ADAKAH patut, sebaik sahaja bangun dari tidur, Hebert Timbon Lagadan, mantan ADUN Kedamaian berpenggal-penggal, akan tetapi tewas tragis pada PRU-13 pada seorang calon yang tidak diketahui ramai mempersoal pula berkaitan perkongsian kuasa Barisan Nasional.
Dalam keadaan teraba-raba mempersoal pula Kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap ADUN Usukuan Datuk Salleh Tun Said, sambil bertanya, apa kah komposisi jawatan di peringkat Usukan, termasuk Pejabat Pemimpin Pembangunan Masyaralat (PPM).
Kemudian mengatas namakan pula akar umbi, kononnya suara akar umbi mempersoalkan perkongsian kuasa yang ada dalam Bn. Satu pertanyaan, sejak bila pula, mantan wakil rakyat ini, dekat dengan akar umbi? sedangkan rumahnyapun akar umbi tidak tahu berada di mana, bagi mereka yang tahu, tidak akan boleh masuk sebagai tetamu.
Seorang wakil rakyat berpenggal-penggal sejak tahun 1994, kalah dengan tragis termasuk ditolak sepenuhnya oleh pengundi kampungnya sendiri, kini bersuara pula, mempersoalkan perkongsian kuasa.
Timbon adalah punca penolakan penduduk Kg Tambuton, kerana memecat Ketua Kampung daripada Umno, tanpa sebarang alasan, akibatnya mantan Ketua Kampung itu bersama-sama penduduk kampung bersatu hati menentang pembinaan empangan untuk manafaat Jelapang Padi Kota Belud, dengan pemecatan itu juga beliau kehilangan kerusi DUN Kedamaian.
Kalau sudah ditolak rakyat, mengertilah, bahawa apa-apa tindakan politik sudah berakhir.