17 December 2013

Datuk Teo Chee Kang Sepatutnya Letak Jawatan Menteri: Kapiten Philip Tsen

Phillip Tsen, bekas Ahli Maljis Tertinggi LDP, bekas Setiausaha Eksecutif LDP dalam satu kenyataan yang diemilkan kepada OKB mengatakan bahawa Datuk Teo Chee Kang tidak lagi layak untuk terus memegang jawatan sebagai Menteri Tugas Tugas Khas dalam Kabinet Negeri Sabah yang dipimpim oleh YAB Datuk Seri Musa Aman.
 
Menurut beliau, walaupun Teo merupakan anggota kabinet negeri, namun masih berpendirian bahawa beliau dan Datuk Chin Su Phin, masih tidak dapat berkerjasama dengan Pengerusi Bn Sabah itu.
 
Selain itu, mereka berdua masih berpegang kepada kenyataan mereka sebelum ini, bahawa mereka tiada kepercayaan kepada Musa.

Tindakan mereka berdua, untuk menjatuhkan Presiden LDP yang menyebabkan huruhara dalam parti, sehingga menyebabkan keyakinan rakyat terhadap parti itu terjejas.

Tindakan Teo dan Chin, bukannya mahu menyatupadukan parti, sebaliknya mahu mengejar kedudukan untuk diri sendiri, demikian kata Kapiten itu..

“Adakah Datuk Teo tidak sedar atau pun sudah lupa, seperti kacang lupakan kulit, bahawa Datuk VK Liew yang ,encadangkan dan menyokong beliau sebagai seorang anggotta Kabinet selepas sahaja PRU-13?” Tanya Tsen.

Kelakuan Datuk Teo bertentangan dengan trugasnya sebagai seorang Menteri Tugas Tugas Khas yang menjaga kemakmuran golongan masyarakan Tiong Hua di negeri Sabah. Saya juga amat ingin mengingatkan kepada Datuk Teo bahawa tiada sebarang pengitirafan daripada pihak BN Sabah dan BN Pusat mengenai perlantikan beliau sebagai Presiden Parti LDP.

Sehingga hari ini, Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malasia, selaku Pengerusi BN Sabah dan BN
Pusat tidak mengitirafkan (recognise) Datuk Teo dan Datuk Chin Su Phin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden LDP.
 
Datuk Teo kena sedar bahawa ini memalukan dirinya sendiri dan beliau patut mengambil langkah yang wajar untuk meletakan jawatan sebelum beliau disingkirkan dari Kabinet oleh Ketua Menteri.

Pada masa yang sama, saya juga menyeruh Datuk Chin Su Phin untuk meletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara kerana beliau telah memalukan Dewan dengan penipuan beliau di mana beliau mengunakan kedudukanya untuk mendapat projeks berjuta-juta ringgit untuk syarikat beliau sendiri.
 
Chin selalu meggunakan alasan bahawa beliau yang menjadi pengutip wang untuk membiayai parti dan dia mengunakan taktik ini mendapatkan kepercayaan pegawai Kementerian. Chin juga mendakwa bahawa beliau menanggungkan berjuta-juta ringgit dalam kempen PRU -13 baru baru ini.

Dimanakan dia dapatkan wang ini ? Sekiranya betul, saya menyuruh pihak SPRM untuk membuat siasatan terhadap nya, gesa Tsen.

12 December 2013

Trend Kenaikan Harga Barang; Impaknya kepada BN

Kini, di mana-mana, kata-kata pemimpin Bn sebelum ini bahawa Bn " Senantiasa mendengar denyut nadi rakyat" dijadikan bahan lelucon (bahan ejekan), kerana kata-kata itu, tidak diingat lagi. Manakan tidaknya, selepas rakyat digemparkan dengan kenaikan harga minyak mendadak tahun 2006, yang berakibat kenaikan harga barangan yang tidak terkawal; memaksa kerajaan memansuhkan kenaikan itu dan kembali kepada harga lama. Namun, kenaikan harga minyak itu, menghukum barisan nasional pada tahun 2008.

Para pemimpin Bn terutama Umno tersentak dengan keputusan PRU itu, dan meletakan kekalahan kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri- Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Pak Lah terpaksa meletakkan jawatan pada 3 April 2009, ekoran keputusan PRU-12, atas sebab Bn kehilangan kuasa 2/3 dengan hanya mendapat 140 kerusi daripada 220. Sementara Umno pula hanya mendapat 79 kerusi.

Apa yang memeranjatkan Bn pada PRU-12, adalah jatuhnya Selangor, Perak dan Kedah untuk pertama kali dalam sejarah Bn, diikuti Pulau Pinang untuk kali kedua, dan jangan bercakap soal Kelantan, tidak mampu tergoyahpun. Kelantan jatuh ke tangan Pas pada PRU-1990.

Bermula tahun 2009, selepas Najib dilantik sebagai Presiden Umno sekaligus Perdana Menteri, berbagai pendekatan dilakukan, termasuklah slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan.

Selain itu, berbagai program kerajaan diperkenalkan termasuk pengwujudan MAMPU yang memperkenalkan berbagai KPI dan NKRA semua agensi atau kementerian kerajaan. Namun, dengan berbagai kaedah atau program atau perancangan yang diadakan, kononnya hasil buah fikiran orang-orang tertentu yang terpilih, akhirnya KEPUTUSAN MENGURANGKAN SUBSIDI, KENAIKAN TARIF LITRIK juga menjadi TINDAKAN KERAJAAN.

Umum mengetahui, apabila faktor subsidi disentuh terutama yang berkaitan dengan minyak, kenaikan tarif litrik dilakukan, maka tiada yang boleh mengawal, respon berikutnya adalah kenaikan harga barangan.

Bagi rakyat yang berkemampuan, kenaikan harga barangan terutama barangan keperluan harian, meskipun berimpak, tetapi tidak terasa sangat; namun bagi rakyat yang berpendapatan rendah, apatah lagi yang tidak berpendapatan tetap, impak kenaikan harga barangan sungguh terasa sekali.

Akan tetapi, tanggapan orang-orang muda yang belum berkeluarga, meskipun terdapat kenaikan harga barangan, keadaan tersebut tidak mempunyai impak kepada lifestyle mereka, kerana barangan keperluan harian, bukanlah keutamaa pokok mereka. Namun, jika dilihat daripada pendirian politik mereka, kenaikan harga barangan mengakibatkan mereka cenderung memilih parti yang memberi alternatif yang tidak memilih mengurangkan subsidi sebagai pendekatan fiskal.

Kenaikan harga barangan terutama barangan keperluan harian, sangat menghantui penduduk pedesaan, di mana kenaikan harga produk mereka, tidak setanding dengan kenaikan harga barangan yang perlu dibeli, seperti minyak makan, gula, bawang, tepung, pakaian, seragam sekolah, kasut sekolah malah harga bahan-bahan tulisan, mahupun buku tulis.

Dua pilihanraya lalu, yang benar-benar kritikal kepada Barisan Nasional, Bn mendapat undi daripada pengundi luar bandar. Bn tidak lagi boleh bercakap soal penduduk bandar, kerana rata-rata penduduk bandar sudah menolak Barisan nasional, keculai Parlimen Johor Baharu, Kangar dan Putrajaya.

Penduduk Bandar dan Spra Bandar sudah tidak dikuasai Barisan Nasional, atas sebab itu Pembangkang mampu menambah kerusi daripada 82 kepada 89 pada PRU-13. jika Pembangkang mampu menembusi pengundi luar bandar, kerana pengundi merasa tertipu dengan janji Bn yang tidak ditetapi sepertimana slogan awal "Mendenger degup jantung dan nadi rakyat", maka pada PRU-14 akan datang, bukan sahaja Bn akan gagal merampas sebahagian daripada 89 kerusi Pakatan Rakyat (pembangkang), malah kerusi-kerusi marjinal yang dimenangi Bn di kawasan luar bandar pada PRU-13, akan kalah.

Pakatan Rakyat hanya memerlukan tambahan 23 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Pembangkang terlalu gencar (aktif) memepergunakan kenaikan harga barangan untuk menarik sokongan rakyat luar bandar, selain menyemerakan sifat "cemburu' rakyat terhadap perilaku para pemimpin tertentu, yang memanfaatkan kedudukan politik untuk memperkukuh kedudukan.

Kempen pembangkang, Bn hanya membela golongan terpilih, Umno mengamalkan rasuah, merupakan dua faktor yang senantiasa diulang-ulang oleh pihak pembangkang. Dua faktor ini, sungguh mempunyai impak, kerana kepetahan pembangkang meretorikannya.

Selain, untuk menaikan rasa cemburu penduduk luar bandar, yang rata-rata melayu dan bumiputera, mereka menguar-uarkan bantuan kerajaan kepada penduduk cina yang berjuta-juta jumlahnya, sedangkan bantuan kepada penduduk rakyat luar bandar, bagaikan melukut ditepi gantang.

Nampaknya cabaran besar menunggu Bn pada PRU-14 akan datang. Kalau ianya tidak ditangai seawal mungkin, mungkin, Bn akan mengambil alih peranan pembangkang pula.

Perlu disadari, bahawa sebahagian pemimpin Bn sekarang sudah mula arrogant, terutama mereka yang baru mendapat habuan pangkat dan jawatan. Supaya keadaan jangan bertambah kalut, maka pemimpin lama yang berjawatan perlu memberi nasihat kepada pemimpin baru ini, supaya mengamalkan rasmi padi semakin berisi semakin tunduk, bukannya mengikut rasmi jangung, semakin masak semakin meneggak.

Jangan pelik, bahawa pada PRU-14 akan datang, mungkin berlaku tsunami melayu atau bumiputera, kerana pengundi ini merasa dikhianati. Sebagai contoh pada PRU-13 lalu, tiada yang sangka Parlimen Batu Pahat, Parlimen Bukit Katil, Parlimen Temerloh, Parlimen Penampang akan jatuh ke tangan pembangkang, demikian juga DUN luar bandar seperti Kedamain, Matunggong, Tamparuli, Bingkor, Inanam di Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang. Demikian juga kawasan-kawasan di Johor, dan hampir rebahnya Kerajaan Terengganu.

Jelas, selama 4 tahun mendatang, rakyat akan merasakan impak kenaikan harga barangan, impak prespsi akan menentukan pendirian mereka pada PRU-14.

Pada PRU-14 itu, kuasa wang tidak akan mampu mengubah pendirian pengundi; seperti mana berlaku di beberapa kawasan pada PRU-13 lalu. Fikir-fikirkan lah.

11 December 2013

Sejauh mana sifat Pura-Pura Pemimpin Boleh Bertahan?

PERLU diterima hakekat, bahawa seseorang yang dinobatkan sebagai pemimpin kerana seseorang itu dilihat keikhlasannya dalam memimpin. Kerana sifat keikhlasan itu, maka selain dipermudahkan oleh Allah dalam semua urusannya,maka manusia sebagai pengikut atau penyokong yang juga ciptaan Allah, terbuka hati mereka menyokong dan seterusnya menobatkan seseorang itu menjadi pemimpin.
Nawaitu seseorang itu tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan Allah, atas sebab itu, pesanan itu disampaikan oleh Allah kepada manusia yang termasuk di mana seseorang itu ingin menjadi pemimpin. Kerana kuasa Allahlah, sebahagian manusia (rakyat) di mana seseorang itu mahu menjadi pemimpin mengerak hati manusia-manusia itu (rakyat) memberi peluang kepada seseorang itu menjadi pemimpin.
Namun, namanya juga manusia. Allah telah menjanjikan berbagai dugaan dan cabaran kepada hamba-hambanya. Syaitan dan iblis telah bersumpah di depan Maha Pencipta, bahawa akan mengheret bani adam ke lembah yang tidak diredhali Allah sehingga ke hari kiamat.
Atas sebab itu, hanya manusia yang sempurna iman dan ketaqwaannya sahaja yang mampu menghindar daripada godaan syaitan dan iblis.
Kerana godaan syiatan dan iblis itulah, seseorang pemimpin yang sebelumnya jelas nawaitunya, dan atas sebab itu jugalah menjadi pemimpin kepada umat (rakyat); namun,akibat godaan syiatan dan iblis maka kemudian bertukar daripada nawiatu asalnya. Jika dahulu dia (pemimpin itu) cukup baik hubungannya dengan manusia dengan menjahukan dirinya daripada sifa-sifat munafik seperti mungkir janji; kini memilih sifat-sifat yang dimurkahi oleh Allah itu.
Kenapa berlaku demikian? kerana perasaan riak dan sombong telah menaklukinya. Kenapa ada sifat riak dan sombong? kerana daripada segi kedudukan dan kebendaan, dia telah menikmatinya jauh melebihi orang lain.
Rezki yang diberikan oleh Allah kerana nawaitunya ingin menjadi pemimpin, agar supaya dapat membantu atau meringankan beban umat (rakyat) yang dipimpinnya; kini dia rasakan adalah miliknya dan tidak perlu lagi menghulur bantuan kepada penyokong atau pengikutnya.
Sebenarnya Allah senantisa memberi perkhabaran yang seawal mungkin kepada umatnya, atas sebab itu, sebelum seseorang pemimpin itu tersungkur daripada kedudukannya; Allah akan menjadikan seseorang itu lupa diri, takabur dan sombong. Lambat laun, sifat kepura-puraan seseorang pemimpin itu akan terdedah dan akhirnya tersungkur.
Dalam negara kita, kita telah menyaksikan bagaimana ramainya pemimpin yang pada mulanya dikagumi, dan dihormati, kemudian menjadi seseorang yang tidak dipandang lagi, selepas tidak mempunyai kuasa, kuasa dalam kedudukan atau dari segi harta benda.
Sebenarnya Allah sungguh pemurah, jika ada hambanya memohon maka akan dikabulkan; demikian juga jika permohonan hambanya itu hanya lakonan, maka sebelum dipanggil menghadap Illahi, maka akan merasa azab di dunia.

10 December 2013

Umno Kota Belud: Transformasi Belum Menyeluruh

Teringat peringatan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir september lalu "pemimpin perlu tahu had untuk memegang jawatan sebelum lebih ramai orang bodoh berada dalam parti" Kata-kata itu mempunyai erti yang mendalam. Kenyataan itu, ada hubung kait dengan transformasi yang diperkenalkan Dato Seri Najib. Transformasi yang dimaksudkan adalah, agar parti bukan sahaja diterajui oleh mereka yang mempunyai kepimpinan, mempunyai karisma, juga mereka yang mempunyai pendidikan.

Kota Belud, didiami oleh tiga suku terbesar- Bajau, Dusun dan Iranun. Di antara suku itu, Bajaulah yang teramai. Atas sebab itu, sebarang pemilihan atau pilihanraya, biasanya daripada suku kaum itu yang memperolehi kemenangan.

Atas sebab itu, sejak tahun 2008, bagi kawasan Tempasuk, Usukan dan Parlimen Kota Belud, hanya kaum bajau yang dipilih bagi mewakili parti, atas sebab- kerana mereka membawa suku yang teramai, maka mudah untuk mencapai kemenangan.

Bagi parti, apa yang mustahak adalah kemenangan, atas sebab itu, parti tidak bersedia melakukan perubahan status quo, kerana ianya membawa risiko besar, walaupun sebelum ini berlaku pengecualian, apabila Dun Tempasuk pernah diwakli oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Haji Pandikar Amin Haji Mulia pada tahun 1994 dan tahun 2004.

Pada pemilihan Umno baru-baru ini, nampaknya suku kaum bajau belum bersedia untuk transformasi, demikian juga ahli umno daripada KDM, belum bersedia menyambut transformasi dalam parti. Fakta belum bersedianya dua suku kaum itu, apabila calon-calon daripada suku bajau yang boleh dianggap boleh membawa transformasi seperti Datuk Abdullah Sibil, Dato Seri Jenar Lamdah, Datuk Tiga Belas Zainal Abidin, bukan sahaja tewas, malah mereka berada diurutan bawah di antara calon-calon yang bertanding.

Muka lama seperti Pardan Maji, Tongking Kantiong masih merupakan pilihan kaum terbesar itu menganggoti Bahagian Umno Kota Belud. Malah calon daripada suku kaum bajau yang hanya berkedudukan kerani biasa mendapat jumlah undi tertinggi pemilihan itu. Bukan itu sahaja, Ketua Pemuda juga, bukan daripada kalangan individu yang boleh sandaran parti yang boleh diketengahkan di peringkat kebangsaan apatah lagi, mewakili parti untuk mengubal polisi-polisi parti. Tidak ketinggalan juga Ketua Wanita, yang hanya tahu mengurus dapur sendiri.

Antara penyebab kepada keadaan ini berlaku, adalah program transformasi parti belum merebak di peringkat akar umbi. Bahagian perlu menerima transformasi, apatah lagi Umno Kota Belud adalah anak sulung Umno Sabah, atas sebab itu, perubahan awal perlu berlaku di bahagian itu. Parti perlu pemimpin yang dikategorikan dalam pengertian transformasi, atas sebab dalam zaman era globalisi ini memerlukan kepimpinan yang mampu menepis segala tomahan kepada parti melalui fakta dan ilmiah; bukanya pemimpin yang hanya mampu bercakap di kedai-kedai kopi dan majlis-majlis kenduri.

Syukurlah, antara suku kaum yang mendiami Kota Belud dan menjadi ahli parti, kaum Iranun meyambut transformasi parti dengan menghantar individu-individu yang berkelayakan dalam segi akademik, selain mempunyai kepimpinan di akar umbi.

Nampaknya, para perwakilan, lebih mempunyai keyakinan kepada individu-individu daripada suku iranun yang berkelayakan akademik menjadi sebahagian daripada AJK Bahagian, berbanding individu-individu kaum bajau yang mempunyai kelayakan setara.

Berasaskan kepada fakta keputusan pemilihan Umno Kota Belud, atas sebab itu OKB menyatakan bahawa transformasi dalam parti itu belum menyeluruh.

Adalah diharapkan, pada pemilihan akan datang, transformasi parti benar-benar subur pada anak sulung Umno Sabah itu.

Bermula daripada sekarang, Ketua Bahagian- Datuk Seri Panglima Dr Salleh Tun Said yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah; mempunyai tugas besar agar untuk menterjemahkan transformasi parti ilham Presiden Parti agar benar-benar berlaku bagi Bahagian Umno Kota Belud.

8 December 2013

Sabah Simpanan Tetap: Apa Kah Pra Syarat Untuk Penghargaan?

Kalaulah bukan kerana tsunami politik tahun 2008, Sabah tidak akan dapat jolokan Simpanan Tetap Barisan Nasional. Kerana status itu, maka saluran kewangan ke Sabah mulai mengalir, malah melalui persidangan Umno tahun 2013 yang baru berlabuh, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno memberi penghargaan khusus kepada Sabah.

Selain itu, selepas PRU-13 lalu, kerana Sabah masih merupakan simpanan tetap Bn, dengan menyumbang 22 kerusi parlimen, maka Perdana Menteri telah melantik 6 menteri penuh dan 4 timbalan menteri. Selain jawatan menteri; Speaker dan Timbalan Speaker dewan rakyat juga daripada Sabah.

Tahun 2008, untuk pertama kali era Malaysia Moden, kerajaan pusat kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat dan keadaan itu berterusan pada pru-13. Tahun 2008, Bn mendapat 140 kerusi parlimen daripada 220, manakalah tahun 2013, perolehan kerusi menurun kepada 133. Pada tahun 2008, Sabah menyumbang 24 kerusi parlimen, namun pada pru-13, dua parlimen kalah, iaitu Parlimen Sandakan dan Penampang, sementara Kota Kinabalu tetap dalam genggaman Pembangkang (DAP).

Sebelum tahun 2008, walaupun Sabah tetap menyumbang kerusi yang diperlukan oleh kerajaan Bn dalam membentuk kerajaan Pusat, namun sumbangan kerusinya dianggap tidak signifikan, kerana jumlah kerusi Bn di Semenanjung boleh membentuk kerajaan minoriti, walaupun tiada sumbangan kerusi Sabah atau Sarawak.

Sungguh malang, jika jolokan Simpanan Tetap dijadikan tolok ukur untuk memberi penghargaan kepada Sabah, dan melaluinya, maka saluaran kewangan diberikan, selain memberi penghormatan kepada wakil daripada negeri itu untuk dilantik ke jawatan menteri atau jawatan-jawatan penting dalam persekutuan.

Dalam politik semuanya boleh berlaku. Inilah yang berlaku di Semenanjung. Kita tahu, bahawa sejak merdeka, Bn di Semenanjung senantiasa menang dalam pilihanraya. Adalah amat malang, jika suatu hari, apabila Sabah tidak menjadi simpanan tetap lagi, manakala di Semenanjung, Bn pulih daripada tsunami politik; apakah penghargaan Sabah diteruskan?

Seharusnya, pra syarat simpanan tetap, tiada dalam kamus kerajaan untuk membantu rakyat Sabah membangun, untuk mengejar ketimpangan pembangunan antara Semenanjung dan Sabah.

Membantu rakyat Sabah membangun, perlu diteruskan, sampai kepada tahap, bahawa taraf pembangunan antara Sabah dan Semenanjung sudah seimbang, sesuai dengan matalamat pemimpin Sabah terdahulu semasa menyertai Pembentukan negara.

7 December 2013

PAU 2013: Najib Hargai Sumbangan Sabah dan Sarawak

Untuk pertama kali dalam Persidangan Agung Umno (PAU) seorang Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, memberi pengiktirafan khusus kepada Sabah dan Sarawak.

Seorang Presiden parti yang merupakan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional memerlukan masa 56 tahun untuk menyatakan pengiktirafan itu.

Pengiktirafan kepada partner Malaya itu dalam membentuk negara Malaysia; datang hanya disebabkan kerana tsunami politik pada tahun 2008. Kalau bukan disebabkan sokongan padu rakyat Sabah dan Sarawak pada dua PRU, mungkin kerajaan Bn sudah tumbang.

Pada PRU-13 lalu Bn secara keseluruhan mendapat 133 kerusi parlimen, di mana 47 daripadanya sumbangan daripada Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi Parlimen atau 57 jika ditambah dengan WP Labuan. Secara peratusan, Bn Sabah dan Sarawak menang 84 peratus jumlah kerusi yang ditandangi, manakala Bn Semanjung menang 52 peratus daripada jumlah kerusi yang ditandingi.

Jika berasaskan undi popular, Bn di Semenanjung telah kalah kepada Pakatan Rakyat, hal ini juga menyumbang kepada undi popular secara keseluruhan, kerana jumlah pengundi Sabah dan Sarawak tidak dapat mengimbangi jumlah undi di Semenanjung.

Negeri kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang yang mula jatuh ditangan Pembangkang pada tahun 2008, terus menolak Bn, malah kerajaan Pakatan membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 selepas PRU-13.

Melihat kepada trend pengundian sejak tahun 2008 dan sehingga tahun 2013, nampaknya Bn tidak boleh mengharap sangat dengan sokongan pengundi untuk mempertahankan Bn di Semenanjung, atas sebab itu sokongan pengundi Sabah dan Sarawak merupakan vital dalam mempertahankan Bn untuk terus menerajui Putrajaya.

Perdana Menteri melihat kepada trend itu, atas sebab itu, selepas PRU-13, Datuk Seri Najib telah melantik enam menteri penuh dan 4 timbalan menteri dalam kabinetnya daripada Sabah, manakala Sarawak dihadihkan dengan tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri. Selain itu, Speaker Dewan Rakyat juga disandang oleh rakyat Sabah bermula tahun 2008, julung-julung kali dilakukan sejak merdeka.

Berkat kepada tsunami politik tahun 2008, maka Sabah dan Sarawak benar-benar dilihat sebagai partner membentuk negara, di mana sebelum ini, kalaupun dilantik sebagai menteri persekutuan, namun diberi peranaan yang tidak kanan.

Mengambil iktibar kepada penghargaan kepada Sabah dan Sarawak, maka harapan bagi rakyat di dua buah negeri itu, agar ianya diterjemahkan dalam bentuk pembangunan dari segi semua bidang, ekonomi, sosial mahupun pendidikan. Selain itu, pengagihan projek-projek pembangunan, hendaklah rakyat di dua negeri itu juga diberi peluang seluas-luasnya.

Sebenarnya Sabah dan Sarawak masih ketinggalan serba serbi, jika dibandingkan keadaan di Semenanjung. Keadaan ini, bukan sahaja menyumbangkan kepada kos hidup yang tinggi, malah menular kepada pencapaian pendidikan.

Semoga, melalui penghargaan ini, hak yang sepatutnya rakyat dua negeri itu perlu nikmati sepatutnya bermula sejak tahun 1963, patut diberikan tanpa berlengah lagi.

Kegagalan Dasar Ekonomi Baru yang dicipta pada tahun 70-an, yang tidak sampai kepada rakyat Sabah dan Sarawak sehinggalah dasar itu luput, jangan berulang lagi.

30 November 2013

PAU 2013: Menentukan Arah Tuju Parti

Persidangan Agung Umno (PAU) tahun 2013 yang bermula pada 2 Disember sehingga 7 Disember, di PWTC Kuala Lumpur diramalkan akan memberi tumpuan ke pada usaha-usaha memperkasakan agenda transformasi parti yang dilhamkan oleh Presiden selain menyatukan ahli demi perjuangan parti.

Secara kebetulan, PAU tahun 2013 diadakan selepas pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) dan pemilihan parti, PAU pada kali dijangka mencari formula baru untuk menjadikan Umno hero rakyat.

Perjuangan untuk agama, bangsa dan negara yang merupakan perjuangan asal Umno perlu diterjemahkan melalui bingkai baru, agar perjuangan itu senantiasa sealiran dengan perkembangan zaman.

Kemerdekaan negara yang telah menjangkau 56 tahun, sudah tentunya pengelaman parti itu mengurus negara boleh diterjemahkan untuk memajukan negara. Selain itu, dengan pengalaman lebih tua daripada kemerdekaan, sudah tentunya pemimpin Umno mampu menjawab berbagai tomahan terutama yang datang daripada mantan-mantan pemimpin parti itu yang telah bertukar menjadi pembangkang.

Tantangan parti pada zaman ini, adalah bagaimana menjawab fahaman "pluralisme" dan "liberalisme" yang merebak dengan pantas termasuk mempengaruhi kaum melayu. 

Pendekatan apa kah yang Umno akan lakukan berhadapan dengan dua gejala ini? kerana Umno tidak akan sanggup membiarkan merebaknya fahaman ini, kerana gejala ini boleh mengancam agama islam, kedudukan raja-raja dan Perlembagaan negara.

Sudah sampai masanya, parti mempergunakan pendekatan ilmu bagi mengatasi gejala ini, bukannya pendekatan kuasa. Pandangan yang dilontarkan menggunakan ilmu perlu dijawab dengan ilmu. Ambil contoh pengharaman hasil tulisan penulis tertentu di negara ini, dengan mudah, buku-buku itu diharamkan, dengan alasan "buku-buku" itu boleh memesongkan akidah, tanpa jawapan konkrit dengan menggunakan ilmu.

Juga, sudah sampai masanya, parti perlu menjadi hero kepada rakyat, samada rakyat itu berada di bandar mahupun luar bandar. Pendekatan perlu mengambil kira keadaan menang-menang, agar supaya rakyat tidak terasa kecil hati.

Parti perlu mengambil pendekatan pro-aktif, ertinya pemimpin parti itu perlu melupakan sifat "bangsawan" seperti mana yang melekat pada sesetengah pemimpin besar parti.

Tidak dapat dinafikan ada sesetengah pemimpin parti yang senantiasa dilamun nostalgia masa lalu, di mana mereka beranggapan, bahawa parti akan senantiasa mendapat sokongan rakyat untuk kawasan-kawasan yang senantiasa selamat dalam pilihanraya. 

Nostaliga itu perlu dinyahkan sekarang, kerana pada PRU-13, kawasan-kawasan selamat bagi parti seperti Parlimen Batu Pahat, Johor; Bukit Katil, Melaka dan Temperloh, Pahang, terbukti telah jatuh ke tangan pembangkang.

Umno, tidak boleh lagi terbuai dengan kawasan tradisi, Umno perlu menjadi hero di semua tempat, baik di bandar mahupun luar bandar.

Untuk mencapai sasaran itu, Umno kena telus dalam pendekatan, Umno kena dekat dengan rakyat, dan Umno kena ikhlas dalam apa sahaja tindakan. kalaulah ini, diambil sebagai pendekatan, maka para pemimpin Umno kena praktikkan, jangan hanya di atas kertas sahaja.

Jangan hanya melalui ucapan, madah; bahawa parti menjadi pembela rakyat, namun tidak diterjemahkan melalui perbuatan. Bukan semua pemimpin Umno demikian, tetapi masih adalah lagi yang berbaki, kerana nostalgia masih menjadi igaun.

Secara keseluruhan, Umno perlu mengambil pengelaman pemimpin Umno Sabah, walaupun hanya menjadi pemimpin parti selama 22 tahun, kerana Umno masuk Sabah pada tahun 1991; namun rata-rata pemimpin Umno Sabah, mengambil iktibar kejatuhan para pemimpin ternama negeri itu; atas sebab itu, mereka telah lama melupakan "nostalgia" sebaliknya mereka sungguh pro-aktif dan senantiasa dekat dengan rakyat.

Kepimpinan Umno Sabah, terutama Ketua Perhubungan Umno Negeri- Datuk Seri Musa Haji Aman dan Timbalannya-Datuk Seri Dr Salleh Tun Said berserta para pemimpin Umno negeri yang lain; mempunyai pendekatan yang sungguh terbuka dan "down to earth" atas sebab itu, sejak Umno bertapak di Sabah, maka parti telah menjadi tulang belakang kepada Bn, melalui PRU dan terakhir PRU-13.

Kelibat pemimpin Umno Sabah, terlihat bukan sahaja mendapat sokongan daripada penyokong Bn, akan tetapi mendapat sokongan daripada pembangkang sendiri.

Persidangan dewan undangan negeri Sabah pertengahan bulan November, menunjukan, seolah-olah dalam dewan itu, tiada wakil rakyat daripada pembangkang.

Kedinamikan Musa sebagai pemimpin negeri, membolehkan, bukan sahaja penyokong Bn menyokongnya, malah pihak pembangkang juga. Perkara ini, terbukti lagi, apabila tiga ADUN Pembangkang berserta 11 ketua cabang PKR, keluar daripada parti itu, dan berikrar menyokong Bn.

Adalah elok, bagi parti membuat ramuan pendekatan, dengan mengambil pengalaman para pemimpin Sabah dalam menentukan arah tuju parti, terutama dalam berdepan dengan PRU-14 akan datang.

28 November 2013

Benarkah Kemenangan Jelani Hamdan Di Dun Matunggong Kerana Umno?

Ada kumpulan daripada Parti Keadilan Sabah (PKR) mendakwa bahawa kemenangan Jelani Hamdan di Dun Matunggong pada PRU-13 kerana Umno. Malah, mereka mendakwa bahawa semasa kempen, Jelani pernah membuat kenyataan, bahawa jika beliau menang, maka ianya satu hadiah kepada Umno.

Kenyataan itu mungkin ada kebenarannya, kerana Jelani merupakan Ketua Bahagian Umno merangkap Ketua Pemuda Umno Kota Marudu, di mana DUN Mantunggong terletak, sebelum beliau digantung keahlian sebagai ahli Umno.

Jelani, dari awal-awal lagi merupakan ahli Umno, malah salah seorang pengasas Umno di Kawasan Mantunggong, di mana beliau dilahirkan. Selain itu, isteri beliau adalah Ketua Wanita Umno Kota Marudu.

Akan tetapi, OKB bukan melihat kepada latar belakang ADUN Matunggong itu dalam dunia politik, akan tetapi dakwaan setengah pihak dalam PKR sendiri, bahawa kemenangan Jelani di DUN Matunggong atas tikit PKR pada PRU-13 lalu atas sebab Umno.

Jika benarlah demikian, maka rupanya Umno bukan sahaja mendapat sokongan di kawasan bumiputera islam, malah kawasan bumiputera bukan islam seperti Dun Matunggong. Mungkin, jika pada PRU-13 lalu, jika calon daripada Umno diletakan di Dun Kedamaian, Kota Belud, Dun Tamparuli, Tuaran, Dun Inanam, Sepanggar, besar kemungkin calon-calon itu akan menang.

Kemenangan Jelani, kononnya kerana Umno, merupakan satu pembuka tirai kepada Barisan Nasional pada PRU-14 akan datang; bahawa kawasan-kawasan di mana parti komponen Bn tewas di beberapa kawasan pada PRU lalu, maka perlu memberi peluang kepada Umno untuk bertanding.

Kekuatan Umno, sudah terbukti pada PRU-13 lalu, di mana kawasan baru yang diberikan kepada parti itu, iaitu Parlimen Sepanggar, telah dimenangi parti itu dengan majoriti yang bertambah, berbanding calon daripada komponen Bn pada PRU-12.

Satu fakta juga perlu dilihat, bahawa di peringakat Parlimen bagi kawasan Parlimen Sepanggar dan Kota Belud misalnya, kawasan DUN di mana BN kalah, jika dianalisis undi di peringkat Parlimen, sebenarnya kawasan itu dimenangi oleh Bn di mana calon-calonnya adalah daripada Umno.

Satu fakta juga perlu dilihat di Parlimen Tenom, dimana diperingkat Parlimen diwakili Umno dan salah satu Dun diwakili calon Umno, maka semua kawasan dimenangi oleh Bn.

Melihat kepada senario itu, maka pada PRU-14 akan datang, usaha Pakatan Rakyat untuk mendapat kerusi tambahan di Sabah tidak akan kesampaian, malah mempertahankan yang dimenangipun agak sukar, jika Bn dapat berkompromi berkaitan dengan calon.

Keadaan seperti yang berlaku di kawasan Kota Marudu pada PRU-13, jangan berulang, dengan memaksa calon yang tidak digemari pengundi, dipaksa juga sebagai calon. Akibat kekecohan itu, maka Dun Matunggong menjadi korban, malah Parlimen Kota Marudu, hampir terlepas ditangan.

OKB melihat, bahawa keluarnya beramai-ramai pemimpin PKR Sabah daripada parti mereka, merupakan perasaan penyokong parti itu di peringkat akar umbi. Mereka merasakan, bahawa Umno khasnya akan tetap menjadi tulang belakang Bn Sabah, dan mereka sungguh yakin, bahawa peluang PKR mendapat kerusi adalah tipis, jika kawasan-kawasan yang disebutkan ditandingi Umno.

Umno merupakan kapal besar. Pemimpin Umno merupakan Perdana Menteri Malaysia. Pemimpin Umno peringkat Negeri, merupakan Ketua Menteri. Rakyat melihat semua itu, atas sebab itu, mereka merasa selamat dan terbela jika menyertai kapal besar, berbanding kapal-kapal kecil.

Dari segi prinsipnya, Bn mengamalkan perkongsian kuasa, namun rakyat yang diwakili, bukan melihat itu, mereka lebih cenderung, parti mana yang mewakili mereka. 

Kepimpinan Umno negeri yang diterajui Datuk Seri Musa Aman dan Timbalannya Datuk Seri Dr Salleh Tun Said, dilhat sebagai pembela kepada rakyat. Atas sebab itu, pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah minggu lalu, terlihat, seolah-olah tiada pembangkang dalam persidangan itu.

Umno sebagai parti, sebenarnya tidak keinginan untuk membolot kerusi-kerusi samada di peringkat Parlimen mahupun Dun, namun, jika Bn mahu kekal berkuasa, tiada salahnya calon-calon Umno diberi peluang, kerana calon-calonnya adalah "winnable".

Tiada gunanya, mencalonkan calon-calon daripada komponen Bn, akan tetapi tewas, dan sudah tentunya merugikan Bn secara keseluruhan.

Dakwaan setengah pihak daripada PKR, bahawa kemenangan Jelani Hamdan, atas sebab janjinya, jika beliau menang, maka kemenangannya merupakan hadiah kepada Umno; merupakan satu indikator kepada Bn pada PRU-14 akan datang.

26 November 2013

PKR Sabah Ranap

PWTC 26 November 2013
PKR Sabah ranap. Terdedah, bahawa Anwar telah gagal total. Perlantikan Lajim Ukin sebagai Pengerusi PKR Sabah, menunjukkan Anwar benar-benar tidak memahami politik Sabah.

Hari ini di PWTC, 11 Ketua Cabang PKR dan dua ADUN PKR dimana sebelum ini telahpun mengumumkan keluar daripada parti itu pada satu sidang akhbar bersama Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.

Dalam sidang media itu, Datuk Seri Najib berkata, ke-11 Ketua Cabang itu (Sabah mempunyai 25 cabang), bukan sahaja keluar PKR, akan tetapi sebulat suara menyokong Barisan Nasional.

Cabang-cabang PKR yang ranap tersebut adalah Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam Kalabakan dan Semporna.

Daripada cabang yang ranap itu, hanya Kota Belud, Kota Marudu, Sepanggar, ada calon-calon PKR menang pada PRU-13 lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN.

PKR menang di tujuh kawasan Dun iaitu Api-Api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparulli, Klias dan Inanam manakala DAP, yang sebelum ini memiliki satu kerusi DUN, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas.

Parti Reformasi Sabah (STAR) pula menang kerusi tunggal di Bingkor.

22 November 2013

Transformasi Pekan Kota Belud

Saya tertarik dengan posting Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan yang juga MP Kota Belud-Dato Rahman Dahalan di wall facebook beliau pagi ini.

Dalam posting itu, beliau memberi tahu bahawa KSU Kementerian itu Dato Seri Arpah Razak sedang melawat Kota Belud. Rahman mengmukakan satu indikasi, apakah melalui lawatan itu Transformasi Pekan Kota Belud akan tiba lebih awal daripada dijangkakan?

OKB, sebenarnya hanya terdengar, bahawa Pekan Kota Belud akan ditransformasikan, namun pelan induk trnasformasi itu, belum sempat OKB baca atau mendapat maklumat mengenainya.

Rahman, walaupun merupakan ahli Umno Tuaran, namun mewakili Kota Belud sejak tahun 2008, dan beliau telah dua penggal mewakili kawasan kilang pemimpin Sabah itu.

Selepas PRU-13, apabila beliau menang dengan majoriti yang bertambah sebagai calon Bn, beliau dilantik sebagai Menteri Penuh Persekutuan. 

Pada pemilihan Umno Oktober lalu, Rahman juga turut terpilih sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi dengan urutan ke-8 daripada 25.

Kota Belud

Daerah Kota Belud terletak di Pantai Barat Utara Negeri Sabah, adalah di unjuran kaki Gunung Kinabalu - gunung yang tertinggi di Asia Tenggara, mengarah ke Utara dan lembahnya dibatasi Laut Cina Selatan.

Daerah Kota Belud mempunyai keluasan 1,385.6 km persegi dan terdiri daripada 168 buah kampung. Ia belum lagi termasuk Pekan Nabalu yang kini telah diletakkan dibawah pentadbiran daerah Kota Belud dan di dalam kawasan perkadaran Majlis Daerah Kota Belud.

Daerah Kota Belud dikelililingi beberapa daerah lain yang bersempadan dengannya, seperti Tuaran, Kota Marudu dan Ranau. 

Kedudukan daerah Kota Belud yang strategik, menjadi persinggahan utama ke daerah-daerah di Bahagian Pantai Barat Utara, seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat. 

Dengan sempurnanya By-pass Kota Belud / Ranau yang melalui di Kawasan N.7 Kadamaian, telah memendekkan dan memberi keselesaan perjalanan ke Ranau tanpa bersusah payah melalui daerah Tuaran mahupun Tamparuli.

Petikan asal bahasa Kaum Bajau. KOTA bermakna KUBU PERTAHANAN, dan BELUD bermakna BUKIT. Makanya, Kota Belud diertikan sebagai KUBU PERTAHANAN DI ATAS BUKIT.

Menurut cerita dari mulut ke mulut, bahawa pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh. Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan kubu pertahanan itu, dikenali sebagai Kota Belud. 

Setelah tibanya zaman pemerintah dan berlaku pembahagian daerah di Negeri Sabah, maka daerah ini dikenali dengan rasminya sebagai daerah Kota Belud. Sejak itu, bukit tersebut yang juga dikenali sebagai Bukit Perintah, telah dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran daerah dan sehingga kini menempatkan beberapa bangunan kerajaan lain, termasuklah bangunan rumah bekas Pegawai Daerah, yang kini telah dijadikan sebahagian dalam kawasan Rekreasi Taman Tun Said.

Berasaskan kepada potensi Kota Belud sepertimana yang disebutkan pada awal tulisan ini- selain Kota Belud boleh menjadi pusat persingahan untuk tujuan pelancongan, ianya juga boleh menjadi pusat perkilangan.

Kota Belud adalah daerah penghubung bagi daerah utara Sabah, dan letaknya pun hanya 40 minit perjalan dengan kenderaan ke ibu kota negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Daerah Kota Belud meempunyai persisir pantai yang indah dan terpanjang di Malaysia. Selain itu, kawasan lapangnya sesuai dibina lapangan terbang antarabangsa, bagi menggantikan lapangan terbang Kinabalu yang sukar diperbesarkan lagi kerana masalah alam sekitar dan keterhadan tanah.

Suatu hari kelak, Kota Belud boleh seeperti Sepang di Selangor, di mana KLIA beroperasi.

Potensi Pekan Kota Belud akan terserlah lagi, ekoran penubuhan Pelan Induk Pembangunan Pesisir Pantai daripada Tuaran ke Kota Belud yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri semalam. Pelan itu adalah pelan pembangunan pelancongan dan akan bermula tahun depan.

Sebagai tindakan awal untuk membangun kawasan itu, hampir RM250 juta sebagai perbelanjaan awal akan digunakan. Menurut Adun Tempasuk, yang sempat OKB temuramah selepas persidangan DUN Sabah pada Khamis, Pelan pembangunan pesisir pantai itu secara keseluruhan akan melibatkan pelaburan sebanyak RM4.5bilion.

Pembangunan Bandar Kota Belud

Pembangunan bandar akan senantiasa berlaku selaras dengan arus pemodenan pada zaman ini. Sebabnya adalah setiap negara berlumba-lumba dalam melaksanakan pembangunan yang dapat memenuhi permintaan penduduk, malahan menjadi tarikan kepada negara lain untuk datang ke negara ini.

Apabila sesebuah bandar itu sudah mencapai kemajuan dalam pembangunan bandar, hal ini akan menjadi mercu dan idola kepada negara lain untuk membangun dan menjalankan hubungan diplomatik serta melabur yang dapat memberi kebaikan kepada penduduk bandar dan kepada pembangunan bandar itu sendiri.

Pembangunan bandar dapat didefinasikan sebagai kemajuan yang dicapai dari aspek infrastruktur, ekonomi, sosial,rohani, kemapanan dan sifat fizikal sesebuah bandar.

Dari sudut pandangan masyarakat pembangunan bandar dapat ditafsirkan juga sebagai proses tranformasi sesebuah kawasan yang mundur menjadi kawasan yang maju dan membangun kesan daripada pertumbuhan bandar iaitu peningkatan penduduk, peningkatan aktiviti ekonomi, peningkatan intensiti kegunaan, peningkatan taraf dan kualiti kehidupan penduduk.

Oleh itu,hal ini menunjukkan betapa pentingnya pembangunan bandar dalam menjamin pembangunan yang mapan di sesebuah bandar. Terdapat pelbagai kepentingan dan kebaikan yang mungkin berlaku hasil daripada pembangunan sesebuah bandar.

Pembangunan bandar berkait rapat kepada pertumbuhan, perubahan dan perkembangan. Pertumbuhan merujuk kepada kemajuan atau peningkatan yang dialami dari segi populasi penduduk,peningkatan dari segi aktiviti ekonomi, peningkatan densiti guna tanah dan sebagainya. 

Perubahan bandar pula adalah berdasarkan kepada pembesaran kawasan bandar dan perkembangan ke kawasan-kawasan semulajadi seperti hutan dan paya.

Apabila kepadatan penduduk bertambah,keperluan untuk membangunkan perumahan menyebabkan berlakunya pemkembangan bandar. Ini menunjukkan kesemua aspek pertumbuhan, perubahan dan perkembangan ini apabila digabungkan adalah merujuk kepada pembangunnan bandar.

Oleh itu, pembangunan bandar lebih menumpu kepada corak dan fizikal bandar kesan daripada semua aspek tersebut. Pembangunan bandar sememangnya banyak mendatangkan kebaikan dan kepentingan kepada masyarakat selaras dengan arus pemodenan yang kian rancak.

Penting Pembangunan Bandar

Antara kepentingan dalam pembangunan bandar ialah pembangunan bandar dapat meningkatkan peluang ekonomi dalam pembangunan ekonomi sesebuah bandar.

Apabila berlaku pembangunan bandar, ini akan menarik perhatian pelabur-pelabur luar untuk datang melabur di dalam bandar itu. Oleh itu berlakulah pertambahan dan pembukaan kawasan baru untuk mendirikan kilang atau kedai dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk disajikan kepada masyarakat bandar. 

Kemasukan pelabur asing ini juga akan membawa kepada pemodenan alat-alat teknologi yang canggih ke dalam sesebuah bandar seperti mesin-mesin, jentera, alat-alat komputer dan sebagainya. Ini membolehkan pengeluar dapat mengeluarkan barang dan perkhidmatan secara maksimum untuk memenuhi permintaan msyarakat di kawasan bandar.

Perubahan ekonomi ini juga dapat meningkatkan kemudahan-kemudahan di kawasan bandar seperti kemudahan jaringan jalan raya, perhubungan dan telekomunikasi dan sebagainya untuk memudahkan proses penghantaran dan pengedaran barang untuk dipasarkan di seluruh pelusuk bandar.

Sememangnya faktor ekonomi banyak memberi kesan yang paling utama dalam pembangunan sesebuah bandar. Jika terdapat banyak peluang ekonomi di sebuah bandar ini, ini akan mengundang kepada kegiatan eksport yang dapat memberi pendapatan ekonomi yang lumayan kepada sesebuah bandar.

Hasil daripada pendapatan ini akan menyebabkan sesebuah bandar itu mengalami perubahan fizikal sepeti pertambahan kilang, perumahan, kedai-kedai, jalan raya umpamanya seperti pembukaan bandar baru hasil daripada kegitan ekonomi yang giat dijalankan.

Disamping itu juga, pembangunan bandar juga penting kerana dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar menjadikan sesebuah bandar itu tidak suram dan sunyi kerana terdapat aktiviti masyarakat dalam menjalankan perniagaan masing-masing.

Pertambahan fizikal bandar seperti kilang, kedai dan sebagainya dapat memberi pekerjaan kepada penduduk sebagai sumber pendapatan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

Jika sesebuah bandar itu mempunyai bnyak peluang pekerjaan, ini akan menarik perhatian penduduk luar bandar berkunjung dalam mencari pekerjaan dan berlakunya pertambahan penduduk di sesebuah bandar. 

Penambahan penduduk di kawasan bandar akan meningkatkan lagi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan. Contohnya, pertambahan penduduk akan meningkatkan lagi permintaan terhadap tempat tinggal. Oleh itu, pemaju akan membina kawasan perumahan untuk memenuhi permintaan mereka. Hal ini menunjukkan faktor pertambahan penduduk juga dapat meningkatkan lagi pembangunan fizikal di kawasan bandar.

Peluang pekerjaan yang banyak juga dapat mengubah gaya hidup masyarakat yang rajin bekerja yang boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat serta menjamin kehidupan yang aman dan makmur. Pertambahan peluang pekerjaan juga dapat mengurangkan kadar jenayah dan pengangguran di kalangan masyarakat kawasan bandar yang boleh memberi kesan yang buruk kepada ekonomi bandar.

Selain itu juga, pembangunan sesebuah bandar juga dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan bandar sebelum ini dan menambahkan kemudahan-kemudahan untuk mengelakkan kesilapan yang berlaku sebelum itu daripada terus menular di kawasan bandar. Contohnya seperti menambahbaikkan sistem jalan raya, kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan untuk keselesaan penduduk.

Pembanguan bandar dalam meningkatkan taraf sistem jalan raya seperti membina jalan alternatif dan memperlebarkan jalan raya dapat meningkatkan kemudahsampaian penduduk ke sesuatu tempat serta dapat mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalulintas yang sering terjadi sebelumnya. Hal ini sememangnya membuktikan bahawa pembangunan bandar penting dalam mengetahui kesilapan dan kelemahan bandar supaya penduduk lebih selesa dalam melakukan aktiviti mereka.

Begitu juga dengan masalah kekurangan dan kerosakan kemudahan-kemudahan yang mana mencacatkan pemandangan di sesebuah bandar. Melalui pembangunan, ianya dapat memperbaiki kelemahan dan kerosakan serta dapat membina kemudahan baru hasil daripada permintaan masyarakat untuk menggunakannya. Oleh itu, pembangunan amat penting dalam mengenalpasti kelemahan bandar dan memperbaiki masalah tersebut.

Walaubagaimanapun, pembangunan yang tidak terkawal dijalankan juga boleh mendatangkan keburukan seperti rebakan bandar yang melampau dimana boleh menyebabkan kesan-kesan negatif kepada bandar itu sendiri. 

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini perancangan pembangunan mapan harus diperkenalkan. Secara ringkas, pembangunan mampan ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya.

Pembangunan mapan juga adalah suatu pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan keperluan pada masa akan datang.

Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya, pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dilepaskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya. 

Perancangan bandar mapan menitikberatkan kepada aspek ekologi, ekonomi, sosial, budaya, pertanian dan alam sekitar yang boleh menjadikan sesuatu bandar itu sempurna,selamat, dan harmoni untuk masyarakat sekarang dan masyarakat masa hadapan.

Kenapa setiap pembangunan hendaklah sentiasa mapan? Pembangunan mapan memang banyak mendatangkan kesan positif kepada bandar untuk menjamin kehidupan manusia yang aman,selesa dan harmoni. Antaranya ialah dapat memastikan pembangunan fizikal kawasan bandar adalah berkeadaan seimbang iaitu memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan. 

Hal ini juga membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut serta meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan. 

Pembangunan fizikal yang seimbang juga boleh mengelakkan daripada terjadinya pembaziran sumber yang mana dapat memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, dan pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. 

Jika berlaku pembangunan yang tidak terkawal menyebabkan banyak kawasan atau tanah digunakan sepenuhnya dan seterusnya berlakunya kepupusan sumber semulajadi serta boleh membantutkan penggunaan pada masa akan datang.

Selain itu juga, pembangunan yang mapan juga boleh mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar serta dapat menjamin kualiti alam sekitar yang baik dan kondusif. 

Pembangunan yang mapan dapat mengawal daripada pembangunan yang tidak terkawal dan setiap pembangunan yang ingin dibuat mempunyai kuota dan had tersendiri serta mempunyai perancangan yang mengambil kira kebajikan masyarakat dalam semua aspek yang boleh mendatangkan kebaikan kepada penduduk mahupun alam sekeliling. Contohnya seperti jika sesuatu kawasan bandar itu mempunyai perancangan yang rapi yang mengutamakan kawasan hijau, ini boleh mengelakkan daripada berlakunya fenomena alam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Sebaliknya jika sesuatu bandar itu dirancang semata-mata untuk mencari keuntungan tanpa memikirkan alam sekitar, hal ini boleh mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat sekeliling.

Pembangunan yang mapan juga mengambil kira cara-cara pelupusan dan pembuangan sampah yang strategik yang boleh mengekalkan kualiti hidup manusia.

Pembangunan yang mapan sebenarnya adalah pembangunan yang berdasarkan doktrin pembangunan sejagat yang amat sempurna dan berguna bagi semua pihak dimana pembangunannya adalah mengambilkira 3 jenis hubungan iaitu hubungan manusia dengan tuhan, hubungan manusia dengan alam sekitar dan hubungan manusia dengan manusia. Ini jelas menunjukkan penjagaan alam sekitar dititikberatkan dalam proses pembangunan mapan.

Kesimpulannya, Pembangunan bandar yang mampan juga perlulah mengambil kira keadilan sosial kawasan bandar, keperluan sumber manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa.

Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian serta perdagangan menjadi sangat penting. 

Ramai yang terlibat secara tidak langsung dalam pembangunan mapan seperti kerajaan, perniagaan, institusi pendidikan, media, remaja, dan lain-lain ini mempunyai pandangan yang berbeza. Penyataan ini amat jelas yang pemahaman dan wawasan bagi kemapanan adalah berbeza bagi setiap orang dan perlu bekerjasama untuk berunding tentang proses mencapai kemapanan itu tentang pembangunan mapan dan bagaimana untuk menyumbang.

Sesetengahnya berminat dengan pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar, sesetengahnya berminat dengan pembangunan ekonomi manakala yang lain berminat dengan pembangunan sosial. Oleh itu, pihak yang berwajib perlu mengambil langkah-langkah yang drastik untuk merancang pembangunan bagi memenuhi permintaan masyarakat yang menginginkan sesuatu bandar itu selamat,selesa dan aman seperti pembangunan yang mapan untuk mengelakkan kedidakselesaan masyarakat terhadap bandar kita.

Apa kah paparan ini terkandung dalam transformasi pekan Kota Belud? OKB amat arif dengan Dato Rahman, OKB yakin paparan ini adalah antara kandungan transformasi Pekan Kota Belud.

18 November 2013

Kes Pulau Pom-Pom Semporna: Pembangkang Ambil Peluang

MEMANG malang, selepas ESSCOM ditubuhkan pada Mac, berlaku juga penculikan dan pembunuhan di kawasan yang dikawal oleh 7 batalion pasukan keselamatan.

Pulau Pom-Pom sebenarnya tidak berapa jauh daripada pekan Semporna, hanya 45 minit menggunakan boat. Pulau itu, adalah kawasan peranginan, dan kerana statusnya, seharusnya ianya kawasan yang selamat.

Kejadian awal pagi jumaat, dimana sepasang suami isteri diserang oleh penculik, dan membunuh lelaki pasangan itu, sementara isterinya diculik. Lelaki Taiwan yang bernama Li Min Hsu, 57 ditembak mati, mungkin kerana perwatakannya yang tinggi besar, berketinggian 180cm dengan berat badan hampir 100kg, ditembak, mungkin kerana penculik merasa gerun, kalau dia turut diculik.

Isteri Min Hsu yan bernama An Wei Chang, 56 dikatakan seorang yang berprofile tinggi, kerana sahabat kepada isteri Presiden Taiwan.

Pasangan itu, sebenarnya adalah pasangan kaya, kerana sebelum ini sebagai penguasa yang berjaya di Taiwan.

Ekoran penembakan dan penculikan pasangan itu, pemimpin pembangkang mengambil peluang menghentam ESSCOM dengan berbagai hentaman.

Malah alasan yang diberikan oleh Pengarah Esscom- Datuk Mohammad Mentek, yang menyatakan bahawa pesisir pantai yang luas, menyebabkan kawasan itu sukar dikawal, tidak dapat diterima oleh Pembangkang.

Kejadian di Pulau Pom-Pom, bukan sahaja jadi bahan kritikan pembangkang kepada kerajaan, malah ianya dijadikan isu utama mereka, baik kenyataan akhbar mahupun di Parlimen.

Mereka mengulang-ulang kejadian itu, sejak Jumaat, agar supaya kejadian itu, menjadi new maker, tujuannya agar supaya Sabah kelihatan tidak selamat untuk dilawati,

Ekoran kejadian itu, pemerintah Taiwan mengeluarkan amaran "warna Orange" ertinya rakyatnya ditegah melawat Sabah keculai urusan yang mendesak, kerana Sabah tidak selamat untuk dilawati.

Ekoran amaran itu, Menteri Pelancongan Sabah Datuk Masidi Manjun, membuat kenyataan, bahawa kejadian di Pulau Pom-Pom adalah hari sedih bagi sektor Pelancongan Sabah.

Pelancongan Sabah sebenarnya tergantung kepada negara Asia Utara, termasuk Taiwan. Pelancong antarabangsa yang datang ke Sabah sebenarnya lebih 50 peratus daripada negera-negara seperti China, Korea Selatan, Taiwan, Jepun dan Hongkong.

Walau bagaimanapun, banyak pihak menyatakan bahawa kejadian di Pulau Pom-Pom tidak akan mempengaruhi kedatangan pelancong ke Sabah, kerana destinasi pelancong, bukan hanya di Semporna, melainkan di serata pelosok negeri ini, termasuk Daerah Kota Belud dan Ranau.

Sebenarnya, tujuan pembangkang terus memutar belit, kejadian di Pulau Pom-Pom adalah untuk mendapatkan peluang politik, dan OKB yakin, dimata rakyat Sabah atau Malaysia, mereka, tidak akan mendapat keinginan politik yang mereka inginkan, kerana mereka itu, hanya tahu bercakap.

Sekiranyapun mereka berada dalam kerajaan, kejadian itu tetap akan berlaku, kerana kejadian itu, berlaku di mana-mana sahaja di dunia ini.

16 November 2013

Pemimpin dan Kepimpinan

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan segelintir sahaja individu ataupun ketua yang berjaya menjadi pemimpin berkesan?Persoalan ini sudah lama cuba dijawab oleh pakar-pakar yang mengkaji bidang kepemimpinan. Untuk menjawab teka-teki itu mereka mengemukakan dua penjelasan, iaitu kepemimpinan yang berkesan datang daripada dua sumber, iaitu ciri-ciri peribadi seseorang pemimpin dan pola tingkah laku pemimpin.

Dua ciri utama ciri-ciri individu yang akan menjadi pemimpin ialah pertama, sejak kecil lagi mereka sudah mempunyai cita-cita yang tinggi, dan kedua mereka tahu apa yang mereka mahu. Mereka tahu bahawa mereka hendak menjadi seorang pemimpin. Dalam lain perkataan, teori ini mengatakan para pemimpin sejak kecil-kecil lagi sudah ‘berjiwa besar’.

Lazimnya orang mengatakan para pemimpin ialah mereka yang bergiat dalam aktiviti politik. Memang ramai ahli politik yang mempunyai ciri-ciri pemimpin, tetapi ramai juga individu-individu yang tidak bergiat di dalam bidang politik juga mempunyai bakat pemimpin. Sebagai contoh, ramai tokoh usahawan dan tokoh korporat mempunyai bakat kepemimpinan yang amat tinggi. Malah bakat kepemimpinan juga terserlah di kalangan ahli-ahli sukan dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan sukarela.

Pemimpin akan menentukan hala tuju dan jatuh bangun masyarakat itu. Dia bukan sahaja bertanggungjawab untuk memastikan setiap anggota masyarakat mendapat gambaran yang jelas terhadap setiap polisi, arahan dan tugas tetapi juga memastikan setiap arahan dan tugas berkenaan dipatuhi dan dituruti oleh anak buahnya.

Pemimpin juga memegang satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ditegah supaya dapat mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu, adil dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap kebajikan kelompok di bawah kepemimpinan mereka. Ilmu dan kefahaman perlu ada pada seorang pemimpin. Ilmu dan kefahaman ini akan memeliharanya dari pada membuat keputusan yang bercanggah dengan syariah.

CIRI-CIRI PEMIMPIN

(a) Semangat
Seorang pemimpin perlu mempunyai cita-cita, ketabahan, ketekunan tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya.
(b) Kebijaksanaan dan kepintaran
Seorang pemimpin yang bijaksana adalah pemimpin yang memilih kecerdasan yang baik. Dengan kecerdasan yang baik atau akal yang panjang, dia dapat menggunakan pertimbangan akalnya, atau budi bicaranya dengan adil dan saksama bagi kepentingan orang ramai dan bukan untuk kepentingan dirinya sendiri. Tambahan pula, mereka juga berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak.
(c) Keyakinan diri
Seseorang pemimpin percaya pada keupayaan diri sendiri. Justeru, pemimpin harus mempunyai disiplin peribadi , boleh diteladani dan sentiasa menjadi contoh.
(d) Dorongan Kepemimpinan
Pemimpin harus mempunyai hasrat yang tinggi mahu mempengaruhi individu-individu lain supaya menyokong usaha bagi mencapai tujuan dan matlamat yang sudah ditetapkan.
(e) Berpengetahuan dan berpengalaman
Pemimpin bukan sahaja memiliki keahlian atau ketrampilan dalam bidangnya, tetapi juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang itu supaya dia berupaya memberi tunjuk ajar dan pimpinan yang lebih berkesan.
(f) Kreativiti
Pemimpin berupaya mencipta idea-idea yang baru dan berguna supaya dapat menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan berkesan.
(g) Fleksibiliti
Pemimpin harus pandai menyesuaikan diri dengan keperluan individu-individu yang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa. Ciri ini membolehkan para pemimpin mengenal pasti tindakan-tindakan yang sewajarnya mereka ambil dalam keadaan-keadaaan tertentu dan melaksanakan tindakan itu.
(h) Sihat dari segi jasmani dan rohani
Pemimpin memiliki kestabilan emosi, tabah dan sabar, tidak mudah naik darah tetapi tenang dalam menghadapi sebarang masalah dan cabaran, tahu memilih dengan tepat dan tahu perkara yang harus didahulukan.
(i) Kejujuran, amanah dan integriti
Tanpa sifat amanah, pemimpin itu tidak akan mendapat kepercayaan daripada ahli-ahli. Keutuhan dan kestabilan sesebuah pertubuhan itu banyak bergantung kepada sifat jujur serta amanah para pemimpinnya.
(j) Sifat terbuka
Pemimpin yang baik suka berterus-terang, tidak menyembunyikan sesuatu sehingga menjadikan para anggota persatuan menaruh perasaan syak wasangka. Selain itu, dia juga mudah dihubungi dan ditemui pada bila-bila masa.

PERANAN PEMIMPIN
(a) Perancangan dan penganjuran
Menentukan objektif dan strategi jangka panjang, memperuntukkan sumber berdasarkan keutamaan, menentukan cara menggunakan kakitangan dan sumber untuk menyempurnakan tugas dengan cekap dan memastikan cara untuk mempertingkatkan koordinasi, produktiviti dan kecekapan untuk organisasi tersebut.
(b) Penyelesaian masalah
Menentukan masalah berkaitan tugasan, analisis masalah tepat pada masanya tetapi secara sistematik untuk memastikan sebab dan cari penyelesaian dan bertindak secara tegas supaya dapat menyelesaikan masalah penting atau krisis.
(c) Menjelaskan peranan dan objektif
Memberikan tugasan, memberikan arahan cara melakukan kerja dan menerangkan dengan yang jelas berkaitan tanggungjawab, objektif tugas, tarikh akhir dan jangkaan pencapaian.
(d) Menjalin perhubungan
Apabila seseorang itu dipilih ataupun dilantik menjadi pemimpin dia semestinya menjalin perhubungan yang baik dengan pelbagai pihak yang mempunyai kaitan dengan organisasi yang dipimpinnya. Pemimpin juga semestinya menjalin perhubungan baik dengan individu-individu yang berada di bawah pimpinannya, dengan ketua-ketuanya sendiri, dengan pemimpin-pemimpin lain yang menjadi rakan sejawatnya, dengan individu-individu lain di luar organisasi yang dipimpinnya dan dengan mereka yang akan terjejas oleh keputusan-keputusan yang diambilnya selaku pemimpin. Dia semestinya menjalin perhubungan baik dengan semua pihak kerana kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada sokongan dan kerjasama pihak-pihak lain. Sebagai pemimpin, tugas utamanya ialah mendorong individu-individu yang dipimpinnya supaya berjaya melakukan apa yang mereka lakukan pada tahap cemerlang. Ini hanya dapat dilakukan apabila pemimpin itu mempunyai perhubungan yang baik dengan mereka yang berada di bawah kepemimpinannya.
(e) Menerima dan memberi maklumat
Sebagai pemimpin seseorang itu perlu menjalin perhubungan yang baik dengan semua pihak kerana dia memerlukan maklumat, baik maklumat berkenaan perkara-perkara di dalam mahupun di luar organisasi yang dipimpinnya. Sebagai contoh, dia perlu mengetahui siapa yang menjadi punca masalah-masalah yang berlaku di dalam organisasinya, siapa yang paling kuat bekerja, apa masalah yang ada, apa yang sedang dilakukan oleh para pesaingnya, apa peluang-peluang baru yang ada, dan banyak lagi. Individu-individu yang dipimpinnya dan rakan-rakan sejawatnya pula memerlukan banyak maklumat daripadanya untuk membantu mereka menjalankan tugas-tugas mereka dengan lebih berkesan. Setiap maklumat yang diterima perlu dinilai dan ditafsir dengan teliti kerana maklumat-maklumat itu berguna untuk membuat pelbagai keputusan.
(f) Membuat keputusan
Sebagai pemimpin, seseorang itu membuat bermacam-macam keputusan seperti keputusan yang melibatkan wang, individu-individu lain, masa dan banyak lagi. Untuk membuat keputusan yang tepat seseorang memerlukan banyak maklumat yang relevan dan betul. Selain daripada membuat keputusan berkenaan projek-projek baru, idea-idea baru, strategi-strategi baru dan lain-lain seperti itu, seseorang pemimpin semestinya membawa perubahan dan pembaharuan kepada organisasinya dan individu-individu yang dipimpinnya. Untuk itu, pemimpin terpaksa membuat pelbagai keputusan yang penting dan berisiko. Satu lagi tugas pemimpin yang melibatkan fungsi membuat keputusan ialah tugas perundingan. Seringkali sebagai pemimpin seseorang itu semestinya berunding dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan persetujuan, sokongan, dan kerjasama mereka. Dia perlu membuat keputusan-keputusan pada akhir proses perundingan itu. Keputusan-keputusan yang dibuatnya itu pula tidak terhad pada keputusan-keputusan yang penting pada hari itu sahaja, tetapi keputusan-keputusan yang penting pada masa depan.
(g) Pengawasan
Pengumpulan maklumat berkaitan aktiviti kerja dan keadaan luaran yang mempengaruhi kerja, memeriksa perkembangan dan kualiti kerja, menilai persembahan individu dan unit organisasi, analisis arah aliran dan meramal peristiwa luaran.
(h) Motivasi dan mengilhamkan
Menggunakan teknik pengaruhan yang wujud pada emosi atau logik untuk menjana semangat bekerja, iltizam kepada objektif tugas, dan pematuhan terhadap permintaan untuk kooperasi, bantuan sokongan atau sumber, dan membentuk suatu contoh sikap yang sesuai.
(i) Sebagai eksekutif
Menyelaraskan aktiviti-aktiviti kelompok supaya tidak terdapat percanggahan. Kalau semua orang bercakap pada masa yang sama, merancang pada masa yang serentak tanpa penyelarasan, kelompok akan jadi kacau.
(j) Sebagai orang tengah
Kelompok yang dinamik tidak dapat mengelak diri daripada menghadapi konflik dalaman antara anggota-anggotanya. Dalam keadaan begini pemimpin perlu menjadi orang tengah; menjadi hakim atau pendamai kepada pihak yang berkonflik itu.
(k) Sebagai Telauladan
Pemimpin boleh menjadi teladan atau model kepada anggota-anggotanya. Dia menunjukkan kepada mereka tingkah laku, sifat atau kemahiran yang perlu kepada anggota-anggotanya. Dengan menjadi teladan, dia menyediakan petunjuk yang konkrit tentang apakah yang mereka harus lakukan atau buat.

GAYA KEPEMIMPINAN
Setiap orang pemimpin mempunyai gaya kepemimpinannya masing-masing. Perbezaan gaya kepemimpinan mempunyai kesan yang penting kepada produktiviti individu-individu yang mereka pimpin. Terdapat tiga gayakepemimpinan bagi seseorang pemimpin.

1 Gaya Autokratik
Seorang pemimpin harus berupaya menggerakkan orang-orang bawahannya melakukan tindakan-tindakan agar tujuan organisasi tercapai. Dalam usaha menggerakkan orang-orang bawahan melakukan apa jua aktiviti atau pekerjaan untuk mencapai tujuan persatuan, pemimpin yang autokratik meletakkan kekuasaannya di tangannya sendiri. Kata-katanya atau segala kehendaknya tidak boleh dibantah. Orang lain harus tunduk dan menurut sahaja pada kemahuannya. Pemimpin yang autokratik tidak bersikap membimbing, segala perintahnya harus dilaksanakan dengan baik. Keputusannya adalah sesuatu yang terbaik dan harus dilaksanakan tanpa boleh ditegur.

Pemimpin yang autokratik memberi banyak arahan dan semua keputusan hanya dia seorang sahaja yang boleh membuatnya. Dia menganggap yang dia seorang sahaja boleh berfikir untuk menentukan bentuk kegiatan yang boleh dilakukan oleh persatuan. Ahli-ahli tidak diberi kesempatan atau peluang untuk mengeluarkan pendapat atau pandangan, apa lagi untuk bersama-sama membuat keputusan. Mereka hanya menerima tanggungjawab melaksanakan keputusan ketua. Dalam tindak tanduk mengendalikan persatuan, dia lebih suka menggunakan paksaan dan ancaman supaya ahli-ahli berasa takut. Hubungan di antara pemimpin jenis ini dengan ahli-ahli persatuan tidak selalu baik atau dengan lain perkataan ialah terlalu formal dan penuh ketegangan.

2 Gaya Laissez-faire
Pemimpin yang bebas membiarkan sahaja kumpulannya menentukan sendiri semua aktiviti mereka. Pemimpin ini tidak mengambil sikap tertentu terhadap kumpulannya. Dia tidak membimbing atau mendorong ahli-ahlinya, dia tidak mengawal aktiviti persatuannya, malah dia tidak suka mengambil keputusan. Dia cuma memerhatikan sahaja apa yang dibuat oleh kumpulannya. Dengan kata lain, dia sebagai ketua memberi kebebasan sepenuhnya kepada orang-orang yang dipimpin untuk membuat apa sahaja yang difikirkan patut.

Pemimpin jenis ini dinamakan pemimpin laissez-faire, iaitu pemimpin yang tidak menentukan arah kepada orang-orang di bawahnya. Kebebasan diberikan menurut kemahuan orang-orang yang dipimpin. Kedudukannya sebagai ketua hanya sebagai simbol atau “penasihat” yang hanya mempersetujui apa juga cadangan yang dikemukakan oleh orang bawahan kerana dia sendiri tidak suka membuat keputusan.

Oleh sebab kuasa yang ada pada ketua itu tidak jelas, pengurusan dan pentadbiran persatuan biasanya menjadi kacau. Setiap anggota kelompok bergerak sendiri-sendiri bagi mencapai matlamat peribadi dan bukannya matlamat persatuan atau organisasi.

3 Gaya Demokratik
Dalam gaya demokratik, hubungan antara pemimpin dengan orang-orang yang dipimpin diwujudkan dalam bentuk hubungan kemanusiaan. Hubungan antara ketua dengan orang-orang bawahan didasari prinsip saling hormat-menghormati, saling bekerjasama dan bertanggungjawab. Setiap orang dihargai dan dihormati sebagai manusia, bukan sebagai robot yang diwujudkan hanya untuk melaksanakan perintah.

Pemimpin yang demokratik selalu memberikan kesempatan kepada para ahlinya untuk memberikan pandangan, pendapat dan sasaran untuk kebaikan persatuan. Dengan demikian, ahli-ahli akan berasa diberikan perhatian sehingga timbul rasa kasih dan kesetiaan yang mendalam terhadap persatuan dan akan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memajukan persatuan.

Kepemimpinan demokratik adalah kepemimpinan yang aktif serta pemimpinnya bersedia menerima kritik atau teguran yang membina daripada para anggota pasukan. Oleh itu, segala usaha dijalankan untuk kepentingan bersama, iaitu untuk kepentingan persatuan, bukan untuk kepentingan individu atau segelintir individu.

Segala keputusan yang diambil untuk sesuatu aktiviti adalah hasil yang diperoleh daripada perundingan dan persetujuan bersama, bukannya keputusan ketua secara individu, tetapi majoriti. Setiap orang akan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab tanpa berasa adanya tekanan atau paksaan sebab pembahagian tugas dalam kepimpinan demokratik adalah jelas.

Pemimpin yang demokratik tidak memerintah, tetapi mengajak orang-orang bawahnya membuat sesuatu demi kepentingan bersama. Dia selalu berusaha mengutamakan kerjasama dalam usaha mencapai tujuan persatuan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels