Umas. Keadaan ini menimbulkan kesangsian kepada jentera pilihanraya Bn bagi mengdahapi PRU-13, kerana terlalu banyaknya isu yang perlu dijawab.

Bagi berdepan ibu kepada pilihanraya negara ini, maka syogianya Bn perlu meminimakan perkara-perakara yang mengurangkan kemenangan calon-calon yang dikemukakan.

Dun Tanjong Batu yang mempunyai sekitar 13 ribu pengundi berdaftar, terdiri daripada 88 peratus bumiputera islam dan selebihnya terdiri daripada kaum-kaum lain termasuk cina 5 peratus.

Bagi Bn, siapapun yang akan diletakan pada kawasan itu, akan menang mudah, dengan syarat bahawa calon itu disukai rakyat, ertinya calon itu adalah calon pilihan rakyat.

Adalah dikhuatiri, walaupun kawasan itu mempunyai pengundi yang terdiri  88 peratus bumiputera islam, namun jika Bn tersalah letak calon, ada kemungkin calon itu boleh kalah, kerana tindakan protes.

Dun Tanjong Batu, adalah kawasan yang agak unik, kerana sejak tahun 1994, wakil-wakil rakyat bagi kawasan itu, jarang yang dikitar semula.

Pada PRU-13, jika Nizam diberi peluang bertanding di kawasan itu, penulis yakin, mantan Ketua Pemuda Umno Sabah itu akan bertahan berpenggal-penggal, kerana sifatnya yang sangat dekat dengan rakyat.

Dalam politik, kalau pemimpin atau wakil rakyat mengerti degup jantung rakyat yang diwakilinya, maka bertahan lama lah wakil rakyat itu.

PRU-13: Benar Kah Najib Dalam Dilema?

FAKTOR dilema hanya berlaku apabila melibatkan pemilihan calon. Tapi kalau dilihat daripada segi parti, sebenarnya siapapun Perdana Menteri atau Presiden Umno, tidak akan mengalami dilema.

Biasanya pemilihan calon adalah berasaskan kedudukan seseorang itu dalam parti, atau mantan-mantan pemimpin yang pernah menduduki jawatan dalam parti.

Kini kretiria pemilihan calon adalah seseorang itu adalah "winnable"; entah dilihat pada aspek mana winnable itu? apa kah melalui kedudukannya pada parti, atau kedudukannya di mata akar umbi atau kedua-duanya.

Sejak 2008, kerana tsunami politik melanda Bn di Semenanjung, maka bermula daripada ketika itu, para pemimpin Bn, tidak lagi mengambil lewa masalah akar umbi. Rata-rata pemimpin Bn melakukan pendekatan ke akar umbi melalui turun padang dan sekaligus mengurus padang.

Bermula pada empat tahun lalu, rata-rata pemimpin yang mempunyai jawatan dalam parti termasuk wakil-wakil rakyat melakukan pendekatan yang amat berbeza berbanding sebelum tahun 2008.

Walkabout, turun padang, peka terhadap perkembangan di kawasan masing-masing, termasuk kenduri kendara, kematian, majlis kahwin, turut dihadiri oleh rata-rata pemimpin Bn.

Mungkin situasi ini yang menjadikan Najib dalam dilema, kerana sukar menamakan calon-calon terbaik daripada yang terbaik.

Dakwaan pihak-pihak tertentu, kononnya kalau Najib mempertahankan calon-calon tahun 2008, maka beliau mempertahan calon-calon Pak Lah; sebenarnya semua itu hanya dakwaan pihak-pihak tertentu, kerana dalam Bn, tiada yang dikatakan sipolan dan sipolan adalah orang ini dan orang itu. Dalam Bn, yang dikenal adalah orang parti dan orang Bn.

Dalam politik, sesiapa sahaja orang parti adalah saudara dalam politik. Saudara dalam politik adalah penentu kemenangan dalam sebarang pilihanraya.

Dalam persaudaran politik, tidak boleh ada sikap pilih kasih, kerana dalam politik semua mempunyai persamaan. Melalui persamaan itu, parti membuat keputusan, berkaitan pemimpin mana yang perlu memikul amanah dan tanggungjawab.

Amanah dan tanggungjawab itu, bukan sahaja kepada saudara poliitk, juga tanggungjawab terhadap rakyat yang memberinya tanggungjawab.

Semoga, Perdana Menteri diberi hidayah, agar dapat memilih calon-calon yang terbaik daripada yang terbaik.

26 January 2013

Mandat dua pertiga penting terus kemajuan

Barisan Nasional (BN) perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi membolehkan segala aktiviti ekonomi dan pembangunan dirancang, dilaksana dengan teratur tanpa kekangan politik.

Ini kerana, kegagalan BN menang majoriti dua pertiga pada pilihan raya 2008 menyebabkan pelbagai projek seperti Transit Aliran Massa (MRT), LYNAS dan pembinaan Loji Langat Dua kini menjadi bahan manipulasi pembangkang sehingga pelaksanaannya terganggu. 

Keperluan mencapai kemenangan itu supaya fokus utama BN menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dicapai. Hanya melalui dokongan kekuatan politik sahaja, negara boleh mencapai wawasan 2020.

“Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan yang sukar untuk melengkapkan impian ini (negara maju) tanpa kemenangan majoriti (dua pertiga). Beliau memerlukan sebuah kerajaan kuat baik dari segi politik, mahupun ekonomi.

Rakyat harus menerima realiti, Malaysia belum lagi maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun yang mempunyai keseimbangan politiknya, kerajaan dan pembangkang sama kuat. Kalau Malaysia sudah maju mungkin boleh (tanpa dua pertiga).

24 January 2013

Maulidur Rasul: Ketua Menteri Sabah mengetuai perarakan


SAMBUTAN Maulidur Rasul tahun ini yang bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah; jika dihayati, maka perpaduan boleh dicapai serta kecemerlangan akan menjadi kenyataan.

Melalui pendekatan ini diharapkan semua rakyat memahami dan menyedari kepentingan perpaduan dalam sesebuah masyarakat dan negara.

Sementara itu titah Yang Dipertuan Agong "Perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan adalah amat penting untuk meneruskan agenda pembangunan, membina kekuatan dan mendaulatkan negara," titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1434H.

Di Sabah Perarakan Maulidur Rasul tahun ini, bermula daripada Padang Merdeka yang diketuai Ketua Menteri Sabah. Turut serta Speaker DUN Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah-Yahya Hussien, para kabinet negeri yang beragama islam. Kelihatan juga Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Tuan Haji Nizam Abu Bakar Titingan, bersama ribuan peserta yang terdiri daripada kakitangan awam, orang awam dan para pelajar.

Sempenana dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, dengan tema Wasatiyyah-diharapkan seluruh rakyat agar bersama-sama mengekal dan memperkukuhkan perpaduan untuk membina kekuatan bagi memajukan agama, bangsa dan negara.

Rakyat diseru agar  sama-sama menjayakan setiap usaha pembaharuan dan perubahan dengan menggunakan acuan Islam sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad S.A.W iaitu dengan penuh kesederhanaan dan berimbang.

Rasulullah menunjukkan bahawa kepelbagaian dalam masyarakat sama ada dari segi keturunan, pegangan agama, budaya dan bahasa, bukanlah satu masalah dan penghalang kepada perpaduan asalkan kesederhanaan atau pun pendekatan wasatiyyah itu dijadikan amalan dalam kehidupan.

22 January 2013

Gerak Pembangunan Kota Belud mengikut zaman

APABILA berbicara berkaitan pembangunan, sudah tentunya perlu melihat waktu dan keperluan pembangunan itu disamping peruntukan yang tersedia.

Kita maklum, Kota Belud, bukanlah seperti daerah lain yang mempunyai khazanah ekonomi seperti balak atau ladang-ladang yang luas. Kota Belud, hanya ada tanah landai, laut dan bukit.

Pembangunan Kota Belud, sebenarnya sangat bergantung kepada peruntukan kerajaan sepenuhnya, berlainan dengan kawasan lain, di mana swasta juga turut serta.

Pembangunan infrastruktur misalnya agak lambat bagi daerah Kota Belud berbanding kawasan Sepanggar, kerana kawasan Sepanggar telah menjadi tumpuhan pelabur.

Kalau membandingkan pembangunan antara daerah, adalah lojik membandingkan antara daerah Kota Marudu atau Tuaran, kerana ketiga-tiga kawasan ini hampir serupa daripada segi khazanah ekonominya.

Tuaran misalnya, walaupun berdekatan dengan ibu negeri, namun pembangunannnya tidak juga seperti di Sepanggar, malah boleh dikataan hampir serupa dengan Kota Belud.

Derap pembangunan perlu mengikut waktu. Atas sebab itu, membandingkan kadar pembangunan pada masa lampau dan masa kini tidak boleh dilakukan sama sekali, kerana sifat pembangunan itu terus berjalan sesuai dengan waktu.

Kota Belud memang kilang kepada pemimpin, kerana Kota Belud mampu melahirkan pemimpin yang bertaraf TYT, Ketua Menteri dan menteri pusat.

Seperti memasak, sebelum memasak kari misalnya, perlu disediakan ramuannya, bahannya, kemudian memasaknya. Walaupun kedengarannya mudah, akan tetapi untuk menghasilkan kari yang nyaman memerlukan kasabaran memasaknaya. Demikian juga pembangunan, waktu, kesabaran, perancangan, kewangan merupakan faktor-faktor yang menentukan kejayaan pembangunan.

Pembangunan rumah-rumah kedai misalnya, pihak pelabur tidak akan membangunnya, kalau tiada permintaan dan keperluan. Demikian juga pembangunan infrastrukutur, ianya dibangun kerana keperluan.

Memandangkan pembangunan infrastrukur bagi sesebuah daerah seperti Kota Belud, maka sudah tentunya sangat bergantung kepada kewujudan kewangan baik di peringkat negeri mahupun persekutuan. 

Kita maklum, bahawa rancangan Malaysia sudah masuk ke RMK ke-11, pun demikian pembangunan Kota Belud, belum lagi setaraf dengan pembangunan sepertimana yang terdapat di kawasan bandar, apatah lagi membandingkannya dengan kadar pembangunan di Semenajung.

Menurut seorang pakar pembangunan ROSTOW Menjelaskan bahwa modernisasi merupakan proses bertahap, dimana masyarakat akan berkembang dari masyarakat tradisional dan berakhir pada tahap masyarakat dengan konsumsi tinggi. Pada masa tradisional hanya mengalami sedikit perubahan sosial, atau mengalami kemandegan sama sekali. Kemudian berlahan-lahan Negara mengalami perubahan dengan adanya kaum usahawan, perluasan pasar, pembangunan industri. Perubahan ini adalah prakondisi untuk mencapai tahap selanjutnya yaitu tahap lepas landas.

Sebenarnya ini yang berlaku di Kota Belud. Para pemimpin terdahulu telah menydiakan kerangka untuk lepas landas. Masing-masing pemimpin sesuai dengan zaman mengikut pola moderniasi. Membandingkan pencapaian seseorang pemimpin sebenarnya tidak sesuai kerana keadaan dan kondisi yang berbeza.

Pembangunan Kota Belud, menjadi lembab bermula pada tahun 1986, apabila daerah ini diwakili oleh kerajaan yang tidak secocok dengan kerajaan pusat, walaupun pada zahirnya dalam barisan nasional.

Tidak mudah untuk membangunan kawasan yang diketepikan sejak sekian lama; ambil contoh, jika rumah bungalow yang cantikpun, kalau dibiarkan tidak berpenghuni, akan memerlukan waktu lama untuk dicantikan semula, dan kalau perlu direnovasi, kerana keadaannya ujur kerana tidak terselanggara. 

Sebenarnya pembangunan Kota Belud hanya bermula pada tahun 1995, walaupun satu ketika daerah ini diwakili oleh pemimpin besar Kota Belud seperti Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Tun Said Keruak.

Tempias pembangunan berlaku di  Kota Belud apabila jalan baharu yang ada sekarang dibina, menggantikan jalan lama yang melalui pekan Tamparuli.

Perancangan pembangunan Kota Belud bermula daripada masa itu (1995) apabila BN berjaya membentuk kerajaan negeri pada tahun 1994. Master Plan pembangunan di semua daerah termasuk Daerah Kota Belud disediakan oleh Unit Pembangunan Negeri, dimana input-input diterima daripada wakil rakyat.

Semasa pemerintahan BN (penulis mengambil kira bermula tahun 1994) wakil rakyat Kota Belud adalah Datuk Dr Salleh Tun Said, baik parlimen mahupun Dun Usukan.

Semasa menjadi wakil rakyat, Dr Salleh sudah tentunya memberikan input-input pembangunan, apakah di peringkat daerah mahupun peringkat negeri.

Perlu diingat, sesebuah pembangunan tidak akan berjalan, jika pembangunan itu tidak dimasukkan dalam plan pembangunan. Kerana wujudnya plan pembangunan itu, maka kerajaan baik negeri mahupun pusat mencari jalan bagaimana plan pembangunan itu dijayakan. Percayalah, jika sesuatu pembangunan tidak termasuk dalam plan pembangunan, maka pembangunan itu tidak mungkin berjaya.

Sebagai misalanya, Program Jelapang Padi Kota Belud, telah wujud sejak sekian lama, hanya menjadi program nasional melalui Bajet 2013 negara.

Projek Bekalan Air Luar Bandar Kota Belud misalnya, sudah menjadi salah satu program kerajaan sejak sekian lama, atas sebab itu, kerajaan negeri telah mengemukan plan pembangunan itu kepada kerajaan peresekutuan, dan pada tahun 2011, kerajaan Persekutuan melalui KKLW telah memperuntukan RM104juta untuk maksud penyediaan BALB Kota Belud.

Disebabkan kerajaan Bn Sabah berterusan sehingga kini, maka mudahlah bagi wakil rakyat yang mewakili Bn untuk merujuk sebarang perancangan pembangunan yang telah dirancang dan yang telahpun dimasukkan dalam plan pembangunan; dan yang perlu adalah komitmen kerajaan untuk melaksankannya. 

Sebarang pembangunan di mana sahaja, sebenarnya adalah hasil daya usaha sesebuah kerajaan secara kolektif, bukannya sumbangan hanya seseorang wakil rakyat. Itulah kebaikan sesebuah kerajaan yang berterusan, kerana sebarang pembangunan juga dapat diteruskan, tanpa mengira siapa wakil rakyatnya. 

Penulis tidak gemar membandingkan kejayaan atau pencapaian seseorang pemimpin dengan yang lainnya, kerana penulis berpijak kepada lahiriah pembangunan itu sendiri. Pembangunan tidak pernah berhenti, sesuai dengan zaman, sesuai dengan keperluan atau permintaan, kerana pembangunan perlu berterusan.

Untuk pembangunan Kota Belud misalnya, ada blogger yang membandingkan pencapaian antara Datuk Rahman Dahalan sebagai MP dan Datuk Dr Salleh Tun Said sebagai MP. Perbandingan dua MP ini tidak sesuai dibandingkan, kerana zaman dan masa yang tidak sama. Kalau membandingkan sesuatu mesti keadaan yang sama dan waktu yang sama. Membandingkan antara pembangunan Kota belud dan Daerah Kota Marudu antara tahun 1994-2013 misalnya boleh dilakukan, namun membandingkan keadaan Kota Belud pada tahun 1990 dan Kota Marudu pada tahun 2013 misalnya, tidak boleh dibandingkan kerana zaman dan masa yang berbeza.

Sebenarnya, sebarang pencapaian sesebuah kawasan yang diwakili Bn, adalah usaha kolektif semua pemimpin di semua peringkat baik daripada daerah sampailah ke peringkat pusat. Adalah fikiran yang dangkal membandingkan sesuatu pencapaian atau kejayaan itu pada keadaan yang tidak sama. Adalah jumud membandingkan pencapaian Tun Dr Mahathir dan Tunku Abdul Rahman, kerana membandingkan pencapaian dua Perdana Menteri itu tidak lojik dilakukan kerana keadaan dan zaman yang berbeza,

Usaha pihak tertentu terutama pembangkang khususnya di Kota Belud yang membanding-bandingkan antara pemimpin Bn, adalah usaha untuk melemahkan sokongan terhadap Bn melalui cara halus dengan percubaan mengasing-asingkan antara penyokong pemimpin tertentu dengan yang lainnya, yang sebenarnya semua itu adalah penyokong barisan nasional.

Pembangkang cuba melahirkan situasi tidak puashati, jika seseorang pemimpin dipilih, sementara yang satu lagi tidak dipilih, tujuannya agar berlaku sabotaj. Percayalah jika pembangkang berjaya, maka yang menanggung kerugian adalah Bn sendiri, maka yang diuntungkan adalah pembangkang.

PRU-2008, ramai calon-calon Bn kalah, bukan kerana pembangkang kuat, kekalahan calon-calon Bn, kerana wujudnya sabotaj, dimana unsur sabotaj dizahirkan oleh pembangkang sendiri. 

Dalam Umno/Bn masing-masing pemimpin mempunyai tugas yang bertujuan satu, yakni bagaimana Umno/Bn tetap disokong oleh rakyat dan mampu menang dalam pilihanraya. Semua kepimpinan dalam Umno/Bn sebenarnya saling lengkap melengkapi demi rakyat. Pemimpin Umno/Bn bergerak bersama, atas sebab itu, disetiap acara para pemimpin yang mewakili Umno/Bn selalu berkata Salam 1Malaysia, program Janji Ditepati.

20 January 2013

PRU-13: Masih Relevan Kah Kuasa 2/3?

MASIH relevan kah kuasa 2/3 dewan rakyat? 

Rakyat negara ini menyaksikan dua Perdana Menteri terpaksa meletakan Jawatan kerana faktor kuasa 2/3 dewan rakyat. Pertama berlaku pada Perdana Menteri Pertama, dan kedua kepada Perdana Menteri Ke lima.

Diramalkan, sekali lagi Perdana Menteri akan terpaksa meletakan jawatan selepas PRU-13, kerana Bn hanya mampu mempertahankan status quo keputusan PRU-12.

Pada PRU-12, Bn kekurangan 8 kerusi dewan rakyat untuk meneruskan kuasa 2/3 dewan rakyat.

Kalaulah benar, jangkaan beberapa pihak, bahawa Bn hanya mampu menang pada PRU-13, akan tetapi kuasa 2/3 dewan rakyat kononnya mustahil dicapai atas sebab senario politik tanah air yang sudah berubah, maka jika ikut tradisi, Najib terpaksa melepaskan jawatan.

Sampai bila perkara ini berterusan? apa kah juga selepas PRU-14, jika Bn masih juga menang bukan dengan kemenangan 2/3 dewan rakyat, maka Perdana Menteri juga perlu meletakan jawatan? kalaulah demikian kejadiannya, maka elok dihadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada satu penggal.

Jika dilihat pada keputusan-keputusan PRU-PRU yang lalu, sebenarnya dari segi undi popular, Bn jarang memperoleh undi 2/3, namun daripada segi kerusi jawpannya ya.

Pada PRU-12, misalnya.. di Semenanjung Bn mendapat undi popular 47 peratus berbanding PR 49, namun daripada segi jumlah kerusi Bn semanjung mendapat 85 berbanding PR 80. Secara keseluruhan pada PRU itu, Bn mendapat undi popular 50.2 peratus dengan jumlah kerusi 140 daripada 222. kalau dilihat daripada jumlah kerusi, Bn mendapat 63.06 peratus walaupun undi popular hanya 50.2 peratus.

Kuasa 2/3 dewan rakyat yang diperoleh BN, sebenarnya berpunca daripada pertambahan kerusi akibat persempadanan. Misalnya pada PRU-11, Bn medapat 64 peratus daripada jumlah kerusi berbanding pertambahan jumlah kerusi 90 peratus.

Najib berdepan dengan PRU-13, dengan tidak berlaku bersempadan semula pilihanraya, ertinya jumlah kerusi yang dipertandingkan tetap sama dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan pada PRU-12, samada di peringkat Parlimen mahupun dewan undangan negeri.

Jangan lupa, bahawa terdapat 17 parlimen diseleuruh negara dimenangi oleh calon-calon samada daripada Bn mahupun PR dengan undi majoriti kurang daripada 1000, sementara sebanyak 63 kerusi parlimen adalah kerusi campuran berbagai etnik.

Jika berlaku peralihan pola pengundian, kedua belah pihak mungkin mampu memang pada 17 kerusi parlimen, atau mempertahankan status quo seperti tahun 2008. Sebagai misalan, Parlimen Sandakan di Sabah, hanya dimenangi oleh calon Bn dengan majoriti 179, itupun kerana berlaku pertandingan tiga penjuru. 

Di sebahagian Parlimen yang termasuk dalam 17 kawasan itu, kalau dikira betul-betul, undi calon-calon yang kalah kalau dijumlahkan jauh lebih banyak berbanding dengan undi calon-calon yang menang; jika pada PRU-13 berlaku SATU LAWAN SATU, disinilah sukar diramal, ke arah mana trend pengundian.

PRU-13 dihadapi Bn dengan berbagai Transformasi, baik dalam politik, ekonomi dan sosial. Sebenarnya Bn telah berubah begitu banyak, walaupun dikatakan telah memerintah sejak merdeka lagi.

Walaupun Bn memerintah lebih setengah abad, namun perubahan-perubahan terus belaku dalam gabungan 14 parti itu, berlainan dengan pembangkang yang hanya bergantung kepada pemimpin lama mereka. Sebagai mislan, Lim kit Siang adalah pemimpin utama DAP, meskipun, Bn telah menukar 5 ketua kerajaan. Demikian juga PAS, parti itu berdekad mempertahankan Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am, dan kini dikhabarkan akan bertanding kerusi parlimen, walaupun secara fizikal telah uzur.

PRU-13 merupakan ibu kepada semua PRU di negara ini, atas sebab itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, jika Bn hanya menang mempertahankan status quo tahun 2008, kemenangan itu adalah kemenangan kosong, kerana kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan yang lemah.

Jika kerajaan yang dibentuk bukan dengan kuasa 2/3, maka rakyat yang dirugikan, kerana kerajaan yang ada itu tidak mampu berkerja, kerana akan sibuk mempertahankan kuasa politik. 

Parti manapun yang membentuk kerajaan yang bukan kuasa 2/3 akan mengekang pentadbiarannya, kerana selalu terhalang dengan perasaan takut tidak popular. Pada keadaan itu, banyak kemudaratan akan berlaku pada negara, akibatnya bukan sahaja negara rugi, malah rakyat secara keseluruhan.

19 January 2013

Datuk Lajim hebat

BAYANGKAN hanya beberapa bulan keluar daripada Umno, kini Lajim menobatkan dirinya bakal Ketua Menteri Sabah, jika Pakatan Rakyat menang di Sabah pada PRU-13 akan datang.

Lajim mengunapakai nama Anwar Ibrahim menjajah penobatannya sebagai bakal KM Sabah. Setidak-tidaknya itulah kehebatan Lajim.

Rupanya dalam Pakatan Rakyat, orang lama seperti Ansari Abdullah, Tamrin Zaini dan ramai lagi, tidak memdapat kepercayaan daripada Anwar, kerana memilih Lajim menjadi boss kepada pemimpin kanan PKR negeri atau Pakatan Rakyat negeri; setidak-tidaknya itulah maksud daripada kenyataan Lajim yang dibawanya ke sana ke mari.

Satu lagi kehebatan Lajim adalah, setiap lawatannya akan diiringi sekurang-kurangnya 70 pengikutnya, maknya, jika tempat yang dituju ada 30 orang, maka kelihatan majlis itu dihdiri 100 orang.

Rupanya, dakwaan Lajim bahawa dia keluar daripada Umno, kerana kononnya untuk membela rakyat, rupanya hanya gimik, kerana niat sebenarnya adalah mahu jawatan KM.

Lajim tiada pilihan, kerana dalam Umno sendiri, nama Lajim Ukin bukan lagi winnable candidate, ertinya dia akan direhatkan pada PRU-13, kalau dia masih dalam Umno/Bn.

Lajim tidak mahu tersunggur ditengah jalan, kerana dia masih merasa bahawa dia masih layak sebagai calon mewakili umno/Bn, namun persyaratan yang diperlukan oleh pucuk pimpinan umno/Bn, adalah seseorang mestilah mempunyai kretiria sebagai calon yang boleh menang, namun syarat-syarat itu tidak dimilikinya lagi.

Lajim lupa, bahawa senario politik sudah berubah, bukan lagi berada pada tahun 1980-an atau 1990-an, di mana pada itu dia masih mempunyai ramai penyokong. 

Rakyat telah membuka mata, lebih 26 tahun Lajim mewakili Klias dan kemudian Beaufort, masalah utama rakyat di kawasan itu belum dapat di atasi.

Kini Lajim serupa Anwar, hanya mempunyai cita-cita untuk mengejar jawatan dan sanggup mempergunakan rakyat dengan berbagai janji retorik dan pembohongan hanya untuk mengejar cita-cita peribadi.

Bodohlah rakyat menyokong pemimpin seumpama ini.

Kota Belud: Demam PRU-13 sudah terasa

 PRU-13 yang dinanti-nantikan, kini melanda seluruh pelosok tanah air, tidak terkecuali Kota Belud.

Kawasan Kota Belud adalah kawasan yang termasuk kawasan selamat bagi barisan nasional mempunyai satu kawasan parlimen dan tiga kawasan dewan undangan negeri.

Pada PRU lima tahun lalu, semua kerusi yang ditandingi bagi kawasan itu dimenangi oleh calon-calon daripada barisan nasional.

Kota Belud yang mempunyai tiga komposisi etnik yang terbesar yakni Bajau-Kadazandusun-Iranun serta sedikit entik lain-lain termasuk kaum cina.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjaya memisah-misahkan tiga suku kaum itu melalui persempadanan pilihanraya, di mana kawasan etnik Bajau menguasai DUN Usukan, Kadazandusun DUN Kedamaian dan kawasan campuran DUN Tempasuk.

Daripada tiga kawasan itu, hanya DUN Tempasuk memerlukan kerjasama antara etnik untuk menjamin kemenangan; sementara DUN yang dua lagi, Usukan hanya perlu penyatuan etnik bajau sementara Kedamaian-etnik Kadazandusun.

Bagi kawasan parlimen pula, kesepakatan semua kaum adalah tolok ukur untuk menang, namun jika semua kaum bumiputera islam bersatu menyokong sesebuah parti atau calon, maka ianya juga boleh mencapai kemenangan.

Namun demikian, pola pengundian bagi kawasan ini, bukan berasas kepada anutan agama, melainkan kepada etnik. Apabila etnik bajau dan iranun bergabung, maka pilihan mereka adalah pemenang, demikian juga jika berlaku penggabungan sokongan bajau-KDM atau KDM-Iranun, pilihan gabungan itu adalah pemenang.

Sesiapa sahaja calon yang dianggap winnable candidate bagi kawasan Parlimen Kota Belud, maka calon itu perlu mempunyai sokongan daripada tiga etnik yang ada di Kota Belud.

Pada PRU-13- rakyat Kota Belud akan akur terhadap pilihan pucuk pimpinan Bn, siapa kah calon-calon yang dikemukakan. 

Pada kebiasaannya, pucuk pimpinan akan mengutamakan wakil-wakil rakyat yang sedia ada; walaupun demikian penggantian calon ada kemungkinan berlaku, sesuai dengan senario politik semasa.

Pada PRU-2008, para pemimpin yang dicalonkan Bn - Datuk Rahman Dahalan (Parlimen Kota Belud)- Datuk Japlin Akim (DUN Usukan)-Datuk Musbah Jamli (DUN Tempasuk)-Datuk Helbert Timbon Lagadan (DUN Kedamaian).

Pada PRU-13, banyak persepsi, bahawa pemimpin vetaran Datuk Dr Salleh Said akan menyertai semula pilihanraya, namun diperingkat mana Speaker DUN Sabah itu bertanding, hanya Najib dan Musa sahaja yang mengetahui.

Umno Sabah telahpun menghantar senarai calon-calon kepada persiden parti untuk dipertimbangkan. Tiada siapa yang mengetahui senarai-senarai itu, kecuali Musa dan Najib sendiri.

Namun, dalam mempersiapkan jentera pilihanraya- Ketua Bahagian Umno Kota belud-Datuk Dr Salleh Tun Said telahpun menggerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan terbaharu, menggerakan PDM Kampung Rampayan. 

Sementara itu, semalam- bertempat di kampung Labuan, tiga wakil rakyat daripada BN- Datuk Rahman, Datuk Musbah dan Datuk Japlin bersama-sama penduduk kampung itu bersantai bersama sambil memberi penerangan berhubung isu-isu semasa kepada rakyat.
Pendekatan SANTAI BERSAMA PENDUDUK merupakan pendekatan baru dalam arena politik kawasan Kota Belud, kerana acara seumpama ini lebih menjamin keakraban antara para pemimpin dengan rakyat, kerana atas sifatnya yang tidak formal.

Bahang PRU-13 telah terasa di Kawasan Kota Belud, sedikit masa lagi bendera-bendara daripada berbagai parti akan berkibar di sepanjang jalan, rumah-rumah penduduk mahupun sekitar perkampungan.

Hanya rakyat yang boleh menjamin kemenangan sesebuah parti. Pada masa itu, pemimpin dan parti yang disukai rakyat akan menjadi pemenang. BN pilihan rakyat Kota Belud.

18 January 2013

PRU-13: Salah Satu Penentu adalah 3M

MONEY MACHINERY MEDIA @3M merupakan salah satu penentu keberkesanan samada di pihak barisan nasional mahupun pakatan rakyat.

Pihak Bn memang dilihat lebih gagah daripada segi 3M ini, kerana rekodnya yang menjadi kerajaan lebih setengah abad; namun keagrisifan pihak pakatan rakyat mengimbangi 3M Bn itu pada PRU-2008.

Pada PRU-2008, disamping berbalahan dalam Bn sendiri dan ditambah dengan keagrisifan pihak pembangkang, maka penguasa negara sejak meredeka itu kehilangan kuasa 2/3 kerusi dewan rakyat.

Semalam, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa jikapun Bn masih menang dalam PRU-13, namun tanpa kuasa 2/3 disifatkannya sebagai kemenangan kosong kerana kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan yang lemah.

Mahathir memberi contoh kerajaan Bn yang sedia ada adalah kerajaan yang lemah, atas sebab itu takut membuat keputusan.

Dalam mengulas kenyataan Mahathir itu, Perdana Menteri- DS Najib berkata bahawa barisan kepimpinannya akan berusaha membentuk kerajaan yang kuat selepas PRU-13 dan yakin Bn akan mampu menang dengan kuasa 2/3.

Namun, ramai penganalisis politik tempatan, termasuk majlis professor negara, beranggapan bahawa walaupun Bn masih boleh menang namun kemenangan itu ditandai dengan jumlah kerusi yang merosot, ertinya Bn hanya akan mampu menang di bawah 140 kerusi parlimen.

Pada PRU-2008, terdapat 17 kerusi parlimen yang dimenangi di bawah 1000 undi majoriti, manakala 63 kawasan campuran masih dalam tandatanya, di mana pemenangnya akan dietentukan oleh pengundi atas pagar.

Dalam PRU-13 ini, perkara mustahak sebelah mana kah yang mempunyai keunggulan dalam soal 3M; pada PRU-12 lalu, nyata penggunaan media alternatif dikuasai oleh pihak pembangkang, namun pada kali ini, nampaknya Bn telah mengimbangi penguasaan pembangkang dalam dunia siber.

Money dan machinery, tiada siapa yang tahu kekuatan pembangkang dalam soal Money, namun daripada segi machinery nampaknya Bn masih punya keunggulan. Faktor penentunya adalah determinasi.. pihak pembangkang mempunyai determinasi yang agresif kerana mereka mahu merampas kerajaan, manakala pihak Bn dalam keadaan bertahan, kerana rasa tanggungjawab yang tinggi sesuai dengan visi Janji Ditepati, manakala pembangkang bebas menabur berbagai janji termasuk bulan dan bintang serta galaxy.

Para pemimpin pembangkang semasa berceramah seperti penjual ubat jalanan yang menjual ubat dengan menyatakan ubat mereka sangat mujarab, walaupun tiada fakta yang menunjukkan bahawa ubat mereka mujarab.

Kekangan kepada pemimpin Kerajaan adalah mereka tidak boleh membuat janji yang sukar dilaksanakan, atas sebab itu, jika rakyat termakan janji-janji retorik, terutama mereka yang berada di atas pagar yang jumlahnya jutaan daripada lebih 12 juta pengundi yang layak mengundi pada PRU kali ini, maka atas sebab itu, adalah sukar meramal keputusan PRU kali ini.

Adalah belum terlambat bagi pihak Bn untuk mempergunakan sedikit masa yang tersisa ini bagi mendapat sokongan daripada pengundi terutama mereka yang di atas pagar. Gunakan kelebihan yang ada, jangan lokek, kerana apabila pengundian telah selesai, penyesalan tidak berguna lagi. ALL OUT BN.

17 January 2013

"Projek IC" mempertahankan Kemenangan BN? di Sabah

RCI Pati Sabah yang sedang berjalan banyak membicarakan "mempertahankan" kuasa BN pada tahun 1994? Keterangan itu sungguh bercanggah dengan fakta.

Bn Sabah tidak berkuasa di Sabah sejak tahun 1990, kerana PBS yang merupakan komponen Bn sejak tahun 1985 keluar daripada komponen itu pada tahun 1990.

Dakwaan dan pendedahan kononnya berlaku pertambahan pengundi islam antara 1990-1994 untuk mempertahankan kerajaan Bn adalah silap, kerana Bn Sabah tidak pernah menang pilihanraya baik pada PRU-1990 mahupun 1994.

Jika juga benar bahawa kerajaan Bn semasa Berjaya 1976-1985 berlaku pertambahan undi untuk menyokong Berjaya, ternyata silap juga, kerana pada PRN Sabah 1985, Parti Berjaya hanya mendapat 6 Kerusi, berbanding PBS 25.

Bn Sabah hanya menang pilihanraya tahun 1999 apabila berlaku pertambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri, daripada 48 kepada 60.

Ingat operasi menahan mereka yang terlibat dengan SKIM CEPAT KAYA mengeluarkan IC Biru Sabah berlaku pada tahun 1995. Pada masa itu ramai individu ditahan melalui ISA termasuk para pegawai JPN dan individu tertentu.

Kini, apabila mengikuti pendengaran RCI Pati Sabah di Mahkamah Kota Kinabalu, kebanyakan saksi hanya bercakap menggunakan kata-kata, tanpa disertai fakta. Mereka dengan bebas mengaitkan sesiapa termasuk yang telah mati, kerana mereka tahu individu itu tidak mampu mempertahankan diri.

Sebagai orang biasa, pendengaran RCI yang sedang berlangsung hanya sebagai medan balas dendam bagi individu yang terlibat, kerana kebanyakan mereka yang memberi keterangan adalah mereka yang pernah ditahan melalui ISA.

Pihak Pembangkang terutama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dengan cepat menuding jari kepada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai pengkhianat, sedangkan RCI itu belumpun memutuskan apa-apa, apakah mengguna pakai kesaksian yang diberikan kerana saksi-saksi tidak mengunakan hujah yang disokong oleh fakta. Kebanyakan keterangan para saksi adalah "hearsay" dan mereka tidak menunjukkan "bukti" yang menyokong keterangan mereka.

RCI Pati Sabah masih berlangsung.

RCI Pati Sabah: Osu Sukam, Aziz Shamsuddin masih Hidup

Dua bekas orang kanan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dikaitkan oleh saksi-saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah memberi 
keterangan bahawa dia dan yang lain-lainnya menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin (kanan), yang ketika itu merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir, untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Yakup Damsah, yang ketika itu ketua JPN Tamparuli, memberitahu RCI bahawa beliau dan pegawai lain JPN telah diterbangkan dari Sabah ke Kuala Lumpur.

Katanya, selepas menerima arahan dari pengarah JPN Sabah ketika itu, Abdul Rauf Sani, mereka diminta pergi ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di kediaman Abdul Aziz di Kampung Pandan.

Beliau berkata mereka ditugaskan untuk menandatangani kad pengenalan yang akan diberikan kepada pendatang, yang kemudiannya dilamina di ibu pejabat JPN di Petaling Jaya dan dihantar ke JPN Kota Kinabalu untuk pengagihan.

Ditahan di bawah ISA

Yakup berkata, mereka telah diberi taklimat mengenai tugasan khas oleh seseorang yang mereka tidak diketahui, bernama 'Mat Nor'.

"Beliau minta kami mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang," katanya.

Yakup, yang kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata dia sedar bahawa operasi itu adalah haram, tetapi dia mengikuti arahan kerana dia adalah seorang penjawat awam.

"Kami telah diberitahu bahawa kami akan dilindungi daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya.

Yakup berkata, kumpulannya menandatangani sebanyak 40,000 kad pengenalan biru dalam tempoh sebulan, berdasarkan borang permohonan yang telah diisi yang diberikan kepada mereka.

Katanya, mereka tidak melihat borang secara terperinci, "kita hanya tandatangan..." 

"Kami tahu mereka adalah pendatang, kebanyakannya warga Indonesia dan Filipina, tetapi kami tidak tahu sama ada mereka pendatang yang sah atau tidak," katanya.

Beliau menambah bahawa niat tindakan mereka itu adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah dan untuk memastikan bahawa mereka akan mengundi untuk Umno dalam pilihan raya 1994 di negeri Sabah.

Pada masa yang sama, kata Yakup, kumpulannya juga terlibat dalam operasi lain, di mana mereka tidak memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tetapi memberi mereka resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Bekas timbalan menteri dalam negeri juga dikaitkan

Sebelum itu, dalam keterangannya, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin yang menggantikan Abdul Rauf, mendakwa operasi itu bermula hampir dengan tarikh pilihan raya.

Ramli mendakwa operasi itu dijalankan selepas secara peribadi menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai operasi itu, Ramli mendakwa beliau telah diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel.

Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan persekutuan.

Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi memboleh mereka mengundi.

Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau.

Personaliti lain yang hadir di hotel tersebut ketika itu ialah Datuk Osu Sukam yang menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels