APAkah tradisi Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, selepas sepenggal berkhidmat akan diterjunkan bertanding dalam pilihanraya?
Sebelum ini Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Rahman Dahalan dipilih untuk menggalas sebagai wakil rakyat pada PRU-2008.
Jawatan sebagai Ketua Setiausaha Politik adalah suatu jawatan yang menjadikan seseorang itu menjiwai politik dan akan mudah bagi seseorang itu berkhidmat dengan rakyat.
PRU-13 semakin sudah diambang pintu. Apa kah Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan bakal menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang calon bagi BN?
Melihat keaktifan Nizam di kawasannya Tawau, menggambarkan ada signal, bahawa beliau akan diberi mandat oleh pucuk pimpinan sebagai salah seorang calon pada PRU-13 ini.
DALAM politik semuanya berkemungkinan. Paling utama yang mesti ada pada seseorang calon itu adalah keupayaan dan merit yang ada padanya.
Nizam Datuk Abu Bakar Titingan membuktikan keupayaannya dalam tangga kepimpinan parti. Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah itu pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Sabah, dan kini sebagai Naib Ketua Bahagian UmnoTawau.
Di kawasannya baik di Bahagian Tawau mahupun Kalabakan, nama Nizam bukan asing pada rakyat di dua kawasan itu.
Untuk memasarkan namanya, jentera parti tidak sukar melakukannya, kerana namanya telah melekat pada rakyat akar umbi.
Sejak empat tahun lalu, ramai pengundi, malah pemimpin setempat, mahukan agar Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu diberi peluang mewakili mereka. jika demikian permintaan rakyat itu, maka para pengundi di kawasan itu, meminta pucuk pimpinan parti agar memberi peluang kepada pemimpin pelapis itu.
Kalau diberi peluang menjadi calon pada PRU-13, Nizam adalah winnable candidate samada bagi DUN N.59 Tanjung Batu atau DUN N.58 Merotai atau Dun N. 60 Sebatik. Namun, kawasan yang sangat sesuai bagi beliau adalah kawasan N.59 Tanjong Batu.
Adalah rahsia pemimpin Bn, bahawa kawasan Tanjong Batu, walaupun kawasan itu kawasan simpanan tetap Bn, namun pencapaian wakil rakyat yang ada dianggap kurang menyerlah sepanjang perkhidmatannya; terutama di gugusan Felda Umas-Umas. Keadaan ini menimbulkan kesangsian kepada jentera pilihanraya Bn bagi mengdahapi PRU-13, kerana terlalu banyaknya isu yang perlu dijawab.
Bagi berdepan ibu kepada pilihanraya negara ini, maka syogianya Bn perlu meminimakan perkara-perakara yang mengurangkan kemenangan calon-calon yang dikemukakan.
Dun Tanjong Batu yang mempunyai sekitar 13 ribu pengundi berdaftar, terdiri daripada 88 peratus bumiputera islam dan selebihnya terdiri daripada kaum-kaum lain termasuk cina 5 peratus.
Bagi Bn, siapapun yang akan diletakan pada kawasan itu, akan menang mudah, dengan syarat bahawa calon itu disukai rakyat, ertinya calon itu adalah calon pilihan rakyat.
Adalah dikhuatiri, walaupun kawasan itu mempunyai pengundi yang terdiri 88 peratus bumiputera islam, namun jika Bn tersalah letak calon, ada kemungkin calon itu boleh kalah, kerana tindakan protes.
Dun Tanjong Batu, adalah kawasan yang agak unik, kerana sejak tahun 1994, wakil-wakil rakyat bagi kawasan itu, jarang yang dikitar semula.
Pada PRU-13, jika Nizam diberi peluang bertanding di kawasan itu, penulis yakin, mantan Ketua Pemuda Umno Sabah itu akan bertahan berpenggal-penggal, kerana sifatnya yang sangat dekat dengan rakyat.
Dalam politik, kalau pemimpin atau wakil rakyat mengerti degup jantung rakyat yang diwakilinya, maka bertahan lama lah wakil rakyat itu.