Saya tertarik dengan tulisan Speaker Dewan Undang Negeri Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said di blognya
DISINI antara lain menggariskan bahawa masalah yang didepani Najib kini adalah warisan para pemimpin terdahulu.
Sabah bergabung dengan Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk satu negara Persekutuan dan dizahirkan secara rasmi pada 16 September 1963.
Menurut catatan-catatan baik daripada para inidividu yang terlibat, antara penyebab utama, mengapa Sabah bersedia bergabung dan membentuk kerajaan Persekutuan, adalah berkiatan dengan ISU KEMISKINAN.
Selepas seterngah abad, ada laporan statistik mengatakan bahawa pada tahun 2012, kadar kemiskinan Sabah hanya berbaki 8.1 peratus, berbanding tahun 2009 19.7 peratus dan sebelum itu melebihi angka itu.
Sabah mempunyai keluasan kedua terbesar selepas Sarawak, dan keluasan Negeri di bawah bayu itu hampir 55 peratus keluasan Semenanjung.
Kemiskinan Sabah meliputi berbagai bentuk, bukan sahaja daripada segi pendapatan perkapita, juga miskin dariada segi kemudahan asas, seperti jalanraya, kemudahan bekalan air terawat, dan miskin daripada segi penjanaan ekonomi.
Sabah sejak tahun 1963, jarang sekali mempunyai bajet yang besar yang boleh digunakan untuk membangun, maksima bajet RM4.088 bilion, itupun dicapai pada tahun 2013, selepas 50 tahun. Jika angka itu dibandingkan dengan bajet Malaya, terlalu kecil jumlahnya. Atas sebab itu, jika Sabah dikatakan miskin daripada semua faktor, adalah lumrah, atas sebab bajet yang tidak mencukupi membangun keluasan 72,000 km persegi berbanding Semenanjung dengan keluasan 131,700 km akan tetapi meliputi 11 Negeri dan 2 Wilayah Persekutuan.
Kemiskinan Sabah, bukan kerana diwarisi daripada para pemimpin Sabah terdahulu, akan tetapi demikianlah suratan negeri itu, walaupun kerajaan negeri berusaha dengan semua daya untuk membasmi kemiskinan, akan tetapi hanya mampu mengurangkan kemiskinan tegar daripada 19.7 peratus dan kini berbaki 8.1 peratus.
Datuk Musa Aman sejak mengambil alih pucuk pimpnan negeri, mempergunakan pengalaman beliau dari dunia korporat untuk memajukan negeri dan seterusnya mengurangkan kadar kemiskinan. Namun, pengalaman beliau, tidak sepenuhnya dapat mengatasi kemiskinan yang mewarnai negeri sejak sebelum merdeka lagi. Semasa kerajaan diterajui Musa, bajet tahunan negeri senantiasa mencatat rekod, namun sepertimana dikatakan di atas, bahawa keluasan Sabah sungguh besar, maka menghalang usaha itu, selain terbentur dengan bajet yang terhad.
Selain itu, keluasan Pantai Sabah terutama Pantai Timur sejauh 1,400km, akibat acaman keselamatan, maka wang yang banyak terpaksa digunakan, menafikan penggunaan wang itu untuk mengadakan aktiviti yang boleh menjana pendapatan.
Satu rekod yang pernah dicatit OKB, bahawa pada tahun 2011, daripada 3 juta penduduk Sabah, 2,040,000 atau 68 peratus, berada pada garis kemiskinan negeri ini, yang dipatokkan kepada RM960 sebulan, manaka 720,000 daripadanya adalah miskin tegar.
Menurut rekod Jabatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS), jumlah 720 ribu orang miskin tegar itu adalah penerima bantuan dan tertinggi di Malaysia. 278 ribu orang daripada 3 juta penduduk Sabah berusia 60 tahun dan ke atas, 47 ribu daripadanya adalah penerima bantuan. JPKAS menerima 20 kes sehari secara purata di 31 daerah atau 620 orang sehari. Hanya 3 ribu yang dapat diproses dalam masa sebulan. - Utusan Borneo – 30 Dis 2011.
Satu cacitan OKB pada 17 April 2013, sebelum PRU-13, Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Musa Haji Aman berkata, bahawa kejayaan menurunkan kadar kemiskinan di Sabah daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus pada 2012 merupakan hasil komitmen jitu kerajaan negeri dan Persekutuan dalam merancang, melaksana dan memantau pelbagai program pembasmian kemiskinan. Untuk rekod- Musa adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pembasmian Kemiskinan peringkat negeri.
Kerajaan negeri telah memperkenalkan berbagai kaedah untuk membasmi kemiskinan antaranya pelaksanaan program Mini Estet Sejahtera (Mesej) di bawah kementerian KPLB yang melibatkan pembangunan tanah kerajaan termasuk tanaman tahunan, kontan dan akuakultur. Untuk memperbaiki perhubungan sejak tahun 2010 hingga Oktober 2013, sejumlah RM2.3 billion dibelanjakam bagi pembinaan jalan di luar bandar di negeri ini sepanjang 1,277 kilometer.
Selain itu sebanyak RM1.8 billion juga dibelanjakan oleh kerajaan Pusat bagi melaksanakan projek-projek bekalan air luar bandar meliputi 99,953 unit rumah. Kerajaan menyasarkan untuk mencapai 95 peratus kawasan luar bandar mampu menikmati bekalan air luar bandar pada akhir 2018.
Di atas kertas, dikatakan Sabah adalah sebuah negeri yang kaya; kaya keluasan tanah, kaya sumber alam seperti minyak dan gas serta kaya dengan kayu kayan. Namun, kekayaan itu, tidak dipergunakan untuk mendapatkan pendapatan yang berulang, sebaliknya digunakan untuk menyediakan infra yang masih ketinggalan. Juga, sumber itu terpaksa digunakan untuk kos penjagaan keselamatan; di mana semua itu, tidak menjana pendapatan.
Sabah terpaksa berbelanja dan berbelanja, kewangan yang ada tidak dapat digunakan sepertimana prinsip bisnes, money make money. Jadi jika ada orang atau penulis atau penganalisis ekonomi menganggap bahawa kemiskinan diwarisi daripada kepimpinan terdahulu, benar-benar orang itu adalah spesies yang buta peta dan buta sejarah.
Kemiskinan Sabah sebenarnya diwarisi Penjajah, bukannya diwariskan oleh pemimpin. Kita perlu ingat, setiap kepimpinan berusaha sedaya upaya menajukan negeri, kecuali tahun 1985-1994, di mana kerajaan negeri berdepan dengan bajet yang sangat bengap, atas sebab Persekutuan tidak menyalurkan kewangan kepada kerajaan negeri, sebaliknya menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) yang digerakan oleh pegawai kerajaan yang buta peta dan buta sejarah.
Disebabkan Sabah miskin, bukan sahaja daripada tenaga manusia, juga kepakaran, akhirnya ada yang memanfaatkan kekurangan itu, atas sebab itu, tanah yang luas yang boleh menjana ekonomi dan peluang pekerjaan, kini dimilki orang bukan daripada Sabah, contohnya tanah-tanah Felda, tanah-tanah ladang kelapa Sawit, apatah lagi menyangkut minyak dan gas, yang hanya 5 peratus. Keadaan Sabah, bagaikan JATUH DITIMPA TANGGA.